bab 26

Romance Series 423079

Seseorang yang sangat dia tidak mahu terserempak dan sekarang ada di depan matanya. Ayriz mengeluh perlahan.

“Mak Wan…. Ayriz balik dululah. Baru ingat ada hal. Nanti kirim salam dekat papa.” kata Ayriz dan ingin melangkah pergi namun dihalang Fariz.

Fariz menatap wajah bekas isterinya. Perempuan yang sangat dia rindui dan yang sering bermain di fikiran beberapa hari ini. Ayriz menarik tangannya perlahan dan membuatkan Fariz kembali di dunia nyata. Dia berdehem pelahan.

“Staylah makan malam kat sini. Papa rindukan awak. Saya pun rindukan awak.” ucap Fariz perlahan. Namun ayat yang hujung hanya diungkap di dalam hatinya.

“Tak pe, aku ada hal. Lain kali je.” Ayriz tetap tidak mahu mengalah. Riak wajah Fariz sedikit muram.

“Please Ayriz. Saya dah lama tak makan together dengan semua. Semua abaikan saya.” kalini Fariz cuba raih simpati bekas isterinya. Namun apa yang dikatakan itu benar, semua di dalam rumah menjauhkan diri daripadanya. Tiada siapa pun ingin berbual dengannya.

Ayriz mengeluh perlahan. Dia sudah dimaklumkan cerita itu daripada Hanees. Hanees menceritakan suasana rumah menjadi sunyi sejak mereka bercerai.

“Fine.” Ayriz terus beredar naik ke atas meninggalkan Fariz. Farid tersenyum gembira apabila dia dapat memujuk Ayriz. Penat yang dirasakan harini seperti hilang secara tiba tiba.

“Ha hello. Kau nak apa call aku waktu waktu sekarang ni?” soal Isac apabila talian disambungkan.

“Aku nak minta tolong ni….”

“Kau? Minta tolong aku?” soal Isac sinis saja ingin mengusik perempuan itu.

“Ish boleh ke tak boleh… tak boleh tak apa.” perempuan itu mula bengang dengan Isac. Orang nak minta tolong dia perli perli pula.

“Kuat sentap pula kau…. kau nak aku tolong apa ni?”

“Kejap lagi kau tolong ambil aku. Aku tak bawak kereta la tadi.”

“Kau pergi mana?”

“Rumah bekas mak mentua aku… mama tak sihat. Aku naik adik ipar aku.”

“Adik ipar?” tanya Isac sambil ketawa. Ayriz sudah membuat riak tidak puas hati meskipun Isac tidak nampak.

“Kau nak tolong ke tak nak? Kalau tak nak aku naik grab je.”

“Hah naiklah grab.” Isac masih lagi menguji kesabaran Ayriz. Makin suka dia mengenakan gadis itu.

“Isac!” panggil Ayriz geram. Tersembur gelak Isac dihujung talian. Dia dapat membayangkan wajah gadis itu sekarang.

“Okay, okay aku ambil.” kata Isac masih dengan sisa tawanya.

“Ayriz.” panggil seseorang. Ia mematikan tawa Isac apabila mendengar suara seseorang.

“Okayla… aku tutup dulu. Jangan lupa tau.” pesan Ayriz terus mematikan talian tanpa menunggu Isac. Wajah Isac berubah menjadi tiada perasaan.

“Ayriz cakap dengan siapa?” soal Fariz apabila lihat Ayriz mematikan talian.

“Tak ada siapa.” jawab Ayriz tanpa perasaan dan ingin beredar namun dihalang Fariz.

“Siapa Isac?” Ayriz mengerutkan dahi.

‘Dia dengar ke? Peduli apa aku.’

“bukan hal kau.” jawab Ayriz lagi. Kali ini Fariz memegang lengan Ayriz supaya tidak pergi.

“Ish apa ni. Lepaslah!” marah Ayriz tidak suka disentuh Fariz begitu.

“Sorry. But siapa Isac?”

“Why kemaruk sangat nak tahu hal aku ni. Aku ada pernah sibuk hal kau? Tak ada kan.” kata Ayriz sinis. Dia tidak kisah jika lelaki dihadapannya itu terasa.

“Please Ayriz…. jangan sikap macam ni. Saya tak suka.” Ya dia tidak suka Ayriz bersikap begini dengannya. Dia menginginkan Ayriz yang dulu.

“Tak suka? Dulu aku tak suka kau ada kesah? Tak adakan…. sekarang, kesah pulak aku kau tak suka. Dah tepi semua orang dah tunggu aku dekat bawah.” perli Ayriz seakan sengaja menyakitkan hati bekas suaminya. Perkataan tunggu sengaja ditekankan.

Fariz mengetap gigi menahan marah. Namun dia sedar, dia yang mengubah Ayriz menjadi seperti itu.

“Betul ke Ayriz tak nak bermalam je dekat sini. Lagipun dah malam ni. Naik grab pun susah.” tanya encik Razak.

“Tak apalah pa… lain kali Ayriz datang lagi. Lagipun Ayriz dah cakap dengan mama papa yang nanti diaorang risau pula.”

“Kalau macam tu papa suruh driver hantar ye.” pelawa encik Razak lagi.

“Eh tak apalah pa… Ayriz dah minta tolong kawan Ayriz ambil. Kejap lagi dia sampailah.” jawab Ayriz jujur. Tidak mahu dia menyusahkan bekas mentuanya.

“Ouh kawan kakak nak ambil ke… kalau macam tu tak adalah adik risau sangat. Tapi nanti kita jumpa lagi tau kau.” Ayriz tersenyum manis dan mengangguk.

“Awak ada kawan ke?” soal Fariz yang sejak tadi diam. Semua mata tertumpu ke arah mereka.

“Kenapa abang cakap macam tu. Mestilah kakak ada kawan.” bidas Hanees.

“Ayriz, awak balik dengan siapa? Suruh kawan awak tak payah datang… biar saya je hantar.” Ayriz sudah membuat muka. Tidak suka diarah arah begitu.

“Tak apa Fariz. Pandailah saya balik. Tak perlu susahkan diri.” jawab Ayriz perlahan hormat mama papa Fariz.

Selang beberapa saat telefon Ayriz berdering… cepat cepat gadis itu mengangkat panggilan.

“Ha hello… dah sampai? Ha kejap aku keluar.” kata Ayriz terus mematikan talian.

“Ma, pa… Ayriz balik dulu ya. Nanti ada masa Ayriz datang lagi.” Ayriz ingin meminta diri kerana Isac sudah pun tiba. Mereka bersalam salaman. Fariz pula masih tidak puas hati.

“Akak anything bagitahu okay.” sempat Hanees berpesan. Ayriz hanya tersenyum dan mengangguk. Saja Ayriz tidak bagi mereka hantar ke depan pintu. Namun langkahnya diikuti oleh Fariz. Mama, papa dan adiknya hanya mendiamkan diri. Tidak rasa ingin menghalang.

“Ayriz, wait.” panggil Fariz. Ayriz mengeluh perlahan.

“Nak apa lagi? Kawan aku dah tunggu dekat luar.” Ayriz memberi alasan tidak mahu berlama dengan bekas suaminya.

“Kawan mana? Laki ke perempuan?” soalan Fariz membuatkan Ayriz mengerutkan dahinya. Tidak faham dengan lelaki di hadapannya.

“Kenapa aku kena jawab soalan kau? Tak penting.”

“Penting.” jawab Fariz tegas. Ayriz mula berasa menyampah dengan situasi itu lalu dia terus membuka pintu namun baru sahaja Ayriz ingin melangkah keluar dihalang sekali lagi oleh Fariz.

“Ayriz Elyna!”

“Apa lama sangat budak ni. Dia ingat aku driver dia ke. Eh itu dia borak apa pula depan pintu. Kemain serius lagi. Ke ada benda tak kena? Nak kena turun ke tak ek?” jarang jarang Isac membebel dengan diri sendiri. Namun situasi di hadapannya membuatkan dia ingin mengetahui.

“Apa dia Fariz Mikael!” Ayriz tidak mahu mengalah. Geram apabila dipaksa begitu. Fariz mengetap gigi geram.

“Masuk… saya hantar awak balik.” arah Fariz tegas.

“Taknak! kawan aku dah sampai.”

“Masuk Ayriz.” paksa Fariz lagi. Namun Ayriz masih membatu di situ.

“Elyna.”

lost idea

Share this novel

norsila
2022-08-29 16:59:21 

hiss ingat fariz gi nikah dgn wawa..lopas cerai..kejar blk ayriz blk buat apo..isac ni tk goty nk pikat ayriz ke? ..mula2 ye ye bminat dgnnya..ni dah cerai..hilang terus minatnya..huuu

norsila
2022-08-29 16:59:21 

hiss ingat fariz gi nikah dgn wawa..lopas cerai..kejar blk ayriz blk buat apo..isac ni tk goty nk pikat ayriz ke? ..mula2 ye ye bminat dgnnya..ni dah cerai..hilang terus minatnya..huuu

Asmah
2022-08-29 13:03:50 

Masih sayang lagi tu


NovelPlus Premium

The best ads free experience