ZAILANI termenung di sebelah katil yang menempatkan Juwita. Menurut doktor, Juwita terlampau tertekan sehinggakan dia pengsan.
Apa yang lebih menyebalkan hatinya apabila Zaitun ke situ bersama Haris dan keluarganya. Apa sebenarnya hubungan mereka? Zailani masih berteka-teki.
Jika benar Haris bukan bakal tunang Juwita, kenapa dia dan keluarganya turut serta?
"Apa sebenarnya yang berlaku Zai?" Zaitun menyoal. Tidak betah melihat anaknya begitu.
"Zai bukan orang yang sepatutnya cerita. Ju yang patut cerita." Zailani menjawab lembut. Air mata Zaitun setitik demi setitik mengalir.
"Ju dah lama tak sakit. Mesti ada sebab Ju jadi macam ni." Bayangan kisah lalu menerpa mindanya.
Hari dimana dia terpaksa ke Kuala Lumpur untuk menjemput Juwita pulang. Badannya penuh lebam.
"Sabar kak long. Kita tunggu Ju sedar ye," pujuk Tuan Nabihah. Melopong Zailani di situ. Entah mengapa terlalu banyak kejutan yang dia terima hari ini.
Junaidi tersengih memandang reaksi Zailani. Ingin saja dia ketawa terbahak-bahak di situ. Namun, jelingan Zailani membuatkan dia kecut perut.
"Haris tahu. Tapi Haris rasa Zailani juga tahu sebab apa. Kalau tak, takkan Ju boleh ada dengan dia." Haris jeling Zailani.
Video yang diterimanya dari nombor yang tak dikenali cukup merobek hatinya. Haris yakin dan pasti, ianya ada kena mengena dengan duit RM30,000 yang ingin dipinjam oleh Juwita.
"Ceritakan pada mak long. Jangan buat mak long macam ni." Zaitun merayu hiba.
Haris pandang Tuan Mansur minta kepastian. Perlu atau tidak dia menceritakan. Video itu telah sampai ke pengetahuan Tuan Mansur.
"Ida dengan Idi tunggu akak ye. Biar kami keluar sekejap. Boleh?" Tuan Mansur akhirnya bersuara. Selepas mendapat persetujuan dari mereka, yang lain beredar meninggalkan wad.
"Haris bawa Zai. Papa bawa mak long. Kita jumpa di rumah." Haris akur dengan arahan Tuan Mansur.
"Apa sebenarnya hubungan Encik Haris dan Ju?" Soalan pertama yang keluar dari mulut Zailani sebaik saja mereka masuk ke dalam perut kereta. Haris jungkit kening.
Sepi...
Tiada jawapan dari Haris sehinggalah mereka telah keluar dari kawasan hospital.
"First... tak perlu panggil aku, Encik Haris. Haris dah cukup sebab aku bukan bos kau. Faham?" Suara Haris kedengaran tegas.
"Ju dengan aku sepupu. Ibu Ju tu kakak papa. Kenapa kau nak tahu sangat?" Sekali lagi Zailani tercengang.
Kenapa terlalu misteri kehidupan Juwita? Sampaikan dia dan Haris sepupu pun Zailani tak tahu.
"Idi cakap korang nak bertunang. Betul ke?" Kali ini Zailani nakkan kepastian.
Adakah Juwita berlaku jujur atau sengaja untuk menyembunyikan hal pertunangannya. Haris ketawa besar. Sampaikan terkeluar air matanya.
"Kau percaya Idi? Gilalah kau ni. Kitorang tak ada pun plan nak bertunang tapi kalau Ju sudi jadi isteri aku, apa salahnya." Wajah Zailani berubah. Kali ini dia terperangkap dengan soalannya sendiri.
"Papa kau tahu pasal video tu? Bukan ke Ju minta kau rahsiakan?" Zailani menyoal. Geram pula bila Haris dengan senang hati ingin menyingkap aib Juwita.
Haris mengeluh. Bukan niat dia membuka aib Juwita tapi dia tahu dia perlu lakukan sesuatu untuk Juwita.
"Aku tak nak bagi kau tengok video tu sebab tu aib sepupu aku. Tapi kalau kau tengok, kau pun akan buat benda yang sama." Suara Haris kedengaran sayu.
"Kau nak tahu apa aku nampak? Badan Ju penuh lebam. Bibir pecah. Muka bengkak. Lebam biru." Haris mencengkam kuat stering kereta.
Dia dulu satu universiti dengan Juwita. Kini terjawab ke mana Juwita menghilang hampir sebulan.
Zailani terdiam. Melihat reaksi Haris, dia juga mengerti betapa sakitnya hati Haris ketika itu.
"Tuan Mansur tahu?" Haris mengangguk lemah. Zailani terdiam. Tidak tahu apa yang perlu dikatakan lagi.
"TOLONGLAH... aku merayu, jangan buat aku macam ni. Lepaskanlah aku." Suara Juwita merintih mohon supaya dilepaskan.
"Hahaha... lepas kau minta putus, kau nak suruh aku lepaskan kau? Aku belum puas lagi Ju." Wajah Juwita ditampar berulang kali.
Menangis Zaitun melihat rakaman video yang ditunjukkan oleh Haris. Sungguh dia tak menyangka Juwita sanggup merahsiakan semua tu darinya. Dugaan apakah ini?
"Man nak ambil tindakan undang-undang." Itu kata yang keluar dari mulut Tuan Mansur. Zailani juga telah menceritakan segala yang berlaku pada hari itu.
Niatnya ke pejabat untuk mengajak Juwita makan tengah hari. Namun, apa yang didengarinya membuatkan hati lekakinya membuak marah.
Tak betah membiarkan Juwita menanggung sendiri, dia berusaha mendapat duit yang diperlukan.
Namun, dia tersalah langkah bila Adrian bukan lelaki yang tunduk dengan ugutannya sehingga menyebabkan video itu sampai ke tangan Haris.
"Boleh ke Man walaupun perkara ni dah lama berlaku?" Zaitun menyoal. Dia inginkan keadilan buat anaknya.
"Kak long jangan risau, kawan Haris dah trace nombor yang kirim video tu. Kita akan dapat tau siapa orangnya. Lagipun, video tu sendiri menunjukkan apa yang telah budak tu buat pada Ju." Zaitun terdiam.
"Kalau kita masih diamkan diri, entah berapa banyak lagi dia akan peras ugut Ju." Tuan Mansur menambah.
"Macam mana kalau dapat lipuran media? Apalah nasib Ju nanti." Zaitun kembali hiba.
Haris menghampiri Zaitun. Tangan wanita itu diusap lembut.
"Mak long jangan risau. Haris yakin Ju akan lebih tenang lepas ni." Haris memujuk.
"Betul tu kak. Takkan kita nak biarkan Ju terus diugut. Lepas ni entah apa pula yang budak tu minta. Kita tak tahu." Tuan Nabihah pula memujuk. Faham benar dia apa yang dirasakan oleh Zaitun kerana dia juga seorang ibu.
"Baiklah. Kak long setuju." Akhirnya Zaitun memberi persetujuan. Haris segera bangkit.
"Haris nak ke mana?" soal Tuan Nabihah.
"Haris nak buat apa yang patut ma. Nanti jangan tunggu Haris. Terus ke hospital ye." Belum pun sempat Haris melangkah keluar, Zailani bersuara.
"Haris, aku ikut sama." Haris tersenyum lantas mengangguk.
Share this novel