Call Girl 36

Romance Series 1321921

Call Girl 36

Zahra perlahan-lahan bangun dari perbaringan apabila ada cahaya matahari menyilaukan matanya.

Dia bangun dan bersandar di kepala katil
Sesaat kemudian dia menjeling ruangan kosong di sebelahnya sebelum matanya memandang sekeliling ruangan bilik itu, Mencari susuk tubuh yang sangat dia rindui.

Malangnya tiada.

Bibirnya menarik senyum dan keluhan dilepaskan.Kasihan kau Ara mimpi dan realiti pun dah tak reti beza. Sedih!

Baju kemeja biru yang berada di atas pehanya itu di angkat lalu di peluk erat.
Haruman yang terbit dari baju itu dihidu dalam.
Perut yang sudah terbentuk itu di usap pelahan.

"We will go see you papa! mama miss u."

...............

Seorang gadis berjalan agak laju menuju ke arah kereta yang diparkingnya di kawasan parking di hadapan Hospital semalam.

Dia harus segera ke pejabatnya apabila mendapat panggilan daripada seseorang.
Dia terpaksa meninggalkan kawannya dulu kerana kerjanya harus di utamakan

Dia masuk ke dalam kereta dan bersedia untuk memecut. Dia tidak pasti hal apa yang mahu dibincangkan.

Hampir 20 minit perjalan Kereta jenis Axia milik gadis itu sudah terparking di dalam kotak parking di hadapan sebuah bangunan biru putih di hadapannya.

Dashboard di buka lalu tali kuning itu di keluarkan dan di gantungkan ke dalam leher.
Dia membetulkan tudungnya dan pintu keretanya terus dibuka.

"Morning Puan Najwa." Keluar saja dari pintu terus dia di sapa.

"Assalamualaikum Cik Badrul." Balasnya. Pintu kereta itu di tutup kembali.

"Walaikumusalam Puan."Jawab Badrul sambil Tersengeh.

"Apakah khabar Puan. Lama tak nampak.."

"Alhamdulilah sihat..kalau nampak hari-hari nanti menyampah pula." Balas gadis itu dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.

"Ha Ha sebab rindu nak ajak Puan breakfast kalau sudi."

"Maaf sebab lepas ni saya ada meeting..Maybe next time cik badrul insyaAllah.. Hummm saya gerak dulu.." Tolak gadis itu lembut.

"tak pe pun tak ada rezeki insyaAllah mungkin lain kali.."

"Assalamualaikum."Gadis itu terus melangkah ke masuk dalam dalam bangunan itu.

" Waalaikumusalam.."Jawab lelaki itu. Matanya masih memandang gadis itu

...............

"Kau dari mana?" Soal Carlos apabila melihat Gib melangkah masuk ke dalam ruang pejabatnya.

"Ada hal sikit tadi, Kau asal panggil aku?" Gib dia berjalan mendekati meja pejabat Carlos. Kerusi di hadapannya di tarik dan punggungnya di labuhkan di situ.

"Oh."Jawabnya, Matanya masih memandang file yang berada di atas mejanya.Keningnya terjongket. Bibirnya menarik senyuman sinis.

File yang berada di atas meja di tolak ke tepi. Sebatang pen yang berada di hujung jarinya di putarkan.

"Jasmine will get married next month." Ujar Carlos.

"Really? Laju Luq buat buat kerja."Jawabnya. Dia sedia maklum bahawa luq berkali-kali memujuk Jasmine untuk menikahinya.

"Bagus la sekurang-kurangnya ada yang jaga min dan kau boleh fokus dengan Zahra." Sambung Gib lagi tanpa sedar.

Carlos yang mendengar menyandarkan tubuhnya di kerusi. Matanya dipejamkan nafas nya di helakan. Pen yang tadinya berputar di hujung jarinya digenggam erat.

Berkerut dahi Gib melihat tingkah laku sahabat merangkap Majikannya itu.

Dia salah cakap ke?.

Pak!

Pen yang berada di genggam Carlos itu patah.

"Ganti meeting aku lepas ni, aku ada hal." Arah Carlos. Dia segera berdiri dan terus keluar dari ruangan itu. Terkebil-kebil Gib yang masih duduk di kerusi itu.

.............

Carlos meliarkan matanya memandang orang yang lalu-lalang di dalam Mall itu. Seketika kemudian apabila dia dapat melihat figura yang dia kenali segera dia berjalan masuk ke sebuah Cafe.

"How are u. Omar?" Dia terus menghulurkan tangan. Mesra.

"Baik. Aku sihat-sihat aje. Kau?" Lelaki itu membalas dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. Dapat juga dia berjumpa dengan Carlos, sahabatnya ini.

"Sorry la last minit ajak kau datang sini.Kau tahulah kerja aku. Last Minit selalu kena panggil," ujar Omar Dia sendiri tidak menyangka, Lelaki ini akan menghubungi. Meminta sedikit pertolongan.

"its OK bro.."Kerusi terus ditarik di hadapan Omar. dan Carlos terus melabuhkan punggungnya disitu.

"So macam mana?" Soal Carlos.

Topik perbualan terhenti apabila seorang pelayan datang membawa minuman.

"Kau OK kan aku order ni untuk kau?" Soal Omar.

"Wow kau masih ingat air aku." Jawab Carlos
Mocha Ais itu di hirup pelahan.

"Of Cause u my best partner in crime.." Omar menjongkitkan sebelah keningnya. Tercetus ketawa mereka seketika.

"So How?"Soal Carlos kembali.

Diam.

Omar menghelakan nafasnya.

Dia memandang lelaki yang sudah begitu akrab dengannya. Lelaki yang banyak memberinya pengalaman kehidupan.

"He changed all the details as welll," tutur Omar. Dia cuba mengatur ayat yang selamat.

"No wonder I couldn't detect it." Carlos ketawa pelahan tetapi sinis.

"Kau dapat apa lagi?" Soal Carlos.

Omar mengelengkan kepalanya.

"Kerja dia Clean, Aku dapat ni je." Sampul itu di hulurkan kepada Carlos.

Carlos membuka dan membaca satu persatu isi yang ada di sampul itu. Dia menggelengkan kepala.

"Setakat ni tak ada tanda-tanda yang bukan-bukan lagi. So far aku rasa cara dia macam nak Protect je."beritahu Omar.

Dia mengeluh pelahan wajah Carlos dia pandang.

"Kau tak cuba tanya dia?"

Carlos menggelengkan kepala. isi di dalam sampul itu di simpan semula. Dia kembali bersandar di kerusi itu.

"Ada sebab dia buat macam tu. Mungkin."

"but he lied to me omar!" Suara Carlos sedikit keras dan ada nada kecewa di hujung ayat itu.

"Layankan ajelah dulu aku rasa dia ada sebab tersendiri. Dia dah lama dengan kau. Trust him."

Carlos memandang Omar.

"Kau selesaikan urusan kau dulu. Pasal dia kau jangan risau budak-budak aku perhatikan dia." Ujar Omar cuba memujuk Carlos.

Dia kenal benar dengan baran lelaki itu jika ada orang membuat onar dengannya.

"Thanks Bro." Carlos menghelakan nafasnya.

Dia cuba sedaya upaya mengawal amarahnya yang membuak-buak ingin keluar, Setelah membaca isi di dalam sampul itu.

"Kau banyak dah berubah." Tegur Omar pelahan. Apabila melihat Carlos kembali tenang. Bibirnya menarik senyuman.

"because of she's?" Soal Omar.

Diam.

Tiada jawapan dari sahabatnya itu. Dia mencari anak mata sahabatnya itu

"I can't wait to meet u angel Carlos"

.................

Jasmine duduk di atas sofa. Jambangan bunga pemberian seseorang itu diletakkan di atas meja di depannya.Bibirnya tersenyum.

Kad yang terselit di ambil dan dia masih teragak-agak untuk membukanya.

Iphone miliknya di atas katil begetar menerima panggilan masuk. Cepat-cepat Jasmine menjenguknya. Bibirnya tersenyum lagi.
Panggilan yang di nanti.

Dia menolak Screen itu ketepi lalu terus ditekap ke telinga. Kad di tangannya di tatap.

"Hi buah hati kanda." Tanpa sempat Jasmine menyapa terus suara itu kedengaran dia gegendang telinganya.

"Hi Mr Luq mikail." Jawabnya.

"Dah dapat?" Soalnya Luq dihujung talian.

"Dapat apa?" Soal Jasmine sengaja.

"Dapat hati i."

"Cia..Cia..Cia.."Kata Jasmine sambil ketawa.

" Thanks Luq for the flower.." Ujarnya pelahan.

Luq disana sudah berbunga-bunga.

"Sama-sama kasih sayang."

"Ishh.!" Bentak Jasmine seakan tidak suka.
Kedengaran ketawa Luq dihujung talian. Bibir Jasmine menarik senyuman.

Sudah seminggu dia keluar dari Hospital dan suara ini akan sentiasa menemai setiap hari.

"Jasmine...are u there?!" Suara dihujung talian itu menyetakkan Jasmine.

"Ya sorry. sorry!" Jawab Jasmine.

"U berangan ke? Rindu i ek?" Soal Luq mengusik.

"Tak ada makna OK!"

"Ye la tu.." Usik Luq lagi.

" Heeeeh u ni kan." Jasmine mendengus.

"U tak rindu i.. but i miss u." Pelahan dan sangat lembut kedengaran di telinga Jasmine.
Ini ke perasaan bercinta. Wahh Ummi anak ummi ni auch geram. Bibirnya tak berhenti tersenyum.

"OK la, i ada kerja free nanti i call u back, jamgan lupa makan and makan ubat OK.. Miss u sayang." Sambung Luq lagi.

"OK u too. Take care luq."

"Bye sayang Muah!" Panggilan terus di matikan.

"Auch! Mama.......!" Jerit Jasmine tubuhnya terus di rebahkan di sofa itu. Kad yang masih tangan itu dibuka.

'I choose you. And l'll choose you, over and over and over. Without pause, without a'doubt, in a heartbeat. i'll keep choosing you'

"Ummi! Kenapa anak ummi ni bersemut sangat!" Gumamnya pelahan.

....................

"Allah, cik green awat lah hang dok buat pasai. Kesianlah kat aku ni. Dah tengahari panas merembang ni. Takkan nak bersidai kat luaq ni.." Bebel Farah stereng keretanya di tepuk kuat.

Farah pintu kereta itu dibuka dan dia terus melangkah keluar. Bonet di bahagian hadapan dibuka.Berkepuk-kepul asap keluar.

"Huk! Bhuk!" Terbatuk-batuk Farah apabila asap itu masuk ke hidungnya.

"Aduhai pasai apa pulak ni!" Gumamnya pelahan.

Farah kembali semula membuka pintu keretanya. Beg sandangnya di galas lalu Samsung Z flip3 cuba di 'On' Kan.

"Allah time-time terdesak ni la abis hang nak mampuih." Dia menghelakan nafasnya.

Pintu di tutup kembali lalu dia berjalan ke bahu jalan. Sekelilingnya di pandang.

"Ataih heway ni tak daq peronda ka..Hangatnya...."

Zhoom
Zhoom
Zhoom

Motor BMW M1000RR berhenti betul-betul di hadapannya. Tanpa helmet dibuka penunggangnya turun dari motor berkuasa tinggi itu dan menuju ke keretanya.

Berkerut dahi Farah. Dia juga melangkah mengikuti susuk tubuh itu.

"Cik nak tolong tengok kereta saya ka?" Soalnya.

Diam.Soalannya tidak di jawab. Farah mendengus. Dia hanya melihat susuk tubuh itu membelek kereta.

"Kau memang bawa kereta tak reti tengok air ke?" Seraya itu Helmet dikepala terus di buka. Dia memandang Farah atas bawah jarang dia melihat gadis ini berpakaian begini. Blaus Putih Lengan Panjang, Black skinny Jeans dan Shawl senada dengan warna baju.Kemas dan feminine.

Mendengar soalan itu Farah terus mengangkat wajahnya.

"Gibran!" Membulat mata Farah.

Kenapa la mesti dia...

"Kereta kau temperature naik kau tak perasan ke? Air sampai kering. Tahu bawa je?"
Soal Gib.

"Mana nak tahu aiq kering ka dak. selalu pi hantar kedai ja depa yang check." Jawab Farah.

"Benda simple macam ni pun tak tahu karang aku kata bodoh sentap!"

"Hoi mat salleh celup hang teringin nak kena langgar ka?"Suara Farah meninggi. Besar kecil besar kecil je dia tengok lelaki di depannya ini.

"Dah kau pergi amik barang kau. Call towing truck datang ambil."

"Kalau boleh call awai lagi dah call, tak daq la aku tersadai kat tepi ni." Jawab Farah lagi.

"apa guna fone ada!"

"Habis beteri!"

"Cas la!"

"Kalau aku ada cable ke power bank ke dah cas la syaiton.... Masalahnya tak ada!" Bentak Farah.

Gib tersenyum sinis. 'Syaiton ye kau tunggu..'

Gib menyelok poshbag dipinggangnya lalu iphonenya di keluarkan. Setelah beberapa saat Jemarinya di sentuh di Screen. Iphonenya itu di simpan semula.

"Nanti towing truck datang ambil." Ujar Gib.

"Kau ambil barang berharga kau" Sambungnya lagi.

"Thanks."Ucap Farah. Dia menghelakan nafasnya.

"Wey pinjam sat fone hang, nak order Grab"

Gib ketawa pelahan. Tanpa memperdulikan Farah dia terus melangkah ke motornya.

"Wey!" Bentak Farah marah.

"Ambil barang kau sekarang naik dengan aku."Helmet teruskan semula di kepala.

"Hang gila ka tak mau. Bak pinjam sat fone aku order grab ja."

"Kau ingat atas higway ni Grab nak terima ke? Ikut kau la kalau kau nak berjemur tengah panas ni." Enjin Motor itu terus di hidupkan.

Zhoom.

"Aku tak dak helmet la!"

Gib tersenyum sinis.

"Tu belakang kerusi kau tu bukan helmet ke atau tempurung kelapa?"

Farah mendengus geram. Ya Allah tak kan dia nak berjemur tengah panas ini. macam mana minta bantuan kalau Handphonenya sidah kehabisan beteri.Nafasnya di hembus pelahan.

Dia melangkah ke pintu bahagian penumpang belakang pintu dibuka lalu helmet di ambil.
dan di sarungkan di kepalanya. Pintu itu segaja dihempas kuat.

"Aku tompang hang sampai mana-mana yang senang cari public transport." Ujar Farah dia melangkah mendekati Gib yang masih di atas motor itu.

"Kau nak pergi mana?" Soal Gib.

"Tengok Ara la nanti gaji takdaq!" Jawabnya sambil menjeling lelaki itu.Sekali lagi senyuman sinis terukir di bibir Gib.

"Okey naik la."

"Hang jangan bawa macam marc marquez na." Pesan Farah. Dia masih berdiri memandang lelaki itu.

"Wow kenal.. tapi jangan risau aku lagi handal lagi dia." Jawab Gib.

"Main-main la hang ni."

"Cepat la naik panas ni!" Arah Gib.

"Ishh!" Farah memanjat naik motor berkuasa tinggi itu. Beg sandangnya di letak di tengah antara dia dan Gib.

"Kau tak nak peluk aku ke takut nanti tinggalkan kat belakang."Soal Gib sambil ketawa.

"Tak mau dan tak henging!" Jawab Farah keras.

Gib ketawa pelahan di sebalik helmetnya.
tak terhingin ye kau tunggu.

Zhoom. Throttle di pulas.

"Gibran!" Jerit Farah kuay spontan tangannya naik memegang sisi pinggang lelaki itu.

"Pegang kuat-kuat sayang abang takut tertinggal kat atas jalan." Jerit Gib sambil ketawa. Motor M1000RR itu terus membelah jalan.

..............

Assalamualaikum & Morning Readers Call Girl.

Maaf atas kelewatan untuk update kali ini..
Terima kasih pada buat readers yang doakan baby D, Alhamdulillah baby dah sihat.

Sekali lagi D nak bagitahu Call girl mungkin akan Slow update sebab nak fokus dekat baby dulu. Dalam dua/tiga hari ni ya.

Call masih ada dalam 12 cpter kalau ikut Plot yang D dah rangka. insyaAllah tiada istilah cerita tergantung.

Maaf sangat..

InsyaAllah kalau baby tak meragam D akan pelahan-lahan menaip [^.^]

Thanks semua.

Hi readers ! Sorry Lambat Update [^,^]

Share this novel

chubs chubaka
2022-01-05 22:30:09 

wslm.. tc ya

norsila
2021-12-24 12:09:40 

Alhmdulillah jaga baby..setia menanti..wlpon tseksa juga mnunggu..hahaha..

sylyayabia
2021-12-24 11:11:58 

tak apa..setia menanti..focus kat baby dulu


NovelPlus Premium

The best ads free experience