DHA 1

Romance Series 25429

Farhana yang tekun menilik laut hitam dan menikmati desir laut Terengganu untuk kali terakhir, duduk bersimpuh tenang di pagoda kecil di sebelah rumah. Bukan itu saja, matanya turut meliar memerhati sekeliling perkarangan pagoda yang dijaga rapi Tok Ayah.

Cantik sungguh pagoda itu dikelilingi dengan bunga - bunga Kiambang yang pelbagai warna. Pada hujung tangga pagoda, Tok Ayah taburkan batu - batu sungai yang mengunjur hingga ke tangga rumah, menjadi laluan pejalan kaki yang cukup nian. Dengar kata bagus untuk kesihatan juga bila tapak kaki menyelusur bebatu itu.

Lepas ni, entah bila la boleh balik Terengganu lagi? Nak jumpa Tok Mak, Tok Ayah, Nek Kiah, Kak Anis dan Ibu...

Ibu...

Rasa resah dan risau membalut diri, berat dia memikirkan keadaan wanita tua itu. Apatah lagi bila dia tinggal sendirian dalam keadaan serba daif. Entah bagaimana Puan Reen mengharungi hari - harinya tanpa tiada siapa pun yang menjaga kebajikan dia.

Har tak boleh biarkan ibu kandungnya hidup macam tu…

“ EH!”

***

Hilang terbang fikirannya pada Puan Reen saat bahunya dipagut kemas oleh seseorang dari belakang. Fon telinga yang melekat di telinga segera ditanggalkan tatkala dia bertemu pandangan dengan dua bola mata Har.

Dia mengebam bibirnya geram. Suka betul menegur dia sebegitu. Fikir dia siapa pula yang tiba - tiba menyentuh bahunya malam - malam sebegini.

" Ish, kau ni, Har. Bagi salam! Urgh! Cubalah bagi salam, nanti jantung aku ni tiba - tiba 'go'. Barulah kau tahu macam mana, kan? Baru tahu aku ni penting ke tidak... Baru tahu erti penyesalan, kan?!"

Har menahan tawa namun dia kalah, habis terhambur dia ketawa saat matanya terpandangkan raut wajah Farhana yang cemberut masam. Iyalah, siapa sahaja yang suka dikejutkan sebegitu rupa?

" Kau buat apa dekat sini?" Tegur Har yang berdiri di belakang pagoda. Tahu pula dia erti sunyi bila tak ada isteri di sisi. Pun begitu, langsung dia tak mahu memujuk Farhana yang sudah terkejut amat kerana dia tadi.

" Buat kapal terbang!”

" Wow! Besar kapal terbang kau. Memang boleh terbang ke ni?" Har masih dengan angin menyakat. Kemudian, dia ketawa seronok dapat mengusik isterinya.

" Haah, terbang terus zupp!! Dekat sini…,” Farhana yang tidak mahu kalah mencucuh dada suaminya. Mujur tak keluar keping - keping bentuk hati dari situ.

Tapi, nampak gaya, dia kalah dalam permainan 'pick up line' itu bila Har diam saja dengan senyuman dan hanya merenungi tampang mukanya. Tak keruan Farhana jadinya.

Subhanallah! Kacaknya... Ya Tuhan!!

***

Bayu laut yang bertiup mengusutkan rambut tebal Har dan itu menambah ketampanan Har. Lebih - lebih lagi pabila Har menyisir rambutnya ke belakang, membuatkan dia kelihatan amat kacak sekali.

Okay, pengsanlah aku macam ni...

Terpegun sejeda, berkilo - kilo air liur yang ditelan Farhana. Kalau meleleh air liur dia di situ, memang dia bakal kalah teruk dengan suaminya. Mulalah Farhana mengangkat kembali benteng ego yang tadinya hampir runtuh. Tapi, lain yang difikir, lain pula jadinya bila Har tiba - tiba gugup dengan dia.

" Umm, boleh— Boleh aku duduk dengan kau? Aku ada bawa selimut…,” tak sedar rupanya dalam tangan Har punya segulung selimut.

" Yeah! Come up here…,” pelawa disambut Farhana dengan cukup baik. Hatinya jadi teruja tiba - tiba. 

Yay!!! 

Berdua lagilah nampaknya dengan Encik Beku...

***

Perlahan, Har menapak bersebelahan Farhana. Selimut di tangan dikibas - kibaskan lalu Farhana memperbetulkan bahu, tidak sabar ingin diperlakukan dengan romantis oleh Har. Bayangan Har merentangkan selimut pada bahunya sudah terlakar di belakang benak. Tak sabar betul.

Namun lain pula yang jadi, selimut tadi selamat terhampar pada belakang bahu Har. Malah Har seronok memeluk hangat selimut itu sebelum dia merebahkan tubuh panjangnya di sebelah Farhana.

Eh? Ingatkan nak bagi aku pakai... Ceh! Hampeh... Getus Farhana memerhati lagat suaminya.

Tanpa sedar, dia mencebir bibir menunjukkan rasa sebal.

Har mengoyak satu senyuman herot, merenungi gelagat wajah tak puas hati Farhana dalam diam. Bukannya dia tak fasih membaca isterinya itu, cuma dia masih mahu menyakat saja.

Ish, Hana... Kau ni buat aku makin—.

Makin apa?

Sayang...

Spontan, dia bawa bahunya bergeselan dengan bahu Farhana dan perlahan - lahan dia bawa pula jemarinya menjalar ke belakang tubuh itu sebelum dia berhenti pada pinggang. Sebelah tangan yang bebas, membetul - betulkan selimut di bahu Farhana.

" Hmm... This is pretty serene….,” hangat tubuh Har dan Farhana mulai terasa, terbebas dalam kehangatan yang cukup mengkhayalkan, meskipun mereka berdua hanya saling bersenggolan bahu.

Har mulai duduk dengan satu kaki melunjur tegak dan satu kaki lagi dia lipat supaya siku yang menongkat kepala disendeng ke tempurung lutut. Matanya dipejam untuk diam yang lama.

" Yeah... Not pretty but, straight up serenity,” Farhana perhatikan figura diam itu dengan bersungguh - sungguh.

Rasanya kesungguhan itu hadir pun sewaktu dia terpana bila jemari kasar Har menjalar di belakang tubuhnya hingga menebarkan rasa sensasi yang cukup hangat dan penuh kasih sayang.

Saat ini pula, dia hanyut terleka memandangi wajah Har yang diam pejam serupa arca Michelangelo.

" Kau nak dengar lagu?" Farhana menyoal mahu berkongsi lagu yang dia sedang dengar.

Har tak membuka mata, juga tidak menjawab tapi dia terus mengangguk mahu. Fon telinga sebelah kiri disumbatkan ke pendengaran Har. Farhana mengulang semula lagu tadi.

" Thanks..."

***

Bunyi petikan gitar akustik serta bunyi desir bayu laut dan ombak yang menghempas pantai mengisi pendengaran, lantas semuanya bersatu dalam satu okestra alam yang sebati.

What can I give that is all of me?
My heart's not good cause it's split in two?
What can I give that is all for you?
These arms are all I have

Farhana masih hanyut dalam renungannya. Dia ingin bertanya, bagaimana lagu itu kedengaran di telinga Har, tapi tiada satu patah kata pun yang terbebas dari bibirnya.

Dia cukup terpaku dalam takjub saat Har yang diulik tidur itu mulai melarik senyum nipis sebelum dia ikut sama menyanyi bahagian korus," but, I hold you I do love you..."

" But, I hold you I do love you…,” berterus - terusan Har menyambung dengan dengungan alunan musik menyentuh jiwa itu.

" Aku suka,” desir Har memberitahu Farhana.

Akhirnya.

Farhana membibitkan senyum.

" Arms... The Paper Kites."

" Hmm, taste music kau tak adalah depressing sangat."

" Excuse me? Hahaha. Kau punya taste in music lagilah sucks…,” cebik Farhana dengan nada merajuk.

" Which one yang kau rasa sucks, tell me?" Soal Har yang kini telinganya dijamah detak lagu mengasyikkan.

" Yours? Hmm..." 

Sejeda, Farhana mula memikir.

" No. Kau betul, tak ada yang sucks pun…,” Farhana melepaskan lelah menyerah, " aku punya je sucks..."

***

Kedua - dua kaki dibawa ke dada, lalu ditongkat pipinya pada kepala lutut, ingin khusyuk pada bait - bait lagu kesukaannya ini.

Seketika detik, mereka berdua kembali menikmati bait - bait kata yang dilontar merdu oleh sang penyanyi Indie barat itu.

" Orang lain mungkin dengar lagu - lagu carta Billboards. Following the ups and downs; the currents. Dengar semacam orang tak menjiwai musik langsung. Sekadar mendengar buat halwa telinga semata - mata.”

Har di sebelah hanya memasang telinga. Tidak berkata apa.

“ Kau pernah tengok filem barat, Dead Poets Society?”

Har menggeleng tidak tahu menahu akan apa yang pernah ditonton Farhana itu.

“ ‘Poetry, beauty, romance, love, these are what we stay alive for.’"

" Bagi aku, music and arts are just one of the reason why we stay alive, Har. I listen music for my soul. I listen to celebrate my emotions not to just listen, dengar sekadarnya.”

Farhana tersenyum lebar membayangkan not - not musik yang punya lekuk - lekuk lorek indah, menari - nari di udara dan melingkar bergerak di antara manusia dan alam untuk setiap situasi hidupnya.
Musik tidak pernah tinggal dari sungai perjalanan hidup. Biarlah orang kata dia seperti Sang Penglipur Lara gila. Dia suka.

Har jadi terkesima memandangi letupan - letupan bunga api yang terpancar jelas dari kedua - dua iris coklat sang isteri. Sebegitu mendalam jiwa isterinya pada musik dan seni.

Dia jadi cukup amat kagum dengan wanita yang besar jiwanya itu sehingga diam yang lama kini menjadi pandangan aneh pula. Berdehem, Har cepat - cepat kembali ke dunia nyata.

Kantoi habis!

" Orang follow currents ni boring, tak ada personaliti. Macam binary numbers, 0 and 1. Faham sekadar faham, tak mendalami, tak menjiwai sesungguhnya,” jawab Har menyokong kata - kata isterinya.

Farhana jadi senang hati. Tak sangka ada juga yang cuba memahami gelojak jiwa seninya.

" Yep, kau tahu Har... Musik sentiasa di telinga aku. Dari sekolah sampai ke hari ini. Aku tak pernah tinggalkan musik. Tak sampai hati aku, Har. Musik cukup istimewa.”

" Apa yang kau jumpa? Oh, mind aku smoke?" Har menongkat sebatang rokok pada Farhana cuba meminta izin.

Kadang kala sopan juga suami aku ini. Getus Farhana bisu. Ada yang dia kenal, langsung tidak peduli.

" Sure, until I have a fair reason for you to stop smoking..."

“ Seems I have to enjoy every second of this sinful bliss.”

Mengambil kata - kata itu sebagai kata iya, bibir terus digeroncongkan bersama rokok, sedia menerima nikotin memenuhi ruang paru - paru.

***

Usai rokok dimancisi, Har melepaskan berkambut - kambut asap putih dari hidung dan mulutnya. Menari beralun asap itu naik ke permukaan udara sejuk sehingga hilang dari pandangan mata.

" So, kembali pada soalan. Apa yang kau jumpa, dengan musik?"

Selesanya dia bertanya, tanpa memikirkan tentang hak Farhana untuk bertanya yang dimatikan dengan perjanjian perkahwinan tak masuk akal.

Farhana meskipun dia sedar akan kelebihan Har untuk berbuat sesuka hati, dia tetap menjawab. Kadang - kadang dia mahukan teman, untuk berbual. Dan sekarang, apa yang dia ada, hanya Har seorang saja.

Walaupun mungkin, tidak memilik lelaki itu secara sepenuhnya namun cukuplah dia tahu, Har punya perasaan yang sama seperti dia. Iyakah?

" The Paper Kites. Tahun 2010 they were known for Bloom. Then after lagu tu, sepi. Orang dah tak cari. But, a music enthusiast as I am. I tried my best to find them. Concerts, jamming parties, radios, podcasts you named it, Har."

Farhana menarik nafas mencari makna dari keinginan tahunya itu, " —they produced good music and good lyrics as well. Tapi, too little appreciation."

Mata merayau mengikuti bentuk - bentuk asap yang dilepaskan paru - paru Har. Mujurlah metobolisma tubuh manusia perlahan, kalau tidak, sudah pengsan Har menerima kandungan nikotin yang sebegini banyak. Boleh jadi janda berhias sekelip mata saja.

" Orang sekarang nak dengar lagu sondol - sondol bontot, lagu ayat pendek dan berulang. Tapi aku, aku missed the old kinda song where lyrics tell you whether your song is good or not. Not depending on the beats or how deep the bass drops…,” keluh berat dilepaskan.

Kemudian, dia tambah sendiri setelah akalnya mendapat buah fikiran, " apa yang aku cari? Appreciation, maybe? Beri penghargaan untuk mereka yang berhak dihargai. They may not know me, Har tapi, at least contribution aku pada musik ada.”

Kini lagu On the Train Ride Home mula mengisi ruang perbualan mereka berdua.

" Appreciation...?"

Waiting down at the station
I don't remember
I think it was late then

Standing always so quiet
We're like elevators
Filled up with strangers

" Betul cakap kau juga sebenarnya, Har. Mine is pretty depressing,” Farhana ketawa kecil, memandangkan himpunan lagu - lagu yang dia cinta kebanyakannya beralun mendap dan penuh kesedihan. Seakan - akan aturan perjalanan hidupnya yang sebegitu berkelang - kelok.

" Nah, don’t think so. They are beautiful in an undescribable way I must say..." balas Har yang mungkin sedang sama menikmati lagu ini. Farhana menguntumkan senyum kecil, menghargai pujian dari suaminya.

Kini telinganya tiba - tiba saja menjamah bunyi kereta api dan anehnya bunyi itu kembalikan dia sewaktu di Brooklyn.

Sewaktu dia masih terkial - kial menggunakan New York City Subway (NYC Sub). Sebuah sistem kereta api terpanjang, terkompleks dan tersibuk di dunia.

" Lagu ni, reminded me back in Brooklyn. Kau tahu aku pernah sesat sampai uptown, Bronx. Patah balik midtown, Manhattan. Back to downtown, Brooklyn."

Har ketawa. Comel betul.

" What a ride! Empat jam tau, Har. Empat jam aku lambat on my first day of working. Kau tahu tak apa rasa dia? Hahaha."

Har mengangguk mengerti kerana dia juga pernah kelewatan.

" Funny thing is, Har. Aku dah sampai office. Aku punya ketuk pintu office sampai nak roboh. Paling kelakar, aku siap beri salam, Har!,” Farhana mencorongkan mulutnya dengan tangan cuba memimik kembali apa yang dia buat dahulu, “ ‘Asslamualaikum! Ada penghuni ke tidak?! Jin ke Bunian ke?!’

“ Kau serius, Hana?”

“ Ya, Har! Lebih dua jam aku menunggu. Sampailah aku decided nak makan and pak cik dari food vendor tanya, ‘how’s your St. Patricks Day?’”

Farhana mula melopong longo, masih cuba berada di dalam situasi sewaktu di Brooklyn.

“ Har….,” dia terhenti mendahulukan tawa geli hati, “ hari tu rupanya it was public holiday, patutlah sesak! Nasib baiklah NYC Sub tu harga dia one ride fare. Kalau tak kopak aku, Har.”

Har ketawa dan terus ketawa hingga dia melepaskan batuk, sambil membayangkan seorang gadis bertudung litup berkeliaran tanpa arah tujuan di platfom kereta api bawah tanah popular itu.

Pasti Farhana terkebil - kebil memandang kiri dan kanan seperti orang bingung. Sungguh jelas di minda Har akan bayangan isterinya terpinga - pinga sendirian di sana.

Alangkah bagus, jikalau dia dapat menyaksikan detik itu, detik menilik raut wajah keresahan dan ketakutan itu. Entahlah, kalau boleh semua tentang hidup Farhana dia mahu masuk campur. Satu persatu dia ingin putar dalam ruang imaginasi dia.

***

No sound, no Hallelujahs
Still I was prayin' on the train ride home
That I can get the things I want
I can get the things I want
Give me what I need

Usai tawa, mereka diam, menikmati ketenangan lagu merdu itu di telinga masing - masing. Dada yang tadi kembang dengan lantunan tawa senang hati kini ia kembali mengendur, menjana aturan nafas yang lebih damai.

" Have you… I-I-I mean. You— longing for something, Hana?"

Terketar - ketar Har bertanya, iyalah batasan perjanjian mereka harus juga dia jaga. Kalau tidak mahunya tiba - tiba Farhana sengaja dan cuba menjerat dia? Seminggu bersama tak menjanjikan Farhana itu benar - benar punya perasaan seperti dia.

" Huh? Apa dia?"

" You longed for someone? Something?"

Tanpa sedar, mata Har merenung tapi dengan mata kesedihan. Hati Farhana kesebakan seketika. Sebak untuk apa dia sendiri tak pasti. Tapi, rasa itu memang sedang hadir memeluk relung hatinya.

" Ehem..." Farhana mendehem mencari kata.

" Kalau kau... Tak keberatan..."

Farhana jadi bertimbang - timbang juga meskipun dia amat bahagia menikmati waktu intim sebegini dengan sang suami.

“ If you don’t want to. Aku tak kisa—,” ayat terhenti bila laju Farhana menambah panjang.

" Kelakar, kan? Ada orang, Tuhan berikan segala - galanya. Sepanjang hidup mereka, mereka hanya tahu memenuhi kehendak aje. Tapi ada orang, Tuhan uji dia dengan macam - macam benda. Kebahagian yang dia rasa kebiasaannya macam sekejap sangat. Macam tak sempat nak puas, Tuhan dah ditarik cepat - cepat.”

“ Dunia bukan tempat bahagia, Hana.”

Farhana mengangguk faham akan maksud Har bersama senyum tersiksa. Tetap juga dia merasa tiada apa yang adil di sini.

" Kau pernah dengar sendiri, kan? Aku pergi Brooklyn sehelai sepinggang, Har. Sebab... Iyalah, aku, kan baharu kehilangan arwah. It was a major turning point for me, Har. Tapi sebenarnya, aku bukan lari sebab itu je. Aku lari sebab aku rasa aku dah betul - betul sebatang kara. I have no one.”

Our words fill up the pages
Fill up the days with
A song for the ages
Still those browse and we all speak
We break down like concrete
And just make our words cheap

Mata Farhana sudah tidak lagi bersatu dengan khayalan. Ia sudah jauh meninggalkan jejak bumi nyata, dan mulai terbang bersama dirinya sewaktu di Brooklyn.

Jiwa yang terluka, jiwa yang kehilangan, masih terbuku kemas di dada. Nafasnya sudah bersatu dengan bumi benua Amerika.

Dengan harapan dia boleh menikmati bau roti bagel dan pai daging bakar segar tatkala melintasi jalan 439 3rd Ave, Four & Twenty Blackbirds, downtown Brooklyn namun baunya lebih kepada bau hancing kencing dan mendap udara panas.

Tipikal New York waktu musim panas.

Namun, jujur dia tetap merindukan hari - harinya di sana. Penuh cabaran dan liku, tapi cukup manis kerana dia bisa dekat dengan tuhan.

" Kau tahu bau New York macam mana, Har?"

" Macam London?"

Farhana ketawa lalu dia menggeleng sedikit, " kau tambah bau tu empat kali ganda dengan London, X-out the nature smells, added up piss everywhere."

" Okay, bloody horrid!"

" Hahaha, yeah tapi aku rindukan kesibukan New York. Orang sekeliling kau, buat kau macam halimunan. Their stares were void, meaningless and— kau tahu macam mana orang yang jiwa kosong? Macam tulah, they just don't care. You can do whatever the fuck you want, and people just gonna past by and never give a fuck."

" Sicks..."

" Bits of American's dream…,” balas Har dengan suara yang sudah serak dek rongga mulut yang kekeringan.

Farhana menambah seraya mengangguk dengan kenyataan pendek Har, " but somehow it's healing, and making you busy. Apa yang kau fikir, hanyalah diri kau sendiri, dan tak perlu risaukan orang lain. New York, he'll make you selfish..."

“ Selfish…”

Kelopak mata Har yang terkatup tenang terasa diganggu lantas Har membuka matanya lalu dia mencari wajah Farhana yang nampak gaya sudah termenung jauh.

Har berkira - kira hitung sendirian.

" Selfishness is good— every now and then... In some situations,” kemudian, dia pula yang termenung, mengingatkan lipatan sejarah hidupnya.

Bagaimana Adila dan Ghazali mengajarkan dia untuk menjadi seorang yang cukup amat mementingkan diri sendiri. Sedikit - sedikit dia belajar untuk meletakkan diri sendiri, kemahuan dan kehendak diri yang paling utama, mendahului orang lain.

Kata mereka itulah kebahagian yang sesungguhnya. Tapi, benarkah cara itu kerana sehingga hari ini tidak terjumpa satu ketenangan pun di hati dia.

Farhana yang sudah tersedar dan memerhatikan wajah Har yang kini termenung, sama seperti dia tadi. Wajah Har mungkin nampak tenang, tidak berekspresi tapi renungan matanya, penuh kecamuk serabut. Apalah yang kau fikir Har?

I want someone to grow with
Songs I can sing to
And a family to cling to
But if I can't get the things I want
If I can't get the things I want
Just give me what I need

Terima kasih sebanyak - banyak untuk sesiapa saja yang masih meminati novel Dendam Har Azmeer. Han betul - betul menghargai segala sumbangan yang diberi. Doakan Han semakin berjaya dalam dunia penulisan yang han cintai ini ya? Doakan segala urusan kedunian dan akhirat Han diberkati Tuhan. Amin. Semoga sumbangan yang diberikan dibalas dengan rezeki yang banyak untuk anda semua. Terima kasih. Jumpa lagi di Bab seterusnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience