DIA 25

Romance Completed 131800

Bondanya mengeluh berat mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Hazzar.

"Bonda memang tak suka Hanis dan tak akan restu perkahwinan kamu berdua tapi bonda- "

"Sekejap!" Jannah mencelah.

Kali ini semua orang ke arah Jannah. Jannah memandang bondanya dengan wajah tak percaya dengan kata-kata bondanya. Jannah berdiri.

"Bonda tak merestui perkahwinan Hazz dengan Hanis? Bonda dah... Buang tabiat ke ape?" Soalnya hairan.

"Apa pula? Takkan bonda nak merestui perkahwinan yang bukan kehendak bonda." Balasnya selamba.

"Bonda!" Tengking Hazzar.

Terhinjut sedikit bahu bondanya apabila mendengar Hazzar memanggilnya dengan nada tinggi.

"Hazz tak kisah kalau bonda nak restu atau tidak, yang penting lagi tiga hari Hazz akan kahwin dengan Hanis. Betul tak Hanis!?" Soalnya dengan nada tinggi.

Akibat terkejut, Hanis terus mengangguk laju.

"Cukuplah sekadar buat yang wajib." Ujar Hanis dengan nada semakin tidak didengari.

"Apa kau cakap ni perempuan!? Aku dah cakapkan yang aku nak buat majlis besar-besaran. Bukan macam kau, dasar budak kampung tak tahu apa-apa!" Maki bondanya.

"Sudahlah tu!! Kalau diorang nak buat kecil-kecilan pun apa salahnya? Biarkan jelah. Yang nak kahwin diorang bukan awak!" Marah ayahnya.

Bondanya terkelu. Bibirnya diketap kuat. Pandangan ayahnya beralih kepada Hanis.

"Hanis masih ada mak ayah?" Soalnya dengan nada lembut.

"Mama dah takde. Babah ada... Dekat kampung." Balas Hanis dengan nada perlahan.

"Mesti kau banyak perangaikan dan mak kau tak tahan sampai dia meninggal!" Perli bonda Hazzar.

Panas je hati dia mendengar makian dari bonda Hazzar.

"Boleh tak kalau awak berhenti nak menuduh tah apa-apa." Marah suaminya.

"Nanti Hazz bawak Hanis balik kampung dia, jumpa babah dia. Babah Hanis apa nama?" Hazzar mengangguk.

"Abdul Aziz." Balas Hanis sepatah.

---

Hanis dan Hazzar serentak keluar dari perut kereta. Mereka berada betul-betul dihadapan rumah babah Hanis. Hazzar menoleh ke arah Hanis yang sedang gelisah.

"Kau dah kenape? Gelisah je?" Soalnya hairan.

"Tak... Tak ada apa-apa. Saya cuma, takut." Jawab perlahan.

"Aaa kau takut bapak kau bunuh kau sebab kena tangkap basah dengan aku kan?" Tekanya lalu meleret senyuman sinis.

Hanis menggeleng perlahan.

"Habis tu ape?" Soal Hazzar lagi. Hanis diam seketika.

"Nanti awak sendiri tahu." Balasnya lemah lalu mengatur langkah menuju ke arah rumah tersebut.

Hazzar memutarkan bebola matanya lalu mengekori belakang Hanis. Perlahan-lahan Hanis menaiki anak tangga.

"Assalamualaikum, babah." Ujar Hanis perlahan.

Tiada sahutan.

"Assalamualaikum bah!" Ulang Hanis.

Masih tiada sahutan.

"Takde dekat rumah aku rasa. Balik jelah." Ajak Hazzar sambil tangannya berada di dalam koceknya.

"Tak. Saya rasa babah ada dekat dalam cuma... Dia tahu saya datang. Jadi dia tak nak keluar." Balas Hanis.

"Dah kenape pulak dengan bapak kau tu? Anak balik dia tak nak keluar pulak? Tua-tua pun nak merajuk ke ape?" Bebel Hazzar.

Hanis mendekati pintu lalu menolak sedikit. Tidak dikunci. Hanis memandang Hazzar kemudian melangkah masuk ke dalam rumah, begitu juga dengan Hazzar.

Seseorang bersembunyi di sebalik pagar rumah Hanis. Tak lain tak bukan, netizen atau mak cik bawang.

"Uiii... Bawak jantan balik budak ni. Siape tu? Uii kereta dia, mewah gila. Pandai si Hanis ni cari lubuk duit." Ujar mak Temah.

"Aku kena bagitahu dekat Semah pasal ni." Ujarnya lagi lalu mendail nombor mak Semah.

"Hello Semah? Hey kau datang sini, dekat rumah duda Aziz. Aku tengok anak perempuan dia bawak balik jantan. Kaya. Segak. Datanglah sini. Ha... Aku tunggu." Mak Temah kembali mengintai.

Hanis melihat sekeliling rumah. Kemas dan langsung tak ada cahaya, tingkap pun tak buka. Hanis menoleh ke tepi.

Pap!

Hanis terjatuh. Hazzar pula terkejut dengan apa yang terjadi. Muncul wajah baran babahnya. Babah mendekati Hanis lalu menarik kepala Hanis. Hazzar sekadar tercegat tak buat apa-apa.

"Babah sakit bah..." Ujar Hanis sambil cuba melepaskan cengkaman tangan babahnya pada muka.

"Sakit? Kau tak tahu macam mana sakitnya hati aku bila kau seronok bermesra dengan jantan dekat luar sana. Jadi memang betullah apa yang kau buat dekat KL kan? Jadi pelacur!!" Tengking babahnya.

Hanis menggeleng bersama dengan air matanya.

"Hanis dah kata Hanis tak buat kenape babah susah sangat nak percaya ni? Hanis masih sucilah bah..." Ujar Hanis.

"Suci? Dah tu siape jantan tu!?" Marahnya sambil menuding jari kepada Hazzar. Hazzar mengerutkan dahi.

"Dia... Dia boyfriend Hanis. Sejak Hanis dekat kolej lagi kami bercinta." Tipunya.

Hazzar tak terkata.

"Bila masa aku bercinta dengan kau?" Soal Hazzar selamba.

Mendengar soalan yang Hazzar lemparkan membuatkan babah Hanis semakin naik angin. Kepala Hanis diangkat lalu ditampar lagi. Semakin kuat esakan Hanis. Babahnya beralih pandangan kepada Hazzar. Langkah diatur mendekati Hazzar yang sedang tercegat dihadapan pintu.

"Kau siape? Kau pelanggan yang ke berapa!?" Soalnya dengan nada semakin meningkat.

"Pelanggan?" Soal Hazzar hairan.

"Pelanggan si Hanis ni lah. Tapi aku tak sangka ada juga jantan yang sanggup bertanggungjawab." Ujarnya.

"Maksud pak cik... Hanis pelacur?" Babahnya mengangguk.

Hanis menutup telinganya, sudah bernanah telinganya mendengar fitnah babahnya. Hazzar seperti termakan dengan kata-kata babah Hanis. Hanis menggeleng memandang Hazzar.

"Saya tahu. Sebab itu saya nak kahwin dengan dia. Saya tak sanggup nak tengok dia buat dosa lagi." Terang Hazzar sambil mengerling ke arah Hanis.

Babah Hanis memandang Hazzar dengan wajah tidak percaya. Hanis bangun. Nafas panjang diambil.

"Memang Hanis pelacur. Memang! Gaji yang Hanis dapat memang tak cukup bah. Tapi Hazzar, tak pernah sentuh Hanis. Hanis balik sebab... Nak minta restu dari babah. Tak guna Hanis menipu yang Hanis bukan pelacur. Babah memang takkan percaya." Ujarnya.

Hazzar memandang Hanis lama.

"Hanis mi--minta maaf. Babah cakaplah apa yang babah nak cakap sekalipun. Tapi bah, walaubagaimanapun babah tetap babah Hanis sampai bila-bila. Babah... Restu perkahwinan Hanis bah."

Tangan Hanis naik menutup matanya yang bagaikan air terjun. Babahnya menoleh dengan wajah bengisnya. Tangan Hanis ditarik keluar, tubuhnya pula ditolak ke bawah. Begitu juga dengan Hazzar. Hazzar masih tidak faham dengan situasi yang sedang berlaku.

"Kau kahwinlah dengan dia. Tapi ingat, jangan harap kau akan jumpa aku dekat majlis kau tu nanti." Ujar babahnya.

Hanis bangun lalu berlari mendapatkan tangan babahnya. Batu sahaja disentuh, babahnya sudah menepis. Hanis menundukkan wajah.

"Bagilah... Hanis cium tangan babah buat kali terakhir. Mama dah takde jadi... Cuma babah je yang Hanis boleh salam sekarang ni bah." Ujar Hanis penuh sayu.

Hanis menarik tangan babahnya lalu dikucup lama. Air mata mengalir di atas tangan babahnya. Hanis mengalihkan bibirnya dari tangan babahnya. Hanis melangkah masuk ke dalam kereta Hazzar. Baru Hazzar mahu melangkah, babah Hanis memanggilnya.

"Hazz... Jangan sesekali kau sakitkan anak aku. Ingat!" Pesannya.

Hazzar mengangguk lalu masuk ke dalam kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience