BAB 12

Romance Series 81452

PAK!

PAK!

PAK!

Semua berpaling pada gerangan sedang tepuk tangan itu. Inara Adelia tersentak dan pegang tangan Mia Aleesya.

"Akhirnya... Kau berterus-terang juga sayang. So... Ammar, aku rasa kau dah boleh jauhkan diri kau dari bakal wife aku" ujar Izz Lutfil.

"KAU!"

Ammar Hafiy menghampiri Izz Lutfil. Dia menghayungkan penumbuk namun Izz Lutfil lebih cekap. Dia mengelak daripada kena tumbukkan itu.

"Aku rasa kau kena belajar lebih lagi kot" kata Izz Lutfil, perli.

BUK!

Satu tumbukkan padu diberikan pada rahang. Ammar Hafiy jatuh terduduk sambil mengerang kesakitan yang amat.

Inara Adelia melihat itu berubah panik. Tak akan disebabkan dia, mereka bergaduh sampai bertumbuk bagai.

"Ab-"

Belum sempat dia ingin menghalang, Izz Lutfil menarik lengan dengan kuat dan merapati ke dada bidangnya.

"Kau milik aku, Delia. Aku tak akan lepaskan kau" bisik Izz Lutfil.

Ammar Hafiy melihat itu panas hati. Dia cuba untuk bangun dan ingin berlawan dengan Izz Lutfil.

"Abang, stop!" halang Mia Aleesya.

Dia mengerut dahi tidak faham mengapa adiknya menghalangi.

"Lepaskan Inara, Izz. Dia bukan milik sesiapa pun. Bukan milik kau mahupun abang aku. Dia berhak bahagia bersama orang lain" ujar Mia Aleesya.

Izz Lutfil menggeleng laju. Cengkaman pada lengan Inara Adelia semakin kuat.

"Seperti aku cakap, dia milik aku. Seharusnya dia menjadi milik akulah kan? Kau tak perlu nak berlagak hero dalam hal ni. Dan kau pula Mia. Kau tahu apa dah terjadi dan kenapa aku buat Delia macam tu kan? Tak akan itu pun kau tak faham lagi" balas Izz Lutfil.

"Ya, aku tahu. Sekarang lepas Izz. Kau jangan bertindak ganas macam ni. Kita ada adab kan? Buat cara elok" pujuk Mia Aleesya.

"Adab apa! Aku dah buat macam-macam Mia supaya dia jadi milik aku, tapi tak dapat. Terpaksa aku guna cara tu. Tapi abang kau tu dah rosak hak milik aku!" bentak Izz Lutfil.

Mia Aleesya putus kata.

"Abang..." Inara Adelia bersuara. Terketar-ketar dia menyentuh lengan Izz Lutfil.

"Lepaskan Delia. Delia minta maaf atas layanan Umi dan Abah pada abang dahulu. Bukan niat mereka cakap macam tu pada abang. Tapi dia nak Delia berjaya dahulu. Biarkan semua berlalu, abang. Izinkan Delia merasa bahagia walaupun sekali" pujuk Inara Adelia pula.

Izz Lutfil memandang lama anak mata Inara Adelia penuh dengan air mata itu. Rasa sayu dihati. Secara perlahan dia melepaskan cengkaman itu. Dia menunduk kesal.

"Hari ini kau terlepas. Tapi ingat, hari seterusnya aku akan jadikan kau milik aku buat selamanya" kata Izz Lutfil dan beredar pergi.

Lantas Mia Aleesya memeluk erat Inara Adelia dan mengusap kepalanya berkali-kali. Ammar Hafiy melihat itu lirih hatinya. Sesekali dia maki diri sendiri kerana tidak siasat sebelum melakukan perkara seperti itu.

•••

Inara Adelia meletakkan ais batu pada hujung bibir Ammar Hafiy. Walaupun lelaki itu pernah sakitinya tetap juga menolong. Mereka bertentangan mata  seketika. Ammar Hafiy senyum kecil bila Inara Adelia alihkan pandangan ke arah lain.

"Kenapa kau tolong aku juga selepas apa aku dah buat? Kenapa tak lapor sahaja pada pihak polis?" soal Ammar Hafiy.

Jeda.

"Buat apa saya nak lapor polis? Benda ni berulang kali dah berlaku. Tak ada gunanya pun. Hidup saya dari dulu sampai sekarang mana ada bahagia" balas Inara Adelia dan berdiri semula.

"Inara. Aku nak bercakap dengan kau sekejap dekat luar" kata Ammar Hafiy.

Suasana menjadi sunyi dan hening tatkala masing-masing mendiamkan diri sahaja. Ammar Hafiy melihat Inara Adelia disebelah itu tidak tahu bagaimana mahu memulakan dahulu.

"Inara..." panggil Ammar Hafiy.

Inara Adelia menoleh ke tepi dan menunggu apa ingin diperkatakan oleh lelaki itu.

"Aku nak minta maaf tentang tu. Aku dah hina kau. Aku dah cakap kau pelacur, murah dan sebagainya. Kalau aku tahu perkara sebenar, aku tak akan buat. Ya aku tahu, memang susah untuk kau maafkan aku. Apa pun, maafkan aku sekali lagi. Aku janji tak akan buat lagi pada kau" ujar Ammar Hafiy.

Inara Adelia senyum kecil. Kepala diangguk perlahan.

"Tak apa, Ammar. Saya dah biasa. Awak jangan risau, saya dah maafkan awak. Lagi pula saya dah banyak berhutang budi dengan keluarga awak. Sebagai balasan, saya maafkan awak. Kita buang yang lama. Lagi pula kita dah macam adik beradik kan?" balas Inara Adelia.

Ammar Hafiy terdiam bila gadis itu berkata 'adik beradik' rasa kecewa ada juga.

"Kau tahu apa perasaan aku pada kau sebelum ini?" tanya Ammar Hafiy serius.

"Tahu tapi tak yakin. Saya tak tahu awak bergurau ataupun sengaja cakap macam tu" jawab Inara Adelia.

Dia pejamkan mata beberapa saat.

"Aku betul-betul cintakan kau, Inara. Izinkan aku jadi penyembuh segala luka dihati kau? Aku nak kau jadi isteri aku yang sah" ucap Ammar Hafiy bersama senyuman manis.

Inara Adelia terkaku.

"Tap-"

"Bukan kerana aku ingin tebus kesalahan, tapi aku benar-benar cinta kan kau. Terima lamaran aku, Inara Adelia" cantas Ammar Hafiy dengan laju.

"Kalau awak betul-betul cintakan saya, berikan saya masa dan ruang untuk semua ini. Saya perlukan masa untuk terima seseorang dihati ini" kata Inara Adelia dan mengatur langkah pergi.

Dia sendiri keliru. Takut perasaan dia dipermainkan lagi. Dia tak tahu adakah lelaki itu benar-benar serius ataupun sengaja mahu membuktikan pada Izz Lutfil.

"Aku akan pastikan kau jadi milik aku. Aku janji akan sembuhkan luka dihati kau" ujar Ammar Hafiy dengan melihat Inara Adelia sudah menjauh itu.

•••

Ammar Hafiy melangkah masuk ke dalam bilik Mia Aleesya. Terlihat gadis itu sedang sibuk dengan kerjanya.

"Mia... Aku nak minta maaf pasal Inara tu" kata Ammar Hafiy.

Mia Aleesya menolak komputer riba ke tepi dan pandang abangnya.

"Kenapa minta maaf dengan Mia? Bukan Mia mangsa, Inara mangsa" balas Mia Aleesya.

"Aku dah minta maaf dekat Inara. Tapi rasa bersalah atas apa dah berlaku. Tak sangka lelaki tu dah hancur hidup dia" kata Ammar Hafiy lagi.

"Abang. Kalau nak buat sesuatu, boleh tak siasat dulu? Inara tu hidup dia dah hancur. Tahu tak betapa susahnya Mia nak pujuk dan kembalikan senyuman dia? Ambil masa banyak sehinggalah dia setuju tinggal dengan kita" ujar Mia Aleesya.

"Aku nak jadikan dia isteri aku yang sah. Aku nak bertanggungjawab atas apa dah berlaku. Tapi dia cakap bagi masa dan ruang" luah Ammar Hafiy.

"Ya, Mia setuju dengan Inara. Berikan dia masa dan ruang. Hidup dia dah banyak terseksa. Abang cinta dia kan? Turuti apa dia nak. Andai ada jodoh, pasti bersatu jua" balas Mia Aleesya dan senyum.

Ammar Hafiy mengangguk perlahan dan senyum kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience