Ji Eun !

Fanfiction - KPOP Completed 640

Ji Eun terasa tubuh dicempung seseorang lalu dibawa masuk ke dalam van.Dia mahu menjerit namun mulutnya ditutup.Mujurlah Ji Eun agak hebat dalam seni mempertahankan diri.Dia menyiku orang dibelakangnya,dia memijak kaki lelaki tersebut,lalu berhadapan dengan lelaki tersebut."ARGHH !!!"Min Jae mengerang.Hebat jugak gadis ini berkarate.Ji Eun menekup mulutnya.Bukannya dia terlalu minat dengan MJ ini.Tetapi ke mana sahaja dia pergi,pasti nampak wajah MJ di poster,di restoran,malah di kedai buku dan perpustakaan sekolahnya juga ada.
"Oh,Tuhan ! MJ? Tolonglah maafkan.. saya.."Ji Eun tidak terkata melihat pandangan MJ padanya.
"Takpe,takpe.Awak cuma mempertahankan diri aje."Ujar Min Jae dengan cungapnya.'Kejap,tapi kenapa dia tarik aku masuk van ni?Jangan-jangan dia cuba nak...'Serentak pandangan mereka bertemu lagi.Sukarnya mahu melarikan pandangan matanya dari MJ.Terasa seperti ada magnet antara mata mereka.
"Awak... Ji Eun,kan?"Soal Min Jae dengan berhati-hati.Walaupun dia lelaki,tetapi baginya,Ji Eun lebih berbahaya.
Ji Eun mengangguk."Penat saya cari awak.Boleh kia berkawan?"Soalnya lancar.Dahi Ji Eun yang bersih itu berkerut.
"Tapi... kenapa?"Soal Ji Eun ragu-ragu dengan keikhlasan Min Jae.
"Entahlah,saya asyik teringatkan awak aje sejak malam tu,sampai tido tak lena,mandi tak basah,makan tak kenyang..."Adu Min Jae.Wajah Ji Eun memerah."Kenapa awak... teringatkan saya?"Soal Ji Eun,bagai orang bodoh.
"Sebab awak cantik."Akui Min Jae dengan selamba.Muka saja selamba,tetapi hatinya,berdebar-debar apabila mengucapkan perkataan seperti itu.
Ji Eun diam,Min Jae diam.Keduanya diam.
"Nak tak?"Soal Min Jae kembali.Ji Eun ragu-ragu."Hmm... okeylah."Putus Ji Eun.
Peluang jangan dilepaskan.
Spontan Min Jae memeluk Ji Eun.Serentak itu Ji Eun menolak Min Jae kembali.
Wajahnya semakin memerah."Apa yang... awak buat ni !!"Marah Ji Eun tetapi sedikit malu.Min Jae mengusap lehernya sendiri.
"Itu adalah pelukan seorang sahabat."Ujar Min Jae sambil menundukkan kepalanya.
Dia sebenarnya cuba menyembunyikan wajahnya yang sedang memerah riang.
Yey ! Ji Eun sudi berkawan dengannya !!!
Riangnya hati ! Dalam hati,Min Jae menyanyi-nyanyi riang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience