Fauzi dan Danish tegang. Fauzi terlalu.. terlalu dan amat terkesan dengan kata-kata Danish. Ditenung wajah Danish dengan rasa tidak percaya. Badannya betul-betul kaku seperti batu. Tidak berkelip walau sedetik.
Tidak pula Danish, dia meneruskan kerjanya dan seperti tidak menyesal dengan kata-kata yang baru sahaja dilemparkan kepada Fauzi.
Ya, Fauzi, seseorang yang berada disisinya sejak dia berumur 5 tahun. Memang Fauzi akan terima segala amarah dan luka tanpa berkata apa-apa. Memang permulaannya Fauzi hanya dianggap sebagai pengganti momo. Tetapi....
YA, pengganti sampai sekarang. Status Fauzi tidak pernah sekali bertukar.
Fauzi masih berdiri, tidak bergerak. Danish masih dengan kerjanya.
“Kenapa berdiri lagi… keluar la… ooo nak bincang lagi pasal wedding… fine!... i will do, but with my parents… now OUT!”
-----------------------------------------------
Fauzi keluar dari bilik Danish, tak semena-mena dia terjelepuk dihadapan pintu. Kakinya betul-betul menggigil. Diana tidak ada dimeja, kosong. Mungkin pergi jumpa sesiapa.
Fauzi menggenggam kedua belah tangannya. Dia tidak menangis sebaliknya cuba mencari kekuatan baru. Dia cuba bangkit dari duduknya, tidak boleh. Dia cuba lagi, tidak juga.
“Fauzi!... kenapa ni?” terkejut Diana apabila ternampak Fauzi di atas lantai.
“Di.. di.. “ Fauzi cuba berkata sesuatu, tapi tidak terkeluar.
“Fauzi.. Kenapa?” soal Diana cemas.
“A...a… a.. “ Fauzi cuba lagi, sepatah perkataan juga gagal ditutur.
“Engkau sakit ke?... aku beritahu Tuan Muda… “ beritahu Diana. Tapi belum sempat Diana mengetuk pintu. Fauzi memeluk Diana erat seperti tidak mahu dilepaskan. Diana terkejut.
“Fauzi?” pelik Diana.
Fauzi menggeleng kepalanya laju berkali-kali.
“Engkau tak nak susahkan Tuan Muda ke?” tanya Diana lagi.
Fauzi mengangguk.
“Ok… jom kita ke pantry” ajak Diana. Dia cuba bangunkan Fauzi. Fauzi berdiri, tapi kakinya menggigil kuat dan akhirnya jatuh buat kali ketiga.
“Eh… Fauzi kenapa ni?... menggigil sangat ni… jumpa doktor nak… “ risau Diana.
--------------------------------------------------
Nurse Dora membiarkan Fauzi berbaring diatas katil. Memang syarikat ini punyai klinik sendiri, dibawah jagaannya, doktor hanya akan datang seminggu sekali. Nurse Dora melihat langsir yang menutupi katil Fauzi.
Fauzi seperti tidak ingin diganggu. Sudah 2 jam Fauzi begitu sejak Diana menelefonnya supaya naik ke tingkat 9. Bila ditanya kenapa, Fauzi tidak boleh menjawab. Bila di periksa tekak Fauzi tiada apa-apa tanda sakit tekak sampai tidak boleh bersuara.
Fauzi melihat syiling putih. Ditenung lama. Mindanya kosong seperti syiling putih kosong. Dia cuba menggerakkan kedua kakinya. Gigil sudah berkurangan. Dia cuba untuk tidur tapi tidak boleh. Terniang-niang kata-kata Danish dalam minda. Seperti dijampi.
Dia bangun dari perbaringan. Duduk dihujung katil. Kakinya cuba memijak lantai dan berdiri. Dia terjelepuk lagi sekali. Kakinya masih tidak bertenaga walau gigil sudah berkurangan.
Nurse Dora yang terdengar bising dibalik tirai segera bangun.
“Fauzi!... kenapa?.. Nak kemana?” soal Nurse Dora sambil membantu Fauzi duduk semula diatas katil.
“Ma.. ma… “ masih tidak berjaya menutur walau sepatah. Fauzi menunjuk perutnya.
“Lapar?... “ Nurse Dora cuba meneka.
“Engkau tak boleh berdiri tegak ni… aku minta Diana belikan “
Diana!... nope… Danish is there.
“A… a… “ Fauzi berusaha untuk bercakap. Sambil menunjuk handphonenya.
“Engkau nak mesej sendiri?” teka Nurse Dora.
---------------------------------------------
Razak mengemas kot doktornya. Handphone ditangan terasa bergegar. Segera dilihat. Fauzi mesejnya sesuatu.
‘Razak… aku sakit… ‘
‘Period ke?’ teka Razak.
‘Tak… ‘
‘Dah tu?’
‘Aku tak ada suara…’
‘Er?...’ pelik Razak.
‘Betul.. ‘
‘Engkau nak datang hospital atau aku pergi vila’ soal Razak.
‘Datang office aku’
‘Ala.. ada Danish… ‘
‘Aku tunggu di 7E’
‘Ok’
‘Lama tak?’ tanya Fauzi pula.
‘Sejam.. ‘
‘Ok.. ‘
‘Aku solat dulu… lambat sikit… ‘
‘Ok..’
---------------------------------
Diandra menghampiri Fauzi yang sedang duduk di atas kerusi menghadap permandangan luar dibalik kaca. Terkejut dia apabila Fauzi datang dipapah oleh Nurse Dora. Ini pertama kali dia melihat Fauzi sebegini. Kalau tak dah lama dirinya diajak sembang. Tapi kali ini hendak bersembang… hanya tanpa suara.
“Abang Fauzi… nak apa-apa tak?” soal Diandra berbasi. Fauzi hanya menggelengkan kepalanya. Niatnya hendak makan bersama Razak.
Diandra mengambil tempat disebelah Fauzi. Dia juga tenung ke jalan raya. Bangunan syarikat milik Tuan Danial betul-betul gah dihadapan 7E ni. Di pangku kepala dengan tangan. Saja sementara tidak ada pelanggan dia menemani Fauzi keseorangan.
“Eh… tu bukan anak bos abang ke?” Soal Diandra apabila ternampak Danish keluar dari pintu lobi. Dilihat jam didinding. Pukul 5 petang, memang waktu habis kerja.
Dari jauh kelihatan seorang wanita menerkam bahu Danish. Tak semena-mena Diandra bangun dari kerusinya kasar menyebabkan kerusi jatuh ke lantai. Kuat.
“Eh apa kakak buat dengan bos abang?” bisik Diandra perlahan.
Fauzi yang dari tadi tidak mengendahkan Diandra terkejut dari lamunannya. Bagai hendak tercabut jantung. Di tepuk tangan Diandra sambil memberi isyarat… ‘kenapa’ kepada Diandra.
“Tu .. tu… kakak Diandra… “ beritahu Diandra. Fauzi memandang wanita disisi Danish kemudian beralih kearah pandangan Diandra dengan muka tidak percaya.
‘Emely?... kakak Diandra?’ terbeliak mata Fauzi. Waaa… betul ke?... bohong?. Langit dan bumi. Sorang macam kaya, sorang kenapa kerja 7E.
“Abang… kenapa kakak Diandra dengan bos abang?”
“Gi.. gi.. “ Fauzi masih tidak boleh membalas apa-apa pertanyaan. Dia mengeluarkan handphone. Lalu menaipkan sesuatu dan ditunjukkan kepada Diandra. Diandra baca mesej Fauzi.
“Girlfriend … serius?... ish… abang bahaya ni… baik abang jangan bagi bos abang terlibat dengan kakak Diandra. “ beritahu Diandra risau.
Aik… bukan haritu dia cadang nak kenalkan kakak dia ke aku ke…
------------------------------------------
Danish merasa kusut sepanjang hari setelah bergaduh mulut dengan Fauzi walaupun sekejap sahaja. Tapi impaknya amat besar.
Dia melihat Emely disebelah sedang membetulkan makeup. Sesuatu bermain dibenaknya. Kenapa Fauzi tidak tertarik kepada wanita?. Kenapa mesti lelaki?. Tengok Emely, hot body kot.
Sampai sahaja di satu restoran untuk makan malam Danish memberhentikan keretanya. Mereka keluar beriringan dan terus memesan makanan apabila seorang pelayan datang menyambut mereka.
“Emely… you tahu mana-mana kelab sekitar seberang ni?” tanya Danish. Setahu dia negaranya tidak benarkan membuka kelab, tapi dia tahu ada mereka yang menjalankan perniagaan haram.
“Hmm… rare… ingatkan you dah tak ada nafsu nak berkelab ni?... “
“I need today… clubbing… heh… ada benda I nak lupakan” balas Danish.
“I know one… tapi ini rahsia… you tahukan seberang dah tukar law… no more night club business“ mengaku Emely.
“I know… “ mengaku Danish kepada Emely.
“Alright… you know shuuu“ balas Emely sambil membuat isyarat ‘rasiah’, jari tulunjuk diletakkan ditengah-tengah bibir
Emely mengeluarkan phone dari tas tangannya lalu menaip sesuatu. Seperti menghubungi seseorang dari kelab menyatakan dia ada pelanggan baru untuk mereka.
--------------------------------
“Bebe dah order belum?” soal Razak sambil menarik kerusi dihadapan Fauzi. Fauzi mengalih kepalanya kearah Razak lalu menggeleng.
“Serius la… engkau tak ada suara betul ni?... cuba cakap sikit” soal Razak tidak percaya.
“Ra… ra.. “ Fauzi cuba menyebut nama Razak. Tapi masih tersekat.
“Sakit tak? Soal Razak lagi, mukanya berkerut. Fauzi menggeleng.
“Lepas ni… pergi klinik… aku bawa.. sekarang isi perut dulu… “
Tiba-tiba Fauzi menepuk meja, terkejut Razak dibuatnya. Dia menggeleng kuat kepalanya. Seperti membantah cadangan Razak.
“Jiya.. pergi klinik periksa mulut.. Bukan examine satu badan pun. Rahsia engkau selamat lagi. Kalau takut sangat kita pergi klinik atuk kembar “ cadang Razak apabila teringat klinik Doktor Arif dan Rakan-Rakan.
Tapi Fauzi masih menggeleng kepalanya. Sememangnya Fauzi takut hendak mengambil risiko. Dia panggil Razak pun kerana dia satu-satunya doktor yang dia kenali. Fauzi menaip sesuatu di handphone lalu ditunjukkan kepada Razak.
‘Please Razak… engkau doktor kan… tolong aku… ‘
“Aku nak tolong kau pun… aku tengok tak ada simptom pun masalahnya… apa engkau buat sebelum kau hilang suara?” soal Razak.
‘Aku gaduh dengan Danish… ‘ Fauzi membuka cerita.
“Gaduh?... engkau melenting ke?... cerita dengan aku A sampai Z”
Fauzi mengangguk, dia menaip panjang. Razak sabar menunggu.
-----------------------------------
Emely setia disisi Danish, mereka berdua memasuki kelab yang dikatakan oleh Emely. Dari luar memang tidak nampak seperti kelab malam kerana dibalik pintu ada pintu lagi. Tukang jaga parking juga pandai menyusun kereta supaya tidak nampak ramai yang hadir ke kelab malam. Sekali masuk, penuh dengan anak-anak muda sedang menari-nari di pentas menari.
Emely mengheret Danish ke satu kaunter. Dia mendapat seorang lelaki berbadan sasa. Kelihatan putih kulitnya.
“Hai Emely… siapa you bawak ni?” soal lelaki itu.
“New customer for you… This is Tuan Muda Danish… “ Emely memperkenalkan Danish kepada lelaki itu.
“Danish… ini owner kelab ni… Leopard… “
“Hai… “ tegur Danish.
“Nice to meet you Tuan Muda Danish… and have fun… apa-apa boleh tanya this boy… “ beritahu Leopard sambil menepuk bahu seorang pelayan lelaki. Muda, mungkin masih bawah umur.
“Boleh saya bantu… “ soal anak muda itu.
“One room please… “
“OK… “
“Oh… plus ‘pemutih’... “ beritahu Emely.
“Done miss… “
“Owh Emely… you night shift tonight jangan lupa… “ bisik Leopard ditelinga Emely.
---------------------------------------------------------
Razak terdiam apabila mendengar cerita Fauzi. Dia tidak berani hendak berkata apa-apa. Dia tahu hubungan Fauzi dan Danish bukan hubungan yang biasa, ia satu hubungan luar biasa yang terjalin sejak mereka kecil lagi.
Tapi dari sudut hati dan maruah diri, Razak merasakan panas walau dia hanya mendengar cerita sahaja, sedangkan Fauzi menerima segala kata-kata hina dihadapan mukanya. Hendak menolong kawannya ini, tapi Fauzi bukan senang-senang boleh menerima pertolongan sesiapa pun.
Tengoklah, diri sendiri hilang suara pun masih relax makan mamak lagi. Fauzi memang seorang yang tidak peduli akan diri sendiri. Tidak kisah apa akan berlaku keatas dirinya. Semua dan semua dan semuanya terima tanpa sebarang pertanyaan.
“Fauzi… kita jumpa Doktor Arif eh?” Razak memberi cadangan. Tapi cadangan cepat sahaja mendapat gelengan dari Fauzi.
“OK… bebe… please risaukan diri sendiri juga… aku beritahu kenapa aku rasa engkau perlu jumpa Doktor Arif. First, aku tak mahu apa yang aku fikirkan ini betul… aku rasa engkau having shock. Second, aku memang tak tahu macamana nak nasihat kau untuk kembalikan suara kau, dan aku rasa Doktor Arif mungkin ada jalan, engkau tengoklah kembar, dari musuh ke kembar sehidup semati. Third, aku rasa rahsia engkau akan selamat dengan Doktor Arif dan aku merasakan kembar akan support cadangan aku. “ panjang lebar Razak memberi jawapannya. Dia berusaha memujuk Fauzi.
Fauzi diam, bukan kerana dia tidak setuju dengan cadangan Razak, tapi dia tak mahu ambil risiko. Dia bukan berani hendak announce dia seorang perempuan sedangkan lebih 20 tahun dia hidup sebagai lelaki...ops… as pet.
Fauzi menaip sesuatu
‘Bagi aku masa… ‘
“Sampai bila Fauzi?. Suara satu yang bernilai tau… hmm… OK… macamni, aku consult dengan Doktor Arif dulu… sekarang ni aku hantar kau balik vila“
Fauzi pantas melambai tangannya, menandakan ‘tidak’. Razak memahami bahasa isyarat yang digunakan oleh Fauzi.
“Balik mana?” soal Razak.
‘Rumah Ibu’
“Oi… jauh! “ jerit kecil Razak. Sebaliknya Fauzi hanya senyum melihat respon dari Razak.
-----------------------------------------------
Danish merasakan hendak muntah. Perutnya tidak sedap sejak minum air putih yang diberi oleh Emely. Hanya dia dan Emely di dalam bilik. Telinganya bingit dengan pelbagai bunyi menusuk masuk kedalam otaknya.
“Danish… aaaa… “ Emely cuba memujuk Danish membuka mulut aku makan buah yang sudah dipotong kecil-kecil sebesar suapan sahaja.
Danish mengikut sahaja apa yang disuruh Emely. Dia seperti anak-anak. Rasa hendak muntah tadi cepat sahaja dilupakan.
“Pukul berapa dah?” soal Danish.
“Sekarang 10 malam… “ beritahu Emely.
“Danish jom keluar. Kita pergi dance floor.”
“Nope … I kena balik. Fauzi tunggu I kat vila… “
“Sekejap sahaja… “
“Nope… I kena balik. Fauzi tunggu I”
“Danish… I think Fauzi already sleep… “
“Nope… Dia tak boleh sebelum aku balik… sebab aku nak selimut dia… “ bebel Danish sambil berusaha menarik pintu untuk keluar.
Tapi kakinya terhuyung-hayang. Tangannya juga tidak mampu membantu dia berjalan dengan lurus. Dalam tidak terurus Danish mencari handphone di poket seluarnya. Dia mendail nombor Fauzi yang sudah diset #1 speed dial.
----------------------------------------------
Fauzi tenung handphonenya yang menjerit diminta diangkat. Dia seakan tidak percaya Danish akan menelefonnya. Dia memandang Razak yang sedang memandu seperti meminta bantuan. Tapi Razak terlalu fokus memandu kerana sudah bertahun dia tak pergi Rumah Pusat Jagaan Anak Yatim. Fauzi menepuk lembut tangan Razak. Razak mengalih pandangannya sekilas.
“Danish?... kenapa?... jawab lah… “ balas Razak seperti lupa bahawa Fauzi tidak ada suara. Fauzi yang mendengar jawapan Razak menepuk kuat bahu Razak.
“He… Ha!” Fauzi cuba memarahi Razak tapi tidak berjaya.
“Ops… lupa… engkau nak aku jawab kan ke?”
Fauzi mengangguk.
----------------------------------------------------
Danish menghempas handphone ke lantai sekuat hati walaupun dirinya langsung tidak imbang. Emely dari belakang mendapatkan tubuh Danish yang hendak terjatuh. Berat, ya berat lelaki manalah perempuan boleh tampung lama-lama, akhirnya Emely merebahkan tubuh Danish diatas lantai dan berlalu memanggil pelayan lelaki bawah umur tadi meminta pertolongan.
Danish merasa terlalu sedih, sedih sedalam-dalamnya apabila mendengar suara lain yang menjawab panggilannya. Suara Fauzi lain, itu suara orang lain. Dia tahu bagaimana nada suara Fauzi. Suara Fauzi halus dan lembut tidak kasar seperti suaranya.
‘Siapa?... ‘ monolog Danish seorang diri.
‘Itu suara siapa?... bukan suara Fauzi… ‘
‘Suara lelaki… ‘ Danish menghentak-hentak kepalanya diatas lantai. Dia tidak endahkan orang yang lalu lalang di laluan itu. Kepalanya memikirkan sesuatu yang dia merasakan sesuatu baru mengenai Fauzi.
‘Boyfriend?!’
Danish teresak seorang diri. Dia benci, dia benci dengan keadaan sekarang. Perlahan - lahan dia merangkak mendapatkan handphone yang dihempas tadi. Dicari semula nombor Fauzi.
----------------------------------------------
Fauzi tergamam buat kali kedua. Panggilan pertama seperti dimatikan setelah Razak menjawab untuk pihaknya. Fauzi meminta perhatian dari Razak semula, dia menunjuk bahu jalan seperti mahu Razak berhenti memandu. Razak memahami apa yang dimaksudkan oleh Fauzi, dia segera memberi lampu isyarat ke kiri.
“Dia call lagi?... tadi aku jawab dia matikan?” soal Razak. Fauzi menghulur handphonenya kepada Razak.
“Hello… “ Razak memulakan perbualan setelah menekan butang loud speaker.
“Fauzi… pick me up now!” kedengaran arahan Danish kepada Fauzi.
“Dimana?”
“Aku nak Fauzi aku sekarang!... pulangkan Fauzi… hu.. hu.. isk… ” arah Danish seperti meminta semula barang yang dipinjam oleh orang lain juga kedengaran esakkan dihujung ayatnya.
“Err.. pick up mana?” soal Razak lagi.
Tut.. tut.. Tut… buat kali kedua perbualan mereka tergantung ditengah jalan.
Razak memandang Fauzi sambil memulangkan semula handphone.
“Engkau nak pergi pick up Danish tak?... macam stress sangat aku dengar suara dia tu” tanya Razak.
Fauzi mengangguk cepat, setuju dengan cadangan Razak.
“Pergi mana?” soal Razak.
‘Office’ Fauzi menaip lalu ditunjuk kepada Razak.
-------------------------------------------------
Emely bersama pelayan cuba membangunkan Danish dari lantai. Danish tidak terurus. Nampak kesan airmata dipipi. Emely tidak peduli apa yang terjadi dengan Danish, dia mahu keluar dari kelab ini dengan sepantas mungkin sebab dia malu dengan kelakuan Danish sekarang.
“Cepat lah!” gesa Emely kepada pelayan itu.
Pelayan berbadan kurus itu berusaha meletakkan tubuh Danish dibelakang. Dicuba piggyback Danish beberapa kali, tapi Danish seperti menolak niat baiknya. Berkali-kali tubuhnya ditolak tepi.
“Tepi… tepi… “ Danish membebel seorang diri.
“Engkau bukan Fauzi… tepi!!” marah Danish, dia terus menolak pelayan itu berkali-kali.
“Danish!... Fauzi is coming… so get up… dia tunggu you diluar… “ tipu Emely.
Danish yang mendengar kenyataan yang baru sahaja dinyatakan oleh Emely segera duduk tegak. Di pandang Emely dengan penuh makna.
“Betul?” soal Danish meminta kepastian. Dia cuba bangun dari lantai tapi malang kakinya hilang tenaga dek kerana minda dan tubuhnya seperti tidak bersatu. Dia rebah. Pelayan tadi cuba membantu Danish berdiri. Mereka berjalan terhuyung hayang sambil Danish membebel seorang diri.
“Fauzi… dengan lelaki lain… engkau tahu tak!... Fauzi dah ada lelaki lain selain aku… “ bebel Danish.
Emely dari belakang cuba meneliti percakapan Danish. ‘Fauzi ada lelaki lain selain Danish?... Fauzi dan Danish?’
------------------------------------------------------
“Stop! “ satu suara menjerit dari belakang mereka bertiga. Bahu Emely terhinjut sedikit kerana terkejut. Dia amat kenal dengan suara bosnya.
“Emely… you nak kemana!” tanya Leopard dari jauh.
Emely yang mendengar namanya dipanggil memaling kepalanya kearah Leopard.
“You ada customer lagi Emely… “ arah Leopard.
“Err.. ok baik… “ jawab Emely lalu meninggalkan Danish bersama pelayan.
“Eh Emely!... “ pelayan itu termati akal. Dia hendak buat apa dengan Danish ni?.
Dia membawa Danish ke satu sudut, dibiarkan Danish kesejukkan diatas lantai. Pelayan itu berlari ke tempat permulaan dia mengendong Danish, mencari phone milik Danish, hilang!. Dia mati akal buat kali kedua. Dia kembali mendapatkan Danish. Dia cuba berbicara dengan Danish.
“Encik… encik… bangun.. bangun.. dah malam ni … balik rumah.”
“Ya… ya… aku tunggu Fauzi… “ marah Danish
“Encik ingat nombor Fauzi tak?” tanya pelayan itu.
“Arghhhh!!!... Fauzi is coming… kenapa aku perlu bagi nombor phone Fauzi ke engkau!... Engkau pun macam Fauzi jugak ke?!” marah Danish tiba-tiba.
“Kenapa ni?” soal seorang wanita dari belakang. Pelayan itu mendongak, berubah wajah dia kerana dia tidak sangka akan berjumpa dengan ‘chairwoman’ di laluan ini.
-------------------------------------------
Handphone Fauzi berdering buat kali ketiga. Tapi bukan nama Danish yang naik tetapi nama Puan Yuan. Tapi dia tidak peduli langsung. Matanya melilau mencari Diandra di 7E. Diandra sahaja yang boleh membantu dia kemana Emely membawa Danish pergi. Tapi malang, Diandra sudah habis kerja. Fauzi buntu. Dia mendapatkan Razak di kaunter yang cuba mendapatkan info dari cashier.
“Bebe.. siapa Diandra tu… biar betul budak tu tak tinggal langsung personal contact kat staf sini… “ beritahu Razak.
Fauzi buntu. Handphone ditangan berbunyi lagi.. Puan Yuan..
Fauzi tidak peduli dimatikan. Tapi Puan Yuan mendail lagi. Fauzi pelik. Dia mendapatkan Razak, diminta menjawab panggilan Puan Yuan.
“Hello.. Fauzi not here.. Dimana?... bus stop?... oh bus stop sana.. Baik.. i’ll let him know… thank you. “ Razak menamatkan perbualan.
“Dia kata… Danish di bus stop seorang diri… “ beritahu Razak kepada Fauzi.
Share this novel