bab 1

Romance Series 4352

okay, firstly sesi pengenalan, dania haneesya, dia berumur 16 tahun dan hanya mempunyai ayah sahaja kerana ibunya telahpun meninggal dunia sewaktu dia berumur 8 tahun, dia seorang yang sangat pandai dan cantik, sebab tu dia digilai ramai termasuklah fendy dan Adam

okay,yang kedua, Rayyan affendy, dia berumur 16 tahun dan mempunyai keluarga yang lengkap,dia seorang yang terkenal di sekolahnya kerana wajahnya yang tampan .

dan yang terakhir sekali, Adam imran,dia merupakan kawan rapat kepada fendy, dia juga mempunyai wajah yang tampan, tak heranlah kalau setiap hari ramai je perempuan yang dok mengelilingi dia berjemaah.okay, kisah dia start..... NOW

akhirnya, tiba pun Dania ke dalam rumah yang serba mewah itu, dia tidak merasa janggal pun kerana dia sudah biasa dengan rumah mewah, tapi entah lah, dia suka berdikari. sesampainya dia di depan rumah mewah itu, dia disambut dengan sangat mesra oleh aunty dilla, tapi tidak dengan fendy kerana dia sudah tidur, maklumlah, sampai-sampai je dah tengah malam

"Assalamualaikum "kata dania yang kini menjejak kedalam rumah mewah itu

"waalaikumsalam, dania apa khabar? "sapa aunty dilla mesra

"Alhamdulillah baik"kata dania lagi

"ouh ye, baik pergi masuk tidur cepat sebab esok dania kene pergi sekolah"

"pergi sekolah? kena ke? "tanya dania terkejut, mana tak nya, baru saja dia masuk ke rumah tu dah kena pergi sekolah .

"daddy dania yang suruh "

"ouh, uncle Haziq mana? "

"uncle Haziq ade kat atas tu ha, tengah baring-baring, penat kerja katanya, dania ,jom aunty tunjuk bilik dania"kata aunty lalu menarik tangan dania ambil menaiki anak tangga

"ni bilik dania"tunjuk aunty dilla

"wow, terima kasih aunty, dania tidur dulu lah, esok kan nak sekolah"

"yelah, ouh ye, esok jumpa fendy tau"kata aunty lagi

"fendy? siapa tu? "

"ouh, fendy tu anak aunty, dia duk bilik sebelah ni je, dia sama jugak umur dengan kamu, jadi esok kamu suruh dia teman kamu mendaftar, yang lain-lain tu aunty dah siapkan"

"thanks aunty, jumpa esok"

"sweet dream"

keesokan harinya, aku pun bersiap-siap untuk ke sekolah dan turun breakfast, aku pelik jugak,macam kosong je meja makan tu, just ada aunty dilla sorang je

"aunty, mana uncle Haziq dan fendy? "tanya dania lalu duduk di salah satu kerusi berdekatan

" uncle Haziq dah lama pegi kerja, fendy pulak dah jalan pergi sekolah dah, ada latihan bola sepak katanya, dania, cepat sikit makan, takut lambat pulak nanti"kata aunty

"okay"kata dania lalu menghabiskan breakfastnya

-
- -

kini, sampaipun dania dihadapan sekolah, besar jugak sekolah ni, dengar cerita, sekolah ni memang khas untuk orang-orang kaya je, tapi kalau kaya tapi bodoh pun tak boleh jugak kan ?

sedang dia meronda-ronda, dia ternampak kelibat seorang lelaki yang sangat tampan sedang berjalan-jalan di sekitar sekolah, tiba-tiba, muncul seorang perempuan yang sedang memberikan surat kepada lelaki itu, tanpa membuang masa, dania pun memasang telinga dengan bersembunyi di celah-celah pokok

"surat untuk sape ni? "tanya lelaki itu

"untuk awak lah, saya dah lama sukakan awak, saya harap awak boleh terima saya"kata perempuan itu pula

"kau nak aku terima kau? jangan harap"kata lelaki itu lalu mengoyakkan surat yang berada di tangannya itu, perempuan itu pun menangis, tiba-tiba, dania terasa seperti bahunya di tepuk

"janganlah kacau"ujar dania lalu sambung mengintip

"tengok apa tu? "tanya seseorang yang kini berada di belakang dania, alangkah terkejutnya dania kerana orang itu adalah lelaki yang dingintipnya tadi!

"er, saya tengok pokok ni, ni ha, nak tengok daun dia, ni rasanya daun selari ni, cuba tengok"kata dania menukar topik

"kau ngintip kitorang ke? "tanya lelaki itu lagi

"lebih kurang macam tu lah, tapi kan, awak tak boleh lah patahkan semangat dia macam tu, dia pun ada perasaan"kata dania lagi

"apa pun yang aku buat, ada kena mengena ke dengan kau? "

"ada, saya perempuan jadi saya tau apa perasaan dia, jadi cepat minta maaf kat dia"

"kalau aku kata aku tak nak? "

"dah-dah lah tu, tak yah gaduh dah, saya okay"kata perempuan itu pula

"dengar tu? dia okay je kan? dah lah, buang masa"kata lelaki itu lalu pergi

"hai awak, awak sure ke okay tu? "tanya dania

"okay je, ouh ye, saya tak pernah nampak awak pun sebelum ni, awak murid baru ke? "

"ya, awak kenal tak fendy? "tanya dania lagi

"fendy? hahaha, awak ni, yang awak marah tadi tu lah fendy"kata perempuan itu sambil tergelak-gelak

"lah ye ke, btw, siapa nama awak? "

"nama saya myza, kelas 4 bijak"

"ouh, saya pun kelas 4 bijak jugak, nama saya dania haneesya, jumpa nanti kay sebab sekarang saya kena jumpa fendy"

"okay" kata myza

-
- -

"fendy! "panggil dania sambil tercungap-cungap, mana tak nya, jenuh dia mengejar

"kau nak apa perempuan? "tanya fendy serius

"kau anak aunty dilla kan? "

"ya, kenapa? "

"ha, jom teman aku"

"eh, eh, sedap kau je, aku nak balik kelas lah"

"aunty suruh kau teman aku daftar nama kat pejabat"

"lah, kau ke anak kawan daddy aku tu? ish! ye lah, jom" kata fendy, kamipun menuju ke pejabat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience