10

Romance Series 10716

"Baik kau ceritakan hal yang sebenar pada aku sebelum aku desak Ed untuk menceritakan hal yang sebenarnya." Fea yang sedang leka memilih baju, hanya membiarkan pertanyaan Fiona berlalu seperti angin lalu.

Fiona mula geram. Rakannya itu seolah-olah membuat dirinya seperti tidak wujud sekarang ini.

"Fea" Fiona merampas baju di tangan Fea.
Fea langsung tersentak.

Dia tidak marah malah hanya melepaskan keluhan kecil. Fea duduk dibirai katil.

"Kalau aku cerita, kau jangan marahkan aku" suara Fea sambil merenung ke dalam anak mata Fiona.

"Ok, aku janji" Fiona harus akur demi mahu mengetahui hal yang sebenar bagaimana rakannya ini boleh berjumpa dengan Atuk Eldon malah membuat orang tua itu suka padanya.

Fiona duduk di sebelah Fea.

"Sebenarnya, waktu aku pulang lewat malam tu, aku tak sesat. Aku tipu kau" luah Fea. Tak guna dia berselindung. Lambat laun, temannya ini akan tahu juga.

Dahi Fiona berkerut. Dia cuba mengingat hari Fea pulang lewat baru-baru ini. Owh, baru dia ingat. Hari kedua Fea disini, kawannya itu tidak pulang sejak keluar dari pagi. Dia khuatir jika sesuatu terjadi pada Fea.

"Dah tu, kau kemana?" tanya Fiona seperti tidak sabar.

"Aku ke Kana Hotel"
kata-kata Fea mampu membuat wajah Fiona kaget dan melopong.

"Untuk apa?" soal Fiona teruja mahu tahu.

"Kau masih ingat lagi tujuan sebenar aku datang kesini?" tanya Fea.

Fiona seolah berfikir sebelum mengangguk perlahan.

Sekali lagi dia ternganga.
"Kau..." Fiona berdiri. Raut wajahnya berubah tegang.

"Kedatangan kau ke sini sia-sia saja Fea. Lebih baik kau batalkan hasrat kau tu sebelum Ed tahu niat sebenar kau" marah Fiona. Dia seolah tidak percaya yang rakannya ini mempunyai niat mahu merampas Kana Hotel dari Atuk Eldon. Baju Fea yang dipegangnya itu dibaling ke atas katil.

Hotel itu tak ubah seperti nyawa bagi Atuk Eldon. Atuk Eldon telah abadikan seluruh hidupnya terhadap Kana Hotel. Bagaimana boleh dia menyerahkan hotel itu kepada Fea dan biarkan nyawa Atuk Eldon satu-satunya itu runtuh dan berkubur begitu sahaja.

"Apa yang kau inginkan, kau takkan dapat!" keras sekali suara Fiona seraya membelakangkan Fea.

"Jadi selama ini, lelaki yang Ed selalu ceritakan itu adalah abang kau, Drake?" Fiona ketawa sinis.

Fiona menggelengkan kepalanya tidak percaya.

Fea terdiam.

"Aku tidak sekejam Abang Drake. Kau dah salah sangka" luah Fea sedih.

Fiona menoleh. Kali ini, dia benar-benar marahkan Fea.

"Apa kau cakap, tidak kejam? Hah!" Fiona tidak percaya dengan apa yang baru sahaja keluar dari mulut Fey.

"Kau datang sini, kemudian kau nak robohkan Kana Hotel yang merupakan satu-satunya sumber mata pencarian mereka, kau kata tak kejam?" sinis sekali sindiran yang Fea rasakan bila dia dituduh begitu oleh rakan baiknya sendiri. Fiona langsung tidak memberinya peluang untuk menjelaskan segalanya.

Airmata Fea mengalir perlahan. Dia tidak sangka Fiona sanggup menuduhnya begitu.
Fea berdiri. Dia berjalan perlahan menghampiri Fiona.

"Percayalah. Apa yang aku akan buat ni akan menguntungkan kedua-dua belah pihak" Fea menyentuh perlahan tangan Fiona.

Fiona menyentak kuat tangan Fea dari terus menyentuhnya.

Sekali lagi airmata Fea mengalir laju. Dia tidak sangka, rakan baiknya sendiri tergamak menuduhnya.

"Kau jangan sebut pasal untung depan aku, Fea. Sebenarnya, orang-orang kaya taraf macam kau ni memang selalu membenamkan hidup orang-orang miskin seperti kami melalui keuntungan begini"
Fea mendongak pantas memandang Fiona. Kata-kata Fiona sangat keterlaluan.

"Fi! Aku tidak sekejam seperti yang kau fikir. Kita sudah kenal lama, takkan kau masih tergamak menuduh aku begitu" luah Fea sebak. Airmatanya tidak berhenti mengalir malah semakin laju.

"Aku nak kau keluar dari sini" buntang biji mata Fea saat mendengar Fiona bertutur begitu terhadapnya. Dia diusir oleh rakan baik sendiri?

"Fi" rintih Fea sebak.

"Kau baliklah. Tempat kau bukan disini. Anggap saja kita tidak pernah kenal antara satu sama lain" suara Fiona dengan nada suara perlahan dan penuh dengan kekesalan. Bukan kesal kerana mengusir Fea, tapi kesal kerana pernah kenal dengan Fea dan menganggap wanita itu rakan baiknya.

Fiona berlalu keluar dari bilik Fea.

Fea hilang kata-kata. Dia terduduk dan menangis semahunya.
Dia sedih kerana rakan baiknya sendiri telah membuangnya.

Baru seminggu dia disini dan dia tidak menyangka pengakhirannya akan jadi begini. Dia tidak ubah seperti abangnya, Drake.

**

Ding dong!

Fiona membuka pintu. Wajah Ed terpancul di muka pintu dengan sejambak bunga ros di tangan.

"Hey Fi." tegur Ed dengan senyuman lebar terukir diwajahnya.

"Mana Fea" Dia sempat menjengah ke dalam. Bayang Fea pun dia tak nampak. Mungkin masih belum siap, fikirnya. Wanita memang selalu mengambil masa yang lama untuk bersiap. Jadi, dia berfikir untuk tunggu saja Fea turun.

"Dia dah balik" jawab Fiona tanpa perlu merahsiakan apa-apa pun dari pengetahuan Ed.

Raut wajah Ed serta merta berubah. Jambangan bunga yang baru saja ingin diberikan kepada Fea, dicampak sehingga jambangan itu rosak sepenuhnya.

Fiona telah menceritakan segalanya kepada Ed.

"Maafkan aku kerana bawa dia kesini. Aku sendiri tidak tahu niatnya sehinggalah aku memaksanya menceritakan hal yang sebenarnya kepada aku." cerita Fiona dengan wajah kesal.

Tanpa berkata apa, Ed meluru keluar dari rumah Fiona. Keretanya memecut laju menghala kearah hentian bas.

Ya, seperti yang telah dia jangkakan, wanita itu memang masih berada disitu.

Dia menekan break kasar sehingga tayar keretanya berdecet kuat, berhenti tepat di hadapan perhentian bas.

Fea mendongak. Dia berdiri sambil tersenyum saat melihat kereta Ed dan senyumannya makin melebar saat melihat Ed turun dan berjalan kearahnya.

"Ed" tegurnya.
Tapi, wajah lelaki itu kelihatan tegang.
Tanpa berkata apa, Ed langsung mencengkam kuat pergelangan tangan Fea lalu menariknya ke arah kereta.

"Masuk" arahnya tegas tanpa memandang sedikit pun kearah Fea.

Fea tergamam. Kenapa Ed begitu kasar terhadapnya? Wajah lelaki itu juga begitu serius? Apa sebenarnya yang berlaku?

Fea akur. Dia masuk ke dalam kereta.
Ed mengambil beg milik Fea lalu dicampakkan ke belakang.

Kereta memecut laju. Walaupun jam baru menunjukkan jam 9 malam, namun pekan ini sudah sunyi sepi.

Fea sendiri takut dengan cara pemanduan Ed yang laju dan menakutkannya.

"Ed, tolong perlahankan kereta. Fea takut." Fea memejam rapat matanya. Airmatanya mengalir deras.

Peristiwa 12 tahun lalu kembali menghantuinya.

Bammm!!!!

"Ibu.." Fea menangis ketakutan. Kepalanya berdarah kesan dari terhantuk pada seat hadapan.

Dalam kepekatan malam itu, dia dapat lihat darah pekat mengalir dari kepala Laura.

"Ibu" raungnya kuat sambil menangis teresak-esak.

Waktu itu, dia masih berusia 9 tahun. Pada awalnya, dia masih belum mengerti tentang apa sebenarnya berlaku sehingga menyebabkan dia dan ibunya kemalangan. Tapi, setelah siasatan dari pihak polis mengesahkan, baru dia tahu yang mereka dikejar oleh penjahat, iaitu bekas kekasih ibunya, Laura.

"Ibu!" Jerit Fea lantas tersedar.
Fea duduk dari baringannya. Dia terkejut saat melihat persekitarannya berbeza. Ini bukan bilik yang selalu dia tidur di rumah Fiona. Katil juga berbeza.

Dia mula teringat yang semalam dia telah diusir oleh Fiona. Kemudian, dia mengheret bagasi sehingga ke perhentian bas. Saat dia disana, Ed datang lalu menariknya masuk ke dalam kereta. Dia takut kerana Ed memandu dengan laju. Dan ketika itulah dia sudah tidak ingat apa yang telah berlaku. Sedar saja, dia sudah berada disini.

Fea tersedar. Kedua tangannya bersilang ke bahu. Dia dapat rasakan, pakaiannya masih melekat pada badan.
Fea menarik nafas lega.

Fea turun dari katil. Di hujung sudut bilik, dia dapat melihat bagasinya turut ada disitu. Suasana di dalam bilik itu tidak terlalu besar, hanya boleh menempatkan sebuah katil bersaiz single dan sedikit ruang untuk dia bergerak. Dinding dan lantainya hanya berasaskan kayu. Sungguhpun bilik ini kecil, tapi bersih dan kemas.

Dimana dia berada sekarang? Fea berjalan kearah pintu, dia mahu keluar. Perlahan tangannya menarik pemegang pintu kayu tersebut dan..

"Kunci?"

Bamm! Bamm! Bamm!!
"Ed, tolong bukakan pintu ni" rayunya.

Sunyi. Langsung tiada tindakbalas dari Ed.
"Ed, please.." rayunya sambil menangis. Juga sama, tiada tindakbalas dari luar.

Fea berlari ke arah tingkap bilik. Malangnya, di bahagian luar tingkap tersebut dipasang jeriji besi.

Fea mengeluh kecewa. Dia tahu, dia tidak mungkin dapat keluar dari sini. Tempat ini begitu asing baginya. Dia tidak tahu dimana dia berada sekarang.

Fea mengintai keluar dari tingkap kaca. Alangkah terkejutnya dia saat melihat keadaan sekitar.
Laut?

Fea tidak tentu arah. Matanya kemudian terhenti pada tas tangan yang dibawanya semalam. Dengan pantas dia menerpa lalu mahu mengambil handfone dan mahu menghubungi polis.

"Hah! Mana pulak handfone ni..?" Fea gelabah. Dia yakin dan dia masih boleh berfikir dengan waras yang dia telah meletakkan handfonenya di dalam tas tangannya semalam. Malangnya, handfonenya tiada.

Fea duduk terlungkup di lantai. Adakah Ed telah menculiknya?

Bersambung....

Fea tidak percaya dengan apa yang baru sahaja berlaku kepadanya. Adakah lelaki sebaik Ed itu tergamak untuk menculiknya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience