BAB 4

Romance Completed 9808

AKU makin pelik dengan Devid ni. Kenapa sejak akhir-akhir ni dia selalu ada aje dekat sini? Tak kerja ke?

“Hijaulah dia. Macam pisang pokok.”

Mentang-mentang aku pakai baju kurung warna hijau hari ini, dia cakap aku macam pokok pisang pula.

Aku terpaksa berjalan melalui sebelah dia ni. Dah aku nak ke mesin photostat, so memang terpaksalah lalu sebelah tempat dia berdiri.

“Banyaklah pisang pokok awak! Pokok pisang bukannya pisang pokok!” Sempat aku jeling dia dan terus saja ke mesin photostat tu.

Tang dung tang kendung!!! Bukan main kasar lagi aku gunakan mesin photostat tu. Bergema bunyi hentakan aku di dalam pejabat ni. Aku geramlah, kalau tak geram, dah lama aku layan mesin ni dengan penuh kasih sayang. Siap dapat bonus kasih satu per dua. Geram sebab apa? Geram sebab anak Encik Kevin ni dah kenapa duduk pula kat kerusi aku. Dia ni tak habis-habis lagi ke nak kacau hidup aku?

Cukuplah dua minggu ni hidup aku sengsara sebab dia. Terasa nak berhenti pun ada juga. Tapi sayang kut, aku suka kerja dekat sini. Susah nak jumpa bos sebaik macam Encik Kevin ni. Tapi sejak anak dia muncul, aku rasa macam gila pula dah. Tak lama lagi boleh suruh ayah tempahkan nama aku dekat Tanjong rambutan.

Semalam Devid datang lagi dekat pejabat. Dia ajak makan tengah hari bersama dia. Baru aje nak tolak ajakan tu, tiba-tiba Puan Rumala pula muncul. Puan Rumala ajak sekali pergi lunch dengan dia. Puan Rumala memang baik. Senang cerita, satu keluarga Encik Kevin aku baik. Aku ni bukan takat jadi PA Encik Kevin je, jadi PA Puan Rumala pun ya juga. Uruskan appoiment dia dengan spalah, dengan saloonlah, dengan butiklah. Macam-macam. Lagi pula bertambah sejak anak perempuan dia Reenta tu sibuk, aduh, kena pula jadi PA Lucy. Jemput Lucy balik sekolah pula dah!

Tapi aku tak kisah pun, sebab kerjanya bukannya susah.

“Awak nak apa ni?” Tanya aku bila sudah tiba di depan meja aku.

Devid bangun. “Saya nak awak join hari keluarga syarikat ni. Kali ini dekat Melaka aje.”

Setiap tahun aku akan sertai hari keluarga syarikat tempat aku bekerja. Yang Devid ni dah kenapa? Memang minggu depan, syarikat ni akan adakan hari keluarga di Melaka. Dekat je tahun ni. Tapi okey apa? Melaka pun best! Tak payahlah nak duk berlama lima atau enam jam macam pergi kedah tu. Bersesak naik bas. Haih. Melaka dekat, dua jam je dah cecah punggung dekat sofa hotel!

“Saya memang akan pergilah. Dahlah, awak tolong pergi dari sini. Rimas saya tengok awak ni. Tak ada kerja ke asyik datang ke sini aje.” Sambil aku membebel tu, aku tengok Devid sudah pun keluar dari ruangan meja aku tu.

Tiba-tiba aku ternampak Kak Erna yang sibuk-sibuk memanjangkan leher dia tengok aku dengan Devid. Kak Erna kalau bab nak menjaga tepi kain orang memang nombor satu in this company!

“Saya ada kerja looo. Cuma datang kejap je. Itu pun nak malah ka? Bisinglah awak ni.”

Cis! Aku tengok Devid atas bawah. Mana tak aku bising? Kalau dia tak nak aku bising, dia jangan ada depan mata aku ni. Devid berpeluk tubuh dan bersandarkan tubuhnya di dinding sebelah meja aku.

“Mana tak saya tak bising. Kalau tak nak saya bising, awak jangan nampakkan muka awak tu dekat depan saya.” Ujar aku selamba. Dah tak kisah dah. Anak bos ke, anak menteri sekali pun, kalau dah buat Denna Anisa marah, tak jaga dah mulut ni.

“Awak tengok saya macam nak sama saya aje. Itu mata atas pandang bawah pun pandang.”

Sumpah! Aku rasa macam Devid ni cakap bahasa ibunda dia pula. Aku tak faham langsung. Berterabur yang amat!

“Janganlah pandang bawah saya lama sangat. Malulah. Tengok apa dekat bawah tu?”

“DEVID!!!!!!!!!!” Aku tak tahan, aku terus jerit nama dia.

Tak sampai beberapa saat, ramai orang mendekati ke arah kami. Semua tertanya-tanya kenapa aku jerit. Tapi suara gelakkan dari Devid, telah memanaskan hati aku. Boleh pula si pelat tu ketawa? Dasar kotor betul fikiran Devid tu!

Siapa nak pandang dia punya bawah tu lama-lama? Ish, bodoh!

***

“WAH, KAU MAIN BOLA BALING JUGA?” Mata aku membulat. Bola baling? Bila masa pula ni aku masukkan nama aku main bola baling?

“Mana ada Tin. Aku tak ada pun nak sertai main bola baling ni.” Aku geleng kepala sambil menyedut air sirap bandung di depan aku tu. Lega sikit tekak ni.

Aku tengok aje Kak Erna dengan Fatin yang sedang tekun melihat kertas yang menyenaraikan permainan pada hari keluarga syarikat kami. Biasalah, bila hari keluarga syarikat, memang macam-macam permainan yang diadakan. Pilih jelah nak main yang mana. Tapi kena cepatlah, takut dah penuh.

“Tapi nama kau tersenarai dalam permainan bola baling kut. Bukan ke kau minat main bola tampar pantai ke?” Fatin bersuara lagi. Kening aku dah terangkat. Terus saja tangan aku merampas kertas itu di tangan Fatin.

Aah eh? Bila masa aku masukkan nama aku dalam permainan bola baling ni? Tak mencabar langsunglah main bola baling.

“Eh, salah kut ni. Tukarlah. Aku nak main bola tampar pantai. Apa class main bola baling. Tak fighting sangat pun.”

“Okey, nanti aku suruh department atas Liza tu tukar.”

“Lagi satu, aku petang tu tak nak join gamelah. Aku nak round Bandaraya Melaka. So, pagi tu jelah aku main game.”

“Suka hati kaulah Nisa. Yang kau kak, sama juga ke petang tak nak join game?”

“Akak memang dengan famili akak je. Akak bawa suami dengan anak-anak. Tak ada masa tau akak nak main ni semua. Akak bukan berlenggang macam kau.” Jawab Kak Erna.

Tiba-tiba mata aku tertacap pada sesuatu. Apa pasal nama dia ada juga? Dia bukan kerja sini pun.

“Asal Dev ada juga ni? Dia bukan kerja sini.” Tanya aku tak puas hati. Aku tunjukkan nama Devid kepada Fatin dan Kak Erna.

“Dia anak bos kut. Lagipun, hari keluarga company kita macam biasalah, sama dengan company dekat Johor Bahru tu.” Aku tengok Fatin yang sedang menjawab pertanyaan aku itu.

Jadinya, Zahir pun ada. Tu memang aku tahu Zahir ada. Haih, tiba-tiba mood aku dah tersesat jauh pula. Mood orang kecewa pula keluar.

Company besar Encik Kevin adalah di Subang Jaya, tempat yang aku bekerja sekarang. Ada anak buah syarikat juga, ada dua anak buah syarikat Encik Kevin, satu lagi dekat Johor Bahru dan satu lagi dekat Sarawak.

“Kalau dia bukan anak bos pun, mungkin memang dia pergi juga. Sebab sekarang ni syarikat kat JB tu Dev yang uruskan. Sebab tu kalau korang perasan, Encik Kevin sekarang relax je. Campur dekat SJ aje ni.”

Pula dah! Jadinya, Devid tak guna tu uruskan company dekat JB. Tapi Asal tengok cara dia macam orang tak ada kerja aje? Bukan dekat tau JB dengan SJ. Tapi tak pelik jugalah, sebab dalam seminggu, dua tiga kali je nampak batang hidung Devid tu datang SJ.

“Eh, Nisa. Aku rasa kau tak ada masukkan nama dalam kumpulan sorak bola keranjang, kan? Asal ada pula nama kau ni.”

Pantas aje aku memandang Fatin. Kumpulan sorak? Nak mati ke? Ingat aku gila nak masukkan nama ke dalam kumpulan sorak? Tak ada kerja!

Aku pelik, siapa yang suka-suka aje masukkan aku ke dalam kumpulan sorak ni?

“Aku memang tak ada punlah masukkan nama dekat situ. Asal ada pula terselit nama aku?”

“Mana aku tahu. Aku tengok je page kedua, lepas tu nampak nama kau.”

“Eh, cakap dengan Liza, tukar. Salahlah tu agaknya. Buang nama aku dalam kumpulan sorak tu.” Aku mengeluh pelik. Macam-macam hal. Tadi bola baling, itu okey lagi boleh terima. Lepas tu, kumpulan sorak? Gila! Ingat aku jenis perempuan yang terkinja-kinja ke nak bersorak sokong pemain bola keranjang!

“Liza pun satu, asal benggong sangat pula sekarang ni. Dulu tak sebenggong ni.” Kak Erna pula bersuara. Aku diam dan mengangguk setuju. Liza ni memang kepala miong agaknya, sejak bercinta dengan Faris budak jabatan rekaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience