Waktu rehat digunakan Amanda sepenuhnya untuk makan tapi kali ini dia tidak dapat keluar bersama Darris kerana dia ada temu janji dengan klien tentang hal urusan kerja.
"Hai sayang... mana you menghilang ni? Puas I call tapi tak angkat." seorang lelaki itu muncul di hadapan Amanda. Wajahnya ceria dengan senyuman.
"Eish, you nak apa lagi dari I hah?" soal Amanda kasar.
Makin menyampah dengan lelaki yang masih tidak faham bahasa. Aku ni bini orang, takkan tu pun tak faham lagi.
"I rindu you sayang. Mana you menghilang ni?" dia datang mendekati dan pipi Amanda disentuh.
"Tak payah sentuhlah. Kau nak apa hah? Kalau ada benda nak cakap tu cakap jelah."
"Kenapa marah ni sayang? I ada buat salah ke?"
Pipi Amanda dibelai lagi dan tangannya cuba ingin memegang lengan milik Darris.
"Kan I dah ca..."
"Amandaaa!!!"
Menggigil kepala lutut Darmawati melihat adegan yang disajikan di hadapannya. Jantungnya bagai nak pecah. Giginya berlaga sesama sendiri.
"M...mama?"
Hati Darmawati hancur. Dia sanggup ketepikan ego untuk datang bertemu dengan Amanda dan berdamai dengan wanita itu namun kejadian hari ini telah menambah tahap kebenciannya.
Sama sekali dia tidak menyangka bahawa perangai Amanda lebih teruk daripada apa yang disangka. Tergamaknya Amanda memperlakukan Darris begitu.
"Mama... tolong jangan salah faham."
Amanda datang mendekati mentuanya. Dia tidak tahu mengapa hatinya gerun apabila adegan ini sampai ke pengetahuan ibu mentuanya sedangkan ianya bukan seperti yang disangka.
"Aku tak sangka kau berubah sampai jijik jadi perempuan murah ni." menggigil suara Darmawati. Kolam matanya bertakung.
"Dia kawan Ayra je." kali ni Amanda berlembut.
Tiada lagi penggunaan kau aku yang digunakan sebelum ini.
"Aku tak percayakan kau lepas apa yang aku tengok. Sampai hati kau tipu Darris lepastu kau berhubungan dengan jantan lain. Kau tau hukum seorang isteri ada hubungan dengan lelaki lain?"
"Mama, demi Allah Ayra tak tau kenapa dia pegang Ayra."
"Tak tau ke kau suka?"
"Mama, tolonglah dengar penjelesan Ayra dulu."
"Penjelesan apa lagi Ayra? Cukup! Cukuplah dengan apa yang aku nampak. Semuanya dah jelas. Kau memang tak layak untuk Darris anak aku. Lelaki sebaik dia tak berkenan memperisterikan perempuan murahan macam kau ni!" herdik Darmawati membuatkan otak Amanda bergetar.
Dia terasa begitu hina. Tangannya menggigil. Wajahnya merah padam. Mata yang berkaca memandang tepat ke wajah mentuanya.
"Mama ingat semua perempuan macam Ayra ni perempuan tak ada maruah ke? Habis anak mama tu sukati keluar berduaan dengan perempuan lain, mama tak halang? Kenapa? Kenapa semua di mata mama salah Ayra?"
Akhirnya menitis juga mutiara jernih yang ditahan sejak tadi. Hinaan yang diberi benar-benar merobek hatinya.
"Kau jangan nak tuduh anak aku bukan-bukan. Darris bukan macam tulah suka hati keluar dengan bukan mahram. Bukan macam kau, lelaki tu sentuh kau, ada tak kau halang?"
"Ma.. Ayra minta maaf."
"Kalau kau bermaruah, kau dah lama sedar diri dan tinggalkan anak aku."
Kepala digelengkan. Air matanya tetap mengalir laju membasahi pipi.
"Kau tak layak untuk dimaafkan apatah lagi dicintai lelaki macam Darris."
Darmawati angkat kaki dan berlalu dengan seribu yang bercampur aduk.
Amanda jatuh terduduk di atas lantai. Lututnya tidak mampu menampung berat tubuhnya sendiri. Pengakhiran hubungannya dengan Darris Anaqeef tidak boleh dengan cara begini. Dia perlu buat sesuatu.
Air mata Amanda mengalir laju umpama sungai, meratapi permintaan Darmawati yang begitu membebankan. Mengapa hinaan yang diterima sedangkan masa silam yang memaksanya buat begini?
Tiada masa silam yang mampu mengembalikan sebuah ketenangan tetapi sebuah kemaafan mampu menjadikan masa silam itu satu pengajaran.
Darris, andai kata kau tak muncul dalam hidup aku, hidup aku tak hancur macam ni, rintih Amanda luluh.
segalanya akan terlerai
Share this novel