Chapter 5

Horror & Thriller Completed 5356

Part 5.
Bunyi bising membuatkan Ratu Marissa tersedar dari lamunan. Bau busuk tidak pernah hilang sejak kali pertama dia dibawa ke sini. Kakinya yang dirantai semakin merah dan gatal akibat melecet dan tempat yang kotor. Mungkin jugak luka.

Penjara yang didudukinya sekarang amat sempit dan kotor serta tidak pernah berbau wangi. Sentiasa busuk. Ini ialah penjara bawah tanah.

"Woi, bangun! Nah makanan kau!" Pekik goblin gemuk dan pendek tambah hodoh bernama Jimbo sambil mencampakkan sesuatu yang berlendir yang dipanggil makanan oleh mereka kaum goblin kepada Ratu Marissa. Rasa nak termuntah Ratu Marissa apabila melihat makanan tidak berpinggan itu. Berlendir dan berbau busuk. Yuck!

Ratu Marissa yang dulunya mempunyai pipi yang agak 'pau' kini sudah cengkung mukanya. Mungkin kerana sudah lama tidak makan makanan yang selalu dimakannya. Dia hanya akan makan sekiranya dia betul - betul lapar. Atau dipaksa.

Rambutnya yang dulu ditutup kemas dengan tudung kini tiada lagi. Mereka memaksanya untuk membukanya.

Baju gown merahnya yang cantik dan tiada cacat cela kini sudah terkoyak rabak.

Matanya bengkak akibat terlalu banyak menangis. Mukanya juga sembab.

"Lepaskanlah aku! Tolonglah! " Rayu Ratu Marissa. Perlahan saja suaranya tapi mampu didengari oleh Jimbo.

"Apa? Lepaskan kau? Lepas tu? Kau nak sumbat kami semua dalam penjara pulak?" Kata Jimbo sinis. Langsung tidak menunjukkan sedikit pun rasa kasihan.

Walau Ratu Marissa menangis atau merayu, mereka tidak akan melepaskannya. Takkan. Never. Again.

***

{ Daiyan POV }

Kalau tak sebab minah sengat tulah, memang aku takkan buat. Takkan. Tak sekali pun. Never.

Ada ke dia boleh hantukkan kepala aku dengan kepala si Fayzal ni sekali sebab kami bergaduh? Siap ugut lagi. Tu yang aku tak tahan tu. Dia kata kalau aku tak berbaik dengan Fayzal sewaktu dia ada bersama, dia akan hantukkan lagi sekali ; atau mungkin di-taekwondo-kan atau di-karate-kan. Pergh, aku dah serik kena hantuk tadi. Boleh biul aku jadinya.

Aku berjalan di belakang sekali manakala Fayzal dan Emylea, Titan dan Candy jalan bersama. Kami mulakan perjalanan kami ; ke istana Fayzal, selepas hujan reda.

Aku perhatikan gelagat Emylea bersama Fayzal. Dia asyik tergelak dan tersenyum saja. Kalau dengan aku, asyik kena marah je. Aku mengeluh perlahan. Aik, kau.. Jelas ke, Daiyan? Sejak dari kejadian kaki Emylea masuk lubang tu, Emylea asyik berkepit je dengan si Fayzal ni.

Aku perhatikan Emylea. Dia jalan terinjut - injut. Kasihan pulak aku tengok.

Bukan aku saja tak nak kejar dia. Tapi.. Entahlah. Ego kot.

Pada mulanya dia berjalan sendiri. Tetapi kemudiannya Candy menawarkan diri untuk membawanya. Emylea menolak tetapi setelah dipaksa oleh Candy, akhirnya dia mengalah. Degil betul minah ni. Nak kena paksa baru nak. Aku mengeluh lagi.

Aku buang jauh - jauh fikiranku yang tak betul sebentar tadi. Aku? Jeles? Dekat Emylea? Sebab apa? Sebab bermesra dengan Fayzal? Tak logiklah, Daiyan.

Tanpaku sedar kami sudah tiba di istana kepunyaan Fayzal. Hm, nampaknya terpaksalah aku bermalam di sini. Kalau ikutkan hatiku, nak je aku bermalam kat dalam hutan. Tapi kesian pulak kat minah tu. (Ceh, macam aku berani sangat pulak.)

Sewaktu kami masuk ke dalam istana, Emylea nampak sangat teruja. He, comel! Erk, merepek lagi kau ni, Daiyan.

Herm, aku dah banyak kali tengok tempat ni. So, aku dah biasa.

Malam ni kami bermalam di sini. Macam tak percaya. Kalau aku bagi tahu mama, mesti mama gelakkan aku. Kenapa? Sebab Fayzal tu musuh aku! Musuh takkan duduk sekali. Tapi aku buat jugak sebab perempuan tu. Haih, apa nak jadi dengan kau ni, Daiyan? Kenapa kau kalah dengan perempuan? Aku megeluh untuk kali ke berapa entah. Hm, kali ke - 20 mungkin.

{ End Daiyan POV }

***

{ Emylea POV }

"Hey, Daiyan." Tegur Fayzal. Daiyan masih diam membisu. Hanya memandang muka Fayzal tak puas hati. Hm, nampaknya betullah kata mama. Mereka berdua sedang bergaduh. Macam teruk je.

"Lama tak jumpa, sepupu. Kau masih marahkan aku ke?" Sambung Fayzal lagi. Dia memandang Daiyan. Mengharapkan balasan jawapan. Namun, hampa. Daiyan hanya memandang dengan jelingan yang menakutkan. Gulp, aku yang seram.

"Weyh, kau.. Sampai bila nak macam ni?" Kata Fayzal lagi. Seperti memujuk. Sedih aku tengok. Aku diam je tengok drama persahabatan mereka berdua ni. Aku rasa Daiyan yang tak nak maafkan Fayzal. Fayzal pula rasa serba salah. Aku lagilah. Dahlah aku duduk tengah - tengah di antara diorang berdua ni.

"Kenapa baru sekarang?" Kata Daiyan setelah lama berdiam. Dia ni sengaja cari pasal kah? Well, not on my watch! Aku sabar dulu. Nanti dulu, jangan bertindak melulu.

"Er.." Fayzal dah tergaru - garu kepalanya yang aku rasa tak gatal pun. Ada kutu ke, bang? Hehhe.

"Huh, kenapa? Kau tak boleh jawab ke?" Kata Daiyan sinis. Aku nampak mukanya dah merah. Begitu juga Fayzal. Huish, okay. Aku kena bertindak kalau lagi sekali Daiyan cari pasal.

"Kau tu yang pengecut! Tak reti nak terima kenyataan yang kau dah kalah." Fayzal membalas. Okay. Aku jatuh terduduk apabila Daiyan dengan mesranya menolakku ke tepi sewaktu aku cuba untuk meleraikan pergaduhan mereka. Aih, dia ni nak gaduh dengan aku pulak ke apa?

Aku berdiri semula. He, diorang berdua ni. Aku hantukkan kepala dua ekor mamat ni. Ha, hamek kau! Mereka berdua mengaduh sakit. Dua - dua jatuh terduduk. Ha, tulah. Gaduh lagi. Sapa suruh? Jangan cakap aku tak bagi peluang, ya?

"Sakitlah, Emylea. Kenapa buat macam tu?" Soal Daiyan tak puas hati dengan aku. Ai, mamat ni. Lagi mau nanya.

"Lain kali, kalau tak nak kena hantuk lagi, awak tolak saya kuat sikit. Bagi pengsan terus. Baru aman sikit korang nak bergaduh, kan?" Kataku. Riak muka Daiyan seperti terkejut denganku. Fayzal lagilah. Hahah. Baru kau tahu siapa aku? Aku kasar sangat ke? Ah, dia yang kasar dengan aku. Hee, tak gentle betul! Aku menjeling mereka berdua. Cuak muka mereka dibuatnya. Lagi - lagi si Daiyan. Sebab aku perli dia tadi.

"Awak pun sama! Hee, dua - dua sama je! Macam budak kecik! Langsung tak kesah saya ada kat sini. Huh! Ha, bergaduhlah. Bergaduh. Saya tak suka tengok orang bergaduh macam budak kecik ni. Dan juga saya malas nak menyelit sebab nanti takut esok saya pulak yang koma sebab pergaduhan korang. Nak bergaduh, jangan bergaduh depan saya. Kalau nak rasa kena smack down, buatlah. " Bebelku sambil menjeling ke arah mereka berdua dan terus meninggalkan tempat tu. Aku terus merayau pergi mana entah. Daiyan dan Fayzal terpinga - pinga melihat aku pergi. Tengok tu! Tak reti layan perempuan betul. Hmm, lantaklah. Stress aku.

Aku pun pergi. Sedar tak sedar, dah 5 minit aku berjalan macam tempat ni tempat aku pula. Aku kini berada di tempat berumput. Aku lihat sekeliling. Gunung Frost! Heheh. (Gunung Frost tu aku bagi nama sendiri, ya. Memandai je aku menambah. Heheh.) Wah, ada macam - macam perisa! Strawberi, coklat, vanilla, keladi dan banyak lagi! Batu - batu kecil di jalanan juga kelihatan berwarna - warni.

Eh, macam kenal je? Ni bukan tempat first aku ke?

Aku menghirup udara. Yup, bau vanilla. Sama macam tadi.

Aku dah berpusing - pusing. Wah, bestnya. Tenang sikit fikiranku daripada serabut tadi.

Sedang ku berpusing - pusing, aku tak perasan ada tanah tak rata. Terus ku terpelosok ke bawah.

"Warrggghhhh!" Jeritku. Aku terkejut dengan jeritanku sendiri. Heheh. Pelik, kan?

Erk, aku rasa kaki aku sebelah tersekat dalam lubang tu. Sebelah lagi di luar. Aku tak dapat imbang badanku. Aku jatuh terduduk. Lagi sekali. Aku cuba keluarkan, tapi tak boleh. Erm, macam mana ni? Ni yang nak nangis ni. Waa, mama! Help me!

"Emylea, awak tak apa - apa ke?" Soal satu suara dari belakangku. Aku menoleh. Fayzal. Hm, mana Daiyan?

"Awak tak nampak ke saya tengah berenang ni?" Jawabku sarkastik. Nada serius. Konon tengah marah. Pada hal dalam hati... Tuhan he lah yang tahu. Fayzal menggaru kepalanya lagi. Tabiat eh?

"Hee, tak nampak ke kaki saya ni?" Aku gigit bibir bawah. Geram. Kenapa semua lelaki kat sini cepat sangat blur? Macam bengap pun ada. (So sorry. Heheh.)

Fayzal duduk. Eh, dia ni. Bukan nak tolong aku.

Tiba - tiba Fayzal bersiul. Lalu keluarlah beberapa.. Aku tak tahu nak sebut apa, so aku panggilnya Marshmallow Bunny. Omg! So cute, doe! Berwarna - warni!

Saiznya sama seperti arnab sebenar di duniaku. Tetapi berbeza kerana ianya marshmallow. Rasa nak makan. Tapi tak sampai hati pulak sebab comel sangat. Heheh.

Arnab marshmallow tu atau bahasa omputehnya, marshmallow bunny, mula mengorek kakiku keluar. Dikoreknya sehingga kakiku yang tersekat tadi boleh keluar. Aku tersenyum memandang Fayzal. Ni barulah gentle! Hehe.

Aku bermain dengan arnab marshmallow tu bersama Fayzal. Wah, jinak sungguh! Manja pulak tu. Ada versi kucing tak? Hehe. Cat lover in the fantasy world, yo!

Hm, aku lihat sekeliling. Langsung tiada tanda - tanda Daiyan. Batang hidung pun aku tak nampak! Jangan kata batang hidung, muka dia pun aku tak nampak.

"Erm, jomlah. Hari dah nak gelap. Awak nak bermalam kat sini ke?" Kata Fayzal setelah agak lama aku bermain dengan arnab marshmallow tu. Gila apa nak bermalam kat sini? Aku tahulah ni Pulau Gula - Gula, tapi mesti ada serangga coklat nanti. Walaupun ianya coklat, aku takkan makan serangga. Aku masih waras, okay. Walaupun aku kuat makan. Heheh.

"Daiyan mana?" Aku tak tahulah aku sedar atau tak waktu aku tanya soalan tu. Aku masih lagi duduk. Siap bersila lagi.

"Dia dekat tempat tadi. Masih merajuk." Beritahu Fayzal. Mukanya takde reaksi. Kenapa dia tak datang sini? Kecik hati adik abang tak cari adik. Huhu.

"Mari." Ajak Fayzal sambil menghulurkan tangannya.

"Eh, takpe. Saya boleh bangun sendiri." Kataku. Aku cuba bangun. Dari kejadian kaki aku tersangkut tu, aku tak bangun - bangun lagi. Bila aku bangun, aku rasa kaki aku terpeleot *terseliuh. Dan aku tak dapat imbang badan aku.

Kdebukk!

Aku jatuh terduduk balik. Aish, retak tulang pinggul aku kalau lagi sekali aku jatuh terduduk. Dah berapa kali aku jatuh terduduk. Aku mengaduh sakit. Yelah, mana ada orang jatuh dia ketawa. Gila tu namanya.

"Awak okay tak ni?" Soal Fayzal cemas. Cuba untuk membantuku bangun. Serba salah kerana membiarkan aku bangun dengan sendiri. Aku membiarkan diriku dibantu Fayzal.

Aku cuba imbangkan diri. Okay, stable dah kot.

"Okay tak? Saya lepas eh?" Kata Fayzal. Tangannya masih memegang tanganku. Membantuku untuk berdiri. Ni kalau aku okay, tak lama tengkuk mamat ni terbelah 5. Tapi disebabkan takde siapa nak tolong aku. Terpaksalah. Sekadar nak membantu je. Kalau lebih, aku pelangkung mamat ni sampai hilang ingatan.

"Okay, okay." Kataku apabila aku dah yakin yang aku dah betul - betul stable. Kali ni pasti. Perlahan - lahan Fayzal melepaskan tanganku dan membiarkan aku berdiri sendiri.

"Eh, eh!" Aku hampir tumbang lagi sekali. Fayzal sempat menarik tanganku. Fuh, nasib baik. Erk, maksudku.. Dia ni memang nak kena lah! Hm, tak cukup stable lagi la, weyh!

"Err, terima kasih. Saya okay. Awak boleh lepaskan saya sekarang." Kataku. Rasa kekoklah pulak. Fayzal tersengih.

"Err, okay. Saya lepas ni. So sorry." Kata Fayzal. Melepaskan tanganku perlahan - lahan. Lagi sekali.

Aku jalan terhinjut - hinjut ke arah Candy dan Titan. Daiyan pun ada sekaki. Aku perasan Daiyan asyik perhatikan aku dari tadi. He, dialah ni punya pasal! Okay, salah. Diorang berdua punya pasal. Siapa suruh gaduh? Kan aku dah merajuk. Heheh. Tapi kan, actually Daiyan yang salah tau. Sebab dia yang cari pasal. Kan? So, aku jadi macam ni sebab dia. Yes! Correcto!

"Lea, awak naik sayalah. Kasihan saya tengok awak." Kata Candy sambil memandangku yang dah OKU ni. Heheh, Lea tu nama manja antara aku dengan Candy. Orang lain tak boleh panggil! Girls only, okay?

"Eh, takpe. Saya boleh ni. Lagi pun kan dah nak sampai." Tolakku lembut. Tak nak bagi dia terasa. Aku tak minat lah bab - bab menyusahkan orang lain ni. Tak suka. Tapi aku lagi tak suka bab pujuk orang. Tapi kalau orang pujuk aku, aku suka. Hehe. Tapi.. Aih, banyaknya tapi?

"Dekat ke menda? Jauh lagi kot." Celah Fayzal. He, aku ketuk kang baru tahu. Aku tersengih. Saja nak buat show tunjuk gigi.

"Takpelah." Aku masih menolak. Senyum.

"Naik jerlah." Kata Titan pula. Aduh, semua macam berpakat je. Aku pandang Daiyan. Dia diam je. Hm, takpelah. Abaikan dia.

"Okay, fine." Aku mengalah akhirnya. Aku naik atas Candy.

Kami tiba ke istana selepas 20 minit berjalan. Mereka yang lain sudah penat berjalan. Aku duduk je, ada orang bawakan. Mana nak penatnya?

Aku dah ternganga. Teruja gila kot! Istana dia macam rumah gula - gula dalam cerita Jack and Jill. Cuma versi istana. Dinding daipada biskut, lampu daripada gula - gula, katil daripada marshmallow, akuarium dan ikannya daripada jelly. Wah, sedapnya.

Kami bermalam di sini. Sewaktu kami masuk, aku jalan sendiri walaupun dah dimarahi oleh mereka yang lain. Akhirnya mereka biarkan. Aku terkejut melihat seorang wanita yang rupanya sama seperti ...

{ End Emylea POV }

// ToBeContine //

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience