Bab 45

Drama Completed 5973

Adam tiba di tempat yang dinyatakan lima minit lebih awal daripada waktu yang diberitahu. Dia duduk di bangku yang disediakan di taman itu.

Setelah beberapa minit dia duduk di situ, telefonnya berdering. Ya, nombor yang sama.

“Hello, kau dah sampai ke?” tanya seorang lelaki bersuara garau tanpa memberi salam.

“Dah,” jawab Adam ringkas.

“Kau kat mana?”

“Aku duduk kat bangku sebelah pokok besar. Aku pakai baju kemeja berlengan panjang warna biru dan seluar jeans warna hitam,” jawabnya.

“Okey aku dah nampak kau,”

Panggilan terus dimatikan sebelum Adam sempat menjawab apa-apa.

Belum sampai satu minit panggilan dimatikan, lelaki yang menutup separuh wajahnya dengan menggunakan pelitup muka itu mendekati Adam yang duduk di bangku.

“Kau… Adam?” tanyanya.

“Ha'ah aku Adam. Kau siapa?” tanya Adam pula.

“Aku Utba,” jawab Utba ringkas lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Adam.

“Ada apa dengan Saraa? Dia kat mana sekarang ni? Kau ni siapa pada dia?” tanya Adam bertalu-talu. Wajahnya yang ditutup separuh itu dipandang penuh pengharapan oleh Adam.

Utba menarik nafas panjang sebelum mengatur ayat ingin menjawab soalan Adam.

“Aku orang suruhan dia. Aku nak jumpa kau ni sebab….,” dia menelan liur pahit. Perkara yang ingin dia katakan bagai terlekat di kerongkongnya dan tidak dapat diluahkan.

“Sebab apa? Kau cakaplah betul-betul. Kau orang suruhan dia? Apa maksud kau? Betul ke sangkaan kami yang Saraa ada rancangan jahat selama ni? Wey! Jawablah!” Adam mula mendesak menginginkan jawapan daripada Utba. Pelbagai soalan yang bermain di mindanya pada saat ini.

“Dia…..,”

“Farah, mana Adam? Saya tak nampak dia pun dari tadi. Dia tak masuk kerja ke hari ni?” tanya seorang wanita kepada rakan sekerja Adam.

“Hmm tak tahu pulak saya puan. Dia tak inform apa-apa pun kat saya,” jawabnya serba salah.

“Pelik. Selalunya kalau dia ada hal atau dia perlu masuk lewat sikit, dia akan bagitahu kamu, kan?”

Farah mengangguk.

“Takpe biar saya cuba hubungi dia ya, puan,” ujar Farah lalu mengeluarkan telefon dari begnya.

“Baiklah,”

Farah cuba mendail nombor Adam namun tidak dijawab. Dia mencuba lagi tetapi masih tidak berjaya. Cubaan kali ketiga dan keempat juga gagal. Farah mengeluh kecil.

“Mana awak ni, Adam?” bisiknya sambil menatap nombor telefon Adam di skrin telefonnya.

“…dia dah tak waras dah, Adam. Dia gila! Aku takut kegilaan dia ni akan menyebabkan ada nyawa yang melayang,” ceritanya dengan penuh rasa bersalah. Dia menyesal kerana setuju bersekongkol dengan Saraa untuk menculik ahli keluarga wanita itu.

“Allahu,” Adam meraup wajah tidak percaya.

Tiba-tiba ada seorang wanita berpakaian serba hitam mendekati mereka berdua. Separuh wajahnya juga ditutupi oleh pelitup muka. Matanya tajam memandang wajah Utba. Utba sudah menelan liur ketakutan kerana dia tahu siapa wanita disebalik pelitup muka itu.

“Aku percayakan kau tapi ni yang kau balas. Kau ingat aku tak tahu yang kau bukak phone aku malam tadi,” ujarnya tanpa nada.

Adam yang meraup wajah sedari tadi terus mendongak apabila mendengar suara wanita tersebut.

“Kau diam,” jarinya ditundingkan ke arah Adam apabila Adam mahu membuka mulut untuk bersuara.

“Kalau tak nak aku buat kecoh kat sini, ikut aku sekarang,” ugutnya lalu menunjukkan pistol yang berada di poket seluarnya kepada mereka berdua.

Tanpa banyak soal, Adam terus bersetuju untuk mengikut Saraa masuk ke dalam keretanya. Utba juga turut mengekori mereka berdua masuk ke dalam kereta. Jantungnya berdegup laju apabila memikirkan akibat yang bakal diterimanya selepas ini.

‘•Location‘ – Saraa

‘Tu location pusat penjagaan adik kau. Aku dah hantar dia kat sana. Terima kasih sebab sudi bantu aku' – Saraa

Zack terduduk selepas membaca mesej tersebut. Dia menampar pipinya untuk memastikan bahawa dia tidak bermimpi. Tangan ditadah tanda kesyukuran.

“Terima kasih, Ya Allah,” air matanya mengalir perlahan membasahi pipi.

“Zack? Kau kenapa?” Syaza yang sedang mendukung Afif hairan melihat kelakuan lelaki tersebut.

Zack memandang wajah Syaza dengan senyuman lebar. Itu adalah kali pertama Syaza melihat Zack tersenyum selebar dan seikhlas itu.

“Dia dah lepaskan adik aku, Syaza. Korang tak lama lagi pun mesti akan bebas jugak,” jawabnya. Kegembiraan jelas terpancar dalam matanya.

Syaza tersenyum nipis. Air matanya mula bergenang.

“Aku gembira untuk kau. Tapi…,” dia menutup mulutnya untuk mengelakkan Mikail tersedar dari lenanya apabila mendengar esakannya.

Senyuman lebar di bibir Zack pudar. Dia mendekati Syaza lalu duduk di sebelahnya.

“Tapi?”

“Adakah ini bermakna mak, kakak, suami dan mak bapak saudara aku dah tak bernyawa?” air matanya semakin deras mengalir.

“Syaza…,” Zack mengusap bahu Syaza untuk menenangkannya.

“…kau janganlah fikir yang bukan-bukan. Tak baik untuk kandungan kau. Insyaallah diorang tak apa-apa,” pujuk Zack lembut. Belum pernah Zack berlembut dengannya namun kali ini sikap Zack memang amat berlainan.

“Selamat datang ke butik aku,” ujar Saraa kepada Adam setelah mereka berdua masuk ke dalam ‘butik' tersebut dengan menggunakan pintu belakang.

Adam terkejut besar sejurus masuk ke dalam ‘butik' itu. Bau hanyir darah menusuk tajam hidungnya. Matanya terbeliak apabila melihat semua yang berada di situ berlumuran dengan darah. Mereka semua kelihatan amat lemah kerana diseksa dan tidak diberi makan selama lebih seminggu. Yang paling menarik perhatiannya ialah Haris yang diikat berdiri dengan matanya ditutup dengan kain.

“Apa yang kau dah buat ni, Saraa?” matanya masih belum berkelip melihat keadaan di dalam ‘butik' tersebut.

Saraa mengambil pistol di poket seluarnya lalu diacukan tepat di wajah Adam. Adam sekali lagi terkejut besar dengan tindakan Saraa.

“Aku tak akan teragak-agak nak tembak kau kalau kau tak ikut arahan aku,” ugutnya.

“Saraa jangan buat macam tu kat Adam, nak,” ujar Maklang lemah.

“Kau diam. Aku tak bercakap dengan kau,” Saraa menoleh ke arah Maklang sebelum kembali berpaling memandang Adam.

“Kau faham maksud aku, kan?” soalnya kepada Adam.

“Kenapa kau jadi macam ni, Saraa?” Adam masih dalam keadaan terkejut.

“KAU FAHAM TAK MAKSUD AKU?! Ke kau nak aku betul-betul tembak kau hah?!” tengkingnya dengan wajah bengis.

Adam tidak memberikan sebarang respon. Matanya masih memandang wajah Saraa dengan rasa tidak percaya.

‘Apa dah jadi dengan Saraa Airisha aku?’

“Okey mari mulakan sesi terakhir kita. Mesti korang happy, kan?” dia terus duduk berpeluk lutut seperti biasa di hadapan mereka berlima. Wajahnya yang tadinya bengis berubah dingin. Adam yang masih berdiri dipandangnya sebelum mengarahkan dia untuk duduk di sebelahnya.

“Peraturan kita masih sama. Kalau ada yang menyampuk, peluru ni akan tembus kat kepala korang,” dia mengingatkan mereka dengan nada tenang.

“Dah seminggu korang kat sini, kenapa belum ada seorang pun yang nak bagitahu aku kenapa korang benci sangat kat arwah ayah aku?” dia memandang wajah mereka satu persatu. Matanya berkaca apabila teringat akan arwah ibu dan ayahnya.

“Tapi takpe. Kalau korang tak bagitahu pun, aku dah tahu dah kenapa korang benci arwah ayah aku,” senyuman sinis terukir di bibirnya.

“Pada malam sebelum arwah Makngah meninggal dulu dia pernah bagitahu aku sebab kenapa korang adik beradik benci sangat kat arwah ayah aku. Dia cakap….,” Saraa memejamkan matanya untuk mengingat kembali peristiwa pada malam sebelum arwah Makngah meninggal dunia.

“Saraa…. Saraa…,” panggil Makngah lemah.

Saraa yang sedang khusyuk menelusuri media sosialnya langsung tidak mendengar panggilan Makngah itu.

“Saraa…..,” panggil Makngah lagi.

“Eh ada orang panggil aku ke?” tanyanya kepada diri sendiri apabila mendengar ada suara yang memanggilnya.

Dia yang sedang berbaring di sofa ruang tamu pada masa itu bangun dari baringnya lalu meninjau ke kiri dan ke kanan untuk mencari sumber suara yang memanggilnya tadi. Dia melihat Makngah yang terbaring lemah di tilam bersebelahan dengan almari kaca yang berada di ruang tamu. Nafas Makngah kelihatan tercungap-cungap.

‘Dia ke yang panggil aku?’ dia terus berjalan mendekati Makngah.

“Makngah panggil Saraa?” tanyanya lalu duduk bersila di sebelah Makngah.

Makngah mengangguk lemah.

“Kenapa?” Saraa mengerutkan dahi. Selalunya Makngah tidak sudi untuk menyebut namanya apatah lagi memanggilnya.

“Maafkan Makngah,” air mata Makngah mengalir.

Saraa terkedu melihat Makngah menangis di hadapannya.

“Makngah sakit ke? Nak Saraa panggilkan ibu?” tanya Saraa cemas.

“Tak payah. Makngah nak bercakap dengan Saraa seorang je,” Makngah menggenggam tangan Saraa erat. Entah kenapa hati Saraa rasa sebak apabila Makngah berlembut dengannya.

“Makngah nak cakap apa?” Saraa cuba menyembunyikan perasaannya.

“Mesti Saraa nak tahu kenapa kami layan kamu tiga beranak teruk, kan?”

Saraa sekadar mengangguk.

“Dulu, arwah atuk Saraa ada dua orang isteri. Dia menikah dengan isteri kedua dia sebab dia ingatkan isteri pertama dia mandul, tetapi sebenarnya tidak. Ya, selepas lima bulan berkahwin, isteri kedua arwah atuk Saraa terus mengandung. Isteri pertama dia pulak hanya disahkan mengandung selepas anak isteri kedua berusia lima tahun,” Makngah menarik nafas panjang kerana kelelahan.

“Ayah Saraa, iaitu Along ialah anak hasil daripada isteri kedua atuk Saraa. Tapi malangnya mak Along meninggal sejurus selepas melahirkan dia. Jadi mak kitaorang, iaitu nenek Saraa terpaksa jaga dia. Nenek Saraa memang tak pernah sukakan Along sebab Along anak madu dia. Oleh itu, kami pun turut sama benci kat dia,” air mata Makngah semakin deras mengalir.

“Maafkan Makngah, nak. Makngah tahu Makngah banyak sangat buat salah kat kamu bertiga. Makngah tahu ayah Saraa baik sangat orangnya cuma ego Makngah tetap suruh diri Makngah ni membenci dia,” nafas Makngah mula tercungap-cungap kembali akibat menangis.

“Jangan mintak maaf kat Saraa. Pergi mintak maaf kat ayah Saraa. Hati ayah Saraa yang banyak terluka, bukan hati Saraa,” Saraa menarik tangannya daripada genggaman tangan Makngah lalu meninggalkannya menangis seorang diri di situ. Dia tidak sanggup lagi untuk mendengar apa yang bakal dikatakan oleh Makngah. Hatinya sakit.

“…..sampai hati korang kan? Hanya kerana ayah aku bukan adik-beradik seibu korang, korang terus layan dia lebih teruk daripada korang layan orang luar. Korang layan dia macam sampah!” air mata Saraa akhirnya tumpah jua.

"Saraa… maafkan kami nak. Kami tahu kami salah. Kami tahu kami tak sepatutnya layan ayah Saraa sebegitu hanya disebabkan oleh perkara remeh macam tu,” Maksu turut menangis.

Saraa tertawa kecil mendengar kata-kata Maksu.

“Takde guna dah korang nak mintak maaf. Ayah dan ibu aku dah mati dah!” dia mengesat air matanya.

“Saraa… benda dah lepas dah. Tolonglah lepaskan mereka,” rayu Adam yang duduk di sebelahnya.

Saraa memandang tepat di mata Adam. Senyuman diukir.

“Kau tak payah nak mengarah aku, boleh tak?” ujarnya lembut. Gaya percakapannya kini sama seperti gaya percakapan Saraa Airisha lima tahun yang dulu. Dingin namun lembut.

Dia merangkak mendekati Maklang. Wajah Maklang diusap lembut.

“Maklang…. Maafkan Saraa sebab dah buat Maklang macam ni, ya,” air matanya kembali mengalir.

“Tak apa, sayang. Maklang tahu yang bukan diri kamu yang buat semua ni tapi kemarahan kamu terhadap kami. Kamu tak ada apa-apa salah pun dengan Maklang,” jawab Maklang lemah. Air matanya juga sudah deras mengalir.

“Maksu pun maafkan Saraa, ya,” dia berpaling memandang wajah Maksu pula. Wajahnya juga diusap lembut sama seperti Maklang.

“Ya, nak. Maksu dah maafkan kamu,” jawab Maksu pula.

Dia kini beralih kepada Paksu. Tangan Paksu dikucup lama. Paksu yang sebak melihat gelagat anak saudaranya itu juga mengeluarkan air mata.

“Maafkan Saraa, ya,”

“Maafkan segala kesilapan Paksu juga ya, nak,” pinta Paksu.

Saraa sekadar tersenyum nipis tanpa memberi sebarang jawapan.

Kini giliran Sufrina dan Mila pula. Saraa memeluk Sufrina erat kemudian beralih kepada memeluk Mila.

“Maafkan aku,” ujarnya tanpa memandang wajah mereka.

“Kakak…,” panggil Sufrina.

“Suf maafkan kakak. Suf tahu akak sebenarnya baik hati. Kalau tak, dah lama dah akak bunuh kami, kan?” dia memandang wajah Saraa dengan mata yang berair.

“Betul tu, Saraa. Maafkan segala perbuatan kami kat kau jugak ya,” sampuk Mila.

Saraa memandang wajah mereka berdua satu persatu sebelum tertawa.

“Aku tak baik pun. Aku tak bunuh korang sebab aku tak bersedia nak jadi pembunuh. Barangkali korang ni gila sebab tu korang cakap aku ni baik,” tawanya bersulam tangisan.

Selepas selesai bermaafan dengan mereka berlima, Haris pula didekatinya.

“Kau pun tolong maafkan aku ya, Haris,” bisiknya di telinga Haris. Haris hanya membalasnya dengan senyuman lemah.

“Utba….,” dia memandang wajah Utba. Pistol yang berada di poketnya dikeluarkan lalu diserahkan kembali kepada Utba.

“Terima kasih sebab tolong aku walaupun aku tahu korang tolong ni pun atas ugutan aku,” ucapnya kepada mereka bertiga.

Mereka bertiga hanya mengangguk sebagai tanda menerima ucapan terima kasih Saraa.

“Sekarang korang boleh pergi. Aku tak nak korang kena tangkap polis sebab aku,” arahnya.

“Betul ke ni, Saraa?” mereka bagai tidak percaya.

Saraa mengangguk.

“Maafkan aku,”

Mereka bertiga terus beredar dari situ dan menganggap perkara yang berlaku selama seminggu itu tidak pernah berlaku sama sekali.

“Adam….,” dia memanggil Adam pula. Adam mendekatinya.

Dia menyeluk poket seluarnya lalu mengeluarkan secebis kertas. Kertas tersebut diberikan kepada Adam.

“Ni alamat hotel tempat aku sembunyikan Syaza, Mika dan Afif. Kau bolehlah jemput diorang tapi jangan apa-apakan Zack. Kesian adik dia dah takde sesiapa kecuali abang dia,” ujarnya.

“Saraa… ni betul-betul kan? Kau tak ada agenda lain kan?” Adam was-was.

“Kau tak percaya aku? Dahlah Adam. Aku dah tak sanggup nak seksa diorang. Kau tolong telefon polis sekali, okey?”

“Saraa…,”

“Kau nak aku ubah fikiran?” pintas Saraa.

Adam menggeleng.

“Jadi tolong telefon polis sekarang sebelum aku ubah fikiran secara drastik!” tengkingnya lalu menumbuk dinding.

Adam yang terkejut dengan tengkingannya itu lalu segera mengeluarkan telefon dan terus mendail nombor 999.

Selepas menelefon 999, dia menelefon nombor Areena pula untuk menyuruhnya menjemput Syaza, Mika dan Afif.

“Dah?” tanyanya.

Adam mengangguk.

Kini giliran dia pula mengeluarkan telefonnya. Nombor Zack didail.

“Zack, cakap kat Syaza suruh dia bersiap. Lepasni kawan aku akan jemput mereka bertiga. Terima kasih sebab jaga diorang tau. Mulai hari ni aku tak akan ganggu kau lagi. Kau dah boleh cari kerja dan hidup berdua dengan adik kau. Cakap kat dia yang aku kirim salam, ya,” pesannya lalu mematikan panggilan.

Zack mendekati Syaza dengan senyuman. Syaza hairan melihatnya.

“Abang Zack kenapa?” Mikail juga hairan.

“Mika, Mika bersiap tau. Lepasni kawan Kak Saraa akan jemput korang semua balik,” ujarnya.

“Betul ke? Yeay!!!” Mikail terus bersorak keriangan.

“Be…betul ke ni?” Syaza tidak percaya.

“Betul. Kau bersiap, ya,” Zack mengangguk.

“Family aku?” tanyanya.

“Insyaallah tak ada apa-apa,”

“Alhamdulillah,” Syaza meraup wajah tanda kesyukuran.

“Terima kasih ya, Zack,” ucapnya.

“Tak payah ucap terima kasih kat aku. Aku tak buat apa-apa pun. Aku cuma jaga korang je. Maafkan aku kalau selama aku jaga korang ni, aku ada gunakan kekerasan,” ujarnya lalu keluar dari bilik untuk memberi keselesaan kepada mereka untuk bersiap.

“Hello Shazrin. Kau bersiap cepat. Aku dan Syafiqa tengah on the way nak ke rumah kau ni. Kita jemput Syaza,” Areena menelefon Shazrin.

“Syaza? Serius ke ni?” Shazrin terkejut.

“Seriuslah. Dalam masa 10 minit lagi kami sampai,”

“Yang lain kat mana?”

“Banyak soal lah kau ni. Yang lain ada dengan Adam. Dah bye,”

Areena terus mematikan panggilan.

“Maafkan aku, ya. Aku tak dapat nak bukak rantai besi tu sebab aku dah buang kunci dia. Nanti biar pihak polis je yang bukakan untuk korang,” ujar Saraa lalu duduk berpeluk lutut di sudut ‘butik' itu.

Dia menyanyi-nyanyi kecil sambil tertawa. Selepas puas menyanyi, dia memegang kepalanya lalu menangis. Ada kalanya dia menghantukkan kepalanya di dinding. Perkara tersebut berulang-ulang sehingga pihak polis tiba di tempat kejadian.

Seminggu kemudian…

Maklang, Maksu, Paksu, Sufrina, Mila dan Haris telah menerima rawatan dan diberi khidmat kaunseling kerana dikhuatiri menghidapi trauma setelah apa yang terjadi.

“Ibu, kenapa ibu, ayah, Maklang, Kak Suf, Kak Mila dan Abang Haris masuk hospital? Korang kemalangan ke?” tanya Mikail yang tidak mengetahui apa-apa.

“Ni semua kerana perempuan gil…,”

“Af!” tegur Maksu. Dia tidak suka apabila Saraa digelar perempuan gila oleh anaknya itu.

“Betul lah kan?” Afrina tidak berpuas hati.

“Dah dahlah tu, kak. Kitaorang semua dah maafkan dia. Apa kata akak pun maafkan dia. Dia tak bersalah pun,” sampuk Sufrina pula.

“Ish ye la!” Afrina merengus kasar.

Saraa tidak dikenakan apa-apa tindakan undang-undang atas sebab masalah gangguan mental yang dialaminya. Dia telah dihantar ke hospital sakit jiwa untuk mendapatkan rawatan setelah pihak polis mengesahkan bahawa dia mempunyai masalah gangguan mental dan tindakan yang dilakukannya kepada ahli keluargannya ialah tindakan luar sedar. Ahli keluargannya juga telah mengesahkan perkara tersebut.

“Adam… bila kita nak kahwin?” soalnya sambil memuncungkan bibirnya sejurus melihat Adam datang melawatnya.

“Tengok aku datang je terus nak tanya soalan tu. Tak nak suruh aku duduk dulu ke?” Adam ketawa.

“Nak kahwin dengan Adam,” rajuknya

“Ye nanti kita kahwin, ya. Tapi kau kena sihat dulu. Kalau tak macam mana nak kahwin?” pujuk Adam.

“Yeay! Nak kahwin dengan Adam!” jeritnya lalu bertepuk tangan seperti kanak-kanak.

‘Aku janji kita akan kahwin. Aku akan tunggu kau, Saraa Airisha' Adam memandang wajah wanita yang mengenakan baju hospital berwarna hijau di hadapannya dengan sayu.

-TAMAT-

p/s; hey! It might be the worst ending ever but it is what it is hehe! Terima kasih sebab sanggup baca cerita ni sampai ke penghujungnya! I love you! Kalau sudi followlah saya kat ig ea AHAHAH JKJK XD

[follow me on Instagram; @_.illabella._]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience