#4

Other Completed 5709

#4
Sehari bersama Mikael (Bahagian 1)

Aku memandang ke meja aku yang bersepah teruk. Dengan notanya, dengan assignmentnya, dengan bukunya, dengan pembalutnya gula-gulanya. Eh kejap,

pembalut gula-gula? Ok, ini bukan sahaja bersepah tahap teruk dah ni tapi sepah tahap kurang ajar. Ya Allah seluar jeans aku boleh bantai berkumpul pulak dekat bawah meja ni. Ni tak boleh jadi. Segera, aku pandang ke bawah meja.

“Hoi! Buat perhimpunan haram kea pa ni? Pergi balik la! Masuk almari balik masing-masing!” jerkah aku.

Namun itulah dia satu perangai yang aku benci pada barang-barang aku ni. Semua stok tak makan saman punya. Tengok la ni bila aku marah, masing-masing buat tak tahu je.

“Oh hoo. Dah pandai melawan dah ya anda semua! Dah pandai melawan!”

Dengan pantas, aku genggam erat semua seluar jeans yang elok duduk bersidang di bawah meja. Sebenarnya bukan saja seluar jeans, malah baju semalam, baju dua malam semua aku angkut sama (dah kenapa ramai-ramai duduk seronok pulak berhimpun dekat sini). Kemudian, aku campakkannya sekuat hati ke dalam almari sambil diikuti tindakan menutup pintu almari dengan penuh dramatik dan kuat. Punca penutupan almari itu adalah kerana aku tahu, kalau dibiarkan terbuka mahu masing-masing berlumba-lumba nak keluar dari almari lantas menambah sepah yang sudah pun sedia ada.

Ya, masalah nampaknya seperti sudah selesai. Sebab dah takde dekat depan mata. Setuju?

Selesai pergaduhan kecil bersama pakaian aku, aku mula merenung screen laptop. Kerja yang ditugaskan sebenarnya sudah berlambak. Ditambah pula aku ni baru balik dari kem. Badan penat satu macam dah ni. Dan masa itulah, malas menyelubungi aku dengan jayanya.

Biasanyalah, kalau malas dah menang dalam pertandingan kecil peringkat daerah dengan si rajin ni, tindakan seterusnya yang wajib diambil adalah berbaring di atas katil. Maka, yeah!

Sebuah pembaringan pun terlaksana.

Tapi yang tak bestnya bila dah baring ni, datang pulak keinsafan tahap optimum. Rasa bersalah pulak sebab bazirkan masa dengan berbaring tanpa buat apaapa. Makanya, aku pun bangun semula. Mengadap laptop dan membuka beberapa artikel kelakar di .

Ya aku tau yang aku masih lagi gagal nak mulakan kerja.

Maafkanlah aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience