MAB 38: MENEGAKKAN KEADILAN

Romance Completed 902447

Dua hari selepas pemeriksaan di hospital, Arianna ke hospital semula untuk menjalani proses D&C. Sepanjang malam dia tidak dapat melelapkan mata. Banyak perkara yang menguasai benaknya membuat air matanya mengalir sepanjang malam.

Sepanjang malam dia ditemani tangisan senyap sambil menatap Zahran. Mengingat betapa sukar mommynya mahu mengandung dan mendapatkan seorang anak, menjadikan dia benar-benar takut. Takut jika dia terpaksa melalui perkara yang sama dan Zahran akan meninggalkannya atas alasan anak. Dia tahu Zahran baik. Lelaki yang baik, tetapi tetap ketakutan itu menguasai fikiran membuat tangisnya berpanjangan. Mujurlah esakan yang tertahan itu tidak mengganggu tidur Zahran.

Hari ini dia benar-benar letih, lesu dan mahu semuanya segera berakhir. Saat ditolak ke OT, dia memandang Zahran bersama mommy dan daddynyanya yang sudah menunggu di depan pintu bilik itu. Zahran yang sedang duduk, segera berdiri mendekati isterinya.

“B, you tunggu I kat sini.”

Zahran angguk. “I tunggu.”

“Nanti I sedar, I nak you ada kat sebelah I,” ujarnya dengan mata berkaca.

“I promise.”

Datuk Eric yang melihat itu diserbu cemburu tidak semena-mena.
“Kita ada kat sini, kenapa dia nampak Zahran je?” bisiknya kepada Datin Michelle di sebelah.

Datin Michelle berdecit tidak suka sambil menjeling suaminya sekilas. “He’s her husband.”

“But I’m her daddy. Dia kenal I dulu sebelum kenal Zahran.” Datuk Eric masih tidak berpuas hati, namun tetap dia mengawal suaranya supaya tidak sampai ke telinga Zahran.

“Eric…Ada masa dia perlukan suami lebih dari dia perlukan kita. Yang you nak jealous dengan Zahran kenapa? You sepatutnya lega sebab Zahran suami yang baik, yang buat anak you selalu perlukan dia. Lagipun siapa suruh you datang?”

“Aiya…Susahlah bercakap dengan you. Perempuan memang tak pernah cuba nak faham lelaki. Asyik-asyik lelaki kena faham perempuan. I ada perasaan tahu?”

Datin Michelle tertawa perlahan. Entah kenapa suaminya bertingkah keanak-anakan seperti ini.

“Eric, dulu masa I keguguran beberapa kali, I pun nakkan you ada dengan I, bukan papa I.”

Datuk Eric terdiam. Benar juga. Saat Michelle beberapa kali keguguran dan ditahan di hospital, dia yang setia menemani isterinya itu. Michelle tidak mengizinkan ke mana-mana. Kata Michelle, melihat wajahnya saja sudah cukup memberi kekuatan yang seketika membuat dia berbangga dengan dirinya sendiri. Terasa dirinya cukup diperlukan dalam hidup seorang wanita.

“Kalau macam tu, I balik office dulu. Apa-apa hal, call I,” ujar Datuk Eric lalu bangun dari duduknya.

Mendekati Zahran, diletakkan tangan pada bahu menantunya itu. “Daddy balik dulu.”

Zahran mengangguk. “Okey.”

Datuk Eric berlalu, Datin Michelle bangun lalu melabuhkan duduk di sebelah Zahran. Sama-sama memandang ke arah pintu OT dengan helaan nafas yang terasa berat. Hanya prosedur biasa, risiko yang minimum, tetapi tetap memberi impak yang besar kepada mereka. datin Michelle takut jika Arianna mewarisi kepayahannya untuk mendapatkan zuriat sehingga perlu melalui prosedur yang menyakitkan dan menguras banyak air mata. Zahran pula bimbang dengan emosi isterinya itu selepas ini. Dua hari ini, tiada senyuman pada wajah Arianna. Muram, murung, sugul tidak seperti Arianna yang dikenalinya sebelum ini.

“Mommy dengan daddy dulu macam nilah.” Datin Michelle bersuara membuat Zahran menoleh sejenak ke arahnya sebelum kembali menatap lurus ke depan.

“IVF, miscarried, IVF lagi miscarried lagi, berulang-ulang, sampai satu tahap bila mommy tengok OT, mommy dah tak rasa apa-apa. Dah tak ada rasa takut sebab mommy dah kebal.”

Hening. Menunduk, Zahran meramas jemarinya sendiri. Dia boleh menerima semua itu, tetapi dia bimbangkan Arianna yang terlalu berharap. Dia juga mahukan anak sebagai penyeri rumah tangganya bersama Arianna, tetapi jika Tuhan belum mengizinkan, apa juga dayanya.

“Bila Ari kahwin, mommy selalu doa supaya Ari tak perlu lalui perkara yang sama. Mommy tahu macam mana rasanya, mommy tahu macam mana sakitnya, mommy tahu macam mana tertekannya emosi masa tu.”

Jeda. Zahran juga tidak berniat mahu menyela kerana jujurnya tidak ada apa yang mahu dia perkatakan. Dia reda jika perjalanan dia dan Arianna sealuran dengan yang dilalui oleh mentuanya.

“Paling mommy takut kalau daddy cari perempuan lain dengan alasan nak dapatkan anak. Sebab tu mommy sanggup tahan semua kesakitan, mommy tak berhenti usaha, mommy abaikan nasihat doktor sebab mommy tak nak daddy jadikan alasan anak untuk tinggalkan mommy.”

“Mommy kenal Ari. Kalau dia nakkan sesuatu, dia akan nekad. Susah macam mana pun dia akan usahakan sampai dapat. So…Mommy harap…” Datin Michelle terdiam sejenak. Berat permintaannya namun dia harus suarakan. “…Zahran tolong tenangkan dia,, tolong rasionalkan fikiran dia, ikut nasihat doktor dan tak perlu tergesa-gesa.”

Zahran hanya mengangguk tanpa berkata apa-apa.

“Mommy pernah berada di tempat Ari sebab tu kalau boleh, mommy tak nak dia lalui benda yang sama. Dan yang penting, jangan tinggalkan dia.”

“Okey.” Zahran menjawab perlahan sambil mengangguk. Suaranya natar kedengaran dengan tidak sahaja.

“Thank you…For being a good husband to Arianna.”

PEMBEDAHAN itu hanya mengambil masa setengah jam. Zahran segera berdiri sebaik sahaja katil Arianna ditolak keluar dari OT. Masih terpejam rapat matanya kesan ubat bius. Sebak bergelung dalam dada saat melihat isteri yang selalunya lincah itu terbaring tidak berdaya.

“She’s still under anesthesia. Dalam dua jam lagi dia akan sedar,” ujar Doktor Hasmah setelah Arianna dipindahkan ke wad.

“Okay, thanks doctor.”

Setelah Doktor Hasmah keluar, Zahran menarik kerusi dan melabuhkan duduk di sisi katil Arianna. Datin Michelle pula duduk di birai lantas menggenggam tangan anaknya itu. Diusap belakang tangan Arianna dengan berhati-hati, bimbang tersenggol selang infuse. Wajah pucat Arianna dipandang mengingatkannya pengalaman yang dilalui lebih 20 tahun lalu. Perit, namun dia bersyukur dikurniakan suami yang setia, penyayang, dan penyabar. Dia bersyukur Arianna juga berjodohan dengan lelaki yang mempunyai karakter yang sama daddynya.

“Mommy balik dulu ya? Kalau ada apa-apa cepat-cepat call mommy,” ujar Datin lalu bangun dari duduknya. Tidak ada guna juga dia berada di sini kerana Arianna masih belum sedar. Malah kata doktor, Arianna tidak mengalami apa-apa komplikasi. Keadaannya stabil dan tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan.

Zahran hanya mengangguk dan mengiringi langkah ibu mentuanya itu sehingga ke pintu.

ARIANNA membuka matanya perlahan. Beberapa kali dia mengerjap, menyesuaikan jumlah cahaya yang masuk ke dalam retina matanya. Rasa ngilu yang samar-samar dirasai pada bahagian bawah abdomennya membuat dia meringis, menarik perhatian Zahran yang sedang meneliti sesuatu pada MacBooknya.

Segera Zahran berdiri lalu mendekati Arianna. Dilabuhkan duduk di birai katil lantas tangan Arianna digenggam lembut.

“Lapar.”
Sebelum pembedahan dia perlu berpuasa dan sekarang perutnya merintih-rintih minta diisi.

“Okay.” Zahran bangun, membuka bungkusan makanan yang dihantar oleh ibunya setengah jam yang lalu.

“Ibu yang masak ni,” ujar Zahran. Sup lobak putih bersama nasi putih dipindahkan ke dalam mangkuk sebelum dia menegakkan sedikit katil Arianna.

Sambil mengacau nasi yang digaul kuah sup panas itu, Zahran kembali duduk di birai katil. Setelah dirasakan tidak terlau panas, dia mencedok sedikit sebelum dihalakan ke mulut Arianna.

“Perlahan…Perlahan. It’s still hot.”

Arianna mencecap sedikit dari hujung sudu sebelum dia mengangguk-angguk.

“Dah tak panas sangat,” ujarnya.

Sesuap demi sesuap, sehingga akhirnya licin semangkuk bubur.

“B…Doktor kata I kena tunggu dalam 3 bulan sebelum boleh mengandung semula. Tapi kalau dalam tempoh setahun I tak pregnant jugak, apa kata kita buat IVF.”

“Arianna…” Tangan Zahran terhulur menggenggam tangan Arianna. Kejap genggamannya, cukup untuk menjelaskan yang kata-katanya selanjutnya tidak bisa dibantah.“…we just go with the flow okay? Tak perlu terlalu memaksa dan tak perlu tergesa-gesa. Kalau ada, ada. Kalau tak ada, kita usaha, kita doa, kita tawakal.”

“Tapi…” Bergetar suaranya dengan manik-manik kaca yang hampir pecah. Kecewa dia mendengar kata-kata Zahran.

“I tak nak you terlalu fikirkan benda ni. Kita baru kahwin setahun, Arianna. Bukan tempoh yang cukup lama sampai kita terdesak kena buat IVF.”

Arianna diam. Namun air mata yang bertakung di tubir mata mula gugur di pipinya.

“I bukan tak nak anak. I faham apa you rasa, tapi you kena fikir diri you dulu. Jangan jadikan perkara anak, something yang boleh buat you depressed. Jangan sampai you dah tak boleh bercakap, senyum, ketawa, bergurau dengan I sebab terlalu fikirkan benda ni. Kita chill je. Kita enjoy hidup berdua ni puas-puas sebelum Tuhan bagi kita anak.”

“Kalau kita terus tak ada anak, macam mana?”

“Fikiran negatif nilah yang buat you tertekan tau. The only burden you have ever had is your mind. Berhenti fikir benda negatif. Fikir yang baik-baik sebab apa yang kita fikir tu pun akan jadi satu doa. Lagipun, setiap orang tu Tuhan dah tetapkan rezeki masing-masing. Kalau empat tahun, lima tahun, masih tak dapat anak, then baru kita ikhtiar dengan IVF, okay?”

Lama Arianna terdiam sebelum akhirnya dia mengangguk. “Tapi you janji tak cari perempuan lain?”

Zahran tertawa. “Kenapa I nak kena cari perempuan lain kalau I dah ada Arianna?”

Merona merah wajah Arianna apabila Zahran berbicara manis seperti itu. “You buat I malulah.” Arianna menepuk-nepuk pipinya yang terasa kebas.

“Pandai malu jugak rupanya.”

.
. .

SETAHUN berlalu selepas keguguran itu, emosi Arianna semakin pulih. Tidak mudah untuk dia melaluinya kerana sejarah yang dilalui mommynya membuat dia takut. Namun, sokongan Zahran, mommy, ibu, dan Dina membuat dia berjaya melupai kesedihan itu. Sedikit demi sedikit dia memperoleh semangatnya kembali kerana tidak mungkin dia terus hidup dalam kemurungan sehingga membuat suaminya terabai. Tidakkah itu nanti akan membuka celah kepada orang ketiga untuk mengambil kesempatan masuk ke dalam rumah tangganya? Tidak akan sekali-kali dia membiarkan itu berlaku.

“Hari ni wanita-wanita diberi kebebasan untuk bersosial sebab kami semua nak keluar main golf,” ujar TS Zahari ketika anak-anak dan menantu-menantu dan cucu-cucunya berkumpul di Villa Seroja hujung minggu itu. Hanya Lana yang sudah ada di meja makan, bersarapan bersama mereka. Lily dan Liyyan masih belum bangun. Jika tidak, jangan harap mereka boleh bersarapan dalam suasana yang aman dan tenang begitu.

“Takkan bagi kebebasan je, bagilah duit sekali,” balas PS Wahida.

Terkekeh-kekeh Irdina dan Arianna ketawa dengan jawapan ibu mentua mereka itu.

“Bukan dah selalu bagi ke. Dengan kad sekali bagi,” balas TS Zahari.

“Itu yang wajib. Yang untuk kebebasan bersosial ni lain.” PS Wahida tidak mahu kalah.

Malas menjawab lagi, TS Zahari mencapai telefonnya, mengetuk-ngetuk skrin dengan jemarinya sebelum beberapa minit kemudian terdengar notofikasi masuk ke telefon PS Wahida.

“Dah transfer,” ujar TS Zahari sebelum menyimpan semula telefonnya ke dalam saku seluar.

“Aih lain macam baik hari ni…”

“Lailahaillallah…” TS Zahari menggeleng sebal, membuat Zahran dan Zahrin pula terkekeh-kekeh.

“Yalah…Yalah…Terima kasih. Dina, Ari…Lepas ni kita pergi joli. It’s all on me.”

Irdina dan Arianna berbalas pandang sambil menaik turunkan kening mereka. Keluar dengan PS Wahida ibarat keluar dengan mesin ATM bergerak. Hanya perlu bawa diri dan kad pengenalan. Selebihnya, semua dibiaya. Mentua mereka itu pemurah sungguh membelanjakan wang suaminya.

“Pukul berapa nak keluar?” tanya Irdina.

“Lepas nilah. Lepas breakfast.” PS Wahida menjawab cepat.

TEPAT jam sepuluh pagi, tiga wanita itu melangkah keluar dari rumah dengan menaiki kereta yang dipandu Irdina. Arianna duduk di bahagian penumpang, manakala PS Wahida di kerusi belakang. Berkobar-kobar semangat mahu menghabiskan masa dengan perancangan yang mereka buat beberapa minit yang lalu.

Sesampai di Pavillion, mereka ke spa terlebih dahulu; menyegarkan badan dan melonggarkan urat-urat tubuh yang bersimpul tegang.

“Apa kata kalau Puan Sri, Puan Dina, Puan Arianna cuba spa pengantin.”

“Spa pengantin?” PS Wahida melekapkan tapak tangannya ke dada. “Kang tak pasal-pasal mengandung ibu.”

Pecah tawa Irdina dan Arianna dengan kata-kata mentua mereka itu.

“Untuk yang bukan pengantin boleh Puan Sri. Rawatan ni untuk singkirkan toksin dalam badan, lancarkan peredaran darah, bersihkan kulit sebab rawatan pertama yang kita buat untuk spa pengantin ni ialah sauna.”

“Nak cuba?” tanya PS Wahida.

“Boleh je.” Arianna mengangguk setuju. Apa salahnya mencuba. Lagipun mereka ada satu hari penuh untuk keluar bersuka ria sementara suami-suami mereka ber’me’-time.

Bermula dengan rawatan sauna, mereka bertiga ditempatkan di dalam tiga sauna room jenis infrared sebelum dibawa ke bilik urutan. Hampir terlelap mereka bertiga apabila jemari pekerja spa menelusur memicit seluruh badan. Nikmat terasa sehingga tidak sedar sesi urutan itu selesai dan mereka di bawa ke bilik mandi untuk menjalani rawatan lulur pula, disusuli dengan mandi susu.

Selesai dengan rawatan badan, mereka menjalani rawatan muka di spa yang sama. Hampir empat jam mereka menghabiskan masa di spa itu sebelum melangkah keluar dengan badan segar.

“Nak pergi mana pulak bu?” tanya Arianna.

“Entahlah. Kita tengok-tengoklah. Kalau rasa berkenan, kita singgah beli.”

Akhirnya mereka berkeliling, singgah masuk dari satu kedai ke satu kedai. Ada yang mereka hanya masuk melihat-lihat, ada juga yang mereka berkenan dan beli sehingga akhirnya Arianna sudah tidak mampu menyeret kaki lagi. Membiarkan PS Wahida dan Irdina melihat-lihat kasut di dalam sebuah butik kasut berjenama, Arianna melabuhkan punggung di tempat duduk yang disediakan di dalam butik itu. Termengah-mengah nafasnya saking penat.

“Ari tak nak beli kasut?” tanya PS Wahida.

Arianna menggeleng. Dilirik Irdina yang juga sudah melabuhkan duduk di sebelahnya dengan nafas turun naik.

“Penat kan?” ujar Arianna.

Irdina mengangguk. “Yeah. Lepas ni I nak ajak ibu pergi makan. Laparlah. Tapi kat sini tak ada vegan restaurant. I pergi KFC sekejap, take away then kita pergi restoran Vegan dekat luar.”

Arianna mengangguk setuju kerana dia juga sudah lapar.

“Dina pun tak nak beli apa-apa ke?” PS Wahida yang sudah puas berkeliling di dalam butik bertanya Irdina. Kelihatan dia sudah menjinjit satu beg kertas yang terpampang simbol butik itu.

Tersengih Irdina dengan pertanyaan mentuanya. Sudah penuh tangan kiri dan kanan menjinjit beg kertas, masih dikata tidak membeli apa-apa? Dia jarang membeli kerana selalunya Zahrin yang akan membelikannya setiap kali suaminya itu ada business trip ke luar negara.

“Cukuplah ni bu.”

“Okaylah, nak pergi mana pulak?”

“Kita pergi makan bu?”

“Okay.”

Keluar dari butik, mereka menuju ke restoran KFC yang terletak di tingkat 1. Sementara menunggu Irdina membeli makanan, PS Wahida dan Arianna menunggu di luar. Kembang kempis hidung Arianna tatkala bau ayam goreng menyeruak masuk ke dalam rongga hidung, menghantar isyarat ke otak yang membuat dia mentafsir betapa sedap rasa ayam goreng itu. Melihat pelanggan di meja sebelah menggigit paha ayam, menikmati rasa ayam goreng dan mengunyahnya nikmat, membuat Arianna tertanya-tanya bagaimana rasanya? Apa sama seperti cendawan kepala monyet? Entah mengapa Arianna terasa begitu ingin menikmati ayam goreng itu dan mengetahui bagaimana rasanya.

“Okey dah siap. Jom!”

Suara Irdina yang baru selesai membeli set bucket untuk dia dan PS Wahida mengembalikan akal waras Arianna. Cepat-cepat dia menggeleng, menyingkirkan keinginan untuk menikmati ayam goreng itu.

“Menyesal pulak tak ambik parking valet tadi. Letihnya.” Irdina mula merungut apabila tempat letak kereta dirasakan agak jauh.

“Itulah.”

Sesampai di kereta, mereka tidak segera masuk. Berdiri di belakang kereta, mengambil nafas sebelum Irdina membuka but dan memasukkan barang-barang mereka ke dalamnya.

“Kenapa ada golf set dalam ni? Siapa punya?” tanya PS Wahida.

“Dina punya. Hari tu teman Zahrin entertain client dia main golf. Client dia bawak wife.”

“Oh…”

Masuk ke dalam kereta, Irdina dan PS Wahida menikmati dahulu ayam goreng, buat mengalas perut sebelum ke restoran Vegan. Lagi-lagi cacing di dalam perut Arianna seperti membuat tunjuk perasaan, apabila bau ayam goreng itu masuk ke dalam indera penciumannya. Bergelen-gelen dia menelan air liur menahan bau yang menggugah selera itu. Bukan tidak pernah dia menghidu bau ayam goreng KFC sebelum ini, tetapi entah mengapa kali ini keinginannya begitu kuat sekali.

“Eh Dina, ada orang nak masuk parking, kena keluar cepat ni,” ujar PS Wahida.

Irdina yang baru menggigit separuh paha ayamnya, meletakkan semula ayam itu ke dalam kotak, sebelum kotak itu diletakkan di atas arm rest. Setelah mengelap tangannya dengan tisu, dia mengundur keluar keretanya. Namun baru separuh dia mengeluarkan kereta dari petak parking, tiba-tiba seorang lelaki berlari ke arah petak parkirnya dan berdiri di sana.

“Eh, dia keluar daripada kereta mana tadi?” tanya Irdina sambil memandang susuk lelaki itu melalui cermin tepi.

“Dari kereta belakang kereta yang bagi signal tu,” jawab Arianna.

“Mana boleh macam tu. Tak adillah. Kan orang dan bagi signal nak masuk.” Irdina bersuara tidak puas hati.

“Kan…Melampau betul.”

“Jangan keluar Dina. Berhenti je kat sini sampai dia keluar dari petak parking. Orang macam ni memang kena ajar biar dia ada akal.” PS Wahida pula mengapi-api.

Tanpa banyak membantah, Irdina menolak gear P dan menarik brek tangan.

“Selagi orang tak berganjak, I tak nak keluar.”

“Sokong.” Hampir serentak Arianna dan PS Wahida menjawab.

Mungkin kerana melihat kereta Irdina tidak bergerak, lelaki itu menghampiri lantas mengetuk cermin kereta di sebelah pemandu sambil dengan marah memberi isyarat supaya Irdina segera keluar.

Namun Irdina berkeras. Menggeleng dengan wajah marah sambil menyilangkan kedua-dua tangannya membentuk pangkah.

Reaksi Irdina ternyata membuat lelaki itu bertambah berang. Semakin kuat dia mengetuk cermin kereta Irdina sebelum bertindak menyepak tayar depan dan pintu kereta di sebelah pemandu.

“Eh kurang ajar betul dia ni!” Irdina sudah mula berang.

“Shit!!!” Irdina menjerit nyaring apabila lelaki itu tiba-tiba meludah cermin di bahagian pemandu.

Membuka tali pinggang keledar, tangan Irdina sudah hampir menekan butang kunci jika Arianna tidak menahannya.

“You ada pertahanan diri?” tanya Arianna.

“Tak ada. Tapi I ada keberanian.”

“Good. I ada judo, tapi tak berapa berani.”

“Kita keluar sama-sama?”

Arianna mengangguk sebelum sama-sama membuka pintu kereta dengan Irdina. PS Wahida yang tidak sempat menghalang menantu-menantunya itu mula bersedia dengan telefon untuk menghubungi pihak polis.

“Alihakan kereta ni sekarang!” Dengan wajah berang, lelaki itu menatap nyalang ke arah Irdina.

“Lap air liur kau ni sekarang!”

Lelaki itu tertawa sinis. Berdekah-dekah sambil bercekak pinggang.

“Hei betina. Aku kata alihkan kereta kau ni sekarang!!!” Tangan lelaki itu sudah terangkat mahu membelasah Irdina namun terhalang apabila Irdina terlebih dahulu menangkap pergelangan tangannya.

Arianna bertindak cepat, mencengkam satu lagi tangan lelaki itu sebelum dia menuruti langkah Irdina yang sudah menyeret lelaki itu ke arah kereta. Seperti dirasuk syaitan, Irdina mencekak rambut lelaki itu, lalu dihantuk pada cermin kereta. Diseret kepala lelaki itu menyapu sisa ludahnya tadi.

Menjerit keras, lelaki itu merentap kedua-dua tangannya sehingga terlepas. Dua orang kawannya sudah keluar dari kereta dengan salah seorang dari mereka membawa kunci stereng.

Melihat itu, PS Wahida yang baru selesai menghubungi pihak polis segera keluar, membuka but kereta lalu mengeluarkan sebatang kayu golf milik Irdina.

“Kau berani cari pasal dengan aku ya. Mampus kau hari ni!” Lelaki itu sekali cuba menyerang Irdina, manakala dua rakannya berlari mengepung Arianna.

“Hoi!” Bergema nyaring suara PS Wahida di ruang letak kereta bawah tanah itu sebelum tangannya menghayun kayu golf ke belakang salah seorang lelaki yang cuba menyerang Irdina.

Lelaki itu mahu membalas namun bunyi wisel dari pengawal keselamatan yang menunggang motosikal menuju ke arah mereka membantutkannya. Mungkin ada pengunjung yang melihat kekecohan itu melaporkan kepadanya.

TS Zahari, Zahran, dan Zahrin baru mahu menikmati minuman mereka selepas selesai pusingan terakhir beberapa minit lalu apabila telefon mereka serentak berbunyi.

Melihat nama isteri masing-masing berkelip pada skrin telefon, membuat mereka saling berpandangan sejenak sebelum menjawab panggilan itu.

“Hallo…”

“…”

“Balai polis?” Serentak mereka terjerit apabila PS Wahida, Arianna dan Irdina meminta mereka menjemput di balai polis.

Berpandangan mereka dengan wajah berkerut sebaik sahaja panggilan diputuskan oleh pihak sana. Ya, sebelum sempat mereka bertanya apa-apa.

“Apa hal sampai ke balai polis?” TS Zahari menggerutu.

“Dah tu tak sempat tanya, dia dah letak.” Zahrin pula merungut.

“They didn’t involve with a crime, right?” Zahran menggumam.

“I hope so.”

AKHIRNYA setelah menghirup seteguk minuman, mereka meninggalkan club golf itu menuju ke balai polis. Zahrin menaiki kereta bersama TS Zahari, manakala Zahran memandu kereta sendiri kerana hajatnya selepas bermain golf, dia mahu terus pulang ke rumahnya.

Sesampai di balai polis, tiga orang wanita itu segera menerpa ke arah suami masing-masing. Tidak mahu bercakap banyak, mereka terus menarik suami mereka ke kereta.

“B, kereta you kat mana?” tanya Arianna.

“Macam mana you boleh ada kat balai polis?” Bukannya menjawab, Zahran malah bertanya balik.

“Dalam keretalah I cerita. Tak nak kecoh-kecoh kat sini,” balas Arianna sambil memaut lengan suaminya itu.

Sementara Irdina pula tergesa-gesa menarik tangan Zahrin ke arah keretanya yang diparkir di luar balai.
“Ash, balik naik kereta I. Kereta I kat sana,” ujarnya sambil menunjuk ke arah Audi A7 pemberian Zahrin sempena hari lahirnya tahun lalu.

“Macam mana you boleh ada kat balai polis? You buat apa sebenarnya?”

“Tak buat apa-apa. Tapi sebelum balik, I nak pergi cuci kereta dulu. Hari ni jugak kena cuci, tak boleh hari lain.”

Berkerut dahi Zahrin memandang Irdina, namun isterinya itu hanya tersenyum kekok lantas mengalihkan pandangan ke arah lain. Nah, sekarang perasaan bimbang sudah bertukar menjadi curiga pula.

“Macam mana awak boleh ada kat balai polis? Kena ragut ke?” tanya TS Zahari sambil menghidupkan enjin kereta.

“Ermmm…Saya masa keluar dari rumah tadi niatnya nak shopping je. Tapi bila sampai sana, nampak spa, masuk spa dulu, cuba spa pengantin. Lama jugak dalam tu. Lebih kurang 4 jam, sebab kena sauna dulu, urut, mandi lulur, mandi susu, lepas tu facial, lepas tu baru selesai. Then, badan dah segar baru keluar masuk butik. Beli beg, kasut, baju, beli baju cucu-cucu, beli klip rambut untuk Lily Lana, beli…”

“Tak…Tak…Aktiviti mana yang awak buat, sampai awak kena ke balai?”

“Spa tu kot.”

“Hah? Kenapa? Ada aktiviti pelacuran ke dalam tu?” Tidak masuk akal sebenarnya spa yang terletak di dalam pusat membeli-belah berprestij boleh melakukan aktiviti seperti itu. Namun tidak ada andaian lain yang muncul dalam benaknya jika isteri dan menantu-menantunya berakhir di balai polis gara-gara berkunjung ke spa itu.

“Hish, abang ni. Apa sampai ke situ fikirnya.”

“Habis tu yang sampai kena serbu dengan polis tu?”

“Siapa kata kena serbu?”

“Lailahaillallah…Dah tu yang awak dengan menantu-menantu kita sampai ke balai polis tu kenapa?”

“Bang…apa yang berlaku ni dah tertulis di Luh Mahfuz. Kalau saya tak masuk spa, saya dah jimat empat jam. Kalau saya keluar empat jam sebelum masa yang sebenar saya keluar dari mall tadi, mesti saya dah selamat sampai rumah. Tak adalah abang kena jemput saya kat balai polis.”

“Eh Wahida Abdul Wahab! Saya tak faham apa yang awak cakap ni!”

“Kalau macam tu abang tak payah faham. Yang penting saya dan menantu-menantu kita selamat.”

“Wahida, baik awak cerita sebelum saya korek cerita daripada orang lain.”

SEMENTARA itu, Arianna tidak berani melirik Zahran di sebelahnya. Tegang wajah suaminya itu sejak menjemputnya dari balai polis beberapa minit lalu. Mungkin marah dan bengang kerana dia tidak mahu bercerita.

"Tak...sekarang ni kenapa you dengan Dina, dengan ibu, boleh end up dekat balai polis?" Untuk kesekian kalinya Zahran bertanya, dengan harapan akan mendapat jawapan.

"Zaman sekarang ni, orang yang menegakkan keadilan selalunya akan dipandang serong. Yang buat salah, disanjung macam hero. Padahal dialah real villain."

"You cakap apa ni? Menegakkan keadilan apa? Malaysia ni ada undang-undang. Tak perlukan model, fashion designer, and mak mentua untuk tegakkan keadilan."

"B... Good people don't need laws to tell them to act responsibly. Quote by Plato. I, Dina, dengan ibu are good people. We act against the law to help people in need."

Zahran ketap bibir. Geram. Sudahlah acaranya hari ini terganggu, sekarang Arianna seperti mahu berfalsafah pula dengannya.

"Tell me the whole story," ujar Zahran.

“I dah sepakat dengan ibu and Dina tak nak cerita apa-apa.”

“Ni mesti adalah you buat salah ni. Cepat cerita sebelum I dapat tahu daripada orang lain. You tahu I ada banyak cara nak korek cerita.”

Arianna berdecit. Melipat kedua-dua tangan ke dada, bibir termuncung menunjuk rasa tidak puas hati.

“I ada ramai kawan dekat balai tu. Anytime I boleh tahu cerita sebenar. Tapi I nak dengar dari mulut you sendiri. Cerita sekarang!”

“Tapi I dah janji dengan ibu and Dina…”

“You percayalah cakap I. Ibu dengan Dina pun takkan boleh simpan rahsia dengan ayah and Zahrin. Sila-silap dia orang dah cerita pun."

“Ye ke?” Arianna kelihatan ragu.

“Yalah. You ingat ayah dengan Zahrin akan diam je bila jemput isteri masing-masing dekat balai polis? Samalah macam I pun. Bukan sesuatu yang biasa bila orang awam macam you berada di balai polis. It’e either you’re the culprit or you’re the victim.”

“I bukan pesalah, I bukan mangsa. But I’m the hero. I mean…we are the hero.”

Zahran memutar bola matanya. Dari tadi Arianna tidak habis-habis mengaku dirinya hero. Entah pahala atau jasa apa yang sudah dilakukan sehingga melayakkan dirinya digelar hero.

“Kalau macam tu cerita betul-betul dengan I then baru I decide whether you really deserve to be called a hero or not.”

Menghela nafas kasar, mahu tidak mahu terpaksalah Arianna bercerita. Zahran jika mendesak, selagi tidak mendapat apa yang dia mahu, selagi itu dia tidak akan berhenti.

“Macam ni...Tadi bila kita orang keluar dari mall, terus pergi tempat parking kan. Lepas tu, masa Dina nak keluarkan kereta dari petak parking tu, ada satu kereta dah bagi signal tau nak masuk petak kita orang tu. Dina pun cepat-cepatlah nak keluar kan. Sekali tu B, ada sorang ni lelaki ni, kereta dia belakang kereta yang bagi signal tu, dia turun dari sebelah tempat duduk penumpang, dia pergi berdiri dalam petak parking kita orang tu."

"Okay...Then?"

"Masa tu Dina baru keluarkan separuh je kereta daripada petak parking tu. Bila nampak lelaki tu buat macam tu, kita orang rasa nak marahlah kan. Tak adil tau. Dia dah nampak ada kereta bagi signal nak masuk dulu, mana boleh dia keluar and berdiri dalam petak parking tu."

Zahran tidak menyela. Menunggu Arianna menyudahkan ceritanya kerana dia masih tidak nampak bagaimana kisah itu berakhir di balai polis.

"Dina pun berhentikan kereta, tarik handbrake. Separuh kereta dah kat luar petak, separuh lagi masih dalam petak. Dina kata, selagi lelaki tu tak keluar daripada petak parking tu, dia takkan gerak. I dengan ibu pun sokonglah. Mana boleh dia cop parking macam tu. Kan salah di sisi undang-undang."

Zahran menganga tidak percaya. Otak bijaknya sudah mula dapat merangka dan meneka kejadian sebenar sehingga tiga orang itu berakhir di balai polis.

"Ya, memang salah. Tapi yang menegakkan undang-undang tu pihak berkuasa. Bukan you, Dina, atau ibu."

"Kita orang tak menegakkan undang-undang B, tapi menegakkan keadilan."

Zahran diam berfikir-fikir. Menegakkan undang-undang dan menegakkan keadilan. Bukankah benda yang sama?

"Then, orang tu marah tau. Dia ketuk-ketuk cermin kereta Dina, sepak pintu kereta, lepas tu dia ludah cermin kereta tau. Dina bengang, dia pun keluar dari kereta. I tanya dia, ada belajar apa-apa martial art tak?”

“ARIANNA tanya I ada belajar apa-apa martial art tak? I jawab tak ada, tapi I ada keberanian.”

Buntang mata Zahrin memandang Irdina mendengar cerita isterinya itu.

“Eh Dina. You tahu tak you cari pasal dengan lelaki? Kalau lelaki tu tampar ke, pukul ke, terajang you ke macam mana? Kenapa you ni berani sangat?”

“Itulah sebab I kata tadi, I ada keberanian. Arianna ada judo, tapi dia tak berapa berani. So, kita orang macam…saling melengkapi gitu. Lagipun I berpegang kepada prinsip, perempuan selalu menang.”

Zahrin menggeleng tidak percaya. “Kenapa you sibuk sangat dengan urusan orang? Bukan parking you yang dia curi. Dan you takkan menang dengan lelaki yang tak berakal macam tu.”

“I menegakkan keadilan. Benda yang salah, kita kena betulkan. Lagipun dia ludah kereta I. Lepas ni kita pergi cuci kereta. Geli.”

"DINA suruh orang tu lap balik air liur dekat cermin kereta dia. Tapi orang tu tak nak. Dia provok Dina. Lepas tu you tahu kita orang buat apa?"

"Apa?"

"Kita orang...Kita orang...Apa ek?" Arianna kelihatan berfikir-fikir perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perbuatan Irdina. "...tarik rambut orang tu, seret pergi dekat kereta, lepas tu lap air liur tu guna pipi dia." Arianna terkekeh, mengenang aksi dia dan Irdina tadi.

"Orang tu lelaki kan?"

Arianna angguk. "Lelaki tu nak attack kita orang tau, tapi I dengan Dina belasah lelaki tu balik. Geng lelaki tu pun dah keluar dari kereta. Ibu pergi boot, ambik kayu golf. Kecoh jugaklah. Ada kereta-kereta lain yang kat situ dah tekan-tekan hon."

Zahran menggeleng. "Habis tu siapa telefon polis?"

"Entah."

"Arianna...Lain kali jangan masuk campur urusan yang tak ada kena mengena dengan you. Dia nak cop parking, dia nak berdiri, baring. meniarap kat tempat parking tu suka hati dia. Tak ada kena mengena dengan you."

"Siapa kata tak ada kena mengena? Dia cop parking sebelum kereta kita orang keluar. And dia rampas hak orang lain. Cop parking tu kan salah di sisi undang-undang."

"You nak menegakkan undang-undang dengan melanggar undang-undang, macam tu?"

"Cara yang baik untuk mengajar orang yang melanggar undang-undang adalah dengan melanggar undang-undang."

"Siapa ajar you ni?"

"Tak semua benda perlu diajar. Sekali-sekala kita kena ikut logik akal."

"Masalahnya..."

"Tak ada masalah B...Semua dah selesai."

"Arianna...Listen here..."

"Tak nak dengar."

"I tak nak benda ni berulang lagi, faham?! You buat perangai samseng macam tu lagi, I akan biarkan you tidur dalam lokap polis."

"Kenapa marah I sorang? Dina dengan ibu pun sama."

"Dina dengan ibu tu biar suami dialah marah!"

Arianna berdecit tidak puas hati. Fikirnya Zahran akan membela dan berbangga dengan tindakannya, sekali dia dimarah pula.

"Dunia memang tak adil! You sepatutnya bangga ada isteri yang memperjuangkan nasib insan teraniaya. Ini you marah pulak. At least, bagilah galakan, sokongan dan dorongan. Berapa ramai orang dalam Malaysia ni yang berani mempertahankan petak letak kereta?"

Eh..eh..?

"Yeah right... apatah lagi yang berjuang mempertahankan tempat letak kereta orang lain."

Arianna mencebik. Kenapa setiap bicaranya berjaya dipatahkan dengan mudah oleh Zahran?

“AWAK sepatutnya halang menantu-menantu awak tu. Ini awak pulak jadi ibu samseng pergi pukul orang dengan kayu golf.” Tidak habis fikir TS Zahari dengan tindakan isteri nya. Menyesal pula membiarkan mereka bertiga keluar bersama-sama. Fikirnya hari ini dapatlah dia meluangkan masa dengan anak-anak lelakinya. Eh sekali diganggu pula dengan karenah tidak masuk akal isteri dan menantu-menantunya.

“Saya memang nak halang. Tapi tak sempat nak cakap apa-apa, Dina dengan Arianna dah keluar. Saya call polis. Elok-elok saya end call, saya nampak lelaki tu nak attack Dina. Takkan saya nak biar. Kang merajuk Zahrin 40 hari tak tegur saya kalau apa-apa jadi pada isteri dia.”

“Maksud saya, awak tak payahlah mengapi-api bila Dina berhentikan kereta dia. Suruh je dia jalan terus. Masalah parking tu tak ada kaitan dengan kita pun, tak ada maslahat untuk awak, Dina, Arianna, masyarakat, dan negara.”

“Siapa kata tak ada. Kita kena ubah mindset orang yang selalu menganggap benda-benda remeh macam ni tak penting. Katakanlah kereta yang bagi signal tu dalam kereta dia anak anak kecik ke, ada orang tua ke, entah-entah dia dah berapa puluh kali pusing sebelum nampak petak parking tu, orang lain senang-senang nak ambik. Kan tak adil tu.”

TS Zahari terdiam. Kata-kata isterinya itu ada betulnya, tetapi itu tetap bukan alasan yang kuat untuk mereka bertiga bertindak seperti itu.

“Matlamat tak menghalalkan cara. Sekarang ni, nak memperbetulkan kesalahan orang lain, awak sendiri pun dah buat salah. Tak betul tu.”

“Habis tu kalau abang berada di tempat saya, apa abang akan buat?”

“OKEYLAH, sampai part you berhentikan kereta and tarik handbrake tu I setuju,” ujar Zahrin apabila Irdina bertanya apa yang dia akan lakukan jika berada dalam situasi itu.

“Then?”

“Then tekan hon untuk tarik perhatian guard. Bila guard datang, biar dia yang selesaikan masalah tu. Selesai.”

“Tapi tak ada kepuasan tau. Kita nak rasa aura sebagai hero penegak keadilan. I paling tak suka makhluk yang suka menindas.”

“Tak payahlah nak berlagak macam hero. You menang dengan I je sebab I malas nak bergaduh dengan you. Dengan orang lain tu lupakan jelah,” ujar Zahrin.

“Kalau macam tu you kena sokong tindakan I. Bagi galakan so that I rasa bangga dengan apa yang I buat hari ni.”

“Bangga jadi samseng?”

Irdina diam. Melipat tangan ke dada, wajah cerahnya mula bertukar masam.

“I tak nak you terlibat dengan benda macam ni lagi. You perempuan tau. Jangan sekali-kali cari gaduh dengan lelaki. Bahaya. Kalau apa-apa berlaku macam mana? Macam mana dengan I? Lily, Lana, Liyyan. You tak tahu lelaki tu siapa. Entah-entah dia gangster ke, kaki pukul ke, jangan sebarangan cari pasal dengan orang.”

Irdina tidak menjawab. Masih protes.

“Faham tak?!” Suara Zahrin naik seoktaf apabila Irdina nampak tidak endah dengan kata-katanya.

“Faham.”

“Kalau nak cari pasal, cari pasal dengan I. I akan selalu bagi you menang.”

Kata-kata Zahrin itu membuat senyum perlahan terbit di wajah Irdina. Merangkul tangan kiri Zahrin yang sedang memegang stereng, dilentokkan kepala ke bahu suaminya itu.
“This is what makes me love you so much.”

“B…You dah habis marah belum?” tanya Arianna apabila Zahran hanya diam selepas mendengar cerita penuh daripadanya tentang insiden di petak parkir itu.

“Kenapa? Kalau dah habis?”

“I lapar. Boleh kita pergi makan tak?”

“Nak makan kat mana?”

“KFC.”

Nyaris kaki Zahran menekan brek mengejut mendengar jawapan Arianna.

“Masa bergaduh tadi kepala you ada terhantuk kat mana-mana ke?”

Arianna berdecit marah dengan pertanyaan Zahran.

“Tak, I betul-betul nak tahu ni. Sejak bila you makan ayam? You’re a vegan, remember?”

“I tahulah B. Tapi tadi…Dina dengan ibu makan KFC depan I. Bau ayam goreng tu betul-betul buat I…” Arianna terhenti; tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaannya. “Entahlah. Sampai sekarang I teringat-ingat bau ayam goreng tu. I tak boleh lupa B. Sebelum ni bukan tak pernah ada orang makan KFC depan I. Tak pernah I rasa nak makan. Tapi kali ni, rasa teringin sangat…”

Zahran terdiam sejenak. Bukan dia keberatan, tetapi dia takut nantinya Arianna menyesal kerana melanggar amalanya itu.

“Boleh tak B? I lapar sangat dah ni.”

“Betul ni?”

“Betul.” Arianna mengangguk mantap.

“Jangan menyesal nanti.”

“Tak. I tak menyesal. Kalau tak makan tu yang buat I menyesal. I nak yang macam Dina makan tadi.”

AKHIRNYA Zahran singgah di restoran makanan segera itu dan memesan snack plate yang mengandungi dua ketul ayam goreng, coleslaw, mash potato, roti, dan air berkarbonat yang ditukar Zahran kepada air milo. Tidak mahu Arianna minum air gas dalam keadaan perutnya kosong.

“Makan satu je dulu ayam tu sebab perut you tak biasa terima daging,” ujar Zahran.

Tiada jawapan daripada Arianna apabila dia sudah mula menggigit paha ayam. Terpejam-pejam matanya mengunyah, menikmati rasa yang tidak pernah dinikmati sepanjang hayatnya.

“So this is what chicken tastes like. Lain daripada cendawan kepala monyet.”

Zahran tertawa. Arianna kelihatan seperti bayi yang baru diperkenalkan dengan makanan baru. Diperhatikan saja isterinya itu menikmati ayam goreng itu sehingga tinggal tulang. Ketika tangan Arianna mahu mencapai satu lagi ayam goreng, Zahran segera menegah.

“Arianna, you baru hari ni makan ayam. I rasa you patut makan satu je dulu,” ujarnya.

“Should be no problemlah B. I bukan baby.” Tidak menghiraukan larangan Zahran, Arianna mencapai seketul lagi ayam goreng dan menghabiskannya dalam masa beberapa minit sahaja.

Tersandar kekenyangan, dia mengusap perut. “Kenyangnya.”

“Puas hati?” tanya Zahran.

Arianna mengangguk. Tidak ada penyesalan. Yang ada, cuma rasa puas. Rasa ayam itu sama seperti apa yang dia bayangkan saat melihat Irdina dan ibu menikmatinya tadi.

.
. .

ZAHRAN sedang menghadiri sidang video Global CEO conference apabila pintu bilik bacaannya diketuk dari luar, sebelum daun pintu ditolak dan wajah kusut Arianna terjengul di sana.

Hanya dengan mengangkat sedikit dagunya sebagai isyarat bertanya ‘ada apa’, Zahran mengalihkan sejenak fokusnya dari sidang video itu.

“I tak boleh tidur.”

“Kenapa?”

“Entahlah. Rasa panas, rimas, tak selesa.”

“Ke sebab makan ayam tadi?” Zahran menebak.

“Entahlah. Mungkin jugak.”

Zahran bangun, membawa bersama MacBooknya lalu melangkah ke sofa. Mac Book diletak di atas meja kopi sebelum dia memanggil Arianna.

“Come. Sleep here,” ujarnya sambil menepuk pahanya.

Arianna mendekati Zahran sebelum berbaring di sofa dan kepalanya dilabuhkan di atas paha suaminya itu.

Tidak mahu Arianna terganggu dengan suara daripada persidangan itu, Zahran memasang headset. Dengan mata dan telinganya fokus kepada persidangan video itu, satu tangannya mengelus lembut rambut Arianna.

Saat namanya disebut untuk memberikan ucapan, dia menjeling Arianna yang masih belum terlelap. Diubah sedikit kedudukan macbooknya supaya tidak terlihat Arianna yang sedang berbaring di pahanya.

“Good evening everyone. It is very good to be here for this conference. This conference is not something I’m unfamiliar with. Never in ny wildest dream then, did I think that I will be here speaking to all of you in this capacity.”

Arianna yang memerhatikan suaminya itu, tersenyum. Melihat Zahran dari posisi ini, membuat dia dapat melihat dengan jelas kekacakan dan karisma suaminya itu. Wajah yang serius, gestur tubuh dan tangannya, gerak bibirnya, slanga Inggeris yang digunakan, semuanya begitu sempurna; membuat dia berbangga kerana lelaki itu adalah suaminya.

“Today, I think we are in a much better position because of our collective efforts. So thank you very much for that.”

“….The aim is to achieve a number 1 or 2 position in allour markets and segments because market leaders have the privilege of driving
technology development and financial performance. Our shared Purpose and operating framework provide the “glue” that keeps ourdecentralized company together.
Our priority is to build a strong foundation and draw up the direction for the
next three years with a strong priority towards improving financial performance and
driving growth.”

Tangan Arianna bergerak, menyentuh jemari Zahran yang sedang mengelus rambutnya. Ditaut jemari mereka sebelum dia dapat merasa Zahran membalas tautan itu walaupun masih berucap dalam persidangan.

Tidak melepaskan tautan itu, kelopak matanya ditutup rapat sebelum akhirnya dia terlena.

Share this novel

norsila
2022-10-20 10:53:00 

lawak3 kfc ari..ni mesti kes mgidam....tk sabar next cprt..

Aisyah Esya
2022-10-20 07:50:18 

mkn kepci heroes kehkehkeh..hero parking. calyta x pernah x lawak. lebiu beybeh

Roshasniah Mustafa
2022-10-20 06:30:29 

rasanya ari ngandung.. bahagia nye ari ngn Abg ran


NovelPlus Premium

The best ads free experience