bab 20

Romance Series 423079

Sejak pagi tadi mereka keluar dan tidak pulang lagi. Banyak tempat yang mereka pergi. Ayriz juga mula berasa selesa dengan keluarga Fariz.

“Eh lama lagi ke mak mak kita ni nak shopping… aku dah naik penat tunggu diaorang masuk satu kedai ke satu kedai. Tahu ikut je papa dengan yang lain pergi minum.” Azman mula merungut mana tidaknya sudah hampir 2 jam mereka di dalam mall itu.

“Itu pasallah… perempuan memang macam ni ke Ayriz?” tanya Haikal. Ayriz sedikit tercengang apabila tiba tiba namanya dipetik.

“Eh apa pula. Lain orang lain minat dia. Macam I prefer jalan jalan daripada shopping. Ala tapi biasalah tu mak mak.”

“I think kita kena cari port kita pula la. Memandangkan nampak macam diaorang lama lagi kat sini. Jomlah kita buat plan sendiri.” cadang Tya. Dia juga sudah bosan mengikut maknya dan mak saudaranya masuk satu ke satu kedai.”

“You nak pergi mana Tya?” soal Azman yang berasa tertarik dengan cadangan supupunya.

“Semua tempat kita dah pergi… jom ambil angin pantai jom.” cadang Hanees pula. Hanees memang suka akan pantai dan ketenangan.

“Adik ni tak abis abis pantai. Tentu semalam kita dekat pantai kan.” Fariz merungut. Sejak tadi dia hanya mendiamkan diri.

“Tapi yayang pun rasa nak pergi pantai. Lagipun pantai sini lawa. Korang okay ke?” Ayriz memandang seorang demi seorang untuk persetujuan. Mereka bersetuju kecuali Fariz. Dia masih berkeras tidak mahu ke pantai. Bagi nya apa yang ada di pantai.

“Tempat lainlah.”

“Bini kau yang ajak bro.”

“Bukan bini aku tapi ni budak ni ajak. Kakak dia memang ikut je lah cakap dia.” Hanees sudah menarik muka. Sakit hati dengan abangnya.

“Kalau abang tak nak pergi tak payahlah pergi. Biar adik je pergi. Duduklah sini tunggu mama.” jawab Hanees sambil terus jalan meninggalkan mereka. Hanees sudah merajuk.

“Hanees tunggu akak, akak nak ikut.” panggil Ayriz sempat dia bersalam dengan suaminya tanda meminta izin.

“Still tak nak ikut ke?” sindir Tya tersenyum. Fariz melepaskan keluhan lantas kakinya laju mendapatkan isterinya.

“Yayang tunggu.” panggil Fariz. Mereka bertiga sudah ketawa. Begitu sahaja cara untuk menyuruh Fariz ikut. Kini makin mudah kerana Ayriz menjadi senjata utama.

“Yayang ni ikut je cakap Hanees tu. Dia tu memang pantang nampak pantai. Tahu tak panas.”

“Husband ni macam perempuanlah… chill la matahari je pun. Lagipun yayang dah biasa dah dulu…” Ayriz tidak menyambung kata katanya apabila dia sedar yang dia hampir membocorkan rahsianya sendiri.

“Bukan yayang kerja dekat office je ke? Apa yang biasanya?”

“Eh cuaca panaskan so biasa je lah… jom beli air.” ajak Ayriz ingin mengubah topik. Fariz hanya mengikut jejak isterinya. Tanpa mereka sedar seseorang sedang memerhati mereka.

“Macam mana?”

“Dia ada dengan isteri dia dan keluarga dia yang lain.”

“Aku nak kau ikut ke mana dia pergi semua. Sampai masa kita pergi next plan.”

“Okay.” jawab lelaki itu terus matikan talian.

Wawa yang dihujung talian tersenyum penuh makna.

“Fariz… Fariz. You nak lari mana. Bercuti dengan isteri ya… tak apa berseronoklah dulu mana tahu ni percutian yang terakhir. Silap orang kau nak bermain Fariz. Mudah kau malulan aku, kau tinggalkan aku. Kau tunggu nasib kau.” kata Wawa seorang diri. Mungkin selama ini bagi Fariz gadis itu seperti tidak berbahaya namun gadis ini sering berurusan dengan penjahat untuk menjatuhkan orang yang cuba memalukannya. Setiap kali dia melalukan sesuatu pasti tidak tertangkap.

“Bekas polis? Bukan calang calang budak ni.” Isac sedikit terkejut dengan apa yang dia lihat. Tidak sangka gadis comel begitu adalah bekas polis.

“Itu pasallah… aku pun bila tahu terkejut gila…Isac kau tak fikir ke dia ni budak budak polis. Kalau polis tahu mati kita.” Isac mendiamkan diri dan berfikir.

‘Patutlah pegang pistol selamba macam tu. Polis rupanya kau budak.’

“Kau tengok muka aku ni? Ada aku kesah dengan polis. Jangan fikir benda tak sepatutnya. Ni apahal dia dah tak jadi polis?”

“Hah itulah yang aku fikir sekarang. Kenapa dia dah tak jadi polis, dirahsiakan. Kau tak rasa budak tu something? Aku tengok dia pon rasa seram tiba tiba.”

“Arh kau banyak tengok drama kau tahu. Ni perempuan lagi sorang tu dah dapat belum. Aku malas lambat lambat patutnya benda ni dah settle lama.”

“Belum lagi… budak budak still tengah cari.” jawab Lim tenang… Bukannya dia tidak menjalankan kerja cuma perempuan itu licik bersembunyi. Isac hanya diam sambil memikirkan sesuatu.

‘Siapa sebenarnya kau, Ayriz Elyna.’

Mereka semua menikmati permandangan bersama angin sepoi sepoi. Fariz leka memandang isterinya yang sedang gelak ketawa bersama sepupunya. Namun tiba tiba mereka terdengar seseorang menjerit meminta tolong. Mereka semua tercari cari kelibat suara itu dan lantas itu mereka tertangkap seorang mak cik sedang bergelut dengan seorang lelaki. Seorang lagi sudah berada di atas motor. Lantas dengan itu mereka berlari mendapatkan makcik yang sudah terduduk jatuh ditolak pemuda tadi. Ayriz dengan pantas membaca no plat motor itu. Tidak semena mena dia memandang sekeliling. Jelas ada motor yang kuncinya masih ada di motor. Ayriz terus berlari mendapatkan motor itu. Mereka semua masih lagi dengan haru biru di situ. Fariz yang menyedari isterinya berlari arah lain terus memanggil Ayriz.

“Yayang! Yayang nak pergi mana?” panggil Fariz cuak apabila buat pertama kali dia melihat isterinya menunggang motosikal. Hampa, Ayriz tidak mengendahkan panggilan suaminya. Dengan cepat Ayriz memecut mengejar dua lelaki tadi.

“Yayang!”

“Eh Ayriz pergi mana? Laju dia bawak tu.” tanya Tya cemas melihat sepupunya sudah hilang. Fariz sudah mula susah hati.

“Mak cik. Mari saya bawa ke sana. Kita duduk sana. Mak cik boleh bangun? Mak cik jangan risau, saya doktor.” Azman tahu makcik itu masih trauma dengan apa yang jadi. Dalam masa sama dia juga risau akan Ayriz.

Sedang Azman melihat keadaan mak cik tadi, mereka masih merisaukan Ayriz yang sejak tadi tidak muncul muncul.

“Abang…. tak nak cari kakak ke? Adik risaulah…. macam mana sekelip mata kakak boleh kejar peragut tu.” kata Hanees yang sudah hampir menangis merisaukan keselamatan kakak iparnya. Fariz sejak tadi ke hulu ke hilir. Dia tidak boleh duduk tenang.

“Kita tunggu sini dulu… Kalau lagi setengah jam Ayriz tak sampai kita cari dia.”

“Berhentilah! Pengecut!” pekik Ayriz yang masih mengejar peragut itu.

“Laju lagi! Cepat sikit!” arah si pembonceng sedikit cemas melihat Ayriz hampir mendekati mereka.

“Dah lajulah ni! Kau bole sabar tak!” marah seorang lagi. Mana tidaknya dia sudah pulas habis namun masih dapat dikejar perempuan itu. Tiba ii ada satu kereta tiba tiba keluar daripada simpang…. Mereka bertiga tersentak lalu membrek mengejut dan akhirnya…..

BAM!

Kedua lelaki itu tidak sempat mengelak daripada kereta di hadapan mereka dan membuatkan mereka menghentam kereta itu. Ayriz pula mengambil langkah terjun daripada motor. Nasib dia lompat di atas rumput. Semua kenderaan memberhentikan kereta untuk melihat keadaan mangsa. Ayriz mengerang kesakitan apabila badannya berasa sakit. Dua lelaki itu juga turut teriak sakit. Apabila melihat gaya mereka,seorang patah tangan dan seorang patah kaki…. Pemandu di dalam kereta sudah pengsan tidak sedarkan diri. Ada juga berapa orang berkumpul kepada Ayriz untuk melihat keadaan gadis itu namun perlahan lahan Ayriz bangun. Dengan langkah yang lemah dia cuba berjalan ke arah dua penyangak tadi. Seorang wanita ingin membantu namun ditolak lembut oleh Ayriz. Perlahan lahan Ayriz menyangkung. Ayriz tersenyum sinis menampakkan barisan giginya.

“Cakap dengan bos kau… dia bukan lawan aku. Itu pun kalau korang dapat jumpa dia.” Sekali lagi Ayriz tersenyum sinis sambil dia mengambil beg tangan makcik tadi.

“Minta tolong panggilkan ambulans dan polis sekali. Dua orang lelaki ni peragut.” arah Ayriz kepada orang yang berada di situ.

“Eh cik nak pergi mana? Cik okay? Cik cedera ni.” prihatin seseorang di situ. Ayriz tersenyum manis.

“Saya okay. Saya nak pergi jumpa mak cik tadi nak pulangkan beg dan buat report.”

“Kalau macam tu biar saya tolong hantarkan. Lagi pun moto cik macam teruk tu.” sekali lagi Ayriz tersenyum.

“Terima kasih.” Ayriz terus mengikut jejak perempuan itu.

‘Nampaknya habis lagilah duit aku. Ganap moto orang aku guna.’

“Eh jomlah cari Ayriz. Daripada tadi dia tak muncul muncul.” ajak Faris yang gelisa sejak tadi.

“Kita nak cari dekat mana? Sini bukan tempat kita Fariz. Sabar sikit lagi.” Tya cuba menenangkan sepupunya.

“Sabar apa Tya! Wife I kejar peragut you tahu tak? Kalau apa apa jadi dekat dia macam mana?” Fariz tidak sengaja menaikan suaranya kepada Tya. Dia sangat serabut dan takut ketika itu.

“Fariz rilek jangan marah macam ni… tak selesai masalah bro.” tegur Azman tidak mahu hal ini dibesarksn.

“Im sorry Tya. I just risaukan isteri I.” ucap Fariz sayu sambil kedua tangannya menggaru kepalanya.

“Jom kita cari Ayriz…. dah setengah jam nj.” ajak Haikal. Mereka mengangguk bersetuju. Baru sahaja mereka ingin gerak ke kereta, mereka nampak kelibat Ayriz yang sedang di papah oleh seorang perempuan. Cepat cepat Fariz mendapatkan isterinya.

“Yayang! Kenapa ni? Yayang okay tak ni?” soal Fariz risau akan isterinya. Ayriz masih diam dan terus berjalan perlahan mendapatkan mak cik tadi. Lalu dia menghulurkan beg tangan kepada mak cik itu. Tidak henti mak cik itu mengucap syukur dan berterima kasih kepada Ayriz. Ayriz tersenyum manis.

“Mak cik, kejap lagi pergi balai buat report.”

“Terima kasih nak… syukur semua barang mak cik dalam beg ni selamat. Terima kasih!”

“Sama sama makcik.” jawab Ayriz tersenyum. Selang beberapa saat Ayriz mengerutkan muka menahan sakit.

“Yayang… yayang okay tak ni?” soal Fariz lagi.

“Cik ni tadi baru terlibat dengan kemalangan melibatkan dua peragut tadi dengan sebuah kereta. Nasib baik cik ni sempat lompat daripada moto. Kalau tidak mesti cik ni pon langgar kereta tadi.” terang wanita yang menghantar Ayriz.

Terbeliak mata semua orang di situ. Lompat? Perempuan kecil seperti itu melompat daripada moto? Sungguh mereka tidak keruan ketika itu.

“Ya allah yayang… yayang okay tak ni? Jom pergi hospital.”

“Yayang okay. Sikit je ni.”

“Sikit apa yayang… cuba kali ni jangan degil. Jom pergi klinik.”

“Kita buat report dulu. Kesian mak cik tu.” Saja Ayriz memetik nama mak cik itu supaya lambat lambat dia ke hospital. Dia tahu dia bakal dibebel dua hari tiga malam selepas pergi ke hospital.

“Dah jom kita buat report dulu. Jom mak cik.” ajak Azman lembut sambil memimpin tangan mak cik tadi. Ayriz juga turut dipimpin oleh suaminya. Melihat kepayahah Ayriz, tanpa berlengah Fariz terus mengendong Ayriz. Ayriz terkejut dengan apa yang berlaku. Terlalu pantas sampaikan otaknya tidak sempat berfungsi.

“Turunlah kan. Ayriz boleh jalanlah!” bukan apa Ayriz malu apabila semua mata memandang ke arahnya. Namun melihat muka tegang suaminya, Ayriz memutuskan untuk berdiam risau juga gunung berapi meletop.

Share this novel

Siti Rohani Idris
2022-08-19 08:20:14 

update lagi

Siti Rohani Idris
2022-08-19 08:14:10 

kau pun BLM knl sapa ayrz tu Wawa. bpk mafia pun akur ckp dia

Mrs aish
2022-08-18 17:54:21 

x sabar nk tunggu episod seterusnya.....


NovelPlus Premium

The best ads free experience