BAB 5

Drama Series 677

Hana menghempas tubuh ke katil. Jiha memang la. aku serius, dia memain. Aku memain dia lak serius macam singa. Hana memejam mata sambil tangan kanannya di rehatkan di atas dahi.

Will you marry me?

Tergambar sekilas tulisan dalam kad jambangan bunga ros Kimi masa konvo hari tu. tu memang tulisan Kimi. Aku kenal sangat. Ala-ala tulisan hieroglif ke piktograf yang agak-agak sakit mata, tulisan dia la tu. Gila!

Kerja gila lagi yang Kimi tu buat, last week. Rombongan meminang untuk Hakimi. Aku tengah on the way balik ke rumah dari kedai, ibu suruh beli perencah nasi baryani. Sampai rumah, tengok penuh kereta depan rumah. Terlintas terus sesuatu yang tak baik. Takkan lah ada kematian. Tau la Fina punya semput hari tu masih tak surut-surut lagi. Tapi pagi ni dia elok je main PS II dengan abang. Takkan lah… Takkan Fina kut…

"Ha! Itu dia tuan punya badan." Sejurus selepas memberi salam kedengaran suara ayah yang gembira. Semua biji mata pandang aku.

"Err, assalamualikum." Sebab gelabah sangat, aku bagi salam buat kali ke dua.

Semua menjawab salam aku. plastik perencah nasi baryani tu, sorokkan dekat belakang. mata tak dapat nak cam muka-muka tetamu yang hadir.

"Cantik budaknya…" Ada suara-suara berbisik.

"Hana, mari sini duduk sebelah ibu." Ibu mengarah. Aku pun merendahkan la diri sambil berjalan di belakang tetamu-tetamu dan duduk sebelah ibu. Mana Fina dengan abang? Mata meliar dalam ruang tamu rumah semi-D dua tingkat tu. Eh? Fina? Pakai baju kurung? Eh, abang! Abang duduk sebelah… Kimi? Otak masih tak dapat figure out apekenda semuanya ni?

"Kami nak bertanya, Hana Farahin ni, dah berpunya ke belum?" Pak Cik Johan bertanya.

"Huh?" Hana muka berkerut plus terkejut beruk.

Ibu berbisik di telinga. "Ayah dah setuju. Tinggal Hana je. Cincin pun tinggal nak sarungkan je." tapi mata ibu tu macam dah bagi warning, ‘jangan tolak.’

Ya ALLAH……………… ape benda semua ni? Telinga rasa panas. Mata macam dah nak pecah dengan air mata. Hati dah keluar asap. Apehal tak tanya Hana dulu ayah??? Ibu???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience