BERKETAR-KETAR badan yang dipenuhi dengan darah itu menggendong tubuh Nabihah. Tiba saja di hadapan pintu masuk hospital, Eirfan menjerit-jerit memanggil doktor dan jururawat. Wajahnya penuh kegusaran. Darah pula bertompok ke sana sini.
Mikael yang mengejar dari belakang juga kalut melihat kejadian yang barusan terjadi di hadapan matanya. Dia melihat beberapa jururawat meluru ke arah Eirfan dan Nabihah. Segalanya seakan bagai mimpi. Terlalu mudah dan begitu saja ianya berlaku.
"Eirfan!" Mikael menjerit ke arah Eirfan yang jatuh tersungkur di atas lantai. Manusia yang lalu lalang turut memberi perhatian kepada Eirfan yang tiba-tiba pengsan di tengah-tengah laluan itu.
"AYISH takkan apa-apa. Akak jangan risau ye? Kita sama-sama doakan dia baik-baik saja" ujar Eirfan menenangkan hati Nabihah yang dari tadi kegusaran. Setelah mendapat panggilan telefon daripada pihak sekolah mengenai keadaan Ayish yang dikhabarkan terjatuh dari tangga, Nabihah segera menyusul dengan riak yang kurang menyenangkan.
Buntu dengan berita Natrah yang tak kunjung tiba, ditambah pula dengan keadaan yang menimpa Ayish, hati Natrah benar-benar sedih. Dari dalam kereta, dia sudah menelefon Azrul dan mengkhabarkan berita tersebut. Azrul juga turut menyusul ke sekolah Ayish.
Kereta Mikael parking di bahu jalan, bertentangan dengan sekolah Ayish. Tak sabar untuk mengetahui keadaan Ayish, Nabihah meluru keluar diikuti oleh Eirfan. Laju saja langkah Nabihah menyeberangi jalan.
Dengan fikiran yang terganggu, Nabihah tak sedar ada sebuah kereta Perodua Myvi dipandu dengan laju dan tanpa sempat menekan brek, kereta itu melanggar Nabihah yang juga turut tak sempat mengelak.
"Kak Bihah!!" jerit Eirfan dalam keadaan terkejut apabila melihat tubuh Nabihah sudah dilambung ke udara.
MATA yang terkatup rapat dicelik tanpa dipinta. Pandangan matanya dijamu dengan siling putih yang kosong dan kipas siling yang berputar. Dia mengatur nafas untuk dihela sebelum pandangannya berkalih ke sebelah.
Eirfan lihat Mikael terlelap di atas kerusi. Tubuhnya cuba untuk digerakkan perlahan-lahan. Bantal didirikan, tubuh disandar ke situ. Dia mencapai telefon bimbitnya di atas meja sebelah katil. Nombor Natrah didail pantas.
"Maaf, nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi..."
"Arghhh!!" Keluhan Eirfan termuntah jua saat suara operator menyambut panggilannya. Kesal hatinya dengan apa yang barusan berlaku. Mana Ara? Bimbang tak berkesudahan dia dengan keadaan gadis itu yang menyepi sejak semalam.
"Ehhh, bangun dah kau" Mikael mengelat. Dia menggosok-gosok matanya lalu duduk mengurus badan yang terasa sengal.
"Sorry kalau aku kejutkan kau" ucap Eirfan.
"Its okay. Kau nak apa-apa ke? Air?"
"Nope!"
"Tak dapat call Natrah lagi?" tanya Mikael saat matanya terpandang telefon bimbit Eirfan di atas katil. Dia yakin, Eirfan ada menghubungi Natrah tadi.
"Entah manalah dia pergi El! Aku risau. Aku nak maklumkan dia keadaan kak Bihah dan Ayish. Ehh, Kak Bihah..." Eirfan baru teringat akan Nabihah dan Ayish.
"Dia masuk ICU. Masih takde khabar dari doktor lagi. In Shaa Allah dia tak apa-apa. Bakal suami dia pun ada kat sana dah" kata Mikael, menceritakan duduk perkara sebenar kepada Eirfan termasuk kedatangan Azrul yang setia menunggu Nabihah di luar bilik ICU.
Eirfan mengangguk kepala tanda faham. Syukurlah, kehadiran Azrul mampu membuat dia sedikit tenang. Sekurang-kurangnya, Azrul ada di sisi buat Nabihah.
"Ayish?"
"He is fine. Dia jatuh tangga je. Tak tinggi pun. Biasalah, budak-budak kan? Berlari, bermain, pastu terjatuh. It's a process of living. Kau tak payah risau sangatlah. Dia kat rumah Puan Ramona. Mak kepada Azrul kan? Bakal suami Nabihah tu? Dia tak nak Ayish trauma atau menangis tengok umi dia masuk wad" terang Mikael lagi.
Dan penerangan itu mampu membawa ketenangan di dalam hati Eirfan. Pun begitu, dia masih khuatirkan keadaan Natrah nun jauh di sana. Lagipun, Natrah tak dikhabarkan mengenai Nabihah. Itu yang buat dia tak senang duduk sebenarnya!
"And one more thing.." Mikael berjeda. Memikirkan ayat yang sesuai untuk diungkapkan kepada Eirfan.
"Aku tak tahu nak bagitau kau macam mana pasal benda ni.."
Spontan, Eirfan menoleh. Dahinya mengerut. Seribu pertanyaan mula bergentayangan di dalam benaknya.
"Natrah is not in Sarawak. And the place that she stayed in, she's not even there!"
"What?!" Eirfan terpempan dengan berita yang disampaikan oleh Mikael. Masakan Natrah menipu selama ini. Atau semuanya ulah Ehsan? Ya Allah, berilah hambaMu ini petunjuk.
"Eirfan!" Pintu bilik terkuak luas. Muncul Azrul dengan wajah cemas.
"Nabihah dalam kritikal. Dia kehilangan banyak darah. Dia perlukan penderma. Kita perlukan Natrah untuk derma darah pada Nabihah"
Eirfan dan Mikael masing-masing mengeluh. Masalah semakin mendesak. Masa pula semakin berputar. Arghh, apa yang harus dilakukan?!
"BOLEH tak bos kembalikan at least phone saya? Saya perlu tahu keadaan keluarga saya macam mana. Dah semalaman saya tak update dorang apa-apa"
Natrah seakan merayu. Malam itu, dia terpaksa menemani Ehsan makan malam di hotel dengan berpakaian cantik bagai! Awal-awal lagi Ehsan sudah memberi amaran untuk tidak menolak. Jika tidak, dia tidak akan mendapat barangnya kembali. Arghh! Dalam keterpaksaan, dia harus merelakan.
Jadi, dia terpaksalah juga bersiap bak tuan puteri. Ehsan menghadiahkan dia sepasang gaun putih paras lutut. Dipadan pulak dengan heels off white yang setinggi..entahlah, dia juga tak tahu tinggi mana heels itu! Namun tetap juga dia tak mampu nak menyamai ketinggian Ehsan. Bersolek pula bagai nak rak. Kalau bukan kerana semua itu pemberian Ehsan, mana mungkin dia mahu menuruti. Terpaksa. Have to! Nehi...
Rasa nak menangis, namun apakan daya. Dia buat semua itu kerana inginkan barangnya kembali. Eihhh!! Si Ehsan memang mengada-ngada. Dan silap dia juga kerana terlalu cuai. Hu hu hu...
"Awak nak update kekasih awak kan? Not to your family! I can tell that" Sinis wajah Ehsan dengan senyumannya itu. Steak di dalam pinggan dijamah perlahan-lahan.
Mengerut dahi Natrah dengan sikap sinis Ehsan itu. Kalau betul pun, apa kena mengena dengan dia? Penyibuk tak tentu pasal! Macamlah dia dibayar gaji untuk tahu setiap yang dilakukannya!! Bencilahh!!
"Am I right? Diam tandanya iya" sambung Ehsan lagi. Senyuman sinis masih saja berlegar pada wajahnya itu. Dia sudah memasang strategi. Dia bukannya bodoh untuk membiarkan semuanya kacau-bilau. Jadi dia sudah terlebih dahulu mengarahkan pekerja hotel yang bertugas di lobi untuk tidak memberitahu apa-apa kepada mana-mana orang yang cuba mencari dia atau Natrah. Lebih tepat lagi, menipu kewujudan mereka di hotel itu.
"Kalau betul pun, takde kena-mengena dengan bos!" tempelak Natrah, spontan dan sepantas kilat. Dengan Ehsan, dia tak nak berteka-teki. Cukup untuk lelaki itu tahu apa ada dalam hati dan fikirannya. Yang selebihnya, pandai-pandailah lelaki itu fikir!
Jawapan Natrah mengundang kecewa dalam hati Ehsan. Riak wajahnya berubah. Serta-merta garfu dan sudu terlepas dari tangannya. Wajah yang sinis berubah serius.
Tampang comel Natrah ditatap lagi. Dia sudah tidak mampu untuk terus berbohong dan menyembunyikan perasaannya lagi. Iya, dia memang sukakan Natrah. Dan dia mahu lebih dari gadis itu.
Ehsan menghela nafas dalam-dalam. Tubuhnya ditegakkan. Setelah yakin dengan perasaan sendiri, dia kembali memandang Natrah.
"Nur Natrah, I'm in love with you"
French fries yang hampir masuk ke dalam mulut tiba-tiba terluak kembali. Natrah toleh kiri kanan. Aku dengan dia je ke kat sini?
"I've booked this place special for us. Takde siapa pun kat sini. Awak cari siapa?"
Natrah membatukan diri. Betul ke apa yang aku baru dengar? Ke dia kena prank? Macam tak percaya saja lelaki yang memiliki segala-galanya itu nak jatuh cinta pada dia! Atau dia hanya alat untuk dipermainkan?
"Hello! I'm here.." Ehsan mengawan-awankan tangannya ke udara.
"Errr bos. Saya dah kenyang. Boleh tak saya balik ke bilik saya? Saya dah mengantuk"
Ehsan tayang wajah sinis. Nampak sangat nak mengelak!
"Awak tak dengar ke apa saya cakap tadi?"
Aishhh!! Dia nilah! Malas nak layan jiwa sentimental dia ni!!
"Natrah!"
Jantung Natrah bagai nak gugur tatkala Ehsan menjerit ke arahnya. Dia tiba-tiba dihantui rasa penuh ketakutan. Dia perlukan Eirfan. Arghh!! Rasa nak terbang balik terus ke KL!
"Awak tak payah nak berpura-pura dengan saya. Saya tahu, awak tengah hangat bercinta dengan Eirfan. Abang tiri saya tu. But I don't care at all! Dia tak layak memiliki awak. Awak cantik, comel. And you deserve someone like me..."
"Someone like you? Like what?" cantas Natrah dengan keningnya terangkat sebelah. Sinikal!
"Orang kaya macam saya. I can get you anything that you want. Say it. I'll give you right away" Penuh bongkak Ehsan memberi janji.
Senyuman sinis terlakar pada wajah Natrah. Angkuh betul!
"Okey. Hmm... " Natrah berjeda. Memikir cara untuk menghentikan semua yang sedang berlaku.
"Saya boleh dapat apa je yang saya nak? Secepat itu?" duga Natrah.
"Iye" sahut Ehsan, pantas.
"Tu.." Natrah tunding jari ke atas. Merujuk ke arah bintang-bintang yang bersinar cantik.
"Hati saya kat atas tu, di antara celah-celah bintang tu. Kalau bos dapat ambik salah satu bintang tu, saya menyerah pada bos" Natrah seakan mencabar.
Sekaligus menjadikan Ehsan kelu lidah dan kehilangan idea untuk menjawab. Dalam diam, dia tahu gadis itu bijak untuk mengelak. Namun dia bukanlah jenis orang yang mudah berputus asa.
"Tak semua yang kita nak, kita akan dapat. Macam tadi. Bos tak dapat kan nak ambik bintang kat langit tu? Tak semua yang kita harapkan akan menjadi. Samalah macam perasaan saya. Tak semudahnya saya nak serahkan hati saya pada bos sedangkan hati saya ada pada Eirfan.."
"Tapi saya tak rasa yang Eirfan pun boleh ambikkan bintang tu untuk awak. Imposibble!" celah Ehsan ,tak mahu mengaku kalah.
Natrah tertawa kecil. "Memanglah sebab Eirfan tu sendiri bintang hati saya. Jadi dia tak perlu nak petik atau ambikkan bintang tu untuk saya"
Wajah Ehsan membahang. Malu satu hal. Rasa tercalar ego juga satu hal. Tak mudah rupanya melentur hati seorang Natrah. Dia terlalu ambik ringan akan keupayaan gadis itu.
"Tapi dia anak perampas! Ibu dia kawen dengan daddy saya. Dan mummy saya merana tahu tak?" Ehsan masih tak mahu menundukkan egonya.
"Semua yang berlaku atas kehendak Ilahi. Dan apa yang dah berlaku antara mummy, daddy bos dan ibu Eirfan, semua tu berlaku sebelum kita lahir lagi. Jadi kenapa kita nak babitkan diri dalam hal ni? Bos sebenarnya seksa hati bos sendiri sebab sibuk nak ikut campur tangan dalam hal dorang. Kalau dorang bermusuhan sekalipun, kenapa bos nak bencikan Eirfan? Lagipun, arwah ibu Eirfan kawen dengan Datuk Elias atas permintaan arwah nenek bos sendiri sebab mummy bos masa tu tak boleh mengandung. Jadi takde istilah perampas atau penghancur kebahagiaan! Jangan nak jadi budak-budaklah bos!"
Ehsan tersentak dengan hujah-hujah Natrah sebentar tadi. Lancangnya kenyataan yang terkeluar dari mulut gadis itu. Walaupun remeh, namun cukup terkesan di hatinya.
"Don't call me childish!"
"Okey fine! Sorry. Rasanya, cukuplah perbualan kita malam ni. Saya nak balik bilik. Thanks for the dinner treat. Saya akan kembalikan apa yang saya pakai ni ke bos esok pagi. Goodnight"
Natrah sudah pamit meninggalkan Ehsan keseorangan di situ. Menyedari langkah Natrah semakin jauh, Ehsan pantas mengejar.
"WE'RE not done yet!" Ehsan menarik lengan Natrah. Dia ingin menjelaskan segala-galanya kepada gadis itu agar Natrah bisa memahami dan memberikannya peluang.
"Bos..." Suara Natrah mengendur sambil memberi isyarat mata ke arah lengannya.
"Sorry" ucap Ehsan lantas melepaskan lengan Natrah.
"I know that I'm too much. So sorry about that. Tapi please, bagi saya peluang. Saya nak bersaing dengan Eirfan secara sihat. Dan kalau awak dah buat keputusan untuk memilih sesiapa di antara kami, saya janji saya akan stop"
"Seriously??" Natrah menyilang tangan ke dada sambil memandang wajah Ehsan. Dia masih tak percaya dengan apa yang didengarinya. Ke dia pekak? Atau Ehsan yang ada masalah pendengaran?
"Saya takkan pilih bos. It's too clear that I've chosen Eirfan and you wanted a chance??" Natrah seakan nak tergelak mengulangi ayat tersebut.
"Jangan yakin sangat Natrah. Awak tak tahu siapa saya dan kemampuan saya. Awak tak beri peluang untuk mengenali diri saya lebih dekat. Dan awak terus beri peluang kepada Eirfan. It's really unfair!"
"Fair ke ,unfair ke, fair and lovely ke, saya tetap dengan keputusan saya! Bos tak boleh nak paksa saya. Please.. jangan rumitkan perkara ni lagi. Saya tak suka"
"Sebab tu awak kena bagi peluang pada saya. Jangan ingat saya nak mengalah macam tu je Natrah. I have more than you ever know"
Natrah mengeluh panjang. Macam mana dia nak fahamkan Ehsan? Dia tak suka Ehsan dan tak akan suka dengan Ehsan! Atau Ehsan nak dia tulis dalam satu buku, ayat yang sama, berulang-ulang kali baru Ehsan akan faham?
"Saya tak tahu macam mana nak fahamkan bos! Huh!!" Natrah berlalu meninggalkan Ehsan.
"So make me understand!" Langkah Natrah disaingi.
"Nak faham macam mana?"
"Give me a chance"
Natrah menghentikan langkah kakinya. Lantas, memandang tepat ke wajah serius Ehsan yang turut sama memandangnya.
"Encik Ehsan. Please, hear me out! Saya jatuh cinta dengan Eirfan dan benda tu takkan berubah. Dan kalau saya bagi peluang pun pada bos, saya tetap akan pilih Eirfan tak kira apa yang jadi. So bos nak maruah bos tercalar?"
"I don't care!" bentak Ehsan dengan wajah bengisnya. "If I said that I like, it means yes. Saya akan pastikan saya berjaya menakhluki awak. Setakat Eirfan, seribu Eirfan pun saya mampu tumbangkan. Do not underestimate me, Natrah"
Ehsan berlalu dengan wajah bengisnya. Dia tidak kira, Natrah suka dia atau tak, dia tetap akan mencuba. Lantaklah dengan seribu sejuta Eirfan sekalipun! Dalam hidup dia ,takde siapa yang boleh menolaknya termasuklah Natrah!
Share this novel