BAB 3

Romance Completed 31277

Entah kenapa hati Anas terasa berbunga cinta dan berdebar-debar setiap kali dia teringat insiden pagi tadi.

Alahai hati, kenapa kau asyik teringat minah yang bagi penampar maut kat kau pagi tadi? Serius ganas minah tu. Baru terlentuk kat bahu dah dapat penampar. Agak-agaknya kalau terlanggar, mahu kena tumbukan padu nanti. Eiiii.....ngeri pulak.

Enggan terus hanyut, Anas terus menuju ke pantry dan membancuh minuman kegemarannya. Nescafe Caramel. Selepas sehirup dua, kepalanya kini makin ringan. Bebas dari sakit akibat terhantuk di cermin komuter tadi.

Baru cuti dua hari dah berlambak dokumen yang aku perlu habiskan. Rungut Anas di dalam hati.

Menjawat jawatan Pengurus Kanan syarikat ayahnya, Anas tidak mempunyai banyak pilihan selain daripada menguruskan semua akaun ayahnya. Bukanlah dia tidak ikhlas berkhidmat, cuma dia benar-benar ingin mengecapai impiannya untuk bergelar seorang wartawan.

Anas merasakan kehidupannya kini sangat bosan. Pergi kerja, balik kerja. Jiwanya kosong. Walaupun dia seorang anak orang berada, Anas enggan dikenali sebagai manusia yang hanya menumpang kesenangan ayahnya.

Atas sebab yang samalah, dia sanggup bersempit-sempit bagaikan ikan sardin menaiki pengangkutan awam untuk ke tempat kerja. Mula-mula naik komuter di Padang Jawa, kemudian setelah sampai di KL Sentral bertukar pula ke laluan Ampang sebelum sampai ke pejabatnya.

Walaupun kadang-kadang komuter buat hal dan dia terpaksa berdiri lama hingga terasa longgar kepala lututnya.

Jam tepat menunjukkan jam 6 petang. Tanpa berlenggah, Anas juga berpusu-pusu melalukan access card pada pintu keluar. Dia perlu cepat jika ingin mengejar tren 6.30 di platform 5 menghala ke Pelabuhan Klang.

"Tren ke Pelabuhan Klang akan tiba di platform 5 sebentar sahaja lagi," lega hati Fifa setelah mendengar pengumuman itu. Sangkanya dia telah terlepas tren untuk pulang.

Seperti biasa, dia beratur di koc wanita sementara menunggu tren sampai. Nama je naik koc wanita, tapi semua akak-akan dan mak cik-mak cik ni boleh tahan kuatnya. Pantang tren sampai, semua dah berebut-rebut macam pergi jualan murah AEON.

Masing-masing bagai hilang akal, yang dorang tahu dorang kena masuk dan enggan tertinggal di platform.

Yelah siapalah yang nak balik rumah lambat kan? Mungkin ada diantara mereka ini yang sudah memulakan perjalanan seawal jam 6 pagi semata-mata untuk mencari rezeki.

Kenapalah jauh sangat Shah Alam tu dengan Ampang ni? Kan best kalau office aku dengan rumah sewa dekat je. Tak payahlah bangun mandi air yang sejuknya mengalahkan air perigi. Hehehehe.

Turun sahaja di stesen Padang Jawa, Fifa bagaikan ternampak kelibat yang sama di seberang platform B.

"Owh, mamat tu pun duduk sini ke? Tapi tak pernah nampak pun sebelum ni? Eh kejap-kejap! Cik kak yang awak peduli pernah nampak ke tak mamat tu sebelum ni dah kenapa? Lantak dialah, stesen ni bukan kau yang punya, " rengus Fifa dalam hati.

Selesai membaca doa, Fifa memulakan perjalanan pulang ke rumah sewanya yang terletak di seksyen 16, Shah Alam.

Eh siapa pulak tahan kereta aku ni?

Fifa sentiasa memegang kata-kata ibunya supaya tidak menumpangkan orang yang tidak dikenali atau sibuk menjadi baik kerana dunia hari ini sudah penuh dengan orang jahat.

Entah kuasa apa yang merasuk otak si minah ni, dia akhirnya berhenti kerana belas melihat orang yang menahannya basah kuyup.

"Kenapa encik?"

"Kereta awak ada jumper tak? Boleh saya pinjam?"

" Ada. Kejap kat bonet belakang". Fifa turun bersama payung dan jumper.

"Kita tak boleh buat sekarang, hujan tengah lebat," kata pengawal keselamatan yang turut berhenti untuk menghulurkan bantuan.

Aku pandang wajah lelaki itu yang sedikit hampa. Sekali lagi mulut aku yang takde insurans ni boleh pulak cakap. "Awak tinggal mana? Meh la saya tumpangkan balik. Parking je kereta ni dekat sini. Esok barulah awak tengok. Memang dah tak boleh buat apa-apa.

Hujan kan rahmat. Tak baik awak mengeluh. Puiiiii padahal dia juga sering marah jika hujan tetiba turun. Habis tergendala segala urusan. Maklumlah jenis kepala sensitif tak boleh kena air hujan.

"Saya tinggal seksyen 7. Boleh ke awak tumpangkan? Tak menyusahkan? Takpun saya balik naik teksi jelah. Terima kasih atas pertolongan awak," kata Anas cuba berbahasa basi.

"OK lah kalau awak tak nak saya tumpang. Selamat mandi hujan. Teksi memang susah nak ambil penumpang kat sini," Fifa sudah mula bosan dan mahu angkat kaki.

Tungguuuuuu.......Anas terus masuk dalam perut kereta buatan Malaysia Fifa.

"Saya tak nak mandi hujan. Lagi satu saya takut tunggu teksi kat situ sebab gelap," mereka berdua hanya tersenyum dan meneruskan perjalanan.

"Terus lagi, masuk kanan rumah nombor 11," Anas memberikan arahan kepada Fifa.

Wahhhhhhhh, besar siot rumah mamat ni. Anak orang kaya ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience