BAB 16

Romance Completed 11420

“Sayang…abang datang ni. Bukalah mata sayang. Abang rindukan sayang…”

Elman sudah tidak tertangiskan lagi akan nasib dirinya. Sejak Najla dipindahkan ke dalam wad, isterinya itu masih tidak menunjukkan tanda-tanda akan sedar. Kecederaan Najla terlalu parah. Malah, tusukan pisau turut mengenai janin di dalam kandungan Najla membuatkan anaknya tidak dapat diselamatkan.

Air mata Elman kembali mengalir. Suatu masa dulu dia pernah berdoa agar anaknya itu tidak dilahirkan ke dunia kerana dia tidak mahu ada anak tidak sah taraf dalam keturunannya. Tak sangka doanya dimakbulkan Allah. Bayi yang tidak berdosa itu pergi tanpa sempat mengenal dunia.

Elman mengusap jemari isterinya. Cincin yang hampir pudar warnanya di jari manis isterinya membuatkan emosi Elman bertambah hiba. Warna emas pada cincin itu pudar kerana ianya bukanlah emas tulen. Betapa dia benci pada isterinya dulu membuatkan dia membeli cincin yang berharga RM40.

“Ada apa dengan satu dinar?Ada apa dengan cincin RM40? Sayang bernilai lebih daripada itu…Infiniti! I’m such a fool sayang. I’m too blind to see your true love. I hurt you….I treated you badly…more worse, I rape you! Sayang…maafkan abang…maafkan abang sayang. Go..men…na..sai….” Elman sudah teresak-esak. Jemari isterinya dibawa ke dahi. Dia menangis di situ.

Andai Najla membuka matanya nanti, Elman mahu meluahkan rasa cintanya lagi kepada isterinya. Akan ditatang isterinya ini bagai minyak yang penuh. Walaupun papa dan mama Najla menolak kehadiran Najla di dalam hidup mereka, Elman akan berusaha melembutkan hati mereka. Dia tahu Najla rindukan kedua orang tuanya. Namun apakan daya. Hati ibu dan bapa mertuanya itu begitu keras walaupun setelah diberitahu keadaan Najla yang koma ketika ini, mereka tetap berkeras tidak mahu datang melawat.

“You will never be alone sayang. Abang akan sentiasa bersama dengan sayang. Daddy dan mummy pun sama. Mak Yam…Sarah…kawan-kawan baik abang…kami akan sentiasa di sisi sayang. Cepat buka mata ya sayang. I miss You so much!”

Elman mahu mengungkaikan genggaman tangannya apabila terasa tangannya digenggam erat. Jantung Elman berdetak laju. Seketika pandangannya bertatapan dengan pandangan isterinya. Mata Najla basah dengan air mata.

“Abang…” Panggil Najla lemah.

“Sayang…”

Elman terus memeluk Najla. Tersenggut-senggut dia menangis di bahu isterinya. Pipi Najla dicium bertalu-talu. Gembira kerana isterinya kini sudah sedar.

‘Syukur Ya Allah…syukur. Kau pulangkan isteriku padaku. Aku berjanji Ya Allah…Aku akan jaga amanahMu ini sebaik mungkin. Aku bertaubat atas segala dosa silamku Ya Allah. Terima kasih kerana masih memberi peluang kedua kepadaku untuk membahagiakan Najla Arissa.’

“Janji ya bang…Jangan pernah lukai Najla lagi.”

Mendayu suara isterinya. Elman mengangguk. Air mata masih mengalir deras. Tubuh Najla dipeluk erat. Dia gembira. Akhirnya Najla membuka mata setelah seminggu isterinya koma.

Bibirnya menguntum senyum. Pandangan Elman jatuh pada Sega Star Projector yang berada di sisi katil isterinya. Dia semakin tidak sabar mahu melihat bintang-bintang bergemerlapan di siling bilik tidurnya dengan Najla. Hadiah hari lahir dari isterinya ini akan dijaga sebaik mungkin seperti mana dia akan menjaga Najla sehingga akhir hayat mereka. Akan dibuktikannya bahawa cintanya ikhas kerana Allah dan bukan cinta palsu seperti yang pernah terlintas di fikirannya isterinya suatu masa dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience