CHAPTER 1 DKM

Action Series 21357

Suasana di pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia riuh rendah kerana meraikan di atas kenaikan pangkat Luth Hanief.Dia telah diraikan oleh rakan-rakan sepenjawatnya.Ketua Persuruhjaya Tan Sri Luth Kamaruddin juga turut menyertai majlis kecil-kecilan itu.Pegawai-pegawai besar dan dibawah naungannya juga turut hadir mengucapkan tahniah kepada Luth Hanief.

Dia membawa langkah mendekati sahabatnya Hakim dan Adam.Mereka berborak berdua , mereka berjabat tangan dengan Luth Hanief mengucapkan tahniah di atas kenaikan pangkat sahabat mereka itu.Sedang asik berbual , Luth Hanief terpandang satu sudut.Dia ternampak Mikayla bersama seorang lelaki.Keadaan mereka kelihatan agak tegang.Lelaki itu ibarat sedang memarahi Mikayla.Gadis itu sudah mula mengalirkan airmata.Luth Hanief hanya menggelengkan kepala.Entah lelaki mana pula dia kenal kali ini ?.

"Tahniah abang Luth." ucap Zara dari sisi Luth Hanief. gadis itu adalah pegawai Intern Luth Hanief.Dia sering menyokong apa sahaja yang dicadangkan oleh Luth Hanief.

"Thank you , Zara." ucap Luth Hanief dengan rasa rendah diri.Dia tidak bergaul dengan pegawai-pegawai atasan.Dia hanya melekat dengan dua orang sahabatnya itu sahaja.Iaitu Hakim dan Adam.

"Tahniah Hanief." ucap satu suara dari arah belakang.Luth Hanief berpusing ke arah suara tersebut.Dia tersenyum.Sosok tubuh itu dipeluk erat.Bapanya iaitu Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Luth Kamaruddin datang kepadanya dan mengucapkan tahniah.

"Terima kasih abah." ucap Luth Hanief dengan nada garaunya.

"Semoga Hanief dapat menjalankan tanggungjawab yang besar ini dengan baik.Jadilah hamba yang amanah.Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada." pesan Tan Sri Luth Kamaruddin kepada satu-satunya anak lelaki yang dia ada.

"Insyaallah , Hanief akan jadi yang terbaik untuk semua anak buah kita.Hanief akan beri contoh yang terbaik.Insyaallah." ucap Luth Hanief kepada bapanya Tan Sri Luth Kamaruddin.

"How are you and Mikayla ?." soal Tan Sri Luth Kamaruddin kepada anak lelakinya Luth Hanief.

"Biasa saja , abah." ujar Luth Hanief menyelindungi masalah mereka daripada bapanya Tan Sri Luth Kamaruddin.

"Aik , kawan dah berapa lama ? Biasa saja ?." soal Tan Sri Luth Kamaruddin mengusik anak lelakinya Luth Hanief.

"Ya , kami kawan saja.Tak rancang apa-apa lagi.Kalau ada jodoh...adalah." ucap Luth Hanief dengan nada biasa.Tidak teruja lansung.Tan Sri Luth Kamaruddin tersenyum mendengar penjelasan anak lelakinya Luth Hanief itu.Dia menepuk-nepuk bahu tegap Luth Hanief.

"Abah doakan yang terbaik untuk Hanief." ucap Tan Sri Luth Kamaruddin kepada anak lelakinya Luth Hanief.Tubuh tegap Tan Sri Luth Kamaruddin terus ditarik ke dalam pelukan Luth Hanief.

"Terima kasih abah." ucap Luth Hanief dengan nada sayu.Hendak menangis rasa dihati tetapi dia menahan.

Dirinya terasa beban , bercinta tetapi gagal.Ibunya Puan Suraya Hani sentiasa bertanyakan soal jodoh.Dan juga mengharapkan dia berkahwin dengan Mikayla.

"Hanief tidak tahu hendak meluah kepada siapa.Abah saja tempat yang Hanief ada." ucap Luth Hanief sayu.

"Abah sentiasa doakan untuk Hanief." ujar Tan Sri Luth Kamaruddin.

Pelukan mereka dilepaskan , Hakim dan Adam dari jauh mendekati gandingan hebat itu.

"Tan Sri." sapa Hakim kepada Tan Sri Luth Kamaruddin.

"Abah harap , korang berdua dapat tengokkan si Luth ni.Korang pun , antara kekuatan yang dia ada." ucap Tan Sri Luth Kamaruddin kepada sahabat anak lelakinya itu Hakim dan Adam.

"Insyaallah bah , kami akan jaga Luth.Kami sentiasa akan ada dengan Luth." ucap Adam.Tan Sri Luth Kamaruddin tersenyum mendengar jawapan yakin dari Adam itu.

Suasana di Lapangan Tentera Udara Diraja Malaysia , riuh rendah dengan suara yang ceria dari anggota-anggota TUDM.Mereka sedang meraikan kejayaan yang baru sahaja dimiliki oleh Kapten Dahlia Hana.Dia telah mendapat kepercayaan untuk membawa jet pejuang F-18 Super Hornet yang baru sahaja dibeli oleh kerajaan Malaysia dua minggu yang lepas.

Ucapan tahniah bertalu-talu dia dapat.Tetapi hatinya tidak begitu gembira kerana jet pejuang yang mereka beli itu adalah yang terbaik di dunia.Keluaran dari syarikat di Amerika Syarikat.Hanya pilot tertentu sahaja boleh membawa jet pejuang tersebut.Dia menjauhkan diri dari kawasan keramaian itu , Hafiya dan Hazira mendekati Hana Dahlia yang keseorangan.

"Kau okay tak ?." soal Hazira risau.Raut wajah Hana Dahlia sedikit pun tidak menunjukkan dia gembira dengan kejayaan yang dikecapinya.

"Aku boleh bawa ke Jet tu ? Takutlah." luah Hana Dahlia.

HAHAHA !.Hafiya dan Hazira tergelak besar dengan luahan sahabatnya Hana Dahlia itu.Gadis itu membuat riak wajah menyampah apabila ditertawakan oleh kawan-kawannya.

"Yang korang berdua gelak ni dah kenapa ?." soal Hana Dahlia yang mula bingit dengan suara mereka berdua itu.

"Takdalah , kau salah soalan ke tadi tu ?." soal Hazira mengutuk Hana Dahlia.

"Salah soalan apa ?." dingin Hana Dahlia kepada sahabatnya Hazira.

"Kau boleh tanya , boleh ke kau bawak Jet tu ? Haha , bukan-bukan eh soalan kau.Sejak bila rasa takut ada dalam diri kau ? Kau kan yang terpaling berani." kutuk Hafiya pula.Mereka berdua bersilih ganti mengutuk Hana Dahlia.Kerana satu luahan , habis dikutuk tanpa sempadan.

"Aku pun manusia , ada rasa takut.Takut ni normal lah.Yang tak normal tu korang." kutuk Hana Dahlia pula.

"Rasa cinta ?." soal Hafiya mengusik.Hana Dahlia mendiamkan diri.Dia tahu jika dia bersuara itu adalah tanda dia menjolok sarang tabuan.Dia hanya diam menyepi.

"Izhar ? Kau tak rasa cinta pada Izhar ?." soal Hazira kepada Hana Dahlia.

"Tak." jawabnya ringkas.Hafiya dan Hazira mencebikkan bibir mereka dan memandang satu sama lain.

"Tapi dia sayang kau kan." jelas Hazira lagi.

"Aku dan dia dah buat pilihan.Aku pilih TUDM dan dia pilih Business." jelas Hana Dahlia kepada sahabatnya Hazira.

"Tapi kalau ada jodoh , bukan aku boleh kahwin pun dengan dia.Bapak aku tak suka dia." jelas Hana Dahlia sayu.Hatinya tiba-tiba bergetar hebat mengenangkan kisah cintanya bersama Izhar.Tidaklah bahagia seperti pasangan lain tetapi dia cuba untuk pertahankan hubungan mereka hingga akhir.Tapi malang dia gagal.

"Mana tahu , allah nak beri jodoh lebih hebat.Kau jugak yang angau nanti." usik Hazira lagi.

"Sudahlah , dah takda topik ke korang nak borak.Keluar pasal jodoh bagai dah.Dari F-18 jauh sampai jumpa jodoh." ujar Hana Dahlia lagi.Hafiya yang diam dari tadi mula berbunyi.

"Kau sajalah yang kahwin dengan F-18 tu.Sehidup semati dengan dia.Nanti akad nikah kau bunyi macam ni 'F-18 super hornet aku nikahkan dikau dengan Hana Dahlia Binti Jeneral Mohammad Hassan' haa , macam tu ah nanti bila kau kahwin." kutuk Hafiya.Kecil saja anak mata Hana Dahlia memandang sahabatnya itu.

"Habis siapa saksi dia ? Kahwin kena ada saksi." soal Hazira menjadi 'nasi campur'.

"SU-30 , geng SUKHOI." ujar Hafiya selamba.

HAHAHA !.Tawa mereka letus sekali lagi.Kali ini Hana Dahlia juga tidak dapat menahan rasa mahu gelak dengan lawak yang bukan-bukan dari sahabatnya itu.

Pintu kereta BMW M4 ditutup.Kereta dikunci dengan alat kawalan kenderaan tersebut.Kakinya dibawa sehingga ke meja batu di sisi rumahnya.Luth Hanief melabuhkan punggung di atas kerusi batu yang telah terletak di situ.Dia bersandar dan memejamkan matanya seketika.Melepaskan lelahnya.Seharian sahaja dia menghadap fail-fail penting.Baru sahaja dua hari dia dinaikkan pangkat tetapi kerja yang diterima bagai tiada hari esok.

Dia melihat telefon pintarnya pula.Pelbagai mesej masuk ke notifikasinya tanpa dia lihat dari tadi.Termasuk notifikasi Whatsapp dari Mikayla.Dia tidak menghiraukan sedikit pun.Dia mula membuka kasut kulitnya dan stokin yang tersarung di kaki dan diletakkan di tepi rak kasut berdekatan dengannya itu.

"Nah air." hulur Puan Suraya Hani.Secawan teh panas diletakkan di hadapan anak lelakinya itu.Luth Hanief mencebik kecil , dia tidak suka air 'teh'.

"Terima kasih ibu." ucap Luth Hanief sopan.Dia satu-satunya anak lelaki Puan Suraya Hani dan Tan Sri  Luth Kamaruddin.

"Sama-sama.Macam mana kerja harini ? Okay ?." soal Puan Suraya Hani.

"Biasa saja ibu.Mana kerja pun akan penat dan masalah." ujar Luth Hanief tenang.Dia menghirup sedikit air teh yang dibuat oleh Puan Suraya Hani.

"Mikayla dengan Hanief macam mana ?." soal Puan Suraya Hani kepada anak lelakinya Luth Hanief.Lelaki itu mengeluh kecil.

"Ibu , boleh kita jangan cerita pasal ini sekarang ? Luth tak mahu fikir." luah rasa Luth Hanief kepada ibunya Puan Suraya Hani.

"Kenapa pula ? Kamu dengan Mikayla kan memang rapat.Bercinta.Ibu tak boleh nak tahu pasal kamu kenapa pula ?." soal Puan Suraya Hani kepada anak lelakinya Luth Hanief dengan nada sedikit dingin.

"Ibu , Luth dengan Mikayla dah takda apa.Jadi Luth minta jasa baik ibu , jangan sebut nama dia lagi." ucap Luth Hanief lembut dan sopan kepada ibunya.Terbutang mata Puan Suraya Hani.

"Siapa suruh kamu putus dengan dia ?." soal Puan Suraya Hani dengan sebaris giginya terketap.Luth Hanief menelan liur kesat.Beginilah sikap ibunya jika tahu dia ada masalah dengan Mikayla.Pasti akan menyebelahi Mikayla.Katanya , lelaki tidak pernah cukup satu.Ada saja dia menangkan Mikayla.Kasihan Luth Hanief.

"Apa kurangnya Mikayla tu ? Cantik , baik , bijak." jelas Puan Suraya Hani kepada anak lelakinya Luth Hanief.

"Dia curang dengan Hanief saja sudah 10 kali.Itu ibu kata baik ?." soal Luth Hanief menyebelahi dirinya sendiri.Tiada siapa di situ mahu menyokongnya.

"Perempuan ni Hanief , dia mahukan perhatian , kasih sayang.Jadi kalau Mikayla jadi begitu semuanya berpunca dari kamu." jelas Puan Suraya Hani yang masih menyebelahi Mikayla.Luth Hanief mendengus kasar.Dia bangkit dari duduknya.

"Duduk ! Ibu tak habis lagi dengan kamu." arah Puan Suraya Hani dengan matanya membutang kepada Luth Hanief.Perlahan-lahan dia melabuhkan duduknya semula.

"Ibu , sudahlah konkong hidup Hanief.Jalan hidup Hanief biar Hanief yang atur sendiri.Hanief sudah besar ibu.Jangan layan Hanief seperti anak kecil." ujar Luth Hanief meluah  perasaan kepada ibunya.Tetapi lansung tidak dihiraukan.

"Baiklah , kamu nak sangat tentukan jalan hidup sendiri ? Ibu beri kamu dua minggu.Cukup 14 hari ibu nak kamu kahwin dengan pilihan hidup kamu sendiri.Jika dalam tempoh takda calon , ibu terus masuk meminang Mikayla untuk kamu.Suka atau tak , kamu tetap kena kahwin dengan Mikayla." ujar Puan Suraya Hani kepada anak lelakinya Luth Hanief.

"Dan satu lagi... ."

"Hanya Mikayla saja yang layak jadi menantu ibu.Jadi harap kamu fahamlah." ujar Puan Suraya Hani sinis.Dia meninggalkan Luth Hanief seorang diri.Melayan anak seperti melayan musuh.

Happy Reading yalls , jangan lupa komen and rate yer hihi..nak tengok watak² hero boleh ke ig FY..FY ada letak di profile hihi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience