BAB 10

Romance Completed 49595

“Fitri dah lama ke bercinta dengan Samser?” soal Tunku Asmah, mengorek rahsiaku dengan Samser. Wajahku merah, malu!

“Lama jugak mama. Dalam enam bulan.” Jawab Samser.

“Mama tak tanya kamu la Sam. Mama tanya Fitri. Ish!” komen Tunku Asmah. Aku ketawa. Tapi hanya di dalam hati aje.

“Betul tu mama. Enam bulan.” Jawabku.

“Sekejapnya. Tup tup terus kahwin. Mama terkejut jugak. Dulu Samser susah nak suruh dia kahwin. Macam-macam alasan dia bagi. Tak ada calonlah. Nak fokus pada kerjayalah. Sekarang ni laju aje, balik-balik sini terus bawak bini! Mana mama tak terkejut. Anyway Fitri, welcome to our family.” Ujar Tunku Asmah, panjang lebar. Aku mengangguk.

Oh! Samser dengan aku tak banyak beza. Dia anak tunggal, aku juga anak tunggal. Dia mementingkan kerjaya, aku juga! Kami serasikah? Soalan itu tak mampu aku jawab!

“Dah jodoh ma, nak buat macam mana. Lagipun Dato’ Hisham yang nak suruh kami kahwin cepat.” Celah Samser pula. Ewah! Pandai pula dia kata soal jodoh! Tiba-tiba nama Dato’ Hisham terbabit.

“Dato’ Hisham? Usahawan terkenal tu?” soal Tunku Zahi. Aku menganggukkan kepalaku. Tak sangka mereka turut mengenali Dato’ Hisham. Sedikit rasa bangga terjentik dalam diriku, walaupun Dato’ Hisham bukan bapa kandungku.

“Jadi papa dapat berbesan dengan usahawan terkenallah ni!” Tunku Zahi berseloroh. Aku hanya tersenyum meleret.

“Untunglah papa. Siapa yang tak kenal dengan Dato’ Hisham, isterinya Datin Emelda kalau tak silap. Betul tak? Pengasas produk kecantikan tu?” tebak Tunku Zahi lagi. Aku tak mampu berkata apa-apa. Hanya kepala aku sahaja yang memainkan peranan. Angguk, geleng, angguk, geleng. Aduhai!

“Betul ke ni Fitri? Pengasas Emelda Cosmetics tu? Mama memang dah lama nak jumpa dengan dia. Tak sangka dia dah jadi besan mama. Setahu mama dia ada seorang anak aje. anak lelaki.” Kata Tunku Asmah pula. Aku mengangguk, buat kali berapa? Aku sendiri tak kira!

“Saya anak angkat dia papa, mama.” Ujarku, berterus terang. Mereka mengangguk, faham. Kemudian keluarlah soalan yang aku sudah jangkakan dari mulut mereka. “Ibu bapa kandung Fitri?” soal Tunku Zahi, aku tersenyum kelat.

“Mereka dah lama meninggal. /Since I was six, back then/ Dato’ Hisham yang jaga saya.” Kataku, tanpa cuba berselindung lagi. Mereka mengangguk.

Hisy! Apa kena ni, asyik angguk aje dari tadi! Bosan aku! Yang si Samser, sibuk dengan makanan dia! Makan aje kerjanya! Aku segera mencubit peha Samser. Tersedak dibuatnya dia. Hampir sahaja tersembur makanan yang sedang dikunyahnya.

“Ya Allah Samser, makan betul-betul. Gelojoh sangat makan!” marah Tunku Asmah. Aku diam. Samser memandang aku dengan pandangan yang tajam. Ah sudah! Aku dah tak boleh nak tipu perasaan aku sekarang ni!

Eloklah kalau aku berterus terang! Aku sudah jatuh cinta dengan Samser! Benar dia kuli aku! Tapi siapa kisah? Senyumannya menawan hatiku! Dialah insan yang bersama dengan aku dalam tempoh beberapa minggu ini. Walaupun kami tidak tidur bersama.

Dia benar-benar mengambil perhatian pada diriku. Tiada sedikit dia lalai dengan tanggungjawabnya. Walaupun kami kahwin ‘olok-olok’, tapi layanannya sangat istimewa. Kadang-kadang dia boleh menjadi romantik.

Aku, bunga mekar yg mencari kumbangnya. Biarkan orang lain berkata-kata duka, kebahagiaan berada di tanganku sendiri. Bukan orang lain, aku tetap mengejarmu, menginginkan cintamu. Akan aku alami bahagia jika bersama dirimu. Buat tempoh ini aku tahu Samser tidak mencintai diriku! Tapi akan ku cuba kejar cintanya itu, agar kebahagiaan diriku dapat di capai!

Share this novel

Ayangis
2019-10-09 22:15:26 

Kkk


NovelPlus Premium

The best ads free experience