27

Romance Completed 95763

(MN Bodyguard Academy - 2 Petang)

Petang itu Ikram Benjamin dan Meena Nelson sedang mengadakan perbincangan diruang kerjanya. Anggun Dahlia pula hanya menjadi pemerhati sejak tadi. Entah apa yang dibincangkan. Malas dia mahu dengar. Dia ralit dengan tablet ditangan. Sesekali dia menguap. Lamanya mahu menunggu mereka habis berbincang. Matanya pula sudah kuyu. Dia menggosok perlahan kelopak matanya. Dia memandang ke arah Ikram Benjamin yang duduk disebelahnya. Tetapi yang menyambut pandangannya adalah Meena Nelson. Perempuan itu melemparkan senyuman. Anggun Dahlia membalasnya dengan cebikan. Menyibuk saja mahu senyum dengannya!

Kepalanya dilentokkan ke lengan Ikram Benjamin. Tablet masih lagi dalam pegangannya. Semakin lama semakin berat matanya. Dia mahu tidur. Pandangannya semakin kabur. Tidak lama kemudian, dia hanyut dalam lena petang.

"Aku rasa tentang rekrut budak-budak baru tak perlu ambil dalam masa yang terdekat. Lagipun kita ada kuota. Tenaga pengajar pun bukannya ramai. Lagi satu, kalau budak-budak semakin ramai, masa bilanya akademi kau nak cuti, kak? Kau kena fikir juga staf kau yang lain. Diorang ada keluarga. Lainlah kau..." Ikram Benjamin tidak menghabiskan ayat itu. Sebaliknya dia tersengih.

"Aku apa? Kau tak perlu sibuk hal aku. Tahulah aku nak uruskan sendiri. Yang penting sekarang, uruskan isteri kau dulu." Muncungnya diarah pada Anggun Dahlia yang sedang terlena.

Ikram Benjamin turut memandang Anggun Dahlia. Bibirnya tersenyum simpul. Dia mengusap lembut kepalanya. Kemudian, turun satu ciuman diatas ubun-ubunnya.

"Ehem...kalau ya pun nak cium bagai, jangan buat depan aku." Meena Nelson menarik sengih sinis. Kemudian, dia mengangkat punggung meninggalkan mereka berdua. Sebelum melangkah keluar dari ruang kerjanya, dia sempat berpaling.

"Sebelum balik makan dulu dekat sini." Arahnya sambil berlalu keluar.

Ikram Benjamin memandang Anggun Dahlia yang sudah terlentok dilengannya. Mahu dikejut kasihan pula. Matanya meliar mencari tempat yang sesuai untuk dibaringkan Anggun Dahlia. Dihujung sudut ada sebuah sofa panjang berbentuk L. Perlahan-lahan tubuh itu dicempung menuju ke sofa. Anggun Dahlia dibaringkan. Kemudian, dia melutut disisinya.

Dia merenung raut polos Anggun Dahlia ketika tidur. Tenang. Cantik. Tetapi lain benar jika perempuan itu marah mahupun cemburu. Hilang terus riak polos dan lembutnya. Ikram Benjamin tersengih. Pipi lembut itu diusap sayang. Perlahan-lahan dia menundukkan mukanya dengan Anggun Dahlia. Puncak hidungnya dilarikan pada segenap kulit pipi itu. Wangi. Ciumannya dilabuhkan disitu. Kemudian, matanya turun pada bibir Anggun Dahlia. Nafasnya tidak teratur. Dia menggigit bibirnya menahan rasa. Ah, peduli apa! Anggun Dahlia isterinya. Jadi, suka hati dia. Bibirnya didekatkan dengan bibir perempuan itu. Hampir dan mahu mengena. Tetapi....

"Opss! Alamak! Sorry terkacau pula. Haha." Dari luar ruang kerja kedengaran suara lelaki sedang melepaskan tawa. Ikram Benjamin mengangkat kepalanya ke arah pintu. Kemudian, dia berdecit. Tak guna betul!

Ditepi pintu berdirinya Brasier sambil memeluk tubuh. Bibirnya tersengih sinis memandang Ikram Benjamin.

"Kau kenapa datang lambat? Janji pukul berapa? Sekarang pukul berapa?" Tengkuknya diusap. Membuang rasa malu. Senyumnya disembubyikan.

"Baru datang ni. Sorry lambat. Kak Meen panggil makan. Dia tunggu dekat kafe. Aku call kau tapi tak berjawab. Itu yang aku naik ke sini. Sekali...aku dapat tengok wayang percuma. Hahaha." Dia menjarakkan dirinya dari Ikram Benjamin. Lelaki itu juga sedang tersengih.

"Wayang percuma ya? Kau ke sini." Dia menarik Brasier. Kemudian, lehernya ditahan menggunakan lengannya. Brasier tercekik. Sedaya-upaya dia menepuk lengan sahabatnya.

"Erkk.. uhukk...wehh..hahaha" Dia berjaya meloloskan dirinya. Tubuh Ikram Benjamin ditolak ke belakang.

"Kau tu siapa suruh buat dekat sini? Kalau ya pun, tak boleh tunggu balik rumah? Hahaha." Brasier memegang perutnya yang senak akibat menahan ketawa.

"Kau...." Tangannya sudah mengepal penumbuk. Mahu saja dia membentes kakinya. Tidak boleh simpan rahsia.

"Hahaha...okey. Sudah. Jom turun makan. Kejut bos sekali. Jangan sambung balik sudah." Habis ayat itu, cepat saja bayangannya hilang. Hanya gelaknya yang memenuhi ruang kerja itu.

Ikram Benjamin menghela nafas. Ah, belum pernah lagi kerjanya tidak sempurna seperti hari ini. Geram pula dia dengan Brasier.

"Abang." Suara lembut Anggun Dahlia memecah kesunyian. Ikram Benjamin menoleh.

"Sayang dah bangun? Tadi cakap nak teman abang. Tapi dia pula yang tidur." Hidungnya ditarik geram.

"Sakit." Anggun Dahlia mengusap perlahan hidungnya yang merah.

"Alaa, sorry. Meh sini." Sebuah ciuman melekat pada puncak hidungnya. Anggun Dahlia menarik sengih.

"Kita dah boleh balik ke belum? Jomlah balik." Dia melentokkan kepalanya dibahu Ikram Benjamin.

"Sekejaplah. Kita makan dulu dekat sini. Meena ajak kita makan." Kedua-dua pipi Anggun Dahlia dipegang. Mereka bertentangan mata. Tetapi Anggun Dahlia melarikan pandangannya. Bibirnya menahan senyum yang mahu terukir.

"Pemalu!" Puncak hidungnya dicuit Ikram Benjamin sambil tersengih.

"Come, sayang. Kita turun dulu." Ikram Benjamin sudah menarik tangan Anggun Dahlia. Tetapi perempuan itu mengeraskan dirinya.

"Tak nak. Nanti abang pandang Aminah banyak kali. Lepas tu abang kurang pandang Dahlia." Dia mendongak memandang Ikram Benjamin yang sudah berdiri. Kedua-dua tangannya berada dalam genggaman lelaki itu. Malasnya dia mahu bangun dari sofa itu. Mahu menghadap perempuan 'koyak-koyak' itu.

"Sayang...abang kan dah pesan, tak elok panggil orang macam tu. Lagi pun, dia ajak kita makan aje. Bukan ajak abang kahwin dengan dia." Dia mahu ketawa dengan ayat terakhirnya. Tetapi ditahan. Mahu melihat reaksi Anggun Dahlia.

Anggun Dahlia merenung tajam. Mahu saja dia mencekik leher lelaki itu. Geramnya!

"Abang nak ke kahwin dengan perempuan koyak-koyak macam dia?" Dia memandang Ikram Benjamin dengan riak tidak puas hati.

"Nak buat apa? Bidadari abang yang ada depan mata ni dah cukup buat abang gila siang dan malam. Tahu?" Pipi Anggun Dahlia dicubit geram.

"Tahu apa? Tahu sumbat cicah sambal kacang?" Dia ketawa dengan lawaknya. Tetapi Ikram Benjamin memandangnya geram.

"Ish, main-main pula. Jomlah. Nanti lambat kita balik." Mereka berpimpinan tangan menuju ke kafe.

"Janji...jangan tengok dia! Tengok mata dia pun tak boleh. Senyum pun tak boleh. Bernafas satu udara dengan dia pun tak boleh! Janji?" Dia mendongak memandang Ikram Benjamin. Tangan lelaki itu digoyang-goyangkan meminta perhatian.

"Hahaha. Sayang...kalau abang nak bernafas satu udara pun tak boleh, habis tu nak abang jadi apa? Ikan? Berudu? Bernafas dalam air aje yang boleh. Hahaha." Pipi lembut itu dicubit geram. Ada saja ideanya.

"Jadi ikan pun tak apa. Yang penting abang tak duduk dekat dengan Meena." Anggun Dahlia mencebik.

Mereka sampai dikafe. Suasana kafe ketika itu lengang. Waktu cuti. Jadi tiada para pelajar yang membanjiri kafe itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience