BAB 13

Humor Completed 6445

“Zeek!” Spontan dia menyeru nama Zeek. Gembira di hati hanya dia dan

Allah saja tahu.

“Kalau saya tak datang tadi, awak nak terus tunggu?”

Nurul Ain tercengang. Kasar suara Zeek buat dia keliru. Kenapa dengan Zeek?

“Saya...”

“Nurul Ain, hentikan semua benda ni. Berhenti tunggu saya setiap Sabtu,

berhenti berharap saya akan duduk di bawah pokok besar ni dengan awak.”

Nurul Ain makin keliru, “Apa awak cakap ni? Kenapa awak cakap macam ni?”

Zeek menggeleng, “Baliklah. Saya pun dah nak balik.” Dia berpaling ke

belakang namun suara Nurul Ain menghentikan langkahnya.

“Zeek, saya suka awak!”

Zeek perlahan-lahan berpaling mengadap Nurul Ain.

“Saya suka awak. No, saya rasa lebih dari suka! Saya tak tahu tapi saya

senang bila dengan awak. Saya rindu awak sejak tiga minggu lepas. Saya

akui, saya kedengaran sangat desperate tapi saya suka awak. Saya nak

keep on jumpa awak tiap-tiap minggu, macam sebelum ni. Saya suka bila

awak melukis, saya suka bila awak senyum, saya suka bila awak tanya ada

sambal bilis tak, saya suka semuanya.”

Zeek hela nafas, “Awak tak boleh suka saya.”

“Why not?”

“Sebab saya tak suka awak! No, wait! This is so wrong, Nurul Ain. Awak,

saya... sekarang bukan masa yang sesuai untuk cakap pasal hati dan

perasaan. Awak muda lagi, Ain. Awak akan dapat yang lebih baik daripada

saya. Hidup saya masih serba kekurangan. Maafkan saya."

Nurul Ain ketap bibir. Rasa hatinya ditolak. Kali pertama merasa rasa

ini tapi sayangnya rasa dia tidak berbalas.

"Takkan sedikitpun dalam hati awak tak terdetik yang awak suka saya?"

Zeek hela nafas, "Saya suka awak tapi cuma sebagai kawan. Maaf."

Nurul Ain angguk kepala, "Kita masih boleh berkawan, kan?" Masih dia

simpan sedikit harapan di dalam hatinya. Mana tahu nanti rasa itu akan

ada di dalam hati Zeek untuk dia.

"Saya..." Zeek pandang Nurul Ain. Maafkan saya, Ain! "Saya tak boleh.

Saya tak nak bagi awak harapan. Awak akan lebih terluka. Ada baiknya

kita tak payah berjumpa. Kalau kata terserempak dekat mana-mana pun,

awak buat tak kenal aje saya dan saya akan buat perkara yang sama."

Nurul Ain tersenyum. Matanya terasa panas. Tahulah dia, Zeek menolak dia

terus, "Terima kasih, Zeek." Dan tak menunggu lama, dia berlalu dari

taman tasik itu meninggalkan Zeek yang hanya berdiri kaku di tempat tadi.

Zeek mengangguk. Setiap langkah Nurul Ain dia perhatikan. Maafkan saya,

Ain. Antara cinta dan keluarga, saya pilih keluarga... mereka perlukan

saya lebih dari saya perlukan awak.

Zeek raup wajah. Kali pertama dia rasa suka tapi dia terpaksa tolak

semua rasa itu kerana dia takut dia lalai, dia takut dia terleka. Hari

ini dalam sejarah, sejak perkenalannya dengan Nurul Ain, ini kali

pertama dia banyak bersuara tapi sayangnya, setiap kata yang terkeluar

telah melukakan hati Nurul Ain. Dia hela nafas. Jaga diri, Nurul Ain.

Saya harap, awak akan bertemu bahagia awak walaupun bukan dengan saya...

Setitis demi setitis air hujan mulai turun membasahi bumi. Mata Zeek

masih memerhatikan laluan yang dilalui Nurul Ain tadi walaupun bayangan

si gadis yang berbaju kurung kapas itu sudah hilang. Maafkan saya, Nurul

Ain. Andai ada jodoh di antara kita selepas ini, insyaAllah kita akan

bersama juga...

Sumpah tak ada lagi

Kesempatanku untuk bisa bersamamu

Kini ku tahu bagaimana caraku

Untuk dapat trus denganmu

Bawalah pergi cintaku

Ajak kemanapun kau mau

Jadikan temanmu

Temanmu paling kau cinta

Disini ku pun begitu

Terus cintaimu di hidupku

Di dalam hatiku

Sampai waktu yang pertemukan kita nanti

Sumpah tak ada lagi

Kesempatanku untuk bisa bersamamu

Kini ku tahu bagaimana caraku

Untuk dapat trus denganmu

Bawalah pergi cintaku

Ajak kemanapun kau mau

Jadikan temanmu

Temanmu paling kau cinta

Disini ku pun begitu

Terus cintaimu di hidupku

Di dalam hatiku

Sampai waktu yang pertemukan kita nanti

Bawalah pergi cintaku

Pada kemanapun kau mau

Jadikan temanmu

Temanmu paling kau cinta

Disini ku pun begitu

Terus cintaimu di hidupku

Di dalam hatiku

Sampai waktu yang pertemukan kita nanti

Nurul Ain membuka pintu rumah tok wan dengan tangan terketar-ketar,

sedih bercampur sejuk. Saat dia tolak daun pintu rumah tok wan, wajah

ibu dan tok wan terpampang di depan mata.

“Ya Allah! Nurul Ain, awat basah lencun ni?” Tok wan dah berlalu ke

bilik, mencari tuala.

Ibu pula mendekati Nurul Ain, “Kenapa Ain nampak sedih sangat ni, hmm?”

Tanpa menjawab pertanyaan ibu, Nurul Ain terus memeluk tubuh ibu dan dia

terus menghamburkan tangisannya di bahu ibu.

“Ain, kenapa ni?”

Nurul Ain terusan menangis, “Sakit sangat kat dada Ain ni, ibu! Sakit

sangat!”

“Ain?”

“Ain sakit sangat, bu!” Nurul Ain tiba-tiba jatuh terduduk. Menangis

sambil menekup wajah.

Tiba-tiba Nurul Ain dipeluk dari belakang, “Awat dengan cucu kesayangan

tok wan ni?”

“Tok wan!” Nurul Ain berpaling lalu terus dia memeluk tok wan, erat.

“Ain...? Bagitau kat ibu, pasaipa ni sayang?”

“Ibu, kita tinggalkan Kedah, boleh? Ain tak mau tinggal dekat sini lagi

boleh? Tok wan ikut Ain dengan ibu pindah, ya? Boleh ya, bu?” Dalam

tersedu-sedan, Nurul Ain bersuara.

Tok wan terpempan, ibu tercengang. Apa dah jadi dengan Nurul Ain?

Zeek raup muka. Terbayang lagi di depan matanya, wajah mendung Nurul

Ain. Mata bundar yang menakung air mata itu, bagai menghantui dirinya.

Dia dah lepaskan Nurul Ain dari hidupnya tapi kenapa hatinya ibarat luka

yang diletak garam? Pedih dan sakit!

“Along, nak makan?”

Zeek angkat muka memandang umi lalu dia menggeleng.

“Muka along pucat ni,” umi duduk di sisi Zeek lalu dahi Zeek dipegang.

Panas! “Itulah, kan umi dah cakap tadi cuaca kat luar nak hujan. Along

keluar juga, balik tadi dah basah lencun. Ni dah demam pulak.”

Zeek ukir senyum tawar, “Mana ada demam. Along kuatlah, umi!”

Umi menggeleng, “Mana kuat? Kalau kuat, tak adalah muka pucat macam ni,

badan panas. Dah, pergi masuk bilik. Nanti umi tuam dahi along dengan

air sejuk. Ni nak jalan masuk bilik, boleh ke? Nak umi pimpinkan?”

Zeek menggeleng, “Along jalan sendiri, umi.”

Umi mengangguk saja. Setiap langkah Zeek dipandang, “Along...”

“Ya, umi?” Zeek berpaling lalu dia tersenyum.

“Along nak makan apa? Umi buatkan.”

Zeek terdiam lalu dia pandang umi, “Roti Gardenia sambal bilis, boleh umi?”

Umi mengangguk, “Masuklah bilik dulu.”

Zeek mengangguk dan terus berlalu ke bilik tidurnya. Umi hela nafas.

Roti Gardenia dengan sambal bilis...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience