BAB 12

Romance Completed 67139

               “MASUK,” arah Aiden menyuruh Adara masuk ke dalam rumahnya apabila menyedari gadis itu berdiri di luar pintu rumahnya dari tadi. Adara mengeleng tanda tak mahu.

“Tak nak. Kita cakap dekat luar je tak boleh ke?”

Adara memberi alasan. Tak nak dia jejakkan kaki dalam rumah Aiden. Buatnya kena kurung macam mana? Tak pun lagi teruk kena tangkap basah macam dalam drama tu. Tak nak!

Aiden berdecit. Bebola matanya bergerak ke arah Irsyad. Menyuruh lelaki itu masuk terlebih dahulu. Irsyad segera masuk tanpa banyak tanya.

Pandangan Aiden kini pada Adara. Adara buat muka tak bersalah. Sedangkan dirinya sendiri yang cari masalah dahulu dengan menceroboh rumah Aiden pada mulanya.

“Get in or you never get out from my place, Adara. You're trespassing my property first remember?” Ugut Aiden dengan nada serius.

Adara menjeling geram. Main ugut pulak.

“Fine, aku masuk. Puas hati?” Adara terus melangkah laju ke dalam rumah tanpa menunggu balasan Aiden. Meninggalkan lelaki itu yang masih berada di luar.

Nak sangat dia masuk kan?

Adara meliarkan pandangan ke seluruh pelusuk rumah agam mewah itu. Mulutnya terlopong melihat sebuah chandelier yang sangat cantik tergantung di siling rumah tersebut.

Belum cukup dengan itu, hiasan dalaman rumah itu yang moden menggabungkan warna putih dan emas menampakkan ruangan tersebut seperti dalam istana. Adara mula leka dalam dunianya sendiri.

Mana taknya, selalu nampak dalam tv benda ni semua. Jadi bila dah nampak depan mata memang jakunlah jawabnya. Aiden hanya memerhatikan Adara dalam diam.

Tak lama kemudian, datang salah seorang pekerja lelaki Aiden menghidangkan minuman kepada mereka berdua. Kelihatan lelaki itu sedikit terkejut apabila melihat Adara yang menjadi tetamu Aiden.

Kerana Aiden tak pernah bawa mana-mana perempuan pulang ke rumah sebelum ini.

“Eh susah je buatkan air.” Tegur Adara kepada pekerja tersebut dengan ramah. Cawan yang dipegang oleh lelaki itu hampir terlepas apabila mendengar kata-kata Adara.

Dia tak berani menjawab. Apatah lagi apabila pandangan tajam seperti helang daripada Aiden tertancap ke arahnya sekarang. Wajahnya sudah pucat lesi.

“Eh okay tak ni?” Tanya Adara risau apabila melihat wajah lelaki itu yang pucat seperti baru nampak hantu. Dia tanya je kot. Muka dia nampak macam hantu ke?

“Leave.” Aiden mula bersuara. Sepantas kilat, lelaki itu pergi dari situ meninggalkan Adara dan Aiden bersendirian dengan segera. Tak mahu nyawanya diancam Aiden hanya kerana dianggap menganggu Adara.

Adara menghantar pemergian lelaki itu tadi dengan pandangan simpati. Apalah yang ditakutkan sangat pun dia tak tahu. Adara menoleh ke arah Aiden semula.

“Duduklah. Kau nak berdiri sepanjang kita bercakap ke?” Tegur Aiden, dia sudah mengambil tempat duduk bertentangan dengan Adara.

“Kalau berdiri pun apa salahnya?” Bidas Adara sengaja cari pasal. Kerusi ditarik sebelum dia melabuhkan punggung diatas kerusi tersebut. Sekali lagi wajah Aiden dipandang.

“So, nak cakap pasal apa? Pasal aku ceroboh rumah kau? Look, aku tak tahu okay--”

“ I don't care about that, woman. Aku just nak cakap pasal tunang kau, Iqbal Danial. Who else? Kau cari dia kan?” Aiden berterus terang. Tak mahu berbasa basi lagi. Kopi hitam pekat yang dihidangkan dihirup sedikit oleh Aiden.

“Macam mana kau tahu and why kau nak masuk campur pulak? That's none of your business. Mind your business please. Stalker!”
Adara mula naik geram. Apa kaitan Iqbal dengan keadaan dia sekarang ni?

“Please, I'm not your stalker Adara. Let say secret admirer. That's sound better. How I know? Aku ada cara aku sendiri. Kenapa aku nak tahu? That's the whole point here. I want to know because he works under me before Adara. Tunang kau kerja dengan aku.”

Jelas Aiden dengan tenang. Cuba menjelaskan segalanya kepada Adara.

“Hah? Tak, takkanlah. Iqbal bukan macam tu. Dia bukan macam kau, Aiden.” Adara menafikan. Masih tak percaya dengan kata-kata Aiden.

“Adara, remember when i said i want you the day before? Even you're engaged? Because Dani. Sebab kau tunang Dani.” Aiden kini menerangkan maksud kata-katanya dahulu.

“Siapa Dani?” Adara mengerutkan dahi, tak faham siapa yang cuba dimaksudkan oleh Aiden. Tetapi entah kenapa dia rasa dia pernah dengar nama Dani itu sebelum ini.

“Tunang kau. Kau kenal dia as Iqbal. But here he's known as Dani.” Aiden menyandarkan badan pada kerusi. Kakinya disilangkan. Pandangannya tetap pada Adara.

Adara terdiam. Dia sedang cuba memproses maklumat baru tersebut. Bahawa Dani dan Iqbal adalah orang yang sama. Walaupun bagi dirinya nama Dani itu kedengaran familiar pada dia. Dia mengambil keputusan untuk tidak mengendahkan saja.

“Jadi sebab tu ke Iqbal ada dekat sini tadi? Sebab dia kerja dekat sini untuk kau? Tapi kenapa dia lari?” Tanya Adara ingin tahu. Dia teringat pada kejadian dia terserempak secara tidak sengaja dengan Iqbal tadi.

“Apa maksud kau Iqbal ada dekat sini, Adara? Dia lari daripada kau?” Soalan Adara dibalas soalan. Kalau tadi Adara yang sedang keliru, kini giliran Aiden pula yang dilanda kekeliruan.

“Ya, Iqbal ada dekat sini. Kenapa kau tanya? Kau kata dia kerja dengan kau.” Adara mula curiga. Aiden pandang Irsyad mahukan penjelasan. Irsyad tak dapat memberikan apa-apa jawapan memandangkan tiada langsung laporan tentang keberadaan Iqbal di situ.

“Check everything, the cctv, security. Find him if he's still here. Report instantly if he's.” Irsyad mengangguk tanda faham sebelum berlalu pergi. Adara hanya menjadi pemerhati. Aiden mengalihkan perhatiannya kepada Adara semula.

“Iqbal memang kerja dengan aku sebelum ni. But not anymore. Dia dah berhenti sebab kau.”

“Aku? Tapi kenapa?” Adara semakin tertanya-tanya. Dia sendiri tidak tahu tentang Iqbal berhenti kerja kerana dia. Aiden memandang pelik ke arah Adara.

“Dia tak bagitahu kau?” Soal Aiden tak percaya. Hairan bagaimana gadis itu nampak seperti langsung tak tahu apa-apa tentang Iqbal. Sama ada berlakon tak tahu ataupun Adara memang betul-betul tak tahu.

Adara geleng kepala sebagai balasan. Aiden cuba membaca gerak tubuh Adara. Cuba memeriksa sama ada gadis itu menipu atau tidak. Tetapi langsung tiada tanda-tanda Adara cuba menipu. Dia berkata benar.

“So, he leave you without any explanation? Just like that? ”  Soal Aiden tak percaya itu yang berlaku kepada Adara. Adara menelan air liur yang terasa kesat. Lambat-lambat dia mengangguk mengiyakan.

Kerana itulah yang berlaku beberapa hari yang lepas, dia ditinggalkan oleh Iqbal begitu saja tanpa apa-apa penjelasan. Adara menundukkan wajah.

Melihat balasan Adara, Aiden tak dapat menahan diri daripada mengetap rahang. Matanya dipejamkan cuba menenangkan diri. Tangannya yang berada pada paha kirinya digenggam kuat.

“Idiot.” Kutuk Aiden yang ditujukan kepada Iqbal sekarang. Tak sangka lelaki itu bertindak sebegitu sekali. Sebodoh itu Iqbal bertindak hanya kerana perkara yang dipanggil cinta?
Betullah apa orang kata.

Love makes you act like an idiot.

And the idiot is Iqbal Danial. An Idiot of the year for sure.

“And kau still sayang dia?”

Aiden mencari anak mata Adara. Tertanya dengan jawapan daripada gadis dihadapannya sekarang.

Adara tersentak. Tak menduga soalan itu datang daripada Aiden pada ketika itu juga. Dia tak dapat memberi jawapan.

Soalan bodoh apa yang Aiden tanya sekarang ni?

Sudah terang lagi jelas yang dia masih cintakan Iqbal.

Belum sempat Adara memberikan jawapan, Irsyad datang bersama sebuah Ipad di tangan. Riak wajahnya serius seolah ada perkara yang sangat penting mahu disampaikan kepada Aiden.

“Tuan, pasal Dani.” Lapor Irsyad seraya menghulurkan Ipad kepada Aiden. Ipad tersebut bertukar tangan. Satu klip video daripada cctv dimainkan pada skrin Ipad itu. Memaparkan kelibat Iqbal dan Adara yang berada di pekarangan rumah Aiden beberapa minit yang lepas.

“Apa yang Cik Adara cakap memang betul, Tuan. Dani memang ada dekat sini sebelum Tuan terjumpa Cik Adara. Cuma security tak tahu macam mana Dani boleh masuk.”

Irsyad melaporkan tanpa meninggalkan sebarang maklumat sekali pun. Aiden masih khusyuk meneliti klip video tersebut.

“Kau dah check semua tempat? Termasuk laluan rahsia tu?” Soal Aiden tanpa mengalihkan pandangannya dari Ipad di tangan. Adara pandang Irsyad. Ingin tahu tentang laluan rahsia yang dikatakan oleh Aiden.

“Tapi Tuan, kawasan tu tak ada cctv-”

“Siapa kata tak ada?”

Cantas Aiden memotong kata-kata Irsyad. Dia menunjukkan satu lagi klip video lain yang didapati daripada cctv yang dipasang oleh Aiden sendiri di kawasan laluan rahsia tersebut. Irsyad terdiam seribu bahasa. Tubuhnya ditundukkan.

“Maafkan saya, Tuan.”

Aiden mengarah Irsyad untuk kembali berdiri tegak semula. Tahu itu bukan salah bodyguard peribadinya kerana dia sengaja merahsiakan kewujudan cctv tersebut daripada pengetahuan sesiapa.

Adara yang hanya menjadi pemerhati sedari tadi mula teringat sesuatu. Nama Dani yang biasa didengari itu membuatkan dia teringat akan mesej yang didapatinya semalam.

Mesej yang mengandungi alamat rumah Aiden yang membawa dirinya ke sini. Adara segera mengeluarkan telefon pintar yang diberikan oleh Aris sebelum ini.

“Aiden, ada benda yang aku nak tunjuk dekat kau.” Ucap Adara seraya menunjukkan mesej tersebut kepada Aiden.

Sebaik saja Aiden membaca mesej tersebut, dia sudah tahu mengapa Iqbal berada di rumahnya. Iqbal merancang untuk bertemu Aris di situ tetapi Iqbal tak tahu bahwa Aris ditangkap beberapa hari yang lepas oleh Aiden.

“Macam mana kau yang boleh dapat mesej ni?” Tanya Aiden ingin tahu. Pelik apabila Iqbal menghantar mesej itu kepada Adara.

“Sebenarnya Aris bagi phone tu dekat aku sebelum kau tangkap dia. Mesej tu sepatutnya untuk Aris bukan aku.” cerita Adara menerangkan. Aiden mula faham. Cuma ada sesuatu yang menganggu dia.

“So, that's why you're here at my house? Sebab ada orang tak kenal bagi kau alamat, kau pilih untuk pergi alamat tu even kau tak tahu tempat tu selamat ke tak for a woman like you? You're lucky enough you get into my house not a rapist or killer, Adara. Kau tak takut ke betapa bahayanya semua tu?”

Tegas saja nada yang digunakan oleh Aiden sekarang membuatkan Adara mula serba salah. Kerana dia tahu apa yang dikatakan oleh Aiden adalah benar.

Dan kalau perkara itu benar-benar terjadi pada dia, dia tahu dia hanya boleh salahkan dirinya sendiri saja.

“Aku tahu, aku tahu. Aku cuma nak cari Iqbal. Aku nakkan penjelasan tentang semua ni daripada mulut dia sendiri bukan daripada kau, Aiden. Aku... nak Iqbal. Itu je yang aku mintak.”

Luah Adara jujur, dia melepaskan keluhan berat. Cincin pertunangannya yang masih tersarung di tangan dipandang.

Aiden diam tak memberi respons apa-apa. Dia tak faham apa yang dilalui oleh Adara sekarang tetapi dia lebih dari faham bahwa Adara perlukan ruang untuk bertenang.

Selepas lebih kurang 15 minit berlalu, Aiden masih tak mengatakan apa-apa. Lelaki itu sedari tadi hanya memerhatikan Adara. Adara yang menyedari pandangan Aiden mula rasa gelisah.

“Kau kenapa tengok aku macam tu? I don't need your sympathy, Aiden.” Adara cuba kelihatan kuat. Aiden mengelengkan kepala menafikan.

“I know you don't need a sympathy from me, Adara. But you don't deserve all the hurt. You're hurt. I can tell. And I can see you're strong enough to go through the pain.”

Adara diam. Tersentuh dengan kata-kata Aiden sebenarnya. Entah kenapa dirinya terasa bangga kerana tak dipandang rendah oleh Aiden. Walaupun sebenarnya lelaki itu langsung tak bermakna apa-apa dalam hidupnya.

“Thanks? Sorry but can i leave now?” Adara berpura-pura seolah kata-kata Aiden langsung tak memberikan kesan kepada dirinya. Dia nak keluar dari rumah ni sekarang. Baru tadi dia rasa bangga sebab dipuji Aiden.

Bayangkan kalau lebih lama dia dekat situ entah perasaan apa pula yang timbul kerana Aiden.

“So soon? Come on. Let's have a deal.” Halang Aiden, dia menahan Adara daripada pulang dahulu sebelum membincangkan satu lagi perkara penting dengannya.

“Deal?” Tanya Adara pelik. Dia kembali duduk mahu mendengar perjanjian yang dikatakan oleh Aiden.

“Irsyad, bring the documents.” Arah Aiden sekilas kepada Irsyad. Irsyad kembali bersama sebuah dokumen di tangan. Aiden tersenyum penuh makna.

“Kau nak Iqbal kan?” Tanya Aiden bersama dokumen itu di tangannya. Adara memandang Aiden dengan pelik.

“Kalau ya pun kenapa?”Adara cuba membaca apa yang berada di kepala Aiden. Tetapi tak berjaya. Lelaki itu terlalu licik.

“Then it's good. Because we want the same thing here, Adara. Kau nak Iqbal? So do I. Then let's have a deal.” 

“What deal exactly?”

“Good questions. Here, take a look dear.”

Aiden menolak dokumen tadi pada Adara. Bibirnya masih mengukir senyuman yang sama. Sukar ditafsirkan.

Adara melihat dokumen dihadapannya. Dokumen dan wajah Aiden kini dipandang silih berganti. Perlahan-perlahan, helaian pertama itu dibuka. Adara tersentak. Dia kembali menutup semula dokumen itu tanpa membaca keseluruhan muka surat.

“Contract? Untuk apa?”

Aiden pantas membuka dokumen itu semula. Lalu, ditunjukkan pada Adara. Wajahnya kelihatan teruja. Sementara, wajah Adara mengatakan sebaliknya.

“A contract marriage for exact, mí lady.”

“What?!”

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

                 “NO, big no!” Bantah Adara sekeras-kerasnya. Dokumen tadi ditutup semula lalu ditolak semula pada Aiden dengan kasar. Dia kini berdiri sambil bercekak pinggang. Betul-betul tak berpuas hati dengan perjanjian ditawarkan oleh Aiden.

“No? Fine, say no to Aris too. Because I'll not let  go of him until you say yes, Adara. I never take no as an answer. It just a yes or yes questions.”

Aiden masih tenang berada di kerusinya. Matanya memandang tepat pada Adara. Mencabar gadis itu untuk terus melawan dirinya. Sedangkan pada akhirnya dia tahu bahwa dirinya yang bakal menang.

“Oh sekarang nak ugut aku dengan Aris? Try better, Aiden. Jawapan aku tetap sama. Hell no.” Adara tersenyum mengejek. Sengaja memprovok Aiden.

Malangnya Aiden langsung tak termakan dengan provok Adara. Dia lebih suka melihat Adara cuba memprovok dia. Ada sesuatu tentang Adara membuatkan Aiden semakin tertarik pada gadis itu.

“A girl like you doesn't curse. So don't. And your answer is still no? Fine, I'll take that, only from you. Good luck searching for Iqbal. Don't worry about Aris okay? I will take a very good care of him. Till we meet again, Adara.” 

Aiden mengalah serta-merta menamatkan perbualan. Dokumen tadi diambil semula lalu diberikan kepada Irsyad. Dia bangun meninggalkan Adara yang masih di tempat yang sama.

Adara terkelu. Tak sangka semudah itu Aiden mengalah. Saat Aiden mula membuka langkah pergi, Adara meraup muka. Dia tahu dia tak dapat cari Iqbal tanpa bantuan Aiden.

“Wait!”

Aiden memberhentikan langkah. Bibirnya tersenyum senget. Sudah mengagak perkara ini akan berlaku. Dia menoleh ke arah Adara semula.

“Yes?”

“Still no. Cuma aku nak kau jelaskan all about the contract marriage things tu.”

Adara berpeluk tubuh. Wajahnya masam mencuka tanda tak puas hati apabila dia kelihatan seperti seseorang yang sangat terdesak. Walaupun realitinya dia memang terdesak pada ketika ini.

Aiden kembali mengambil tempat duduknya semula. Jelingan Adara terhadapnya langsung tak dipedulikan. Sekali pandang dah tahu Adara memang betul-betul tak puas hati dengan dirinya sekarang.

And he loves all the attention.

“ It's simple, Adara. Sama macam business. Kau tolong aku untuk kepentingan kau, aku tolong kau untuk kepentingan aku. We help each other like a business partner.

We don't have to be like a real couples. Kita cuma suami isteri atas kertas. That's why it called contract marriage for a reason.”

Terang Aiden panjang lebar. Menjelaskan kepada Adara bahwa perjanjian yang ditawarkan olehnya sangat mudah.

“ Tapi tak ada cara lain ke? Dalam banyak-banyak cara ini yang kau pilih? Aku harapkan yang terbaik. Tak sangka pulak boleh seteruk ni. Contract marriage? Really? What a bad idea to trust you at first.”

Adara mengeleng kepala tanda tak percaya dengan idea tak masuk akal tersebut. Tak lama selepas itu, kedengaran tawa halus Aiden memenuhi ruangan tersebut. Adara melemparkan pandangan pelik kepada lelaki tu.

Apa pulak yang lawak?

“Now i see how you get hurt. You trust people easily, Adara. Especially people like me. If you don't want to get hurt, trust no one. Untuk kebaikan kau jugak.”

Adara diam. Dia baru menyedari perkara itu. Aiden kembali menyambung kata-katanya semula.

“Kau nak cara lain? There are many but not bad like this. Kau tak suka? Well, too bad. I love bad idea. They are the best, trust me. And it's a win win situation, okay? I need Iqbal and you want him. You want Iqbal then you need me to find him. Easy. We need each other, Adara.”

“Tapi kenapa kau nak Iqbal? And kenapa kau pilih aku yang tak tahu apa-apa tentang siapa Iqbal sebenarnya?” Tanya Adara ingin tahu.

“Iqbal orang kuat aku. So he knows everything about all my business. Everything. And if he choose to betray me with all of the information, you know what will happen. And, kenapa aku pilih kau? Sebab Iqbal sayang kau. Bila dia tahu kau ada dengan aku, of course he will come to me. And that's exactly what I want.”

Kini, barulah Adara faham. Semuanya masuk akal sekarang. Dokumen dihadapannya dipandang lama. Masih teragak-agak sebenarnya. Lagipun dia tak boleh buat kesilapan yang sama dengan percayakan orang terlalu cepat.

“Tapi--”

“Listen, You're not even my type, Miss Adara. Take it or leave it, your choice.”

Aiden segera memotong kata-kata Adara yang cuba beralasan sejak dari tadi. Sampai bila pun takkan habis dengan 'tapi' yang keluar dari mulut Adara.

“Oh ya? Aku memang tak ada pilihan lain kan selain jadi isteri kau, idiot.”

Marah Adara geram apabila kata-katanya dipotong oleh Aiden. Cuba bagi dia habiskan bercakap dulu. Ingat dia nak sangat ke jadi isteri Aiden?

Not my type konon. Pigidah.

“It's not my fault, when fate want us to be together, woman.”

Selamba sahaja nada Aiden membuatkan Adara menahan diri daripada menampar wajah sempurna milik jejaka itu. Daripada elok muka tu ada yang lebam sebelah kang.

“Aku bagi kau seminggu untuk fikirkan tentang ni. Terpulanglah dekat kau nak fikir apa. But make sure the answer is yes. So, deal?”

Adara menjulingkan mata. Tahu tiada pilihan lain. Keluhan berat dilepaskan. Mungkin pilihan ini yang akan buat dia menyesal seumur hidup tapi...

Who knows right?

“Deal.”

Last update ! :'( Because author ada final exam this sem From 11/1 till 27/1 Hope you guys faham, Wish me luck okay? Love youuu<333

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience