Bab 6

Romance Series 59136

Aku duduk bersandar pada kerusi sambil memerhatikan ruang kosong sunyi yang tadinya riuh dengan suara hilai tawa kanak – kanak. Sejujurnya menjadi seorang guru, lagi – lagi guru tadika sebenarnya memenatkan dan perlukan kekuatan mental yang kuat. Termasuk juga tahap kesabaran yang tinggi.

Aku akui, permulaannya aku sedikit tertekan dengan kerja aku. Setiap hari aku kena ada bahan baru untuk melayan kerenah dorang, mengajar kanak – kanak yang semestinya susah, dan tak lupa guna banyak tenaga. Antara semua guru, guru tadika punya cabaran lagi besar. Pernah sekali aku rasa macam nak mengalah dengan kerjaya ni.

Tanganku perlahan mengurut bahuku yang terasa lenguh. Tubuhku mengeliat. Satu hari tamat, jangan mengeluh, sebab ni cara kau cari makan, Mia. Bersyukur dengan setiap rezeki. Jangan sambil lewa buat kerja.

“Mia,” aku terdengar suara Kak Syaf menegurku. Aku menoleh sekilas. “Tak balik lagi?”

Laju aku menggelengkan kepala. “Belum kak. Penat, nak rehat jap. Kejap lagi Mia balik lah.”

Kak Syaf menganggukkan kepala. Dia menarik kerusi untuk duduk di hadapanku. Riak wajahnya terserlah kepenatan. Sepenat – penat aku, penat lagi Kak Syaf yang terpaksa membuat kerja dua kali memenatkan. Almaklum dia pembantu guru, jadi di balik takbir pun, dia punya kerja juga.

“Dengar cerita hari tu cuti akak pergi bercuti dengan anak – anak ke Pangkor. Wuu, mesti best kan?” Tanganku laju menepuk lengan Kak Syaf. Dia tertawa melihat telatahku yang mungkin dua kali lima dengn muridku.

“Gitu – gitu jer Mia. Akak bawa pun sebab kesian kat anak – anak. Kalau hari biasa, akak tak dapat nak luang masa dengan dorang kan. Sekali – sekala bawa bercuti. Tak mau dorang duduk terperuk kat rumah lepas tu main gadjet jer.”

Aku mengangguk setuju. Akhir ni, aku lebih kerap melihat kanak – kanak sekarang membuang masa dengan gadjet. Dari permainan applikasi Candy Crush, ke Mobile Legend dan seribu macam nama pelik, membuatkan aku risau. Pendedahan cahaya telefon, dengan perkembangan dorang yang jadi lebih pasif serta akan menghadkan pergaulan mereka. Tiada komunikasi.

“Tapi kan,” aku tersenyum menyakat. “Takkan tak ada sesiapa ngorat akak masa tu. Haishh, tak boleh sorok. Mestia ada kan.” Keningku terjungkit laju. Bab menjodohkan dia, memang laju aku kenakan. Bukan sekali dua aku perasan ramai duda yang asyik usha Kak Syaf.

Kak Syaf pun masih cantik lagi, kalah aku yang belum pernah berkahwin ni. Muka dia manis, berkulit sawo matang dengan mata sepet tu, kalau aku lelaki, memang aku pun jadi macam dorang. Terpikat dengan Kak Syaf.

“Merepek apa ni?” Kak Lia laju menampar lenganku. Aduh, sakit. Aku bergurau, tapi dapat penampar. Sakit yang amat sampai ke tulang. “Si Ashraf dengan Raykal pun tak menang tangan nak urus. Nak suruh akak tambah lagi satu beban? Tak mau. Akak ke sana nak bercuti. Cari ketenangan. Bukan tambah sakit kepala.”

Tanganku pantas mencuit lengan Kak Syaf. “Apa salahnya cari daddy baru untuk dorang kan.”
Bulat mata Kak Syaf merenungku. Terkekek aku ketawa.

“Sebelum akak kahwin lagi, kamu tu, pergi kahwin. Sampai bila nak membujang? Nanti masuk angka 30, baru faham erti susah cari calon. Selagi muda tu pergi temu janji semua.”
Kini giliran aku yang kena. Banyak kali juga Kak Syaf asyik memesan suruh aku cari calon sebelum usiaku berganjak ke 30. Dari satu calon ke satu calon Kak Syaf cuba jodohkan dekat aku. Dari sepupu dia, ke abang dia. Lepas tu si jiran bujang sebelah rumah dia pula. Bukan tu jer, dia pernah memandai buat temu janji aku dengan doktor yang rawat anak dia. Malu juga aku dibuatnya. Bila diingatkan balik, sebab Kak Syaf pergi berjanji, aku terpaksa juga pergi dan temu janji tu berakhir dengan rasa tak selesa.

Doktor tu yang aku sendiri dah lupa nama, asyik bercakap pasal segala macam jenis penyakit, lepas tu pembedahan dia yang rumit kononnya. Pengalaman dia sebagai doktor residen. Dan aku macam anak patung. Hanya mampu mendengar.
“Awak selagi muda ni, jaga kesihatan. Buat senaman selalu, lepas tu jangan lupa jaga makan. Saya boleh minta dietitian kat hospital saya buat plan pemakanan untuk awak. Nak?”

Pula dia nak suruh aku pergi hospital dia bekerja ke ni? Jumpa pakar diet pemakanan? Memang janji temu yang berilmiah dalam sejarah.

“Doktor, tak apa. Dietitian saya dah bagi jadual diet dan pemakanan saya.” Jawapan jujurku yang semestinya membuatkan rasa ingin tahu membuak. Aku boleh nampak dari wajahnya tu. Aku tak patut cakap tadi. Sepatutnya masa tu aku angguk jer. Bukan aku akan jumpa dia lagi lepas ni.

Dah seribu satu persoalan keluar dari fikiran bergeliga dia. Doktor berusia 36 tahun tu beria nak tahu kalau aku obes sampai kena jumpa dietitian dan disebabkan soalan ditanya terlalu banyak. Aku akhirnya buat ringkasan, dan jelaskan aku pernah dimasukkan ke hospital. Lagi dia nak tahu kenapa, macam mana, bila, kat mana dan penyakit apa.

Memang kalau orang makin berusia, makin kuat berceloteh ke?

“Organ transplant.”

Jawapanku cukup membuatkan dia terdiam. Dia tak bertanya lanjut. Dan masa tu aku pun tak mahu dia tahu organ apa, dan macam mana jadi. Aku dah penat melayan soalan dia.

Aku tak mahu ramai yang tahu, aku pernah lakukan pembedahan tiga tahun lepas. Bukan sebab tak bersyukur. Tapi aku tak mahu renungan simpati diberikan kepada aku. Cukup aku dapat masa pemergian ibu dan babah pergi. Nanti mereka akan fikir aku tak mampu berdiri atas kaki sendiri, dan macam orang yang tak mampu nak berdikari.

Cukuplah yang tahu hanya Nenek dan Aliya.
Sejak tu, doktor tu tak pernah lagi menghubungi aku. Mesej pun tak. Malam tu, janji temu bertukar seperti perbincangan ilmiah doktor kepada orang awam. Dia pun tahu, orang seperti aku ni akan terus bergantung dekat ubat sepanjang hidup aku. Dan bila – bila jer masalah akan timbul. Takkan dia nak risiko diri dia jaga orang macam aku seumur hidup dia?

Pandanganku kembali kepada Kak Syaf. Dia menanti aku membuka mulut. Tapi aku pula sebolehnya mengelak kalau topik jodoh ke arahku. Aku tak bersedia. Sebetulnya hati aku tak bersedia nak mencari pengganti dia. Aku tahu, jauh dilubuk hatiku, masih menunggu dia.

Akan kejam jadinya aku, seandainya aku memberi harapan dekat orang lain kalau aku sendiri tak mampu balas perasaan tersebut. Bagiku, biarlah aku sembuh dari luka di hati sendiri. Tak tahu berapa lama masa perlu diambil. Mungkin masa empat tahun belum cukup kukuh untuk aku lupakan dia. Seandainya hingga ke akhir hayat masih tak mampu, aku takkan buka hati aku dekat sesiapa. Aku tak mahu. Dan aku tak sanggup.

Sebab aku sendiri tahu, sakitnya sebuah harapan kosong. Bila hati yang dulu aku sangka bertakhtanya aku di situ rupanya palsu belaka.
Sakit yang sehingga sekarang dapat aku rasakan. Sakit yang lebih perit dan takkan ada penawarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience