BAB 8

Romance Series 10174

LANGKAH kakinya dipercepatkan menuju ke arah tempat duduk di mana Izwan berada. Namun dia terhenti langkah sebaik sahaja mendapati kelibat adiknya itu tidak kelihatan berserta dengan beg bagasinya.

"Mana perginya Wan ni? Tadi aku dah suruh dia tunggu aje dekat sini," gumam Azwan sambil matanya melilau menoleh ke kiri dan ke kanan untuk mencari kelibat Izwan, namun tetap juga tidak kelihatan.

Telefon bimbitnya dikeluarkan seraya mendail nombor adiknya itu.

"Helo, Wan dekat mana? Abang cari tak jumpa-jumpa," soal Azwan kepada adiknya dalam talian.

"Maaf abang, Wan dah dalam kereta ni... ada kawan yang datang jemput Wan," sahut Izwan pula.

"Lah... kenapa tak cakap awal-awal?"

"Maaf abang... jumpa abang dekat rumah nanti, okey... assalammualaikum..." jawab Izwan seraya menamatkan panggilan.

Azwan tidak membalas salam dari adiknya itu. Lidahnya kelu.

Apa yang harus aku buat sekarang? Nak balik rumah atau balik ke rumah peninggalan arwah ayah? Azwan bermonolog dalam hati.

"Abang baliklah ke rumah arwah ayah abang dulu dan ceritakan pada adik abang tu perkara yang sebenar, Hanna yakin dia akan faham dan terima."

Azwan teringat kata-kata isterinya semasa menjawab panggilan dari Hanna Nadira sebentar tadi.

Baiklah, lebih baik aku balik ke rumah peninggalan arwah ayah aje dulu, monolog Azwan dalam hatinya sekali lagi.

??????

"ENOUGH! Shima, You dah lupa ke I ni pegawai polis? Don't you dare to do that. Please, get out from my house. NOW!"

Jari jemari yang sedang berusaha untuk membuka butang baju kemeja jejaka bertubuh sasa itu terhenti seraya beralih memaut dagu dan dengan serta-merta bibirnya bertemu dengan bibir Izwan. Perbuatan Intan Rashima kali ini sangat melampau dan terus membangkitkan kemarahan Izwan. Tubuh gadis itu ditolak menyebabkan gadis itu jatuh terduduk di atas kerusi di ruang tamu itu. Izwan segera menghampiri Intan Rashima dan...

Pang!!

Terteleng ke kanan kepala intan Rashima sebaik sahaja tapak tangan kekar Izwan hinggap di pipi kiri gadis itu. Dengan serta-merta juga kesan merah berbentuk tapak tangan Izwan terpapar di pipi putih mulusnnya.

"You? How dare you..." belum habis Intan Rashima berkata-kata, Izwan pula segera memintas.

"Dare you what? Hah?!"

"Kenapa You tampar pipi cantik I?"

"You tanya diri You sendiri. Sekarang... tolong keluar sebelum I heret You ke dalam lokap!" tegas Izwan lagi.

Intan Rashima bingkas bangun seraya merampas beg tangan miliknya yang diletakkan di atas meja ruang tamu itu. Pun begitu, dia sempat mengusap dada sasa Izwan. Izwan pula cepat-cepat menepis dengan kuat tangan Intan Rashima itu.

"Lepas ni kalau sekali lagi kau muncul di depan mata aku, siap kau!" tengking Izwan.

"We'll see... I yakin yang satu masa nanti You akan datang cari I, sayang, and I akan pastikan masa itu nanti You takkan terlepas dari genggaman I, Izwan..." balas Intan Rashima dengan yakin serta ketawa kecil.

Izwan tidak menjawab, juga tidak menoleh ke arah gadis itu, sebaliknya dia merenung ke arah dinding. Huh! Daripada aku merenung muka kau, lebih baik aku renung dinding!

Intan Rashima segera menapak ke arah pintu namun langkahnya terhenti sebaik sahaja satu figura lelaki yang sudah dia kenali dua tahun yang lalu kini berdiri terpacak di hadapan pintu.

"Assalammualaikum..."

"What?! You?"

"Hey perempuan, kau buat apa dalam rumah aku, hah?!" Azwan bertanya, agak meninggi suaranya ketika ini.

Izwan segera menoleh ke arah datangnya suara garau abangnya, Azwan.

"Abang Azwan kenal dengan perempuan ni?!" Izwan bertanya sambil berjalan menghampiri abangnya yang berdiri di hadapan pintu.

"Well... well... well. Patutlah I rasa macam pernah nampak muka ni... adik beradik rupanya... Oh ya, tak sangka Tuan CEO Khairul Azwan, menantu kepada Dato' Arsyad ni ada seorang adik yang sangat hot and sexy! macam dia jugak," ujar Intan Rashima seraya tangannya dengan pantas menarik tali leher Azwan.

"Kau jangan berani nak sentuh akulah betina sundal! Kalau..." marah Azwan namun kata-katanya terhenti sebaik sahaja bibir Intan Rashima melekat pada bibirnya.

Membulat besar mata Azwan sebaik sahaja Intan Rashima memagut bibirnya dengan rakus. Matanya sempat menjeling ke arah adiknya, Izwan yang sudah pun melopong menyaksikan pemandangan di hadapan matanya itu. Dengan pantas lengan kekar Azwan menolak tubuh langsing gadis itu menyebabkan kulumannya terlepas.

Pangg!

Bukkk!

Intan Rashima jatuh terduduk di atas lantai sebaik sahaja satu tamparan kuat dari Azwan hinggap di pipi kanannya pula. Dengan pantas tangan gadis itu menekup hidungnya yang sudah pun berdarah dek tamparan dari Azwan itu tadi.

"Ini last warning dari aku untuk perempuan murahan macam kau! Kalau sekali lagi aku nampak kau menjejakkan kaki kotor kau ke rumah aku, mati kau aku kerjakan!" tengking Azwan lagi.

Intan Rashima bingkas bangun seraya keluar dari rumah itu.

"Huh, You nak bunuh I? Okey, we'll see... siapa yang akan bunuh siapa," ujar Intan Rashima seraya melangkah pergi meninggalkan Azwan dan Izwan di dalam rumah itu.

Pedal minyak ditekan sekuat hatinya. Dia asyik bermonolog semasa memandu. "Kau tunggulah nanti Azwan, aku akan pastikan kau akan terima padah dengan kata-kata kau tu! Ini Intan Rashimalah! Nampaknya kau masih belum kenal lagi siapa aku yang sebenarnya!"

??????

"ABANG Azwan..."

"Ye Wan, ada apa?"

Izwan segera merapatkan dirinya dengan saudara kembarnya itu. Azwan direnungnya lama. Kening kirinya dijongketkan ke atas sambil merenung Azwan dengan renungan yang tajam.

"Wan ni dah kenapa renung abang macam tu?" soal Azwan, pelik.

"Betul ke apa yang Wan dengar tadi?" soalan Azwan dibalas dengan soalan oleh Izwan.

"Hmm..."

"Betul ke ni?! Kenapa abang tak bagitahu? bila abang kahwin? dengan siapa abang kahwin?" soal Izwan bertalu-talu.

"Wan... Panjang ceritanya," balas Azwan seraya melabuhkan duduk di kerusi ruang tamu.

Izwan juga turut melabuhkan duduknya bersebelahan dengan Azwan.

"Sebenarnya... Abang dituduh berkhalwat dengan anak majikan abang... Wan ingat tak bidadari yang abang pernah ceritakan dua tahun yang lepas tu?" ujar Azwan seraya meraup mukanya berkali-kali.

"Bidadari?" soal Izwan ringkas.

"Ye... gadis yang abang jumpa semasa di dalam lif dulu tu... Dia anak Dato' Arsyad, majikan abang tu. Masa tu abang temankan dia berjalan-jalan di tepi pantai Pulau Pangkor... Wan ingat tak abang pergi ke Pulau Pangkor lepas tu abang tak balik-balik dua minggu? Abang dan dia kena perangkap dan dipaksa berkahwin pada malam tu jugak oleh mama mertua abang, Datin Zarena," cerita Azwan panjang lebar.

"Jadi, disebabkan hal itu... Abang dan isteri abang dibawa ke Jabatan Agama Islam Pulau Pangkor dan diijabkabulkan pada malam tu jugak. Abang tak bawak handphone malam tu. handphone abang tertinggal di dalam bilik hotel penginapan abang... Abang tak sangka malam itu jugak ayah... dia..." sambung Azwan lagi sebelum kata-katanya terputus. Ada genang di tubir matanya. Hatinya pilu bila teringatkan arwah ayahnya bertarung nyawa semasa dia diijabkabulkan pada malam yang sama.

"Kalau abang tahu ayah akan pergi tinggalkan kita untuk selamanya, abang takkan ikut arahan papa mertua abang masa tu. Abang menyesal, dik... abang terkilan!" sambung Azwan lagi. Air matanya juga sudah berlinangan membasahi pipi.

"Abang... takpe, Wan yakin ayah tak marahkan abang, abang ke Pulau Pangkor tu pun sebab tugas, kan?" ujar Izwan cuba menenangkan Azwan.

Telefon bimbit Azwan yang diselitnya di dalam poket seluarnya bergetar menandakan ada panggilan masuk. Azwan segera mengeluarkan telefon bimbitnya itu seraya merenung skrin yang tertera nama isterinya, Hanna Nadira.

"Isteri abang call," ujar Azwan sambil jarinya menunjuk skrin telefon bimbitnya di hadapan Izwan.

"Abang jawab ajelah dulu... Wan nak ke bilik sekejap," Izwan berkata.

Azwan mengangguk seraya menyeka air matanya. Dia menarik nafas panjang sebelum menjawab panggilan dari Hanna Nadira.

"Assalammualaikum Hanna," ucap Azwan.

"Waalaikumsalam abang, abang dah dekat mana sekarang? Dah sampai rumah ke belum?" sahut Hanna Nadira di hujung talian.

"Abang dah sampai rumah."

"Oh... okey. Macam mana abang? Dah ceritakan dekat adik abang ke belum? Macam mana penerimaan dia?"

"Abang dah ceritakan dan dia okey aje abang tengok..."

"Alhamdulillah... baguslah kalau macam tu. Abang, Hanna ada surprise untuk abang."

"Surprise? Amboi sejak bila isteri abang pandai bagi surprise ni? Boleh bagitahu abang, kejutan apa yang nak bagi tu?"

"Jeng jeng jeng... Abang, abang bakal jadi papa!"

"What?!"

"Pagi tadi Hanna dan mama pergi klinik, mama bawa Hanna sebab Hanna pening kepala dan muntah-muntah. Doktor sahkan Hanna mengandung dua bulan!" cerita Hanna Nadira dengan panjang lebar di hujung talian.

"Alhamdulillah... syukur akhirnya setelah dua tahun... Hanna dekat mana sekarang ni? Rumah kita atau di rumah papa?" soal Azwan. Terukir senyuman lebar di bibirnya.

"Hanna dekat rumah papa."

"Okey... abang balik sekarang," jawab Azwan seraya menamatkan panggilan. Dia terus berlari ke luar dan melolos masuk ke dalam perut keretanya. Azwan terlupa bahawa adik kembarnya, Izwan kini berada di dalam biliknya di tingkat atas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience