BAB 7

Romance Completed 9482

Dalam masa lima belas minit, kedua mereka selesai menjamah sarapan pagi dan kini keduanya sedang duduk di meja makan. Gigi busy dengan lamunan dan segala persoalan yang semakin kompleks di mindanya manala Zayn pula hanya merenung Gigi sedari tadi. Dia terkenang semula saat dia memberitahu bahaw dia tidak mencium Gigi dan bagaimana air muka Gigi bertukar hampa, tubuhnya seakan lemah terkejut seperti orang yang hampa mendengar berita buruk. Adakah ia membawa sebarang makna?

Dia juga kembali memikirkan betapa hampir untuk dia mengucupnya tadi dan dia macam nak belasah sendiri mukanya memikirkan kenapa dia tidak teruskan sahaja mencium Gigi walhal itu adalah apa yang diinginkannya. Namun ia sedar, belum masanya lagi, it wasn't perfect moment baik untuk dia mahupun Gigi.

Bukan sahaja mereka masing-masing baru bangun, masih bergelumang dengan air liur basi tapi juga sebab masing-masing dalam keadaan tak semengah, Dia dengan boxer manakala Gigi pula hanya memakan baju-T - takut jika dia tak dapat menahan tangannya berbuat nakal.

Jadi kin dia hanya mampu duduk di kerusinya, cuma memerhatikan saja Gigi. Di yakin, jika mereka saling berkucupan ia pasti akan jadi sesuatu yang indah, bunga api meletus warna warni di angkasa seperti tahun baru. Dan sudah pasti tangannya menjalar ke leher Gigi, meransangnya untuk merasa ciuman berahi darinya. Tangan gigi juga menjalar meraba leher Zayn. Zayn kemudian mengalihkan ciuman dari terus singgah ke dada, dia dapat melihat wajah seksi Gigi yang juga menikmati ciuman hangat itu dan mereka berdua lemas dengan kucupan tanpa henti itu.

''Ia pasti indah,'' bisik Zayn dalam hati sambil tersenyum kecil sama sekali tidak sedar yang Zayn sedang memerhatikannya sejak beberapa minit yang lalu.

''Zaynm kau okay tak ni?'' tanya Gigi. Zayn terkejut. Dia cuba mengelipkan matanya beberapa kali, membetulkan posisi duduknya sebelum matanya saling bertentang dengan Gigi. Seakan ada bahang panas menyerangnya, ya pipinya terasa panas bagai hendak terbakar.

''Oh, sorry, termengelamnlah pulak,'' balasnya selamba sambil menguis telur mata di hadapannya. Sebenarnya dia sudah hilang selera untuk makan, dia hanya berselera melihat Gigi di hadapannya itu. Apa yang akan Gigi lakukan jika dia menarik gadis itu dan terus mengucupnya saat ini? Tanyanya dalam hati sebelum menggeleng-gelengkan kepalanya sekali lagi.

''Apakata kita main game?'' tanyanya dan Gigi hanya tersenyum. Dia mengapai pinggannya dan Zayn di atas meja lalu membawanya ke sinki.

''Boleh, tapi sebelum tu boleh pinjam seluar kau tak?''

''Boleh, no hal,''balasnya tersenyum lalu berlari ke bilik dan masuk semula ke dapur seraya menyerahkan seluar hitam Adidas kegemarannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience