BAB 3

Horror & Thriller Completed 19800

Tidak sampai beberapa minit …

HAMPIR tersembur air kopi dalam mulut tatkala dia terdengar suara seseorang di belakangnya. Dengan laju dia menoleh.

"Buah hati abang…" ujarnya tersengih dari meja.  Pada masa itu, Rafena membagi belakang jadi dia tidak perasan akan kewujudan Rafael.  Namun tidak pula bagi Pak Samat tauke warung, dia sudah menjeling karenah gatal Rafael. 

Sementara itu…

"Fena. Tak nak jumpa abang ke?"  Soalnya sendirian. Mata nakalnya memandang atas, bawah tubuh tinggi lampai itu dari mejanya. Haruman dari Rafena membuatkan duduknya tak menentu.

"Aduh. Apa ni?" Dia  menyoal dengan muka berkeronyok menahan sakit.  Dengan perlahan-lahan dia  mengeluarkan kembali barang yang telah dia kunyah itu.

"Lah, aku ingatkan biskut… rupa-rupanya keychain. Nasib baik tak tercekik. Hai lah Fena. Fena… boleh jadi gila aku dibuatnya…"  Berkata sambil tersenyum gelihati.

Dek terlalu ghairah memerhati Rafena, nasib dia tak tercekik. Kalau tak?

Tak pasal je masuk wad, pakai baju hijau!

"Mak kamu sihat, Fena?"  Soal Mak Limah isteri kepada Pak Samad tauke warung sambil menghulurkan bungkusan plastik berisi kuih keria. 

"Alhamdulillah makcik, dia sihat. " Rafena menjawab sambil bertukar huluran.  Dia menghulurkan duit syiling manakala Mak Limah plastik berisi kuih keria. 

Setelah mengucapkan terima kasih dan berkiriman salam, Rafena memusingkan tubuh mengadap arah luar dan dia pula pada saat itu, berada di tepi meja Rafael sedang duduk. Sabar menanti. 

"Hai Fena… dari mana nak ke mana ni? Meh lah duduk dulu… abang belanja kopi ke teh ke nak? "  Bingkas Rafael berdiri tatkala Rafena mendekati mejanya.

Rafena terundur ke belakang kerana mereka hampir berpeluk akibat keterkejutan diterpa soalan tanpa salam.

"Takpe lah. Terima kasih aje. Lagipun, Fena nak cepat ni. "  Dalih Rafena tertunduk. Dia agak rimas dengan renungan Rafael. Renungan itu seolah tersembunyi sesuatu.

"Alahai. Takkan tak sudi kot?"   Rafael kian mendekati Rafena.   Dan gadis itu pula, semakin mengundur.  Rafael mencuba nasib dengan mempelawa lagi.  

"Betul ni. Memang nak cepat." 

"Sombong sungguh Fena ni…" Sahut Rafael sengaja mengendurkan suaranya seakan-akan dia merajuk.  Hakikatnya tidak pun. Namun dia yakin sekeras-keras hati Rafena kalau kena gaya pujukan pasti mencair juga.

"Tak. Bukan begitu. Memang Fena betul- betul nak cepat ni. Nanti bising pula mak …" Rafena menyahut dalam serba-salah pabila orang yang lalu-lalang asyik terarah mata pada mereka.  

Rafena cuba melangkah namun pergerakkannya agak terhalang dek tubuh itu menghadangnya.

"Kenapa macam takut-takut je ngan abang ? Abang tak makan oranglah sayang…" 

"Raf, please bagi Fena lalu. Fena nak cepat ni ..."  Rafena terpaksa merayu.  Sedangkan dalam hati menyumpah-seranah. Kalau tak mengenangkan mereka berada di mana mahu saja dia lontarkan air ludahnya.

"Boleh… abang boleh je, bagi Fena lalu… tapi dengan satu, dua syarat. Boleh? " Soal Rafael berbaur nakal. Sengaja mahu mengumpan dan menduga hati gadis yang semakin hari, semakin cantik pada pandangannya itu.

Rafena terdongak seraya melawan renungan itu buat seketika.

"Boleh ke sayang? Ala, tak susah pun syarat abang ni ..."  Rafael mengumpan lagi pabila dia melihat airmuka Rafena tetap was-was.  Keras sungguh hati kau, Fena!

"Hah, apa dia? Cepatlah." Gesa Rafena semakin gelisah.

Nak bersyarat bagai lah pulak. Berkali dia pandang jam di tangan. Jarum tetap laju bergerak tanpa menunggu dia. Rafael semakin tersenyum nakal. 

Mak limah  di kaunter menggeleng kepala melihat ulah pasangan itu. Memang dia juga sudah tahu bahawa Rafael menaruh hati pada anak gadis Omar. Namun ada ketikanya dia merasa kasihan bila melihat Rafael bagaikan bertepuk sebelah tangan.

"Erm… syarat yang pertama.  Jeng jeng jeng…"

"Cepatlah!" 

"Okay. Okay. Kiss dekat sini," ujar Rafael seraya mendekatkan pipinya. Rafena menjegilkan mata. Syarat yang mustahil untuk dia tunaikan apatah lagi di tempat awam.

"Syarat yang kedua. Jeng Jeng Jeng… jumpa malam ini kat taman… Haa sayang nak yang mana-mana? Dua-dua abang sudi bagi.  Apatah lagi yang pertama tu. Hihihi…"  

Rafena sedikit lega kerana tiada syarat gila lagi namun dia kembali resah untuk membuat pilihan. Sudah tentu dia takkan pilih mana-mana pun.  Tapi...

"Tiada kompromis ok. Syarat tetap syarat. Jika tak… sampai ke malamlah kita kat sini sayang…" Sahut Rafael sengaja mendekatkan semula wajahnya ke wajah Rafena. 

Kerana dia seakan sudah dapat menghidu jawapan yang pasti akan keluar dari mulut berbibir merah kebasahan sebelahnya itu.  Tatkala merenung jam dan langit kian kelam. Rafena tiada pilihan lain. Mahu tak mahu, dia perlu buat keputusan.

"Janji kalau Fena dah pilih… bagi Fena lalu?" Rafena juga bukanlah bodoh.  Dia juga mahukan cagaran. 

"Ye, Fena ku sayang..." 

"Baiklah. Jumpa malam ni pukul 8 di taman ..." Jawapan yang melebarkan lagi senyuman Rafael.

"Baiklah intan ku sayang. Dipersilakan. Nak abang teman tak? Hari makin gelap ni…" 

"Tak apa, tak apa terima kasih." 

Dengan pantas Rafena mulai melangkah ke arah luar warung.  Botol kecil dalam poket di pegang lalu tersenyum penuh makna.

"Osman, aku cuba malam ini. Tapi… kalau tak menjadi jugak kita pergi..." 

Masih terngiang janjinya itu. Tipulah kalau dia tak gementar untuk bertemu dengan bomoh.  Apatah lagi, buat kali pertama. Takut juga kutlah terserempak dengan  khadam bomoh itu ke? 

Mahu tidur dengan Osman jawabnya.

Di Rumah...
Malam tiba...

PAKUK MA, PAKUK RAJUNA

Pakuk ma perebah kasih

tertutup hati ( Rafena) yang gusar ...

Tertutup hati ( Rafena) yang gusar ....

Kepada Rafena , Terbuka kasih padaku....
Dihembuskan 3 kali sebelum di calit di belakang cuping telinga, kedua belah kening dan nadi di pergelangan tangan.

Rafeal tersenyum penuh makna di hadapan cermin. Dia yang kelihatan segak secara tiba-tiba langsung menyemburkan sedikit minyak wangi pada kemeja yang dipakai. Rambut berkali dia rapikan, setelah pomade wak doyok sebelah tin dia sapukan.

"Rafael, kau kena yakin.  Lagi pun, Fena dah bagi hint walau sedikit…" Rafael berkata-kata pada wajah dalam cermin.  Tersenyum sendirian namun dengan tidak semena-mena terasa meremang pula melihat wajah sendiri.

Laju menggeleng dan tersenyum sebelum mengaut kunci motor.

Di lokasi berlainan…

Entah kenapa, jantungnya mengepam laju darah. Mungkin kerana kayuhan basikal yang agak laju. Rafena dalam keterpaksaan mengarah ke arah taman.

Dah berjanji dia perlu tepati.  Rafena juga terpaksa menipu ibu dan bapanya dengan menyatakan dia mahu menemui teman sekolah. Andailah mereka tahu, tentu mati dia.

Taman…

Memandangkan Rafael menaiki motor sudah tentulah, dia yang sampai dahulu. Helmet ditanggalkan. Rambut kembali dia rapikan.

Sementara menanti Rafena yang masih belum tiba, sedikit minyak dari botol kecil yang dia baru keluarkan itu dicalitkan pada ibu jari kanannya. Jampi yang sama dia lafazkan sebelum dihembus.

Taman yang gelap menambahkan lagi rasa ketakutan dalam diri Rafena.  Basikal diberhentikan kayuhan.  Kaki yang menjejak tanah kini menapak sambil menyorong basikal, mendekati motor berkenaan.

Rafael makin lebar senyuman jahatnya. Tak sabar rasanya mahu mencalitkan minyak berkenaan, pada baju atau kening gadis itu. Itu pun kalau berkesempatan…

Terjegil-jegil mata si burung hantu menyaksikan drama yang tersaji itu. Kembang-kempis hidung mengambil bau haruman dari tubuh mungil milik Rafena yang makin mendekat.

Cahaya kelam dari bawah tiang lampu membuatkan wajah Rafena kelihatan amat seksi di mata Rafael. Tercabar juga keimanan serta kelelakiannya.

Sebenarnya Rafael juga tidak menyangka bahawa Rafena dapat menepati janjinya. Maklumlah selama ini, ada saja alasan yang diberikan tiap kali dia pelawa ingin ketemu.

Dari jauh dia memberikan senyuman lebar.  Manakala Rafena pula antara ikhlas dengan tak senyumannya itu.  Nak-nak lagi, dia sudah pun berada berdekatan dengan Rafael.  Handle masih kejap dia genggam.

Walau Rafael itu manusia dan bukannya jembalang namun rasa seriau tetap melatari dinding hati Rafena.  Mereka sedang berduaan di tempat sunyi, pasti akan ada yang tengah-tengah.  

"Maaf, jika lama menunggu," ujar Rafena tangan masih setia pada handle basikal.

"Eh, taklah baru juga sampainya. Mari kita ke sana." Laju  jemari Rafael bergerak ingin menyentuh hujung lengan Rafena tapi gagal kerana Rafena dengan pantas mengelak.  Dan pada pemikiran Rafena, Rafael mahu memegangnya.

'Tak apa panjang lagi masa ini.'  Fikir Rafael jahat. Rafael tetap tersenyum seraya mempelawa gadis itu duduk atas bangku batu panjang.  

Rafena masih berasa curiga tetapi dia dilanda serba-salah kerana enggan di tuduh sebagai sombong dan gusar juga seandainya Rafael memaksa.

 Perlahan-lahan dia melepaskan handle lalu bergerak ke arah bangku.  Duduk di hujungnya dan Rafael yang sudah tersenyum juga melabuh duduk,  sengaja dia jarakkan sedikit.  

"Rafena, terima kasih kerana sudi jumpa Raf… Raf pun tak sangka juga Fena sudi bertemu ..." Rafael mulai bicaranya dengan berbasa-basi.  Sengaja dia mahu mencuri kelekaan Rafena supaya misinya berjaya.

"Fena, tak busy tu yang boleh jumpa tu." Rafena  menjawab dengan jari-jari dia mainkan.  Rafael tahu gadis itu dalam kegundahan. Berkumat-kamit mulut Rafael memandangkan gadis di sebelah langsung tidak mahu memandang ketika bersembang.

"Fena. Raf tahu mungkin selama ini… cara Raf approach Fena… menyebabkan Fena berasa kurang selesa. Bukan apa, Raf pun segan sebenarnya. Tapi percayalah, Raf benar-benar ikhlas mahu mengenali Fena dengan lebih dekat lagi," terang Rafael dengan hati yang ikhlas.  

Memang itulah impian dia selama ini hanya Rafena yang tidak sudi melihat keikhlasannya itu.  Perlahan-lahan Rafael menginjakkan punggungnya supaya kian mendekati Rafena tanpa gadis itu sedari.

"Erm, tak apa. Fena pun nak minta maaf kalau selama ini… Fena jugak agak berkasar dengan Raf," sahut  Rafena memberanikan diri dengan memandang wajah Rafael.  Rafael tetap tersenyum.  Hela nafas lega, akhirnya Rafena sudi memandang walau sesaat cuma. 

"Kosong-kosong balik ok, Fena. Er, boleh Raf tanya sedikit tak?  Itu pun kalau Fena tak keberatanlah…"  Aju Rafael sambil matanya tajam memerhati hujung lengan kurung Rafena yang berjuntaian tepinya itu .

"Ok, apa dia?  By the  way, Fena pun ada soalan untuk Raf.  Tak apa Raf mulakan dahulu…"  Dan soalan tersebut menaikkan kening Rafael secara spontan.  

"Tak apa, ladies first…" Sahut Rafael ikhlas.

"Herm… Oklah.  Tapi jangan marah ok. Setahu Fena… bukankah Raf dengan Laila ? Tak marah ke dia… andainya dia tahu kita bertemu ni?"  Soalan inilah yang selalu bermain dalam kotak minda Rafena.  Asbab kenapa dia mahu menjauhkan diri.

"Laila? Oh… jadi sebab inilah, Fena cuba mengelak dari abang ya?  Bencikan abang?  Ingat abang ni player gitu?" Tebak Rafael tersenyum gelihati dan dalam masa sama, sedikit terkilan bila Rafena mengangguk dengan perlahan-lahan.

"Sebab Fena tak mahu dituduh sebagai perampas boyfriend orang nanti," sahut Rafena tidak mahu Rafael salah tanggapan pula.  

"Fena, Fena… Fena pun tahukan… siapa abang dengan Laila?  Kami sepupu. Lagipun abang tak sukalah kalau ada pertalian darah ini… nanti tak berkembang keluarga Kita. Hihi… "  Rafael memberi keterangan dengan sengaja  dia tekankan pada perkataan kita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience