BL3

Humor Series 177133

BL3

Langkah Farah dan Dua lagi rakan sekerjanya mengatur kemas langkah mereka masuk ke dalam bangunan berwarna biru putih itu.

Seragam biru gelap itu membuat mereka kelihatan sangat berkarisma. Sesekali mereka tersenyum saat di sapa. Langkah mereka terus di atur ke Lif. Dan butang atas di tekan.

"Kau asal Nawja arini aku tengok kemurungan je."Soal Haira.

"Hmm cuti aku ni tak lepas-lepas. Setiap kali apply kena reject ja. Konon Pegawai tak cukup la.. Kes dok bertimbunlah. Sakit betul hati ni."

"Lah pasal cuti je ke muka kau toya. Sama lah wei.. Aku rasa kalau dapat cuti pun cuti raya. itu pun belum tentu lepas..Nak tunggu cuti kahwin pun.. Nak Kahwin bila tak tahu.." Ujar Haira sambil melepaskan keluhan.

"Dah tugas kita nak buat macam mana. Tapi aku memang malas nak cuti duduk rumah pun bukan buat apa-apa. Nak keluar boyfriend pun tak ada." Sampuk Mey Ling pula.

"Fulamak."Kata Farah dan Haira serentak.

"Kalau macam ni punya pegawai, Dari Inspector Mey dua tiga tahun nanti naik Asp Mey Ling wei." Sambung Haira lagi.

"You orang perli aku ke?" Mey Ling mencebek.

"Eh! Tak ada nak perli. OK apa aku ni doakan kau. Patut kau amin doa aku tu."

Farah menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan kata Haira.

Perbualan mereka terhenti ketika pintu Lif di hadapan mereka terbuka. Seorang lelaki lengkap beruniform keluar.

"Fuh, Puas saya call Puan Najwa tapi tak angkat. Nasib jumpa kat sini. Bos nak jumpa Puan dekat pejabat dia." Ujar Badri. Tubuhnya di tegakkan tanda menyapa Haira dan Mey Ling.

"Yeke saya tertingal fone dekat atas. hmm OK saya naik terus jumpa Bos thanks Bad."

Badri tersenyum.

"OK Puan saya minta diri dulu." Pamit Badri dan dia terus melangkah pergi.

"Boleh tahan juga Bad tu kan Najwa." Kata Haira ketika mereka masuk ke dalam perut Lif.
Butang tutup ditekan.

"Kau pantang nampak lelaki semua elok." Mey Ling menjeling Haira di sebelahnya.

Farah yang mendengar terkekek-kekek ketawa.

.......

"Wa! La femme est-elle policière ? Attirer. Je suis sûr qu'il ne sait pas qui est Gibran Hans.
( Perempuan itu seorang pegawai polis? Menarik. Aku pasti dia tak kenal siapa Gibran Hans. )" Ujar wanita itu dengan bibirnya terukir senyuman sinis di bibir.

Tubuh yang bersandar di kerusi di betulkan sesekali dia memandang ke hadapan. Laju Porche itu membelah jalan. Telefon di tangannya masih menatap wajah ayu yang bertudung itu.

"Sean.. Marko Mansion".

"Si Madam."Jawab Sean yang sedang memandu itu.

.....

Farah mengemaskan pakaian di tubuhnya. Tudung di betulkan Dan tali berwarna kuning di sangkutkan pada leher.

Setelah berpuas hati dengan penampilannya Farah melangkah kema masuk ke dalam bilik Dato' Tahrim. Ketua di jabatannya. Pintu di ketuk mendengar kebenaran suara dari dalam bilik itu Farah memulas timbul pintu dan terus melangkah masuk.

Tiba di dalam bilik itu dia menegakkan tubuh lalu tangan kanan di angkat ke dahi memberi tabik hormat.

"Tuan."

"Duduk Najwa." Farah mengangguk lalu kerusi di hadapannya di tarik. Dan punggungnya di labuhkan di situ.

File yang berwarna putih di tolak kepada di hadapan Farah. Berkerut dahi Farah memandang File itu.

"Ini target baru kita. Awak akan bergadung dengan UTK."

Farah menghelakan nafasnya. File di tarik dekat dan isi di dalam file itu di keluarkan.
Satu per satu butiran di baca.

"Kes kali ini agak rumit Najwa melibatkan polis antara bangsa. Target di laporkan sudah tiba di Malaysia sebulan yang lalu. Saya nak kali ini awak lebih berhati-hati. Kerana kali ini melibatkan orang kenamaan." Ujar Lelaki itu.

Farah mengangguk. Matanya masih memandang gambar pada gambar lelaki dan perempuan itu.

"Danila Lee." Perlahan nama itu meniti di bibirnya.

......

Farah berdiri tegak dengan seragam uniform biru gelap masih utuh di tubuhnya. Sekilas gadis itu membaca jam dipergelangan tangan dan sekejap kepala ditoleh memandang ke depan.

Di perkarangan pejabatnya sudah sunyi. Tinggallah dia masih disitu di lobi menunggu suasana lobi juga sudah lengang. Dia sendiri masih menanti.

"Menyesalah tak bawak kereta Abah la ni beria-ria nak hantar dan janji nak ambil Eehgr." Runggut Farah.

"Eh Najwa tak balik lagi?" Sapaan seseorang buat Farah berpaling memandang Mey Ling bersama rakannya datang menyapa.

"Abah aku tak sampai lagi.." Balas Safiya mendatar.

"Itulah biasa kalau kerja selesai awal, kau dah cabut. Ni Abah kau dekat mana dah. Kalau belum gerak naik dengan aku jelah."

Farah diam seketika. Setelah dia berfikir akhirnya dia memandang Mey ling didepannya.

"Tak menyusahkan kau ke Mey?"

"Haiya lengloi, Tak adalah lagi pun satu jalan la." Mey ling ketawa pelahan.

"Kejap Aku call Abah aku."

Iphone yang sentiasa berada di tangannya di sentuh permukaannya screen. Beberapa saat kemudian Iphone itu di tekap di telinga. Farah alih pandangan mata kearah jalan raya.
Namun baru beberapa deringan di talian bunyi deruman enjin kereta mewah Porsche 718 spyder mengisi keheningan perkarangan lobi itu. Kereta berwarna merah itu memukau mata-mata orang yang berada di situ. Pangilan yang di buat tadi serta merta di tamatkan.

Kereta mewah itu berhenti tepat dihadapan Farah. Seorang lelaki turun daripada kereta mewah itu bersama kaca mata hitam melangkah ke arahnya. Sejambak bunga matahari di tangan di hulurkan pada Farah.

"Sorry my lovely fiance. Lambat sikit." Sapa lelaki itu sambil sebelah tangan menarik kaca mata hitam turun ke batang hidung lantas menanggalkannya.

"Gibran." Farah seperti terpaku. Jambangan bunga yang di hulur Gibran di ambil. Namun otaknya ligat berfikir. Buat apa Gib berada di sini dan datang menjemput. Ini mesti dah plan mereka berdua dengan Abahnya Megat Othman. Ya Allah sakitnya hati.

"Kau dah bertunang Najwa?" Soalan Mey Ling menyentakkan.

Dia menghelakan nafasnya.

Apa dia nak jawab?

"Ya. Im her fiance."Ujar Gib membalas tanpa riak bagi pihak Farah.

"Jom Princess."Senyuman terbentuk dari ulas bibir lelaki itu. Tangan dihulurkan pada Farah.
gadis itu seperti terpaku dan hanya menurut.

Mey Ling terkedu. Siapa tak terkejut ada jejaka kacak menjemput Farah dan melayani rakannya seperti itu. Betullah kata Pegawai atasnya Megat Omar Abang kepada Farah. Tiada lelaki yang mampu bersaing dengan Teman lelaki Farah.

Mey Ling masih berdiri di tempatnya. Memandang ciptaan tuhan yang sangat indah di matannya.

Gib menarik pintu kereta buat Farah lantas menutupnya kembali. Kaca mata hitam disangkut pada baju Tshirt Polo tadi disarung kembali pada wajah.Sempat senyuman dilempar pada Mey linhg sebelum dia masuk ke dalam perut kereta kembali. Dan kereta mewah itu terus berlalu pergi.

Farah hanya melemparkan pandang kosong di luar tingkap. Pasti akan ada cerita mengenainya nanti. Sekali lagi dia menghelakan nafasnya.

"Sorry lambat, tadi aku singgah mall kejap beli kan kau something." Teguran Gib disebelah buat Farah berpaling.

"Awat hang yang mai?" Soalan Farah buat Gib yang sedang memandu itu memalingkan wajahnya sekilas memandang Farah.

"Tak suka?." Soalan Farah di balas soalan.

Kening Farah bercantum.

"Memang pun. Dengan pakai kereta macam ni dengan muka yang bajet handsome tu. Suka la tu orang usha dia lama-lama."

"Cemburu?"Sempat dia menoleh memandang Farah yang sudah menayang wajah bosan. Tak berminat dengan kata-katanya.

"Tak. Cuma tak suka perhatian macam tadi."

"Sorry.."

Sunyi seketika. Farah melemparkan pandangnya ke luar. Sebenarnya dia masih memikirkan tugasan yang baru di terimanya. Sedang dia terleka kereta mewah itu sudah berhenti di sebuah stesen minyak.

"Tukar baju." Gib menghulurkan beg kertas kepada Farah.Terkebil-kebil gadis itu memandangnya.

"Tukar baju. Pakai baju dalam ni." Ujar Gib lagi.

"Kenapa?"Soal Farah.

"Aku nak bawa kau keluar."

"Tapi."

"Abah dah tahu. Abang-Abang kau pun aku dah bagi tahu..."

Farah masih diam di tempatnya.

"Tukar baju tu Farah Najwa." Kali ini suara Gib agak tegas.

"Nak tukar dalam kereta ni?."Soal Farah.
Entah la petang ini dia 'slow' gila.

Gib berpaling memandang Farah.

"Princess aku tahu, Kau tak sabar nak tunjuk dekat aku.. Tapi aku takut aku yang tak tahan.. Jadi pergi tukar kat toilet." Ujar Gib perlahan. Tangannya naik menyentuh pipi Farah.

"Ish tangan tu." Bentak Farah. Tangan Gib di tempis kasar.

Gib ketawa perlahan.

Pintu kereta di buka. Dia terus keluar dari perut kereta dan pintu kereta kembali di tutup semula. Langkahnya terus di atur ke tandas perempuan di hadapannya.

Setelah selesai menukar pakaian. Farah memandang cermin di hadapannya. Satu set hodie berwarna beige itu nampak kemas tersarung di tubuhnya. Selendang juga senada dengan Colour baju itu.

Setelah berpuas hati dengan penampilannya Farah terus keluar terkejut dia saat melihat Gib berdiri di hadapan tandas perempuan.

"Dah siap?"

Farah mengangguk.

"Jom." Lenggan Farah yang berlapik di tarik perlahan.

"Eh Bukan tadi kereta lain?" Berkerut dahi farah apabila melihat Gib membuka pintu di bahagian penumpang hadapan Ford Ranger berwarna biru itu.

"Saja ubah angin. Masuklah." Farah masih tegak berdiri memandang Gibran.

"Masuk Princess."

"Tapi kita nak kemana?"

"Tengok bulan." Balas Gib tanpa nada.

"Gibran!"

"Masuk Farah Najwa."

"Ehh suka mengarah benci betullah!" Bentak Farah kakinya di hentak. Lalu dia terus masuk ke dalam kereta. Pintu kereta itu sengaja di hempas kuat. Tubuhnya di sandarkan pada kerusi. Tangannya naik memeluk tubuh.

Masuk saja di dalam kereta Gib mengelengkan kepalanya apabila melihat wajah gadis itu.

"Marah pun cantik."Ujar Gib sengaja dia ingin mengusik Farah.

"Diamlah."

"Takutnya tatat parah marah."

"Gibran!"

Serentak itu, Terhembur keluar tawa Gibran.

........

"Seriously Gibran?" Membulat mata Farah melihat tikar yang sudah dibentang dan sedikit makan ringan tersusun cantik di atasnya.

Berada di tempat yang cantik di persisiran pantai deruan dengan bunyian ombak. Di hadapan mereka terhidang pemandangan matahari bakal melabuh tirainya yang sudah jelas sudah berubah warna.

"Romantik tak" Gib berpaling mencari wajah Farah. Ada senyuman terukir cantik dibibir gadis itu.

Farah hilang kata-kata.

"Kau suka tak?"Soal Gib lagi.

Senyuman Farah makin melebar.

"Am I dreaming Gibran"Perlahan soalan itu di lontarkan. Farah merenung jauh ke dalam mata Gib.

"No." Gib capai pegelangan tangan Farah yang berlapik. Farah terkaku. Perlahan-lahan Gib Jatuh melutut di hadapan Farah.

"Puteri Farah Najwa binti Megat Othman. Sudikah kau menikahiku?"

Farah terdiam kaku berdiri, Masih cuba menghadam apa yang sedang di lakukan Gibran.

Adakah semuanya mimpi.

Diam seketika.

Gib masih melutut di hadapan gadis itu cincin yang bertahta berlian berwarna biru masih kemas berada di dalam sampulnya.

"Cepatlah sikit berbulu je aku tunggu. Penat tahu tak tolong rakam."Ujar satu suara itu.

Farah segera berpaling. Gib mendengus geram Spoil betullah. Hilang terus mood romantik di amornya.

"Abah, Along, Eh angah pun ada?" Soal Farah teruja.

"Kau terima ke tak dia ni dik? Kalau tak terima Jom balik." Ujar Megat Omar. Dia menayangkan muka meluat.

"Kau ni Long abis rosak mood Abah. Diam kejap tak boleh ke?" Marah Megat Othman.

"Itulah Abah orang baru nak amik feel spoi betul." Tambah Megat Fairus pula.

Gib yang melihat pertelingkahan anak-beranak itu mengelengkan kepala. Bila nak habis ni.
Manakala Farah sudah terkekek ketawa.

"Bakal menantu Abah.."Ujar Megat Othman.
Tangannya naik menunjuk kamera yang di pegang Megat Omar.

"Kita mula balik. Camera ready. Tiga. Dua. Satu. Action." sambungnya lagi.

Gib menarik nafas dalam wajah merah menahan malu Farah di pandang. Susahnya nak melamar bunga sekuntum ni.

"Puteri Farah Najwa. Sudikah kau menikahiku."
Kali ini lama mereka bertentang mata.

"Saya sudi."Perlahan suara itu memberi jawapan namun jelas di telinga mereka yang berada di situ.

Terlompat-lompat Megat Fairus apabila mendengar jawapan dari satu-satu adik perempuannya. Megat Othman terus melangkah mendekati pasangan itu.

"Alhamdulillah..Mari cincin abah sarungkan. Omar sini kamu rakam yang ni pula.."

Megat Omar mendengus.

"Yalah."

Share this novel

Iman Farisya
2022-04-14 23:05:48 

awwhhhh bestttnyaa kelakarr I'm so happy laa baca cerita nii

norsila
2022-04-14 20:21:27 

hahahahahaha kelakar dn lucu..hahaha


NovelPlus Premium

The best ads free experience