Bab 2

Short Story Completed 6180

"Aku nak kau settlekan baki hutang! Kalau tak, nyawa kau akan melayang!" - Konco Tiger

"Apa ni? Hutang? Berapa?" - Puan Khadijah

"RM 10 000!" - Konco Tiger

"Ya Allah! Banyaknya!" - Puan Khadijah

Pada masa yang sama, Pak Ismail dan Fatihah baru sahaja balik dari kedai.

"Eh, kereta siapa tu ayah?" - Fatihah

"Entahlah. Tak apa, Tihah pergi tengok siapa yang datang, ayah pergi angkat semua barang ni ke dapur." - Pak Ismail

"Ha, ya lah kalau macam tu." - Fatihah

Setelah Fatihah naik ke dalam rumah, dia terkejut apabila mendapati ibunya diterkam.

"Eh, kau orang buat apa ni? Lepaskan mak aku!" - Fatihah

"Lepaskan mak kau? Boleh! Tapi..." - Konco Tiger

Konco Tiger itu terus menerkam Fatihah lalu dilepasnya Puan Khadijah. Pada ketika itu seorang lagi konco Tiger masuk ke dalam bilik Puan Khadijah untuk mencari wang.

Tatkala itu, Pak Ismail yang berada di dapur mendengar kebisingan itu terus mengambil kayu yang agak besar untuk menghentak kepala konco Tiger yang menerkam Fatihah. Setelah mendapat kayu, Pak Ismail terus naik ke ruang tamu.

Apabila Pak Ismail ingin menghentak kepala konco Tiger yang menerkam Fatihah, konco Tiger yang lagi satu terus mengambil pisau lalu menikam Pak Ismail. Pak Ismail terus terbaring dengan bajunya berlumuran darah. Konco-konco Tiger terus beredar dari rumah itu.

Fatihah terus pergi menuju ke arah ayahnya.

"Ayah!" - Fatihah

Puan Khadijah memujuk Fatihah. Fatihah tidak mempedulikan pujukan ibunya. Apabila Puan Khadijah ingin menyentuh badan Pak Ismail, Fatihah terus menolak tangan Puan Khadijah. Puan Khadijah terkejut melihat kelakuan Fatihah seperti itu.

Beza ceritanya di rumah Aiman, pada hari yang sama Tiger menelefon Aiman.

"Hello? Kau nak apa?" - Aiman

"Aku nak bagitahu kau satu benda ni je. Kalau tak bayar hutang, nyawa akan jadi pengganti." - Tiger

Tiger terus memutuskan panggilan. Aiman pelik dengan kata-kata Tiger.

Pada masa itu juga, Faiz yang berada di luar bilik mendengar perbualan antara Aiman dan Tiger terus masuk ke dalam bilik itu.

"Hutang? Kau hutang apa, Man?" - Faiz

"Mana ada hutang apa-apa!" - Aiman

"Hey, aku dengarlah perbualan kau tadi. Oh, patutlah sejak dua menjak ni ada orang duk tengok rumah ni. Rupanya kau ada hutang dengan Along! Aku tak boleh lah macam ni. Kau keluar dari rumah aku sekarang!" - Faiz

"Eh, apa ni, Faiz? Aku mana ada keluarga. Takkan kau tak kesian dengan aku?" - Aiman

Faiz terus menarik tangan Aiman lalu ditolak lelaki itu ke luar rumah. Semua pakaian Aiman dimasukkan ke dalam satu beg plastik lalu dicampak ke arah Aiman.

"Faiz! Faiz!" - Aiman

Faiz tidak mempedulikan kata-kata Aiman. Aiman terus beredar dari tempat itu. Dia tiada pilihan lain, pilihan yang dia ada hanyalah pulang ke rumahnya di kampung. Tetapi dia malu untuk pulang awal.

Aiman tinggal di masjid untuk beberapa hari. Aiman melakukan amal ibadah termasuk solat taubat semasa di masjid. Dia melakukan solat tahajud setiap malam dan berdoa agar ibunya mengampunkannya bila dia pergi ke rumahnya di kampung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience