BAB 14

Romance Completed 49595

“Dan begitulah hikayat di antara Samser dan Fitri. Mereka pasangan yang bahagia, dan duduk bersama sehingga lahirlah seorang putera dan puteri kembar bernama Fatin dan Farizal.” Aku mematikan ceritaku. Anak lelakiku, Tunku Farisi tampak gembira dengan cerita yang aku sampaikan. Sedari tadi dia tidak henti-henti tersenyum.

“Alah! Pendeknya cerita dia bonda?” anak perempuanku, Tunku Nur Fatin Izzati, memprotes. Aku tergelak sambil mencubit pipinya yang montel itu.

“Pendek apa sayang oi, bonda cerita dari pagi sampai dah nak petang ni. tak cukup lagi ke? Penat bonda cakap tau.” Ujarku, berpura-pura merajuk. Fatin menarik muncung sedepa. Fatin berbeza dengan Farizal, Fatin kuat membantah. Mungkin mewarisi sikapku!

Tiba-tiba sahaja loceng pintu kedengaran berbunyi. Aku segera menyuruh pembantu rumahku membuka pintu.

“Yea!! Ayah dah balik!” laung Fatin. Aku menggeleng-gelengkan kepalaku melihat telatah Fatin yang kepoh mengalahkan burung murai. Samser segera mendukung Fatin dan mencium pipi Fatin.

“Busuknya anak ayah ni. Dah mandi belum? Buat apa dengan abang Farizal dengan bonda ni?” soal Samser, ingin tahu. Aku menyalam tangannya dan satu ciuman hangat dihadiahkan di dahiku.

“Bonda bercerita tentang Hikayat Cinta Gila.” Kata Farizal, memberitahu Samser. Aku ketawa. Samser sudah berkerut dahinya. Pastinya dia tidak faham.

“Cerita pasal apa tu? Ayah tak pernah dengar pun. Mana bonda dapat cerita tu?” soal Samser lagi. Aku membiarkan Farizal memberi penerangan sahaja. Semakin hari anak-anakku semakin bijak dan pintar. Senang hatiku melihat mereka.

“Cerita pasal seorang bos yang suka pada pekerjanya. Lepas tu diorang kahwin.” Sampuk Fatin pula. Farizal mengangguk.

“Wow, macam menarik ceritanya. Izal dengan Fatin suka tak?” soal Samser pada kedua-dua anaknya itu. Mereka berdua segera mengangguk.

“Izal suka sebab ada nama ayah dengan bonda!” kata Farizal lagi. Hampir sahaja aku ketawa melihat wajah Samser yang sudah berkerut seribu. Bingung yang pasti!

“Ya ayah. Nama bos dia Nurfitrah, orang panggil Fitri. Nama pekerjanya Samser. Samakan nama dengan aya Samser mengerti. Dia tersenyum meleret memandangku. Dan senyuman itulah yang paling aku gemari dari dirinya. Selain lesung pipit yang pastinya menambat jiwa perempuanku.

Pelangi indah mencantikkan panorama, Muncul setelah gerimis mengundang, Wajahmu kacak mengocak sukma, Bergetar jiwa tatkala memandang.

Memang aku menjadi perigi yang mencari timba, kerana aku yang terhegeh-hegeh memikat cinta Samser, Samser selamba aje. Tapi ungkapan itu mungkin dah tak wujud sekarang. Apa yang penting kebahagiaan. Kebahagiaan adalah sesuatu perkara yang penting di dalam perkahwinan.

Aku doakan semoga perkahwinanku dengan Samser sentiasa berkekalan. Disinari dengan dua cahayamata kami yang sememangnya menjadi penghibur suasana. Ternyata hikayat cinta kami menjadi satu sejarah yang tersendiri. Hikayat cinta gila, di mana aku hampir gila kerana cintakan Samser setulus hatiku.

Hampir semua orang jatuh cinta tanpa mengetahui kenapa dan bagaimana. Ianya merupakan sesuatu perasaan yang yang tak memerlukan sebarang jawapan untuk berlaku. Biarlah terus mencintai biarpun sehingga kamu kelihatan bodoh atau angau daripada menyesal tidak melakukannya dan membuat si dia yang mencintaimu berlalu pergi.

Share this novel

Ziezie Fau
2020-07-23 17:01:31 

Wow perfect story


NovelPlus Premium

The best ads free experience