'you can cry if you want to but remember tomorrow you must be stronger than today'
"Aduh! Kenapa lah time-time macam ni kau datang?" Amira merungut perlahan. Dia mengusap perutnya perlahan dengan selawat kecil tidak lekang dari bibirnya.
"Mira okay?" tanya kak Sally kepada Amira. Risau dia apabila melihat muka Amira yang berkerut-kerut itu. Peluh juga hampir keluar walaupun aircond mereka sudah terpasang pada suhu yang agak rendah.
"Berpeluh akak tengok kamu ni, dik."
"Hehehe, biasalah kak. Masalah perempuan"
"Ouh... Faham. Habis tu macam mana ni? Boleh tak ikut kitorang pergi meeting? Kalau tak okay, akak beritahu dekat boss nanti" oleh kerana hari ini mereka ada mesyuarat penting bersama anak syarikat, Amira terpaksa mengendahkan sebentar perasaan sakitnya yang menjalar pada tubuh badannya.
"Eh! Tak apa kak. Saya okay jer. Small matter" Amira menggagahkan diri untuk mengukirkan senyuman manis walaupun dia berasa sangat sakit sekarang ni.
"Tapi muka Mira tu nampak sangat pucatnya" tegur kak Sally
"Dah makan ubat? Kalau belum akak nak cari panadol kat Mira"
"Tak apa kak, dah makan tadi" balas Amira. Kak Sally hanya mengiyakan sahaja walaupun dia agak risau dengan keadaan Amira. "Kalau nak apa-apa nanti beritahu jer akak"
"Baik akak sayang." Sempat lagi Amira mengenyitkan sebelah matanya kepadanya kak Sally. Kak Sally hanya tertawa kecil melihat telatah Amira. Mereka kini sedang bersiap sedia untuk mengikuti Amirul ke mesyurat penting.
"Dah ready?" tanya Amirul kepada dua orang pembantunya itu. Matanya sesekali mengerling kearah wajah Amira yang kelihatan sedikit pucat.
"Little pumpkin, awak okay?"
"Ya. Saya okay boss!" balas Amira dengan bersemangat. Amirul ketawa kecil. Comel dia melihat reaksi Amira sebentar tadi. Tapi tak dinafikan, tetap terselit jua perasaan risaunya ketika melihat wajah pucat Amira.
***
'lama lagi ker meeting ni nak habis' monolog Amira bersendirian. Dia melihat kearah jam tangannya dan kembali menulis perkara penting. Wajahnya kini sudah mengeluarkan peluh yang banyak. Penghawa dingin yang dipasang tidak membantu menghilang rasa sakitnya. Sesekali ia datang menyerang, pasti Amira akan berselawat kecil dan menggigit halus bibirnya. Wajahnya sehabis mungkin dikawal untuk tidak menimbulkan masalah kepada yang lain. Tanpa dia sedar, Amirul yang dari tadi melihatnya memaparkan riak wajah kerisauan.
"Are you okay little pumpkin?" Amirul berbisik halus kearah Amira yang kelihatan gelisah dan tidak tentu arah. Risau pula dia. Dia tidak boleh fokus apabila melihat kekasih kecilnya ini berada didalam kesakitan. Apa yang orang bentangkan dihadapannya tadi boleh dikatakan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Ahh! Nanti-nanti je lah dia semak laporan tu balik.
Amira terkejut apabila suara bos besar menyapa telinganya. Dengan wajah yang 'manis' dia berkata "saya okay bos. Cuma letih sikit" Amirul mengeluh perlahan.
"Don't lie to me little pumpkin. Your face looks so pale." tatapan tajam Amirul membuatkan Amira semakin gementar. "Menses?" tanya Amirul tiba-tiba. Memerah wajah Amira apabila Amirul menanyakan sedemikian.
"I think we should stop our meeting" kata Amirul apabila tidak mendapat sebarang jawapan dari Amira.
"Eh, no! I'm okay!" Tegah Amira. Amirul mengabaikan permintaan Amira.
"Okay! We stop our discussion today. I have an important matters right now. Kita sambung meeting kita nanti" Ucap Amirul seraya bangun dari tempat duduknya. Semua yang berada disitu terkejut kerana ini kali pertama Amirul menamatkan mesyuarat mereka dipertengahan jalan.
"Kak Sally, nanti hantar report dekat saya bila dah siap. And you, follow me" tegas suara Amirul ketika itu.
"Sit there" Amirul mengarah Amira supaya duduk diatas sofa yang berada didalam bilik peribadinya.
"Stay here. Don't go anywhere" Amirul membuka butang baju suitnya dan melipat lengan bajunya lalu bergerak ke satu sudut dan mengambil beberapa jenis ubat dan heat pack. Lengan baju yang telah dilipat itu membuatkan Amirul lagi bergaya apabila terlihat dari belakang. Dengan tubuh yang sasa, wajah yang tampan, hidung yang mancung bersertakan jawline yang tajam dan clean shave, boleh membuatkan para gadis diluar sana terpesona
"Encik nak buat apa tu?" tanya Amira
"Buat bubur" balas Amirul bersahaja. Amira mengerutkan dahinya apabila mendengar kata-kata Amirul. Eh, mamat ni! Kita tanya elok-elok jawab main-main pula, dahlah angin aku tengah monsun sekarang ni. Sekali bedal bisu setahun!
Kttukk!
"Aduh!" Amira mengusap dahinya yang baru sahaja dijentik oleh jari besar Amirul
"Lain kali jangan berlakon yang awak tu kuat. Kalau sakit, beritahu jer saya. Jangan diam" Tegur Amirul sambil melihat dahi Amira yang sudah memerah sedikit. Cebikan halus keluar dari bibir Amira.
'Alolololo kesian sayang sugar saya ni. Merah dahi dia' Amirul menghembus perlahan membuatkan Amira menutup matanya apabila menerima nafas hangat dari Amirul
"Nah" hulur Amirul sambil mengukir senyuman manis.
"Makan ubat ni. Nanti letak heat pack ni dekat perut awak, bagi kurangkan sikit sakit tu. Coklat cadburry ni makanlah saya memang belikan untuk awak." Amirul mengeluarkan sekotak coklat cadburry dari sebuah almari lalu meletakkannya dihadapan Amira bersama ubat-ubatnya.
"Macam mana?" terbungkam Amira apabila melihat begitu banyak coklat dan pelbagai jenis ubat-ubatan.
"Saya memang akan sediakan ubat banyak-banyak macam ni in case ada emergency. And for the chocolate. Saya memang prepare untuk bagi dekat awak." Kata Amirul sambil memandang lunak kearah Amira.
"All of this is yours sugar" Amira terharu melihat sikap Amirul yang boleh dikatakan gentleman itu. Hampir menangis dia melihat semua ini. Sudahlah emosinya tidak stabil sekarang ni.
"Saya tak tahu sangat pasal period pain ni. So, if you want anything just call me. I'll just be in the next room. Don't you dare keluar dari bilik ni then pergi buat kerja. Saya tak benarkan. And you don't need to worry. Tak ada sesiapa yang boleh masuk bilik ni. Just me and my family jer yang boleh masuk"
"Tapi saya dah masuk"
"Because you're my future wife, sugar" Amirul berjalan ke pintu yang berhubung dengan bilik pejabatnya seraya memberikan senyuman hangat kepada Amira.
Sebelum Amirul melangkah keluar sempat lagi dia berkata "Before I forget, kalau awak nak buka tudung, bukalah. Saya akan ketuk dulu pintu sebelum masuk. But, if you lalai, kiranya rezeki sayalah tu" Amirul beriak nakal sambil menggigit bibirnya secara menggoda. Membuntang mata Amira melihat karenah Amirul itu.
"Gatal!"
"HAHAHAHA" Amira menggeleng halus kepalanya sebelum menelan beberapa pil ubat yang berada diatas meja kecil itu. Nasib baiklah esok cuti, bolehlah dia rehat sebentar.
***
Nampaknya hari rehat yang ditunggu-tunggukan oleh Amira berubah menjadi pilu apabila terjadi suatu kejadian yang tidak diingini.
"Ya Allah. Kuatkan lah abi ya Allah. Ku mohon, janganlah ambil dia dari kami ya Allah. Sesungguhnya kami tidak kuat" Amira terduduk lemah. Dia meraup wajahnya dengan hati yang gusar. Air mata laju mengalir dipipi dilapnya lembut. Jam didinding ditiliknya sepintas. Dia duduk disitu sehingga ayahnya belum selesai dirawat.
Teringat peristiwa tadi dimana dirinya tergerak hati mahu memanggil sang ayah yang berada didalam bilik dengan lamanya. Ayahnya tidak pernah berkurung didalam bilik dalam tempoh yang lama. Oleh sebab itu, dengan perasaan yang tidak enak, dia datang mengunjung bilik ayahnya.
Dirinya diasak dengan perasaan cemas apabila dia memanggil ayahnya, tetapi tidak menyahut. Tanpa melengahkan masa, dia terus memanggil ambulans dan kakaknya.
"Adik?" Ayuni mendekati adiknya yang sedang duduk diatas bangku itu. Amira yang berada didalam lamunan sendiri terus melihat kearah sang pemanggil.
"Kakak" sayu sekali panggilan Amira kepada kakaknya, Ayuni Elyia
"It's okay. Abi kuat. Adik janganlah sedih. Adik pun kenalah kuat, bagi semangat dekat Abi. Inn Syaa Allah. Semuanya akan baik-baik saja. Kita berdoa je, minta pertolongan dekat Allah" balas Ayuni sambil memeluk erat bahu adiknya itu. Amira mengangguk lemah.
Ayuni terkejut ketika mendapat berita ini dari Amira. Terus pecut datang ke hospital sejurus Amira menelefonnya memberitahu bahawa ayah mereka dikejarkan ke hospital.
"Sejak bila abi jadi macam ni, kak?"
"Dah lama. Tapi, adik tahu jer lah dengan abi tu. Ajak pergi hospital tak nak, asyik bergantung dekat ubat klinik je" balas Ayuni. Kini, Encik Emir sedang berada di bilik bedah kerana mendapati dirinya menghidap penyakit kronik sehingga tahap kritikal.
"Tak apalah, jangan fikirkan sangat. Adik pergilah bersihkan muka, dah comot akak tengok. Serupa macam hantu Kak Limah." Kata Ayuni melihat penampilan Amira.
"Akak ni" Amira merengek perlahan. Dia bangkit dari duduk dan melangkah ke tandas. Muka yang sembab dibasuh.
Ketika dia hendak menuju semula ketempatnya, matanya membulat melihat doktor sudahpun keluar dan sedang bercakap dengan kakak sulungnya.
"Doktor cakap apa, kak?" Tanya Amira dengan tergesa-gesa apabila melihat doktor itu sudah pun pergi.
"Doktor cakap alhamdulillah, abi okay. Tak ada apa yang serius. Cuma, kesihatan dia perlu dipantau terlebih dahulu sebelum mahu keluar hospital"
"Alhamdulillah" Amira menghela nafasnya lega sambil mengucap syukur kepada Ilahi.
"Kakak nak pergi dekat kaunter kejap, ambil bill, urus apa yang patut"
"Eh, tak payah. Biar adik yang buat. Akak pergi tengok abi dulu" kata Amira lalu laju dia berlari kearah kaunter.
***
Mengeluh perlahan Amira apabila melihat yuran hospital itu. Mahalnya.
"Lusa saya bayar boleh?" Tanya Amira
"Tak apa cik. Yuran cik dah dibayar tadi"
"Eh, tapi saya baru jer datang sini"
"Tadi baru jer ada seorang lelaki datang bayar bill untuk cik"
"Lelaki? Siapa, ya?"
"Tu, belakang cik" tergamam Amira apabila menoleh wajahnya kebelakang.
"Kan saya dah pesan, kalau perlukan apa-apa just tell me. Jangan diam." Amirul menurunkan kepala hoodienya dan membuka masknya. terpaparlah wajah tampannya dikhalayak umum.
Amirul melirik kearah Amira dengan pandangan yang sayu. "I know it's hard to accept. But, I believe, you're very strong to through it"
Dia tahu Amira sekarang berada didalam masalah. Dia mengusap lembut puncak kepala Amira bagi menenangkan gadis itu. Amira yang merasai usapan itu terus mengalirkan air mata.
"My little pumpkin very strong right?"
Amirul mengusap perlahan air mata yang turun itu dengan menggunakan ibu jarinya. "I'll always be there for you little pumpkin. Only one call away, I'll be there. No matter where you go, you're not alone."
Tidak mahu berlama disitu dia mengucapkan terima kasih kepada Amirul kerana sudi membantunya. "Thank you, nanti saya bayar balik duit encik" Amira berjalan pergi tanpa memandang kebelakang.
"I'll make sure you happy after this sugar" kata Amirul didalam hati. Dia memandang sepi pemergian Amira. Mahu saja dia menarik kembali Amira untuk masuk kedalam dakapannya tapi ditahannya kejap kerana mahu memberikan peluang kepada Amira untuk bersendiri.
Pain make you stronger.
Tears make you braver
Hearbreaks make you wiser
So, thank the past for a better future
Have a nice day. kalau ada salah apa2, just mention me.
Share this novel