Bab 14

Short Story Series 16005

Tiba-tiba

"DEYNA UQASHA MY CIK TERBANTUT!!!."

Seseorang memanggil nama Deyna dengan kuat sehingga menarik perhatian orang lain.

Pusing sahaja Deyna terus terkedu dengan apa yang dilihatnya. Matanya sudah memerhatikan sekeliling cari jalan nak menyorok sebab semua orang dah tertumpu pada dia dan Aidil Haziq.

Yaa dia Encik crush.

Laju Aidil menapak ke arah Deyna yang beku di tengah-tengah alam.

"Awak nak apa?"tanya Deyna perlahan.

Dia senyum."Bagi aku cakap sikit. Lepas aku habis bercakap aku just nak kau cakap ya atau tidak saja."

"Bersaksikan laut,pasir, orang ramai yang memerhatikan kita dan Hazirah yang berada dibelakang aku..." Aidil Haziq melutut sebelah kaki di hadapan Deyna sambil mengeluarkan sebentuk cincin dari kotak baldu.  

"Sudikah kau menjadi permasuri hidupku sehingga ke jannah." tuturnya sambil tersenyum manis dan menghulurkan cincin itu.

Deyna terkedu dengan semua benda yang terjadi. Tuhan, kalau ini mimpi tidurkanlah dia sehingga dia kecapi bahagia bersama orang yang dia cinta.

Suasana sedikit bising kerana ada yang suruh Deyna setuju dan ada yang kata kalau Deyna tak nak boleh bagi dekat dia. Ewahh.

Deyna menggangukan kepalanya tanda setuju. Suara memang dah tak keluar. Semuanya jadi secara tiba-tiba. Haish dia harap semua ni bukan mimpi.

"Biar aku sarungkan. Korang berdua belum halal." kata Hazirah selepas mengambil cincin di tangan Aidil Haziq. Deyna membalas senyuman Aidil Haziq. Aaa dia bahagia.

Sekarang Deyna dan Haziq berada di padang kota lama katanya nak berbual sekejap. Hazirah dah balik sebab tak nak ganggu orang yang sudah bahagia. Maklumlah encik tunang dia tak ada dekat sini.

"Thank you." ucap Aidil Haziq tiba-tiba. Deyna hanya mengganguk.

"Ehh tiba-tiba dah tak ada suara ke?" mengusiknya sambil tersenyum.

"Diamlah." perlahan sahaja suara Deyna. Malu tu masih ada.

"Ouhh orang dah melamar dia tapi dia sombong pula. Tak apa." terus Aidil Haziq mengalihkan mukanya kearah lain.

Deyna dah gelabah.
"Aaaa saya cuma malu je. Awak jangan la terasa." sambil memainkan jarinya.

Tiba-tiba dia ketawa. "Tak payah malu la sayang. Nanti kahwin juga."

Merah muka Deyna apabila mendengar perkatan 'sayang' dari mulut Aidil Haziq.

"Are you blushing sayang." seronoklah dia dapat usik Deyna.

"Berhenti panggil saya macam tu." kata Deyna perlahan. Ayu la pula cik terbantut sorang ni.

Aidil Haziq dah tersenyum nakal.
"Berhenti panggil apa?" Eh-eh buat-buat tak tahu pula.

"Panggil tu la."

"Tu apa?"

"Sayang."

"Ye baby." terus dia ketawa bila dapat kenakan Deyna. Semakin menunduklah kepala Deyna padahal bibir tu tengah tahan senyum.

"Boleh saya tanya sesuatu?" tanya Deyna selepas tenangkan diri dari terus malu.

Dia hanya mengangkat kening.

"Kenapa awak marah pada malam yang saya buat dinner tu?"berhati-hati Deyna bertanya. Dah lama dia berfikir pasal hal tu. Pelik kalau Aidil Haziq marah hanya sebab sehelai kertas sahaja.

"Senang cerita aku just nak tau siapa crush kau je." kata Aidil Haziq selamba.

"Awaklah" mata tunak memandangnya.

Berkerut dahi dia.
"Kenapa dengan aku?"

Aku menghela nafas "awaklah crush saya."

Mata dia terkebil-kebil melihat Deyna sebelum dia menarik senyuman yang agak gatal.

"Really? Kalau aku tahu kau nak melamar aku tak adanya aku pergi lewat. Dahlah masa tu orang tu tengah cantik." sempat lagi mengusik. Deyna mencebirkan bibirnya. Tak habis-habis nak mengusik dia.

"Awak tak jawab soalan saya lagi."

"Sebab aku jeles." jawabnya pendek.

"Jeles? Kenapa?" tanya Deyna pelik.

"Lain kali bila tulis semua benda tu pastikan tulis nama siapa crush kau ya sayang. Tak pasal-pasal aku jeles" sambil mata memerhati orang yang lalu lalang.

"Tapi kenapa awak jeles?" berkerut dahi Deyna memikirkannya. Ada apa-apa yang dia terlepas ke?

"Apa ingat kau sorang yang ada perasan suka?"

"Sejak bila..." laju dia pintas percakapan Deyna.

"Lepas kahwin aku bagitau. Kalau nak tahu kena la kahwin dengan aku." laju saja mengusik bila ada peluang.

"Masuk minang dulu baru saya fikir sama ada terima atau tidak." Acah tak mahu padahal dah terima tadi. Perempuan kena jual mahal.

"Berani ke kau tolak hmm?" terjongket kening sebelahnnya.

Deyna hanya mengangkat bahu. "Mengikut pada nasib." Aidil Haziq hanya ketawa.

"Jom kita pergi solat dulu lepastu kita pergi makan and then aku hantar kau balik." ajaknya

"Jom." Deyna ikut Aidil Haziq dari belakang.

Sekarang kami berada di Restoran Makanan Melayu.

"Mana awak tahu saya dekat sini?" tanya Deyna sambil menunggu makanan. Masih banyak soalan yang dia nak tanya.

"Hazirah bagitahu." balasnya sambila mata tidak lepas merenung Deyna.

"Bila? Sejak bila awak ada nombor dia?" hairan bila masa Hazirah simpan nombor Aidil Haziq.

"Sehari selepas kau datang sini dan nombor dia tu aku mintak dekat Dayyan." selepas menjawab dia menyedut minumannya.

"Awak kenal Dayyan?" Kan dah cakap Deyna memang banyak soalan .

"Dayyan kawan bengkel aku."

Belum sempat Deyna menanyakan soalan lagi makanan telah sampai.

Seperti yang dikatakan, Aidil Haziq menghantar Deyna pulang.

"Lusa keluarga aku datang."

Aku hanya mengangguk.
"Saya keluar dulu. Assalamualaikum dan good night."

"Waalaikumsalam and good night too."

Belum sempat Deyna keluar dari kereta dia menahan.

"I love you." ucapnya.

Dengar saja perkataan tu, Deyna cepat- cepat keluar dan belum sebelum pintu kereta tertutup rapat Deyna membalas

"Love you too."cepat Deyna menutup pintu kereta dan berlalu masuk dalam rumah sambil tersenyum bahagia.

Seperti yang dikatakan keluarganya datang merisik sekaligus masuk meminang. Tempoh pertunangan kami hanya 4 bulan. Sebulan selepas pernikahan Hazirah dan Dayyan. Selepas itu giliran Deyna dan Aidil Haziq.

Selepas sahaja keluarga Aidil Haziq pulang, Deyna hanya melepak di bangku depan rumah.

Dalam ralit dia tengok orang lalu-lalang ada seseorang yang duduk disebelah dia dan orang itu ialah abah.

"Sekejap saja anak dara abah yang seorang ni dah besar lepastu tak lama lagi dah nak kahwin." Abah memulakan percakapan selepas berminit kesunyian melanda. Deyna hanya tersenyum walaupun hati berasa sebak dengan kata-kata abah.

"Qasha nanti dah kahwin dengar cakap suami. Jangan melawan, kalau ada salah faham bincang elok-elok. Kalau suami kamu tu angkat tangan atau sakiti anak abah ini secara fizikal ataupun mental bagitau abah. Nanti abah sendiri minta dia pulangkan anak abah dengan cara baik seperti mana dia ambil Qasha dari abah. Qasha taukan kenapa abah buat macam tu."tutur abah dengan lemah lembut.

Aku mengganguk dengan mata yang berkaca-kaca.

"Sebab abah jaga Qasha elok. Abah dengan ibu cuma pukul Qasha kalau yang itu memang salah Qasha. Qasha seorang yang degil." Air mata jatuh setitik. Walaupun tidak lama lagi nak berkahwin tetapi abah selalu ada.

Deyna sambung lagi. "Abah pukul Qasha masa Qasha degil saja tak dengar cakap ibu tapi sekarang abah belai Qasha macam Qasha seorang saja anak abah." Deyna ketawa kecil bila teringat dia kena kejar dengan ibu sebab rosakkan pokok bunganya. Deyna juga pernah sorokkan rotan abahnya yang tebal itu selepas sebab tak nak kena pukul. Abah tarik Deyna masuk dalan pelukkannya.

"Qasha anak perempuan abah seorang saja." Deyna tersenyum bahagia.

Tempoh 4 bulan telah habis dan harini status Deyna bakal bertukar menjadi isteri orang. Duduk sahaja diatas pelamin Deyna sudah berasa gugup.

"Sedia." abah mula bersuara.

"Aidil Haziq Bin Ahmad Hashim."

"Saya." jawab Haziq.

"Aku nikahkan dikau dengan anakku Deyna Uqasha binti Mohd Azahar dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Deyna Uqasha binti Mohd Azahar dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai."

"Sah"

"Sah. Sah"

Dengan sekali lafaz Deyna sah menjadi isteri kepada Aidil Haziq iaitu encik crush yang di minatinya.

Aidil Haziq menapak kearah Deyna selepas selesai sahaja sujud syukur.

Dia menyarungkan cincin di jari Deyna. Cincin itu adalah cincin mahkota yang Deyna pernah pergi beli dengannya masa berjumpa di mall. Dikatakan cincin untuk adiknya itu hanyalah alasan semata-mata.

Deyna menyalam tangan Aidil Haziq. Angkat sahaja kepala Aidil Haziq terus cium dahi Deyna..

"Terima kasih My Cik Terbantut." bisiknya perlahan.

"Sama-sama Encik Crush." Deyna tersenyum manis kearahnya.

Semoga pernikahan ini kekal sehingga jannah.

TBC...
Follow and Comment to unlock new chapter.

Comment la banyak2 dah nak habislahh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience