14

Romance Completed 132660

Aqil menyalakan sebatang rokok yang ditarik keluar dari kotak merah di tangan. Cuba untuk menghadam kata-kata Hazim sebentar tadi.

Baru sahaja nikah dengan kekasih hati, ada plan nak pasang sorang lagi. Hebat betul kau, Hazim. Kalau bukan dia tahu dari Rashed, memang Hazim akan menyembunyikan perkara itu.

"Kesian la dekat bini kau tu." respon Aqil akhirnya.

"Aku tahu. Itu je jalan yang ada."

"Takkan tak boleh pujuk ayah langsung? Kenapa tak bawak je Hana jumpa ayah dengan umi dulu?"

"I wanted to. Tapi, entahlah.. aku belum sedia waktu tu. Now ayah dah terlanjur berjanji dengan orang. Aku — aku tak tahu nak buat apa, Qil" keluh Hazim.

"Benda dah nak jadi Zim, kurang dua bulan je dah lagi. Aku pun tak dapat nak komen lebih."

"Tapi aku harap kau boleh berlaku adil dekat bini kau."

Bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri pesanan Aqil. Bagaimana hendak berlaku adil sedangkan hatinya tiada langsung pada Mona?

"Aku tengah serabut. Hana pun makin lama makin dingin semacam dengan aku." luah Hazim.

"Perempuan mana je yang suka kalau suami dia nak kahwin lain, Zim. Tak ada."

"Tapi dia izinkan. Walaupun aku tahu dia macam tak ikhlas. Aku rasa bersalah sangat dengan dia."

"Kau suami dia. Kau lebih kenal dia. Kau sendiri je yang pandai pujuk dia. Perempuan ni mudah lembut hati. Asalkan kau tahu caranya."

Aqil menepuk bahu Hazim. Sebagai seorang yang sudah berumahtangga, dia sedikit sebanyak mengetahui tentang perasaan seorang wanita.

Mereka hanya ingin dikasihi, diberi sepenuh perhatian.

-

Hana memandang dari jauh Yusra dan beberapa orang gadis sekerja yang sedang berkumpul di meja Qistina. Hati yang sedia membengkak ditahan di hadapan orang lain.

Mana taknya, tengah hari tadi Mona Ellisa datang ke pejabat untuk menyerahkan kad kahwinnya kepada Yusra. Lalu Qistina juga sibuk-sibuk mengorek rahsia dari Yusra, kerana hanya dia seorang yang dijemput.

Hazim pula hanya membisu kebelakangan ini. Mungkin juga akibat layanan dingin dari Hana sejak dia mengizinkan lelaki itu untuk kahwin. Ah, izin atau tak Hazim tetap kena kahwin dengan perempuan tu!

"Hana, kau pelik tak?" Azleen yang tiba-tiba muncul entah dari mana membelah lamunan Hana.

"Eh, kau ni. Pelik apa?" Hana cepat-cepat mengalihkan tumpuan ke arah kertas yang menimbun di atas meja.

"Apahal cik Mona tu jemput Yusra sorang je pergi wedding dia? Nak harapkan bos? Hmph! Lagilah dia tak pernah cerita apa-apa. Tup tup dah nak kahwin." Azleen memulai sesi membawang.

"Dia rapat dengan Yusra kot." Hana menjawab pendek. 'Kalau jemput pun aku tak ingin nak pergi!'

"Maybe. Dia kan sesuka hati je datang sini nak jumpa bos. Nasib baik Yusra tu layankan je."

"Hmm.." Hana membalas tanpa minat. Kalaulah Azleen tahu Mona itu bakal bernikah dengan "suami" dia, pastu gadis itu terdiam.

"Si Qistina tu pulak aku rasa dia frust teruk. Dulu kan dia terhegeh-hegeh jugak kat bos. Padan muka dia." mulut Azleen masih membebel.

"Biarlah dia." sepatah sahaja jawapan Hana.

"Tapi aku teringin jugak nak tengok wedding diorang tu, mesti vogue gila kan. Walaupun si Mona tu boleh tahan gedik!" komen Azleen sebelum dia tahan gelak.

"Kau ni ada-ada jelah. Tak baik tau. Dah dah pegi sambung kerja!" Hana membuat isyarat tangan menyuruh Azleen pergi dari situ.

Hanya gelak yang dibalas oleh Azleen. Bukan Azleen la kalau mulut tak pedas!

Api cemburu di hati cuba diusir, Hana menggeleng-geleng kepala. Kalau hendak menangis meraung pun, bukan di pejabat tempatnya.

-

Televisyen yang terpasang dibiarkan tanpa suara. Sebaliknya, Hana leka membelek akaun instagram Mona. Ada beberapa keping gambar baru dimuatnaik, gambar bachelor party.

Walaupun sakit hati, perasaan ingin tahunya tetap membuak-buak. Apatah lagi apabila Hazim banyak berahsia dengannya.

Setelah tidak mampu lagi menahan rasa cemburu, Hana akhirnya menutup aplikasi itu. Telefon bimbit ditinggalkan di atas meja kopi. Lalu dia melangkah menuju ke arah sliding door yang menutupi bahagian balkoni.

Pintu kaca itu dibuka, membiarkan angin malam menerobos masuk. Hana mengambil tempat di atas karpet berbulu sambil memeluk kedua belah kaki.

Pandangan ditala ke dada langit yang pekat, mencari butir-butir bintang yang tidak banyak pada malam itu. Lalu dia hanyut dalam lamunan.

Bagaikan sudah menjadi hobi barunya kebelakangan ini. Berkhayal mungkin lebih indah dari memikirkan tentang realiti hidupnya ketika ini. Alangkah baiknya jika dia bisa terus lari dari realiti ini.

Terbit mutiara jernih dari kedua belah mata yang terpejam dari tadi. Tatkala itu juga terasa belakang tubuhnya hangat, bagaikan ada yang mendekati.

Hana membiarkan sepasang tangan yang menarik bahunya dari belakang. Lalu dia tersandar dalam pelukan yang damai. Makin laju mutiara jernih dari kolam matanya.

Hazim diam membisu. Tubuh Hana dirangkul erat dan kepala isterinya itu dicium dengan rasa sayang yang amat.

Kata-katanya mungkin tidak dapat memujuk hati sang isteri. Justeru itu biarlah dia diam.

Masing-masing hanya diam tanpa kata. Cukuplah begitu untuk seketika.

Hana berpaling lalu wajahnya disembamkan ke leher Hazim. Pelukan Hazim dibalas lebih erat. Perlahan-lahan Hazim mengangkatnya ke atas riba.

Walaupun egonya melangit, namun rasa cintanya terhadap Hazim mengatasi segala-galanya. Janjinya terhadap Hazim akan terus dia pegang. Janjinya untuk setia hanya kepada Hazim seorang.

Sumpah cinta Atilia Hana hanya untuk Hazim Ikmal sorang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience