Rate

Part 4- Gosip

Romance Completed 740669

"BABE! Kau ada nak apa-apa tak? Aku nak turun bawah jap nak beli lauk."
Laila baru keluar dari bilik dan menegur Tasya yang sedang menonton television di sofa serta membelakanginya.

"Emm, ko nok belu louk opo?" Tasya balas menyoal dengan mulut penuh dek mengunyah makanan.

"Lauk untuk makan malam la. Kau tu dah la tengah tak sihat. Kena la makan benda berkhasiat." Jawap Laila sambil mendekat menuju sofa dimana Tasya berada.

Berkerut keningnya tiba-tiba setelah dia hampir disisi Tasya.
"Weh, jap. Ape kau makan ni?"
Laila mendapati Tasya sedang merangkul sebuah mangkuk makanan segera sambil menyumbatkan isinya kedalam mulut.

Menyedari akan teguran Laila, Tasya hanya tersengih tanpa menjawap. Sedar dirinya sudah melanggar etika orang sakit.

"Ya Allah. Tasya... Kau makan Maggi pedas giler? Kau buang tebiat ke ape ni?"
Bebelnya kuat bila didapati rakannya itu sedang menikmati mi segera pedas yang selama ini jadi kegemaran mereka.

"Ehehe... Aku lapar la, Babe." Dia hanya membalas dengan muka selenga tanpa rasa bersalah.

Rahang Laila dikacip ketat. Geram serasa nak cekik-cekik aje kawannya ini.
"Eeyy, kau ni...! Kau tahu tak, kau tu dahla tengah sakit. Kau tambah lagi makan mi tu, bila nak baik?"

"Erk, sori la babe. Aku da ok dah. Ni kira cover balik la ni."
Selamba badak jawapnya. Pandai pulak tu menjawap.

"Cover balik tengkorak kau, dengan makan benda ni? Dah la pedas.  Ni kau dah makan ubat ke belum?" Tanya Laila lagi. Marah bukan kepalang dia.

"Errr, Tak!"
Ringkas aje jawapannya. Memang macam sengaja menempah kemarahan Laila.

"Ish, Kau ni kan..." Haa, kan dah kata dah. Keluar taring emak-emak dia terus. Geramnya Laila dengan minah ni. Serasa nak cabik-cabik aje dia tu.

"Kau tak makan ubat? Kau nak sakit kau berlarutan ke, bengong?"

"Ala, relek la babe. Aku bukan sakit pun."

What the fish, Tasya???

Jap, ape ko ni cakap babe? Kau tahu tak? Si Laila tu dah naik hantu sebab kau tak makan ubat, pastu ko bagi tau dia yang kau sebenarnya tak sakit? Rasa kau tahu apa dia akan buat pada kau kejap lagi kan?

Laila melompat keatas sofa, tepatnya keatas badan Tasya lalu mencekik wanita itu hingga terjilir lidahnya. Matilah kau! Matilah kau!

Hehehe.. gurau jer!
Serasa nak buat macam tu, tapi tak pun. Hahaha!

"Kau ni kan... Eeyyy.."
Kedua tangan Laila kembang kempis seolah mahu meronyok muka Tasya itu.

"Kau tak sakit tapi kau buat-buat sakit sebab kau nak jumpa doctor tu kan? Baik kau ngaku sebalum aku jadi dinosaur kejap lagi."

"Apa pulak? Aku memang ceret beret lah. Tapi..."

"Tapi apa??"

"Bukan sebab keracunan makan."

"Habistu?"

"Aku..." Tasya menahan kalimatnya seketika, dan tersengih sekali lagi.
"Aku minum teh herba pelawas tu semalam."
Sengihan muka tidak bersalah kembali dipamer dihujung ayat.

Rebah terus Laila di atas karpet bulu di samping  coffee table.
"Adoiii! Macam mana lah aku bole dapat kawan macam ni?" Keluh Laila yang serasa mahu pengsan itu.

"Sowwie beb. Hihihi" Jawap Tasya sambil terkikih. Dia lalu bangkit menuju dapur meletakkan mangkuk kosongnya kedalam singki, sebelum dirinya mencicit lari masuk kebilik.

"Weh, kau nak lari mana haa? Sini kau.. aku tak habis lagi dengan kau ni."

Bersama penumbuk digenggam erat, Laila bangun dan mengejar Tasya yang lari masuk bilik.

"Tak guna kau tau tak! Aku sampai cuti hari ni, rupa-rupanya kau tak sakit. Hanat betul lah!"

"Adoii, ampun beb. Janji tak buat dah. Ampun... Tulun..."

Emmm.. bergusti la korang!

                        ************

"UIIHH, NYAH... Bila kau jumpa dia ni, nyah? Helok engkau!"
Terbeliak mata Mazlina bila Syafika menunjukkan gambar dirinya di telifon bimbit bersama Dr. Hafiz yang di temuinya semalam.

Dapat berjumpa dan bergambar dengan jejaka pujaan ramai, siapa tak bangga kan? Satu pejabat kalau boleh dia beri tahu.

"Semalam dekat bas stop. Masa tu hujan, abang aku pulak lambat sampai. Sorang-sorang la aku kat situ. Dia berenti doh. dia pelawa nak hantar aku balik rumah."
Dengan muka beriya-iya Syafika bercerita pengalamannya berjumpa dengan Hafiz semalam. Bukan main teruja lagi dia.

Mereka telah menggandakan jumlah, dari dua orang kini makin bertambah apabila satu persatu rakan pejabat yang lain mula sampai dan turut mengerumuni Syafika bagi mengetahui apa topik hangat pagi ini.

Stended geng makcik bawang gitu la tuh!

"Habistu-habistu, dia hantar kau balik tak?"
Siti yang baru tiba turut tak sabar ingin mengetahui kisah selanjutnya.

"Tak pun!"
Jelas Syafika yang berbunyi sedikit kecewa.
"Abang aku dah otw masa tu. Mau di maki aku karang dengan dia. Tak dapat la nak merasa naik kereta duduk sebelah Dr. Hafiz. Hurmm!"
Tambahnya lagi bersama muncung labuhnya.

"Tapi ok la, sempat jugak kau berselfie dengan dia."
Balas Mazlina.

"Aah. Untong kau! Baik jugak rupanya Doctor tu ek."
Siti menambah lagi. Semakin hangat nampaknya topik mereka ini.

DUA orang wanita baru tiba dan terus memasuki pintu kaca yang terkuak secara automatik sebaik mengesan ketibaan mereka. Keduanya melangkah beriringan dengan santai, memandangkan waktu masih awal. Tidaklah mereka terburu-buru untuk punch card.

"Lega aku dapat tugas kat sini balik. Takde la bingit telinga aku dengan bunyik mesin kat belakang tu." Ucap Tasya mula kedengaran

"Bingit sangat ke kat situ?"
Soal Laila membalasnya.

"Bingit la. Mesin kilang kat belakang tu je kan. Dah la panas. Aircond pun tak rasa apa."

"Tapi ok la, Deli kan ada kat situ." Tambah Laila.

"Kalau dia ada pun boleh buat apa? Dia lagi la sibuk kat bahgian technical tu." Jelas Tasya, dan mendapat cebikan mulut tanda setuju oleh Laila.

"Ye tak iye jugak!"

Selesai punchcard dibuat, mereka pun segera menuju workstation. Setibanya disitu, keduanya yang berhajad mahu menuju ke meja masing-masing telah dihalang langkahnya oleh pemandangan lazim setiap kali tiba diwaktu pagi.

Sekumpulan wanita sedang berkerumun disatu meja, sementara meja-meja dibiarkan kosong tanpa penghuni.

Apa lagilah, topik panas hari ini? Teka Laila dalam hati. dia sudah menduga akan ulah rakan-rakannya itu, tak lain dan tak bukan adalah.... Faham sendiri jelah!

"Oii, apa pagi-pagi berkerumun ni? Takde kerja lain ke? membawang la tu?"
Tegur Laila. Yang kemudian ditoleh serentak oleh rakan-rakannya itu.

"Mesti la membawang. Nak join meh la. Topik hangat ni haa."
Mazlina membalas, dan menyudahi katanya dengan tawa kecil. Yang lain juga turut mempelawa kedua rakan mereka yang baru tiba itu untuk bergambung sekali.

"Aah, si Fika ni haa.. semalam jumpa Doc Hafiz, siap selfie lagi haa."
Tambah Siti.

Mendengar nama Dr. Hafiz, Tasya pantas menyusup bergabung dalam kedalam rumunan itu.

Tidak puas hati dia. Telifon bimbit Syafika laju di rampas untuk melihat gambar yang mereka sedang tatap dari tadi.

Laila hanya menghela nafas melihat tingkah rakan baiknya itu. Dah ada boifriend pun masih mengusha pakwe lain. Sabarjelah!

Walaupun tidak berminat untuk menyertai perbualan, namun, sedikit Laila terfikir tentang si Doctor itu. Dia itu memang jenis pemurah agaknya. Pemurah ke playboy? Semua perempuan dia nak try kot? Kalau dia boleh beri aku nombor telifon, dan si Syafika di ajaknya bersefie, tak ke playboy namanya?
Ish, bikin kusut aje! Bukan urusan aku pun.

Laila malas mahu menyemakkan fikirannya dipagi ini. Dahla perkara tak penting. Dia lalu teruskan melangkah menuju meja kerjanya. Melintas begitu sahaja melepasi kerumunan rakan-rakannya tanpa rasa ingin bergabung.

"Weh, apasal jumpa aku hari tu dia tak sefie? Tak aci macam ni!"
Kedengaran keluhan dari mulut Tasya yang tidak puas hati melihat gambar Syafika bersama Hafiz.

"Kau tak ajak dia selfie. Cuba kau ajak, dia ok punya!"
Balas Syafika sambil merampas semula telifon dari tangan Tasya.

"Uih, aku pun nak jugak lah jumpa Doctor tu."

"Weh, ajak aku sekali."

Siti dan juga Shahira turut bersuara.
Siapa yang tidak mahu jumpa dan bergambar dengan Doctor kacak itu? Hampir semua gadis di kilang tersebut mengidamkan sang Doktor yang rupawan serta baik hati itu. Ceh, baik hati lah sangat!

"Oiii, bersurai semua. Sila kembali ke meja kerja masing-masing!"
Jerit Puan Nurul yang baru tiba dan bertindak menegur mereka.

"Ala, relek la Kak Nurul. Awal lagi ni."
Jawap Mazlina.

Puan Nurul merupakan senior dan lebih berumur dari mereka. Oleh itu mereka menggelarnya dengan sapaan mesra 'Kak Nurul'.

"Banyak la kau punya awal. Kan elok awal-awal siapkan kerja."
Tambah leterannya sambil melangkah mendekati kerumunan wanita-wanita itu.
"Ni ape yang korang sembangkan ni? Membawang aje tak habis habis."

"Takde la Kak. Mana ada membawang. Ni si Fika ni semalam jumpa dengan Dr. Hafiz, lepas tu selfie dengan dia. Itu yang semua orang dengki ni." Balas Tasya sambil menunjuk muka rakan-rakannya.

Dan ujar Tasya itu telah mendapat cerlungan tajam dari ke empat kawannya yang lain.
Dia yang dengki, kita orang pulak kena. Cepuk gak minah ni kang!

"Kau kot yang dengki! Apa kitorang pulak?"
Tepek Shahira tepat kewajah Tasya.
Tasya tidak menjawap, dan hanya mencebik membalas omelan rakannya itu.

"Hei, korang ni. Tak payah beriya sangat dengan doktor tu. Dia tu bukan boleh pakai pun."
Jelas Kak Nurul memberi tahu mereka.

Sudah tentu masing-masing memasang wajah pelik ditadah kehadapan Kak Nurul. Penjelasan lebih tentunya dinanti oleh mereka.

"Haa? Apa maksud kak Nurul?"
Berkerut-kerut kening Tasya menyampaikan soalan.

"Ish korang ni, macam la tak tahu. Dia itu kan handsome, Kaya, doktor pulak tu. Semua perempuan dia nak try!"

Amboi Kak Nurul, tadi bukan main tegur orang jangan asyik membawang. Haa ambik, giliran dia, dia goreng terus bawang tu. Habis semerbak satu pejabat!

"Mana Kak Nurul tahu cerita?"
Mazlina juga tidak ketinggalan untuk mengetahui selanjutnya.

"Mana akak tahu? Haa, korang ingat akak ni baru sebulan dua ke kerja kat sini? Senior-senior sebelum dulu pun hampir semua dia trynya. Yang lawa-lawa pulak tu dia pilih!"
Tambah Kak Nurul bersungguh-sungguh.

Kelima wanita itu saling berpandangan sesama sendiri sambil berbisik-bisik hairan. Wajah mereka seolah tidak percaya, namun tetap juga kena percaya.

Laila yang telah mula membuka desktop ditempatnya dan sedia memulakan tugas, juga tidak ketinggalan memasang telinga. Berkerut keningnya mencuri dengar cerita Kak Nurul itu. Memang sah mamat tu buaya tembaga. Fikirnya mula berkata begitu.

"Kalau korang nak tahu, dia bukan try gitu je tau.. siap masuk bilik pun ada, engkau! Ha..!"
Amboi Kak Nurul rancaknya. Makin di tambah lauk, ulam sambal semua. Ish ish ish.

Kelima wanita itu terkejut dengan penjelasan Kak Nurul tersebut. Mengucap-ngucap mereka sambil mengurut dada.

Sementara Laila... Dia juga tidak kalah terkejutnya. Dia pun berfikir dalam hati. Macam tu sekali ke perangai dia?

Kelopak matanya lalu terkatup seketika bersama nafas yang dihembus ringan.
Bag kecil miliknya diatas meja lalu dicapai. Tangannya terkuis-kuis seperti menggeledah barang didalam bag tersebut.
Sekeping kertas nota yang telah berlipat dibawanya keluar dari dalam bag. Dibuka lipatan, di lihatnya sekali lagi tulisan pada kertas itu.

Bersama nombor telifon dan tulisan memintanya untuk menghantar text yang diberi oleh Hafiz tempoh hari kepadanya itu ditatap sekali lagi.

Wajahnya meringis. Bibir atas dijongkit sekali. Kertas lalu dironyok sebelum ianya dicampak kedalam bakul sampah di bawah mejanya.

"Eeii, yukks... Tak kuasa aku!"
Gumamnya perlahan, sebelum kerjanya disambung semula.

BERSAMBUNG

Share this novel

SAIDS
2021-04-03 10:38:33 

hahhaha...plk perngai doktor Hafiz mcm tu...eihh manusia


NovelPlus Premium

The best ads free experience