Series
5510
TANGANnya menekup mulut yang menguap luas. Mata terpisat-pisat digosoknya. Siling putih dipandang kosong seperti orang baru bangun tidur... dah memang baru bangun pun. Kicauan burung terdengar tenang. Mungkin dia bangun terlalu awal.
Mungkin masih pukul 7 pagi. Bella bangun sambil mengikat rambut kusutnya. Cis! Mau kena sakat dengan Aniq kalau dinampaknya rupa dia sekarang ni.
Bella duduk di birai katil sambil mencari tuala didalam bag bagasi. Dia mahu mandi bersihkan diri. Takkan la nak buat seperti rumah sendiri kan? Bangun tengahari? Dia pun tahu juga adab yang satu itu.
Telefon dikerling sekilas ingin lihat jam.
"Oh baru pukul 11..." gumamnya sendiri. Tanpa perasan apa-apa.
Beberapa saat Bella blur dan kini matanya membulat melihat jam sekali lagi ingin kepastian.
"What the... Urgh! Pukul tujuh apanya, dah tengahari!" laju Bella menyelak langsir. Sekejap saja cahaya mentari menerangkan bilik yang tadi gelap. Ini mesti Ayu punya pasal. Tak mahu ganggu dia tidur wahal sudah dipesan banyak kali suruh kejut.
Kalut Bella menerobos masuk ke dalam bilik air.
Selesai mandi 10 minit, gadis itu keluar berkembang bersama kain sarung dan tuala dikepala. Tak apa la kan, hanya Ayu saja masuk ke dalam bilik itu.
Sedang dia memakai bra membelakangi pintu, tak semenanya...
PLAK!
"Kakak! Umi panggil turun makan!"
Serentak pintu terbuka muncul gadis kecil berumur 8 tahun.
"Arhhh!" terjerit la Bella dibuatnya terkejut dan spontan menarik kain sarung tutup dadanya.
Masing-masing mereka terkejut.
"Umi... panggil kakak makan." ujar Mariam perlahan bagai orang terkaku melihat sesuatu pada tubuh kawan Ayongnya(Ayu).
"Ah ya, kejap lagi saya turun." Bella tersengih kekok menutup malu. Tak ada la malu sangat, cuma malu la juga walau depan budak umur 8 tahun.
Mariam datang mendekat membuatnya makin bingung. Dia tunduk sedikit menyamakan rendah mereka sambil tangan menutup dada.
Berkerut aneh Bella menanti apa yang hendak dibisik dari adik kawannya itu.
Mariam tarik nafas panjang sebelum berkata "Haa..." kemudian sesuatu yang buat Bella ternganga.
Jatuh rahang Bella dibuatnya. Si Budak Mariam tu sudah mengekek ketawa.
Pantas Bella menutup semula langsir tanpa menutup tingkap yang dia buka sebentar tadi. Kenapa dia tak sedar?!
Arghh! Dia berkembang dengan tingkap terbuka luas. Mujur juga Mariam beritahu kalau tidak sampai ke pakai pakaian dalam orang kampung boleh nampak dia.
"Aduhh malunya... kau bukan kat bandar Bella oi..." getus Bella malu membahang muka.
Dia ikut ketawa kekok apabila Mariam keluar dari bilik bersama sisa gelak. Ceh! Dah serupa abang dia pula perangai.
"Nak saja aku hantuk kepala ni kat dinding... aduu buat malu muka la kat rumah orang." pipinya yang putih mulus itu sebentar saja merona merah.
"Jangan dihantuk la kepala tu. Kang tak pasal orang kampung kata umi bawa balik orang gila." tegur satu suara garau dari arah luar tingkap bilik tersebut. Walau terdengar bergurau namun lembut.
Menghentikan langkah Bella. Dia menutup mukanya malu. Bukan kepalang la. Membahang sudah muka.
Wait!
"Kau tak nampak apa-apa kan?" soal Bella serius. Berdebar-debar jantungnya saat ini. Kenapa la lelaki itu selalu ada disaat saat memalukan baginya!
"Tak, nampak apanya. Eh tak sekarang ni teruk nau kau! Anak dara apa matahari terpacak atas kepala baru bangun. Dah cepat siap. Ikut aku beli barang! Makan dulu tapi nasi goreng pagi tadi la. Dah kau bangun lewat sangat!" bebel Aniq dari luar berubah intonasi biasanya.
Bella mendengus geram. Bercampur lega. Fuh nasib... dia tak nampak.
"Malas lah! Tak ada benda baik ikut kau. Baik aku ikut Ayu, ADIK kau tu." tukas Bella membantah. Apa? lelaki tu siapa? bukan suami dia yang wajib dia taat.
Aniq membalas dengan tawa mengejek. Perlahan tapi sinis!
Dua manusia itu masih berbicara lewat langsir tertutup tanpa menatap muka.
Bella mengemam bibir. Cis! Walau perangai serupa malaun tapi tawa dan senyum Aniq sangat kacak kalau diamati selalu. Dia lah yang selalu mengadap lelaki itu, jadi boleh hafal pula rupa lelaki tu.
"Degil ya... Tak apa kita tengok. Sejauh mana kau nak mengelak dari aku." usai mengatakan demikian terdengar derap kaki Aniq melangkah pergi.
Bella mencebik. "Macam la aku takut. Kau bukan laki aku la giler! Huh!" dengusnya sempat senyum menang.
Namun. Erk! Bella tampar pipinya sendiri. Berkerut kening yang cantik terbentuk itu memasang muka bingung.
Kepala diketuk. Dah gila mungkin aku ni! Bella sentuh dadanya yang berdegup tak normal.
Mengapa hatinya gusar saat ini. Seolah ada beban dan rasa bersalah. Rasa berdosa ketika bantah cakap lelaki itu meskipun lelaki itu bukan siapa-siapa.
Siapa Aniq? Aniq musuhnya jadi mengapa hadir perasaan gusar begini.
Bella sentuh dadanya sendiri menenang diri sebelum sambung pakai baju.
Usai 'breakfast' walaupun sudah masuk waktu makan tengahari. Bella bawa pinggan ke singki untuk dicuci. Ayu turut membantunya sambil mereka berbual.
"Macam tak percaya pula kau dengan si malaun tu adik beradik. Kembar pula tu... tapi serius aku cakap. Kau dengan dia macam langit dengan bumi. Jauh beza." lancar Bella meluah yang terpendam.
Ayu senyum manis. Tu la kelebihan gadis sorang ni. Senyum kalah gula.
Ayu faham maksud sahabatnya. Dia pun setuju, memang sikap dia dan abangnya jauh beza.
"Awak pun tahu kan, saya ada sebab kenapa saya tak beritahu orang yang kami adik beradik kembar.
Bella angguk faham. Dia tak mahu memaksa jika Ayu belum sedia ceritakan masalah antara dia dan Aniq.
"Faham-faham."
Seketika dua gadis itu ralit mencuci pinggan mangkuk sambil termenung. Hening saja namun terdengar juga suara gelak tawa adik-adik Ayu bermain di halaman depan.
"Seronok tak, ada adik beradik?" tanpa sedar satu soalan terpacul dari bibir Bella bersama sengihan. Jarang dapat lihat sisinya yang ini.
"Seronok. Kenapa? Awak ada adik beradik?" Ayu balas dengan soalan. Pamerkan muka ingin tahu. Jarang dapat korek mengenai keluarga Bella yang gadis itu tak pernah sebut.
Bella senyum kelat. Aduh apasal la boleh keluar topik pasal keluarga dia pula.
"Ada. Maybe..."
"Maybe?" berkerut aneh Ayu dibuatnya.
Bella tertawa kecil menutup perasaan gusar dan luka yang tersarang dari sudut jauh hatinya.
"Abang tiri. Rafael Louis..." ujar Bella tenang bersama senyum tipis. Mungkin dulu dia amat benci apabila berkait tentang abang tirinya, namun sekarang dia sudah besar. Dia sudah boleh fikir sedikit matang dari dulu. Sikit la.
"Rafael Louis? Hmm macam pernah dengar. Kat mana eh..." Ayu fikir keras dimana dia ternampak nama itu. Macam pernah dengar.
"Maybe you know him, maybe you don't. He's an international football athlete. Aku kagum dengan kejayaan dia. Dia mungkin idola aku masa kecil." kata Bella lagi tenang. Sedaya dia hanya mengingat kenangan yang baik saja kerana tak mahu temannya risau.
Ayu angguk-angguk faham. Dia ngerti perasaan temannya. Mungkin posisi mereka sama. Mereka bertuah kerana memiliki seorang abang yang perhatian dan yang mereka kagumi sejak kecil.
"Nampaknya bukan biasa-biasa family awak. Abang pun atlet." Ayu sekadar bergurau.
Bella tersenyum tipis. "Biasa saja."
Bella menaik kening apabila melihat Ayu seperti memikirkan sesuatu.
"Kenapa?"
"Petang ni apa kata kita pergi jalan-jalan? Nak tak? Keliling kampung?" cadang Ayu bersinar mata teruja. Walau terlihat pemalu namun siapa saja tak bosan duduk dirumah.
Bella berfikir sejenak lalu angguk sekali. Boleh la sekali sekala. Erk, sebenarnya tak pernah. Tapi kalau dengan Ayu, pergi mana mana pun dia tak kisah.
"Boleh la. Petang ni?"
"Haah." balas Ayu tersenyum. Sudah membayangkan dia dan Bella berborak sambil duduk di tepi air sungai. Wah... tak sabarnya.
5:30 petang...
Bella hanya memerhati Ayu keluarkan basikal dari bawah rumah. Basikal lama tapi masih boleh digunakan. Mungkin selalu dipakai oleh adik-adik mereka. Ada saja motosikal tapi diguna oleh Aniq. Entah merayap kemana pantang balik kampung.
"Jom la! Ronda-ronda kampung dulu." laung Ayu yang sudah berada di birai jalan menunggu temannya.
Bella yang tersentak itu cepat pergi kearah Ayu.
"Ah ya." Dia duduk di belakang Ayu sedang gadis itu kayuh basikal.
Ayu mengayuh basikal sambil menikmati angin petang yang menampar muka. Manakala Bella terlihat rimas membetul rambutnya yang lupa nak ikat.
Lebih kurang 15 minit juga mereka mengelilingi kampung. Kadang tu bertembung dengan adik-adik Ayu yang sedang bermain bersama rakan.
Bersinar mata dua gadis itu apabila terpandang satu pemandangan indah. Perlahan Ayu hentikan kayuhan basikal lalu mereka berdua turun.
"Cantikkan pemandangan kat sini? Saya sendiri pun tak muak tengok. Indah sangat ciptaan Tuhan." ujar Ayu tersenyum melihat temannya di sebelah.
"Wah..." takjub Bella hingga tak berkelip.
Bella keluarkan telefon lalu memotret beberapa gambar matahari terbenam. Warna jingga yang mempersona dari matahari yang terbenam dari arah bukit.
Klip!
Klip!
Bunyi deruman motosikal dari arah belakangnya tak dihiraukan. Tersenyum sendiri Bella membelek gambar yang diambil. Cantik. Nak letak wallpaper lah!
"La."
"Hmm? Apa?" gumamnya mata masih melekat pada skrin telefon pintar. Ayu disebelah sudah mencuit cuit bajunya.
"Oi! Merayap apa kat sini? Tak reti nak balik rumah ke? Dah nak maghrib ni." suara garau Aniq menyentakkannya.
Bella membalik biji mata. "Mana-mana aku pergi, ada je mamat sorang ni." gerutunya membuatkan Aniq mengecil mata pandangnya.
Ayu disebelah sudah angkat bendara putih.
"Apa kau cakap? Melawan pula kau ni." Aniq turun dari motosikalnya. Muaz di seat belakang hanya memerhati bersama seputung rokok ditangan. Santai hembus asap.
"A-apa?" telan air liur Bella dibuatnya apabila Aniq dekat menghadapnya siap cekak pinggang lagi.
"Dengar sini. Apa-apa jadi kat kau berdua, aku yang kena. Kau apa tahu kampung ni. Masa ni pulak, ramai lelaki merempit. Ke kau memang nak cari boyfriend? Lepastu heret-heret adik aku? Tak payah la ada niat nak cari jantan dalam kampung ni. Tak sesuai dengan kau, kau budak bandar. Tapi gatal juga kau ni!" sembur Aniq bersama sengih mengejeknya.
"Abang long, apa cakap macam tu? Mana ada kitorang cuma-" celah Ayu namun terhenti apabila bahunya disentuh Bella. Bella memberi isyarat mata seperti 'tak apa biar aku cakap'.
Bella turut cekak sebelah pinggang. Mata dingin bertatapan dengan pandangan sinis Aniq. Ayat Aniq benar-benar mencabar amarahnya.
"Ewah engkau. Celupar pula mulut murai kau harini. So? Apa masalah kau kalau aku ada boyfriend sekalipun? Suka hati mak bapak aku lah aku nak cari budak kampung ke, budak bandar ke. Kau susah hati asal hah? Sibuk je!" sesudah melancarkan balasannya Bella menjeling terbalik biji mata. Memang menyampah dengan perangai Aniq yang satu itu.
Apa? Ingat dia gatal sangat jalan-jalan semata nak cari jantan? Takde maknanya!
"Aku susah hati? Huh! Ui minah rambut karat, kau kat kampung aku kena la ikut peraturan aku!" santai saja Aniq tonjol perlahan dahi Bella yang sedikit rendah darinya. Tak boleh tolak kuat, tak pasal dayus pula dia.
"Ei engkau... Pala hotak kau peraturan! Macam la kau orang besar sangat. Ei ini yang aku tak boleh ni main kepala pula." naik suara Bella menahan ngamuk. Memang panas mendidih darahnya. Tunggu masa saja nak meletup kebabom.
"Ha memang aku orang besar pun. Kau patutnya jumpa aku salam cium kaki aku." tukas Aniq makin seronok melihat muka Bella yang kemerahan itu menahan marah dan panas.
Ternganga mulut Bella mendengar itu. Cium kaki?
Bella mengetap gigi menahan rasa. Segala rasa marah, menyampah, benci, geram. Argh semua lah!
Ayu tak senang duduk manakala Muaz mula turun dari moto. Selagi tak leraikan pergaduhan anjing dan kucing itu memang tidur disitu la mereka malam ni.
Muaz berjalan menjauh. Rokok ditangan dipijak lalu mengeluarkan sebatang rokok lain. Diletak dimulutnya. Telinga buat tak endah dengan pergaduhan temannya.
Hampir melongo Ayu yang melihat itu. Fikirnya lelaki itu mahu leraikan perbalahan tersebut. Dia mendekati Muaz seraya mencuit bahu lelaki berkopiah hitam itu.
"Hmm? Rokok?" selamba badak Muaz sua sekotak rokok suria.
Ayu geleng kepala. "Bukan... Ish."
Muaz kembali pandang matahari terbenam. Asap rokok dihembus sedikit ke belakang, tak mahu terkena Ayu disebelah.
"Tak pandai lah aku nak tenangkan dua makhluk tu. Kau saja lah, kau adik dia." ujar Muaz tenang.
Ayu menunduk. Dia bukan tak mahu, tapi dengan sikapnya yang lembut itu. Mahunya kena herdik dengan mereka. Selalu Luthfi atau Ifah yang leraikan mereka.
Muaz pandang dengan ekor mata. Keluhan dilepaskan. Hari sudah semakin gelap. Kalau dibiar memang tak kesudahan. Dia berjalan mendekati dua pasangan yang masih bertikam lidah itu.
"Eii! Shaking pulak aku tengok muka kau ni!" selipar jepun pada tangan Bella sudah melayang jauh apabila Aniq berlari sambil mengejeknya.
"Werk! Tangan senget!" seronok Aniq kenakan gadis itu sambil tertawa mengejek.
"Niq! Dah la tu! Takkan kau nak gaduh sampai malam. Cepat lah aku nak balik pula ni! Macam budak-budak lah." ayat terakhirnya Muaz perlahankan. Geleng kepala melihat perangai kekanakkan temannya. Sudah kenal dengan Aniq bila lelaki itu temui hal yang menarik baginya.
Nasib kau la Bella. Monolog Muaz dalam hati.
Letih mengejar, Bella kembali kepada Ayu. Kali ni dia pula mengayuh basikal. "Jom Ayu! Naik gila aku melayan jantan tu lama lama."
"Jap-jap!" Ayu terpinga pinga namun berjalan ke arah Bella juga.
"Halah oi lari mana? Macam la boleh lari jauh! Hahaha!" Aniq gelak syaiton. Benar la orang tua selalu kata, setan banyak waktu maghrib.
Bella membalik biji mata. Kalau dengan Aniq boleh juling mata lama lama.
Aniq dan Muaz hanya memerhati dua gadis itu pergi. Setelah kelibat dua itu tiada, Aniq kembali ke motosikalnya. Begitu juga dengan Muaz. Moto nya tayar pancit, sebab tu lah minta tolong si Aniq tu yang baiki. Dia? Malas!
"Niq."
Aniq naik kening. "Asal?"
Sedikit hairan melihat riak Muaz serius seperti berat ingin katakan sesuatu.
"Tanya saja. Jangan pelik-pelik sudah."
"Kau... tak berbaik lagi dengan Ayu?" soal Muaz tenang.
Air muka Aniq serta merta berubah dingin. Moto muka dihidupkan.
"Entah. Malas aku nak pikir." dingin suara Aniq.
Muaz naik seat belakang muto. Sudah faham dengan sikap ego itu. Tak mahu mengalah. Dia faham kenapa Aniq bersikap dingin dengan Ayu kembarnya sendiri. Dia pun tak mahu kata lebih.
"Suka hati kau la, Niq."
Ketika menunggang moto sekerat jalan. Macam ribut la orang lelaki bawa. Melihat minyak moto sudah digarisan bawah.
"Tch!"
"Asal?" tnya Muaz sedikit kuat takut kawannya tak dengar memandangkan Aniq bawa moto seperti tempah keranda.
"Singgah kedai jap! Minyak nak habis!" jawap Aniq.
"Oh, kedai Cik Lija?"
"Haish, itu yang malas!" balas Aniq sedikit mengeluh.
Muaz tertawa kacak sambil membetulkan kopiah hitamnya. Rempit rempit kopiah jangan tinggal noh.
Tiga minit setelah itu tiba di kedai runcit Cik Lija. Mereka agak tidak suka singgah di kedai ini tapi mahu tak mahu, terpaksa la memandangkan hanya kedai ini yang dibuka malam.
Aniq lompat turun dari moto. Sekeping duit lima ringgit diletak diatas meja kaunter dimana ada seorang gadis bertudung merah menyala sedang bermake up.
"Minyak muto lima ringgit." ujar Aniq. Baru saja selangkah kakinya nak keluar dari kedai, dia dipanggil gadis tadi. Keluhan sudah terbit dibibir.
Ingatkan dia tak ada, hish ini yang aku malas. Gerutu Aniq berpaling ke belakang semula.
"Ha kau nak apa?"
"Amboi garangnya. Ermm, mana kawan yang lagi seorang tu?" tanya Orked anak perempuan kepada Cik Lija. Tersenyum senyum mencari orang dibelakang Aniq kot-kot menyorok darinya.
"Siapa pula? Muaz? Tuh dia aku datang dengan dia." Aniq jelas tidak suka dengan perempuan didepannya ini. Agak gedik dengan pakai baju adik.
"Alaa ingatkan datang dengan Abang Luthfi. Nanti kirim salam sayang kat dia ek. Cakap esok singgah la sini, Orked nak tunjuk sesuatu." pesan Orked tersengih sengih malu kononnya.
Abang Luthfi? Aniq buat muka seperti nak muntah hijau. Tapi si Aniq yang buat macam muntah paku.
"Ha tengok lah kalau aku ingat." balasnya selamba lalu berjalan ke arah muto.
Botol minyak diberikan kepada Muaz. Tak sampai seminit botol sudah kosong.
"Lama borak dengan bini Luth." tersenyum Muaz sambil hulur botol.
"Bod*h la kau." tertawa kecil Aniq sebelum meletak semula botol ditempat asal.
"Luth dengar, tak pasal makan tar kau malam ni."
"Siapa takut."
Tertawa dua sahabat itu atas muto. Azan maghrib mula berkumandang.
Ada yg ternanti nanti ke?>< tunggu moment manis Aniq Bella ya
Share this novel