Bab 74

Romance Completed 207871

Hai lah.. Buat susah-susah je. Beria sangat Caden ni. Nak dinner je pun. Segan Intan nak memakai pakaian yang diberikan Caden ini walaupun hanya blaus dan skirt labuh tapi dapat dilihat dari kualiti kainnya, pasti mahal. Siap dengan high heel lagi.

Ikutkan Caden tadi, nak panggil jurumakeup sekali tapi Intan menolak. Katanya, boleh sahaja makeup sendiri.

"Sayang, dah siap ke?" soal Caden pada Intan yang berada di hadapan cermin besar di sebelah closet.

"Dah" balas Intan dan menoleh pandang pada Caden yang sedang berjalan menghampirinya. Amboi.. Segak sungguh, suami siapa la ni..

"Ni dah kenapa, tengok abang tak berkelip mata? Tak sesuai ke pakai macam ni?" soal Caden. Bimbang juga pakaiannya tidak kena di mata Intan.

Intan tersenyum dan memusing mengadap Caden yang sudah berdiri di sisinya.

"Tak.. Abang handsome sangat. Sayang takut ramai yang tergoda" balas Intan sambil membetulkan kolar kemeja Caden dan mengusap dada bidang itu.

Ketawa Caden dengan kata-kata Intan.

"Abang yang risau takut orang tergoda dengan isteri abang yang cantik ni" ucap Caden lalu hidung Intan dicuit.

Ketawa kedua-dua mereka.

Tidak lama bell pintu berbunyi.

"Pasti Carlos dan Fahmi" kata Caden.

"Sayang dah siap, should we go?" soal Caden pada Intan di sisinya.

Intan mengangguk lalu mengambil handbagnya di meja sisi dan berjalan mengekori Caden dari belakang yang sudah siap high heel di kaki.

Sebaik pintu dibuka, terjengul Carlos dan Fahmi.

"Hai Carlos" tegur Intan.

"Hai pretty, cantiknya dia malam ni" puji Carlos sambil tersenyum mempamirkan lesung pipitnya.

Caden di sisi sudah menunjukkan muka tidak puas hati. Intan dan Carlos hanya ketawa melihat Caden. Caden kemudian mencapai jemari Intan dan memaut rapat. Tertoleh Intan pada Caden. Caden hanya buat tidak tahu dan terus membuka langkah.

Hai lah.. Jealous la tu.. Tergeleng Intan. Hm.. Ikut je lah Intan oi, bukan orang lain. Suami kau juga.

Ting

Pintu terbuka dan keempat-empat mereka meloloskan diri ke dalam perut lift.

"Carl, semua dah ready?" soal Caden pada Carlos di belakangnya sebaik pintu lift tertutup.

"Dah, cuma tunggu tetamu sahaja" jawab Carlos.

Caden hanya mengangguk. Pintu lift terbuka dan kaki diatur menuju ke VIP room untuk dinner. Jemari Intan masih lagi kemas dalam genggaman tangan Caden, naik berpeluh jadinya. Dari keluar bilik rehat sampai la di depan pintu VIP room ni. Layan je la Intan..

Pintu lift terbuka, kaki diatur langkah. Genggaman tangan semakin erat, Intan menoleh pandang pada Caden di sisi. Tegang sahaja wajahnya.

Intan kemudian, menggosok belakang tangan Caden dengan ibu jarinya. Caden menoleh sekilas pada Intan lalu senyuman paling manis diberikan. Caden mengangguk dan turut membalas dengan senyuman.

Tidak lama sampai di VIP room, Fahmi membukakan pintu makala Carlos mendahului langkah di hadapan. Waktu itu dilihat Rick baru sahaja mahu melabuhkan duduknya di meja makan.

Apabila menyedari Caden dan Intan juga baru tiba, dia hanya mengangguk sekali dan terus mengambil tempat. Caden dan Intan juga sama. Caden memandang sekeliling dan juga ke arah pintu tetapi tidak nampak ura-ura Alice akan datang.

"Dov'è Alice? Lei non è venuta? (Where's Alice? She didn't come?)" soal Caden pada Rick di hadapannya.

"No, non si sente bene (No, she's not feeling well)" jawab Rick sambil melingas pandang pada Intan. You are so beautiful Intan.

No wonder Lucc masih tidak dapat lupakan awak tapi.. kenapa Lucc menyerahkan frame gambar orang kesayangannya sebelum dia bertolak ke Malaysia.

Lucc sudah tahu siapa Intan ke? Tapi siapa yang memberitahu padanya? Dia mesti siasat. Patutlah Lucc rela hati ke London menguruskan perniagaan di sana.

Terdengar bunyi berdeham.

Rick kembali ke realiti.

"Sorry lost sekejap" ucap Rick.

"Alasciamo mangiare prima (let we eat first)" Caden membuka bicara.

Waktu makan berlalu dengan sunyi aman, hanya bunyi sudu garfu berlaga dengan pinggan sahaja.

Aduh.. tak selesa sungguh makan sunyi sepi macam ni. Akhirnya Intan berbunyi.

"Hm.. excuse me, saya nak ke ladies sekejap" ucap Intan lalu mengambil handbagnya dan terus bangun. Caden menepuk perlahan tangan Intan dan Intan hanya tersenyum.

Langkah kaki menuju ke pintu keluar, waktu itu Fahmi berada di luar dan sebaik melihat Intan sedang menuju ke arah pintu, pantas daun pintu dibukakan.

"Thanks" ucap Intan.

"Puan nak ke mana? saya temankan" kata Fahmi lalu membuka langkah mahu mengekori Intan.

Terhenti langkah Intan dan berpaling ke belakang.

"It's okay, saya nak ke ladies je" ucap Intan lalu meneruskan langkah. Fahmi di belakang pula sudah teragak-agak samada mahu ikut atau pun tidak. Akhirnya dibiarkan Intan berjalan seorangan.

Intan berjalan menuju ke arah tandas yang berhampiran, dalam perjalanan itu dapat dirasakan seperti ada orang yang mengekorinya. Intan jadi tidak sedap hati lalu kaki berhenti melangkah. Bedak kompak dikeluarkan dari handbag lalu dibuka dan dibawa ke hadapan wajah.

Dapat Intan lihat pantulan dari cermin bedak figura orang yang mengekorinya itu yang berselindung di sebalik dinding tetapi masih dapat dilihat wajahnya. Mengeluh perlahan Intan.

"Apa lagi yang kau nak ni Alice.. aku tak janji kali ni aku tak akan membalas" kata Intan perlahan.

Intan menyimpan semula bedak kompak di dalam handbag dan meneruskan langkah seperti tiada apa yang berlaku. Daun pintu tandas ditolak dan kaki melangkah masuk.

Kemudian terus menuju ke kubikel tandas. Sebaik Intan menutup pintu kubikel, terdengar bunyi pintu tandas dibuka dan bunyi langkah yang ditahan-tahan. Intan sudah bersedia dengan apa yang mungkin akan berlaku.

Setelah butang flush ditekan, Intan menarik daun pintu kubikel untuk keluar tetapi kaki tidak terus melangkah sebaliknya dibiarkan pintu terbuka beberapa ketika, seperti sudah dijangka Alice menerkam sebaik daun pintu terbuka.

Malang buat Alice apabila dia tersungkur ke kaki Intan. Dengan wajah yang marah, kelam kabut Alice bangun membetulkan pakaiannya yang sedikit basah terkena air di lantai. Keluar habis perkataan yang tidak sepatutnya dari bibir merah itu.

Intan dengan tidak bersalah terus melangkah keluar dari kubikel dan menuju ke sinki untuk mencuci tangan.

"Hey bitch!" jerit Alice pada Intan.

Intan hanya buat pekak dan membasuh tangan tanpa mempedulikan Alice yang terjerit-jerit itu. Apabila Alice melihat Intan yang tidak mempedulikannya, sakit hati dan marah jadinya lalu dia terus menyerang Intan dari belakang.

Intan yang sudah mengagak tindakan Alice pantas mengelak dan menyebabkan Alice sekali lagi tidak berjaya menyenyuh Intan sebaliknya tangan dia pula dikilas Intan dan ditolak lalu terlanggar tong sampah yang ada di tepi pintu kubikel. Berdenting bunyi tong sampah tin itu jatuh ke lantai.

Alice semakin marah lalu pisau lipat yang diselit pada pahanya terus diambil dan dilibas-libas dan diacukan pada Intan, waktu itu tubuh Intan sudah rapat ke dinding hujung tandas.

Pergerakan Intan agak terbatas kerana tempat yang sempit, ditambah pula dengan berkain dan heel begini, kalau seluar yang dipakai, mudah sedikit pergerakannya. Alice sudah terseyum kerana Intan tidak dapat bergerak ke mana-mana.

"Where are you going little kitty?" soal Alice dengan raut wajah yang gembira.

Kuat Alice ketawa, puas hatinya apabila melihat keadaan Intan waktu itu.

"Pity you, do you think Caden would come and save you this time?" soal Alice sambil pisau ditangan diacukan pada Intan.

"Don't even notice that" kata Alice dengan senyuman di bibir semakin besar.

Intan tidak membalas, hanya diam memerhatikan tindakan Alice.

Tindakan Intan berdiam diri menyebabkan Alice semakin marah lalu dia terus meluru ke arah Intan dengan pisau di tangan.

+++

"Rick, I'm sorry" ucap Caden sebaik Intan menghilangkan diri dari di sebalik pintu.

"I'm sorry too" ucap Rick membalas pandangan Caden.

"I have no idea, Afrina the girl that Lucc in love before" ucap Caden. Sungguh dia tidak tahu.

"I know about this after I saw that picture you gave to her. I saw that picture in Lucc bedroom before"

"Do you told Lucc about your relationship with Intan?" soal Rick pula.

"No! I never told him. Why?" soal Caden pula. Ada yang tidak kena ke?

"Nothing, sebelum ni cukup payah bila minta dia ke London uruskan business di sana tapi sebelum aku datang ke sini, dia rela hati nak ke sana dan gambar tu ada atas meja waktu pagi aku nak bertolak ke sini" terang Rick lalu tubuh disandarkan pada kerusi.

Riak terkejut jelas terpancar di wajah Caden.

"Aku memang tak tau" jawab Caden jujur. Siapa yang beritahu pada Lucc.

"It's okay. Ada juga baiknya, kalau tidak penat aku nak ulang alik ke sana" kata Rick dan ada sedikit ketawa di hujung katanya.

"Yeah, Lucc bukan suka keluar dari Italy. Katanya nanti dia akan rindu masakan Monica, tukang masak di rumah tu" sambung Caden pula mengiyakan kata-kata Rick.

Akhirnya terletus ketawa kedua-dua jejaka itu.

"Are we good?" soal Caden lalu memandang tepat di wajah Rick mahukan jawapan.

"noi fratello abbiamo ragione (we brother right)" ucap Rick.

Lega Caden dengan jawapan Rick. Tiba-tiba teringat pada Intan.

"Lamanya Intan" kata Caden.

"Yeah, I think almost fifteen minute she go to ladies" Rick pula membalas.

Tidak lama telefon Caden berbunyi.

"Tuan, Puan Intan" bunyi suara di sebelah sana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience