Chapter 24

Romance Completed 11802

BAB 24

SETELAH puas berbelanja sakan, aku menapakkan kaki ke kedai cincin pula. Nak meneman si Noah penyangak ni. Katanya, ada hal sikit kat kedai cincin tu. Hal apa? Entah. Tak ada pula aku nak ambil tahu. Malas. Mungkin dia nak melamar awek dia kot. Hah, baguslah begitu. Cegah maksiat, ya tak?

“Nina, sini sekejap..” panggil Noah yang sedang sibuk membelek cincin itu. Leka betul. Sampaikan Cik Cashier mengusyar muka kacak dia pun, dia boleh tak perasan. Dalam keterpaksaan, aku menurut juga – menghampirinya. Sekali sekala mata ini menjeling cincin-cincin yang dibeleknya. “Ada apa?”

“Cuba pakai cincin ni..” arahnya mendatar. Terjongket kening aku untuk seketika. Pelik. “Nak buat apa pakai cincin ni? Saya bukannya nak...”

“Pakai ajelah.” Tap! Terus cincin platinum itu disarung ke jari manisku. Langsung tak menunggu sebarang jawapan daripadaku. Tersentak aku dibuatnya. Terkejut. Terdiam lima saat juga. Pada masa yang sama, mata tak lepas memandang cincin platinum itu.

Fuhlamak.. Cantik siot. Bertatahkan batu zamrud. Berhiaskan kilauan emas putih. Cantik gila. Mengalahkan cincin kahwin lagaknya. Mana taknya, berkilau tahap tak ingat. Hmm.. mesti mahal ni. Mesti harga dia boleh dapat BMW sebuah ni.. Huh! Membazir betul. “Nah.. it suits you well. Very well!” puji Noah melambung. Merah padam muka aku dibuatnya. Malu.

“Alright dear, I nak cincin ni. Kirakan ya,” Selamba Noah bersuara. Langsung tak mempedulikan riak wajahku yang jelas berubah. Terkejut. Tergamam. Terkedu. Rasa macam nak terkencing pun ada.

Oh My God, dia belikan cincin platinum ni untuk aku ke? Biar betik?! Err tapi.. takkan lah. Mustahil. Mimpi apa dia nak bagi aku cincin ni? Mimpi menikah dengan aku ke? “Cincin ni.. untuk saya ke?” Takut-takut aku bertanya. Karang kalau tersilap tanya, tak tentu pasal kena sembur pula. Huh!

Noah pandang aku. Serius. Dapat aku rasakan aura nak mengamuk di wajahnya. Namun, dia sekadar menghela nafas tenang. “Kau rasa aku beli cincin ni untuk awek cashier tu ke?” sindirnya lagi. Memang Noah banyak menyindir aku harini. Nak tak nak, terpaksalah aku menelannya. Aku geleng perlahan. “Then? Apasal tanya? Sengaja nak sakitkan hati aku?”

“Err.. bukan. Saya bukannya nak sakitkan hati Encik Noah. Erk, saya cuma.. cuma..”

“Cuma apa?” Laju Noah memotong. Tak tahan dengan gagap aku barangkali. Aku senyum. “Cuma.. curious. Yalah, takda angin, takda ribut, tiba-tiba aje Encik Noah kasi cincin.. kenapa? Encik Noah nak lamar saya ke?” Cukup berani aku bertanya. Dah tak peduli dah pasal anggapan Noah terhadap aku. Tak kesahlah dia nak mengata aku perasan ke apa. Dah dia yang bikin aku perasan, siapa suruh?

“Kau rasa?” Noah sengaja nak menguji aku. Ada senyuman nakal di bibirnya. Senyuman yang seakan-akan mengejek aku. Aku sekadar beriak selamba. Santai, biarpun taufan di hati sedang melanda. Gemuruh gila. “Entah. Saya rasa Encik Noah nak melamar saya. Tapi bila difikirkan semula, siapalah saya untuk Encik Noah lamar kan? Dah lah mundur, kolot, bibik pulak tu.” Penuh rendah diri aku menjawab. Terpaksa. Nak meninggi diri, tak boleh juga. Karang ada pulak yang kena saiko. Huh.

Noah masih kekal tersenyum. Haih, asyik senyum aje mamat ni. Dah macam Rayyan. Serupa Rayyan. Senyum tak ingat dunia. Musykil pula aku melihat sikap anehnya ini. “Nina.. aku..” Dia berhenti seketika. Cuba untuk mengatur nafas sebelum berkata-kata.

“Aku nak minta maaf pasal tadi. Well, aku sedar.. aku banyak sakitkan hati kau, lukakan perasaan kau. Aku tahu, kau marahkan aku. Kau bencikan aku.. I’m sorry. I didn’t mean to hurt you, to envy you. Maafkan aku?” Cukup ikhlas Noah memohon maaf. Rendah diri. Hilang terus egonya yang melangit itu. Terkaku aku mendengar kata-katanya itu. Membeku.

“Nina, aku..”

“Saya dah maafkan awak. Jadi tak perlulah awak bersusah payah buat semua ni. Siap bagi cincin bagai. Bukannya besar manapun kesalahan awak tu. Err.. setakat menyindir, dah tak berbekas lah dalam hati saya,” ucapku perlahan. Sekadar nak menutup malu. Gila tak malu? Entah sejak bila aku pandai memalu dengan Noah, aku sendiri tak tahu. Hmm.. sejak dia berbaik dengan aku kot?

Dapatku tangkap Noah tersenyum. Sekali lagi? Kenapa dia asyik tersenyum aje ni? Macam ada apa-apa je. Huh, mencurigakan betul. “I’m.. really really glad to know that you’ve forgiven me. Wow, thank you.. But I’m sincerely giving you this ring. I mean.. uh. As a forgiveness, why not right?”

“Tapi ini berlebihan lah, Encik Noah. Cincin? Apa Encik Noah nak memohon maaf sambil melamar ke? 2 in 1 gitu? Huh.. tak perlulah Encik Noah. Tak perlu. Nanti apa pula kata orang, kata Nenda..” Aku tetap berdegil dengan pendirianku. Tetap enggan menerima cincin itu. Masakan aku sudi menerima cincin berjuta itu? Sebagai tanda sudi terima maaf lelaki itu? Gila. Ya, ini semua gila.

“Nina..” Kali ni Noah merenung aku pula. Dalam. Sedalam gelora yang mula menyelinap masuk ke dalam ruang hatiku. Aku terkedu untuk seketika. Kaku. “Your acceptance toward this ring signifies your willingness to forgive me. Do you understand?” Rasa macam ada secebis perasaan halus yang mendiami hatiku kini. Perasaan halus yang menandakan kesenangan aku diperlakukan sebegini. Ya Tuhan, kenapalah Noah melayan aku seperti ini, sebaik ini? Kenapalah dia asyik buat aku tak senang duduk hari demi hari? Kenapalah dia jadi macam ni? Kenapa? Kenapa? Kenapa? “Biarlah orang nak kata apa pun. Yang penting, hanya kita dengan Tuhan aje yang tahu perkara sebenar. Okay?” tambahnya lagi sebelum tersenyum. Manis sekali.

Aku turut membalas senyuman itu, tanda bersetuju akan keputusannya. Biarpun berat hati, namun, mampukah aku nak menghalang? Nak memberontak? “Okay.” putusku akhirnya.

***

SUDAH seharian suntuk aku meroyan di situ – menarik cincin platinum yang seakan-akan sudah digam pada jari manisku. Mana taknya, bermati-matian aku cuba tanggalkannya. Namun, hampa. Hampa sekali. Cincin itu masih tersemat di jari manis ini. Masih terlekat. Ketat!

“What’s up?” Tenggelam timbul suara garau Noah di pendengaranku. Aku angkat muka – memandang si abang kacak yang sudahpun merapatiku. Rapat. Dekat, sehinggakan kaki ini terasa ingin melangkah jauh dari situ. Huh! “Ehem. Ni haa.. cincin mahal Encik Noah ni. Buat hal pula dia. Tak boleh tanggal..”

“Oh.. ingatkan apalah tadi. Baguslah.” Apa? Baguslah? Baguslah dia kata? Grr.. rasa macam nak jerut leher si Noah ni dengan tali pun ada. Then, gantung kat siling rumah. Biar mati tercekik. Huh! Geram betul! “Encik Noah ni memang suka bercakap tanpa berfikir kan?” sindirku pedas. Selamba.

Noah sekadar beriak tenang. Kaki mula diangkat ke ruang tamu – menjarakkan diri daripada aku. Kemudian, punggung dilabuhkan pula di atas sofa. Remote control dicapainya. Aku hanya memerhati tindak-tanduknya itu. Selamba. Santai. Menyakitkan hati. Amboi, berlagak tenang nampak? Perliku, dalam hati. “Encik Noah, saya sedang bercakap dengan Encik Noah ni. I’m not talking to the lizard or ant or lalat or even the wall.”

“Ya, aku dengar lah ni. Aku belum pekak lagi.”

“Then?”

“Hmm.. baguslah.” Jawapan yang sama masih diberikan. Membuatkan aku rasa benar-benar ingin menjerutnya, menggantungnya, dan membiarkan dia mati sendiri. Ombak di dada semakin bergelora. Semakin kuat. Rasa macam dah nak tsunami pun ada. Namun, aku tetap menahannya, menenangkannya. Nafas aku hembus, perlahan. Sabar, Nina. Sabar! “Bagus sebab.. it shows that the ring is really yours. Literally yours – been destined since early. I mean, yeah, kau pemilik cincin itu.”

Entah kenapa aku rasa lain macam aje akan kata-kata Noah itu. Tak keruan. Tak tenang. Tak sedap hati. Err.. rasa macam ada sesuatu yang tersirat di sebalik ayatnya itu. Sesuatu yang cukup sukar untuk diungkap dengan kata. Atau mungkin.. perasaan aku je kot? “Awkwardness kills me. Um, I feel something’s fishy..” luahku perlahan.

Noah angkat muka – memandang aku. Dalam. Dipandang wajahku dengan riak yang begitu sukar untuk diertikan. Ditenung anak mataku bagaikan enggan dilepaskan. Namun, akhirnya, dilepaskan jua. Mengalah. Dia berpaling – menghadap TV. “One day you will know.” ucapnya, perlahan. Membuatkan aku semakin penasaran.

Sungguh, aku rasa lain macam sekarang ni. Lain macam sangat. Rasa macam ada yang tak kena aje dengan si Noah ni. Tapi.. aku sendiri tak pasti. Sama sekali tak pasti. Ah, biarlah. Biar. Biar masa yang membongkarkan semuanya. Hmm.. bak kata Noah, satu hari nanti, aku akan tahu.

Ya, aku akan tahu.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience