Bab 88

Romance Completed 78329

Zahirah dan Ungku Maria sibuk memasukkan kad jemputan ke dalam sampul berwarna coklat hazel. Bibir Ungku Maria dari tadi tak lekang dek senyum bila terbayangkan hari bahagia anaknya yang akan tiba nanti. Akhirnya, kahwin jugak anak lelaki bujang aku yang sorang ni.

Mata Zahirah naik memandang mamanya yang tak habis-habis senyum dari tadi. Dari tadi lagi aku tengok mama asyik senyum sambil masukkan kad jemputan ke dalam sampul.

“Amboi ma! Senyum sampai ke telinga dari tadi lagi. Happy sangat mama ni!”

“Mestilah mama happy Ira. Kali ni abang Luq Ira dah jadi nak kahwin. Dulu kan tak jadi sebab kak Dariya meninggal?”

Ya tak ya jugak. Aku hampir lupa yang abang aku pernah nak kahwin sebelum ni.

“Ira suka lah abang nak kahwin dengan kak Gia. Ira tahu kak Gia tu baik orangnya. Kan ma?”

“Mama pun rasa macam tu jugak. Rendah diri orangnya. Tengoklah masa dia datang rumah kita haritu? Rajin menolong apa semua. Alhamdulillah…abang Ira dapat jodoh yang baik-baik.”

“Amin!!! Semoga abang Luq pun jadi orang yang baik
untuk kak Gia!”

“Amboi! Amboi! Amboi!” Kepala Zahirah ditolak dari belakang. Zahirah menjerit.

“Selama ni angah tak baik ke?”

“Ada lah sikit.” Sekali lagi kepala Zahirah ditolak.
“Angah!!! Apa ni main tolak-tolak!!!” Dia ingat kepala aku ni bola ke?

“Tak habis-habis nak bergaduh. Ni…ada tanya Gia tak dia nak berapa keping kad jemputan ni? Yelah…takkan dia tak ajak pulak kawan-kawan dia datang kenduri kahwin dia kan?”

“Lupa tanya pulak. Kejap,” Luqman mengeluarkan telefonnya dari poket seluar malas dan menghantar whatsapp kepada Gia.

Luqman: Gia…kau nak berapa keping kad jemputan ni untuk kawan-kawan kau?

Tak lama, chatnya naik bluetick dan naik perkataan typing. Lajunya minah ni seen chat aku.

Gia: Emmm…tak apalah. Saya tak perlukan kad jemputan tu sebab yelah nak ada siapa je yang dekat Malaysia ni? Kawan-kawan saya pun banyak dekat Filipina. Dekat Malaysia ni ada Kristine dengan Vi je. Tak apa, yang lain saya dah undang pakai online.

Luqman: Sure ni tak payah kad jemputan?

Gia: Yep! Tapi simpan satu untuk saya hehehe…saya nak tengok kad tu.

Luqman: Aku boleh snap hantar dekat kau.

Gia: Mana puas tengok dalam gambar. Kena tengok dengan mata sendiri. Simpan satu tau!

Luqman: Ok ok! Dah! Aku nak sambung tolong mama aku masukkan kad dalam sampul.

Gia: Ok…kirim salam dekat mama.

Luqman: [emoji thumbs up].

“Gia cakap dia dah undang kawan-kawan dengan adik-beradik family dia pakai online je. Tapi, betul jugak. Dia mana ada kawan model dekat sini dan dia kirim salam dekat mama.”

“Waalaikumussalam. Hmmm…oklah kalau macam tu. Kad jemputan ni nanti lepas dah siap tempah baju kahwin apa semua, baru kita agihkan. Jangan lupa esok
Luq! Pergi tempah baju kahwin dengan Gia sekali.”

“Ye…Luq tak lupa. Dah set dalam otak ni.”

“Hek eleh! Yelah tu! Entah-entah bila mama cakap macam tu angah iyakan je walhal…argh!!! Angah! Angah! Ampun! Ampun!!!” Tak jadi nak habiskan ayatnya bila rambut panjangnya yang diikat satu ditarik kuat abangnya.

“Apa? Apa? Eiii! Tak habis-habis nak dengki dengan angah kan? Kan dah mendapat!”

“Arrrr!!! Angah! Lepaslah! Sakit! Sakit! Ok! Ok! Achik mengalah!!!” Akhirnya, dia lepas jugak rambut aku.
Abang aku ni memang kejam banyak! Tak boleh aku nak mengata dia sikit, mulalah nak balas dendam dekat aku.

“Hah! Mengutuk dalam hati lah tu! Nak kena tarik rambut lagi?”

“Tak! Tak! Heee…angah ni kan tak sweet langsung! Agak-agaknya kak Gia pun kena buli macam ni jugak nanti!”

“Eh tak! Dia abang layan special tapi kalau achik no way!!! You are my musuh ketat!”

“Ni musuh ketat angah!!!” Zahirah sempat meluku kepala abangnya sebelum bangun dan berlari pergi dari situ. Menyorok di belakang sofa.

“Achikk!!! Sakit tau tak!!!” Kemain kuat dia ketuk kepala aku tadi. Tunggu apa lagi? Jadi adegan kejar-mengejar antara adik-beradik. Bukan adegan kuch-kuch hota hai.

Ungku Maria sekadar ketawa melihat telatah anak teruna dan anak bongsunya. Dua-dua ni memang tak tumpah macam anjing dan kucing melainkan kalau dengan kakak sulung mereka, Zarina. Zahirah akan mengalah awal tapi Luqman tak. Kalau boleh balas, dia balas. Apa pun ragam anak mereka, itulah penyeri kepada hidupnya.

BERPANDUKAN pada alamat butik yang dihantar Luqman, memang betullah butik ni. Sama macam dalam gambar maps. Gia bersama Puan Aminah melangkah menghampiri ke pintu butik. Dia menjengul seketika kepalanya dalam butik tersebut. Hah! Betullah ni. Tu ada Luqman, adik dia dengan mama dia sekali.

“Betul ke butik ni Gia?” Tanya Puan Aminah di belakang Gia. Manalah tahu salah butik ke apa.

“Betul dah ni ibu. Tu Luqman ada dekat dalam.” Kasut ditanggalkan di luar butik dan melangkah masuk.

“Hah dah sampai pun,” Ungku Maria yang tadinya rancak berborak dengan owner butik terus mengalihkan tumpuannya kepada Gia dan Puan Aminah.

“Berdua je ke? Mana Vi dengan Kristine?” Soal Ungku Maria bila Vitalika dan Kristine tiada di sini sekali.

“Vi macam biasa lah dekat hospitallah dia since minggu ni minggu last praktikal dia dan Kristine pulak dia cakap dia nak duduk rumah je.”

“Ohhh…so kita dah boleh mula pilih bajulah ni. Jom! Kita pilih baju,” Ungku Maria laju menuju ke rak-rak baju yang menggantung baju pengantin pelbagai jenis corak, warna dan design. Rambang mata dia nak pilih yang mana satu sebab semuanya cantik-cantik belaka!

Puan Aminah turut memandang pilihan baju pengantin dengan Ungku Maria. Macam-macam design yang ada. Macam nak kahwin lagi! Amboi ibu! Ada calon dah ke tu???

Owner butik tersebut mendekati Gia dan sempat berkata sesuatu. “You ni Gia Vatanika ya? Model baru tu?”

Gia mengangguk perlahan. “Ya saya.”

“Oh! Untunglah dapat jumpa model femes dari luar negara ni?! Boleh kita ambik gambar sekali?”

“Boleh…” Senyumannya dihadiahkan. Apa salahnya kalau melayan kan? Sekarang ni pun dia tak ada busy mana pun memandangkan Ungku Maria dan Puan Aminah dah nampak gaya macam orang yang nak recommend baju pengantin untuk dia.

Dia tak kisah pun baju pengantin macam mana janji simple dan mudah untuk dipakai dan sedap mata memandang jugak.

Beberapa keping gambarnya bersama owner butik tersebut diambil oleh pekerja butik itu. Selesai bergambar, owner itu mengucapkan terima kasih kepadanya. Gia pula memandang Luqman yang sedang menghampirinya.

“Amboi! Femesnya kau sampaikan dekat mana-mana pun ada jugak yang kenal kau eh?”

“Tak adalah femes sangat. Kenapa? Jeles?”

“Jeleslah! Aku yang bakal jadi suami kau ni pun satu habuk pun tak ada gambar dengan kau!” Aikkk? Kenapa kau jadi gedik lain macam je ni Luqman?

“Nak ada gambar apanya kalau dulu angah ni garang mengalah beruk hutan? Betul tak kak Gia?” Sampuk Zahirah dengan muka tak boleh blahnya. Last-last kena luku dengan Luqman. Boleh tahan sakit jugak dia luku aku! Kejap lagi benjol kepala aku ni.

“Memandai je!”

“Betul apa yang Zahirah cakap. Awak ni dulu bukan garang macam beruk je tau tapi dah macam atuk singa! Garangnya mintak ampun!”

“Nak kena luku jugak ke?” Luqman menunjukkan lukunya.

“Berani luku model femes ni? Silap-silap angah ni masuk news dengan hot topic bakal suami kepada Gia Vatanika cederakan bakal isteri dengan meluku kepalanya. Fuh! Sensasi!” Tak luku kepala Gia, kepala Zahirah dilukunya balik membuatkan Zahirah mengaduh sakit.

Walaupun kepala aku ni dialas dengan kain tudung tapi kalau kena luku sakit dia tetap rasa bias woi!!!

“Angah ni!!! Sakit tau tak?!”

“Tak tahu. Lain kali cakap bukan-bukan lagi! Memang mintak kena luku!” Zahirah dan Luqman saling berbalas pandangan. Masing-masing ada point lagi tu nak bergaduh.

“Agaknya awak kalau kahwin dengan saya nanti, saya pun awak layan macam Ira. Ye tak?”

“Ha betul kak Gia! Betul!” Sempat lagi tu dia mencelah!

Kali ni pipinya pulak kena cubit dengan Luqman. “Mulut tu kalau tak mencelah tak boleh? Senyap!”

“Eleh…”

“Dengan kau aku tak layanlah macam dia ni. Dia ni memang mintak kena luku dan cubit tiap-tiap hari!”
Matanya menjegil kepada Zahirah. Zahirah pun lawan jegil mata balik! Apa? Ingat aku nak mengalah macam tu je ke dengan abang aku? No way!

“Boleh percaya ke? Awak dengan Ira ni dah lama duduk sebumbung dengan ikatan adik-beradik pun boleh berkasar macam ni apatah lagi dengan saya orang asing dalam hidup awak.”

“Dengan kau…lain…kau bakal jadi isteri aku dan aku akan layan kau macam mana berhaknya seorang isteri dapat layanan dari seorang suami dan aku janji dengan kau takhta cinta yang kau impikan dalam hidup kau akan jadi indah. Ingat tu.”

“Cieyyy…takhta cinta uwuuu!!!” Kepala Zahirah di luku sekali lagi dengan Luqman.

“Boleh tak kalau tak menyampuk?”

“Alah…orang tumpang rasa happy je pun! Apa? Salah ke?”

“Tak salah…”

Saya akan ingat sampai bila-bila janji awak Luqman dan saya yakin takhta cinta yang saya impikan sebelum ni akan jadi kenyataan dengan awak. InshaAllah.

“Ya Allah…kita berdua je yang sibuk memilih baju pengantin macam kita berdua yang nak naik pelamin! Luq! Gia! Datang sini pilih baju pengantin yang kamu suka!” Belek dah punya lama baru sedar Luqman dengan Gia tak ada sekali dengan mereka.

“Tulah Mar…macam kita nak kahwin sekali lagi! Excited lain macam!” Ungku Maria dan Puan Aminah rancak ketawa.

“Yelah Inah…bila anak kita ni dah nak kahwin seronok tu lain macam rasanya. Tambah lagi bila kita dapat tahu jodoh yang dia dapat tu baik-baik orangnya.”

“Tulah…saya pun tumpang gembira untuk Luq walaupun saya ni tak ada kaitan dengan dia. Tapi, bila dapat tahu Luq dah boleh move on dari arwah, saya tumpang gembira sekali. Tambah-tambah lagi Gia…saya tahu dia tu ada masalah keluarga sebenarnya. Sedih selalu walaupun dia selalu tersenyum…” Ungku Maria mengangguk kecil tanda faham apa yang disampaikan Puan Aminah.

“Hah Luq, Gia…pilih nak baju mana? Banyak ni!” Ujar Ungku Maria sebaik saja Luqman dan Gia menghampiri mereka.

Luqman dan Gia sempat memandang antara satu sama lain seketika sebelum kembali memandang ke arah deretan baju pengantin yang disangkut pada rak-rak baju.
Rambang mata ni nak memilih! Sebelah kiri baju pengantin untuk lelaki dan sebelah kanan pula baju pengantin untuk perempuan.

“Mama lah pilih.” Senang jawapan Luqman.

“Eh? Mama pulak pilih? Yang nak kahwin ni Luqman tau bukannya mama.”

“Alah…Luq tak pandailah nak pilih.”

“Apa pulak tak pandai pilih? Ah! Jangan nak mengada! Pilih cepat!”

“Gia?” Puan Aminah memegang tangan Gia. “Gia nak baju yang mana?”

“Gia rambang mata tengok koleksi baju ni ibu. Cantik-cantik!” Tangannya membelek satu-persatu baju pengantin di situ. Jahitan manik pada setiap baju tersebut ditilik. Semuanya jahitan kemas!

Matanya tertumpu pula pada baju pengantin berwarna oren susu. Baju itu ditarik keluar dan memandang designnya. Cantik! Aku suka warna dia lepas tu dengan corak manik yang simple pada bahagian dada hingga pinggang dan pada pergelangan baju.

“Gia suka baju ni ke?” Tanya Ungku Maria.

“Gia suka mak cik. Warna dia cantik lepas tu jahitan manik dia pada baju ni pun tak banyak sangat. Gia actually suka yang simple-simple dan tak meramu sangat. Jadi, baju ni kena dengan taste Gia.”

“Hmmm cantik jugak baju ni. Hah Luqman! Cepat pilih baju!” Nak suruh Luqman pilih baju serupa paksa budak darjah satu nak pakai baju sekolah. Liat!!!

“You boleh try baju ni dekat bilik persalinan situ,” pekerja butik menunjuk bilik persalinan baju kepada Gia.

“Terima kasih,” Gia segera melangkah ke bilik persalinan manakala Luqman masih lagi tercegat nak pilih baju.

“Ya Allah budak ni! Geram mama dibuatnya. Ni, ambik! Pergi try sana!” Baju pengantin berona sama dengan baju pengantin Gia tadi dicapai dan diberi kepada Luqman. Luqman nak tak nak terpaksa jugak ambik dan ke bilik
persalinan baju.

“Luqman masih tak ubah macam dulu. Haih…dapat bakal bini model jugak,” seloroh Puan Aminah.

“Betul tu!” Ungku Maria dah ketawa.

Gia keluar dari bilik persalinan dengan baju pengantin yang dah tersarung pada tubuhnya. Dia menghampiri Ungku Maria dan Puan Aminah.

“Hah…macam mana Gia? Ok tak baju ni?”

“Ok mak cik cuma agak longgar sikit. Bahu dan cantik,” baju ni memang ngam dengan dia cuma tulah longgar pulak tapi dia tak kisah pun. Bukannya longgar sampai dia rasa tak selesa pakai baju ni.

“So, you nak perkecikkan ke?” Tanya owner itu.

“Tak apa. I ok je dengan baju ni. Kalau ketat pun takut tak selesa pulak nanti. Tak apa, tak perlu diperkecikkan.”

“Sure ni Gia?”

“Sure.”

Giliran Luqman pula keluar dari bilik persalinan dan berdiri di hadapan mamanya. “Macam mana ma? Ok tak?”

“Mama tengok dah ok dengan Luq. Luq ada rasa ketat-ketat dekat mana tak? Manalah tahu anak mama ni gemuk!”

“Luq tak gemuk ok! Emmm…ok je baju ni. Ngam-ngam dengan badan Luq. Kira oklah ni.”

“Luq sure ni?”

“Ya…since Gia pun suka kaler ni why not choose je kaler ni kan? Memudahkan kerja!” Eleh! Bukan memudahkan kerja alasan kau ni! Sebenarnya kau malas nak fikir banyak-banyak! Samalah macam kau dengan arwah Dariya dulu! Mama yang pilihkan baju pengantin untuk kau jugak.

Ok…aku mengaku kalah!

Matanya mengerling Gia yang berdiri di sebelah Puan Aminah. Cantik jugak minah ni dalam baju pengantin tu! Halamak Luq! Dia kan model? Mana ada model muka buruk-buruk! Emmm…betul jugak. Tak…maksud aku dia nampak lagi cantik dalam baju pengantin tu sebab aku rasa design dengan manik yang dijahit pada baju pengantin tu memang cantik dan sesuai. Jadi, memang sesuai dengan body Gia yang slim dan tinggi. Tinggi Gia pun paras dagu aku tak silap. Tinggi jugak tu.

“Hai angah…tengok lain macam! Jangan tengok lama-lama sangat! Anak dara orang tu!”

“Achik ni mulut memang nak kena stapler!”

“Stapler lah! Tak takut!” Dia menjelirkan lidahnya pada abangnya.

Luqman buat isyarat mata supaya Zahirah diam dari cakap bukan-bukan. Haih! Apahallah mama bawak budak ni hari ni! Mulut pot pet memanjang! Geram pulak aku! Rasa macam nak tarik mulut tu bagi jadi muncung itik! Padan muka!

“Awak ok ke Luq saya pakai baju ni?”

“Ok je. Cantik dengan kau.”

“Betul tu. Tambah lagi dengan Gia memang dah asli model, tinggi, kurus memang nampak cantiklah,” Puan Aminah turut memuji. Dulu masa Dariya pakai baju pengantin pun dia happy, apatah lagi Gia yang dia dah anggap anaknya sendiri. Lagilah dia rasa happy.

“Oklah kalau macam tu. Kira deal ehhh? Mama nak tempah baju ni.”

“Deal ma.”

“Orait!” Ungku Maria bercakap sesuatu dengan owner butik itu.

Sekali lagi Luqman curi-curi tengok ke arah Gia. Dalam hatinya sekali lagi memuji kecantikan Gia. Apa yang dia harapkan jodohnya dengan Gia akan berkekalan sampai bila-bila. InshaAllah…dan aku akan cuba sedaya-upaya aku untuk membimbing dia memandangkan dia masih lagi baru dalam mengenali agama Islam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience