Bab 3: Evil Flower

Drama Series 427215

Bab 3

“YARRA! dah siap ke draft?”

Wanita itu memejam mata sebelum mengambil beberapa saat untuk menoleh ke belakang. Dia melihat seorang lelaki 40 an berdiri tegak di muka pintu. Bibirnya tersengih seperti kerang busuk!

“Encik Arif, saya janji sebelum pukul 5 kan?” ujar Yarra sehingga dahinya berkerut. Dia meletakkan pen di atas meja pejabat. Sedikit keluhan dilepaskan.

“Kenapa serius sangat ni? Stress ke dengan klien kayangan you tu?” Encik Arif terus berjalan ke arah meja paling hujung. Melintasi 3 meja staf lain yang masing-masing fokus dengan kerja sendiri.

“Ini draft yang ketiga. Kalau tak betul juga tak tahulah.” kata Yarra lalu kembali mengadap komputernya.
Mata yang bundar dan tanpa sebarang solekan itu dilindungi dengan kaca mata bulat supaya meningkatkan keupayaan penglihatannya ketika membuat kerja di skrin komputer.

“Ini finalized ke?” soal Encik Arif lalu merenung reka bentuk ruang tamu sebuah kondominium mewah di komputer wanita itu.

“Belum... Saya dah tunjuk design 3D yang saya siapkan semalam tapi... Klien kita tu masih tak puas hati...” jawab Yarra.

“Alamak? Design dari Interior Designer paling hebat kat syarikat ni pun kena reject tiga kali? Tak patut...” Encik Arif terus menggeleng kepala.

“Macam tak biasa pulak Encik Arif jumpa client yang cerewet...” Yarra menyandar di kerusi sambil melihat lakaran 3 Dimensi menggunakan AutoCAD di skrin. Dia melihat pula nota kecil di sebelah yang mencatatkan permintaan dari pelanggan yang mahukan perubahan.

“Okay... Apapun good luck, Yarra. Nanti dah siap boleh submit kepada saya dulu.”

“Okey.” jawab Esha tanpa memandang lelaki berdahi sulah yang juga merupakan CEO syarikat rekaan dalaman yang kecil ini.

Walaupun syarikat kecil, dan hanya mempunyai 6 orang pekerja, syarikat ini sering juga mendapat projek-projek besar seperti di bangunan kerajaan atau syarikat korporat. Bagi Yarra, dia tenang di sini. Rakan sekerja yang tidak masuk campur hal peribadi dan suasana kerja yang tidak memberi sebarang tekanan yang teruk. Walaupun mereka hadapi masalah, sama-sama akan duduk semeja dan saling membantu.

Tepat jam 5 petang Yarra menutup komputernya. Dia juga telah menghantar email lakaran 3D yang ke-4 itu kepada Encik Arif. Kemudian dia mengambil beg galas jenama Adidas berwarna hitam lalu disangkut ke bahu.

“Cik Yarra nak balik dah ? Nak makan malam dengan kami tak?” soal Hakimi secara tiba-tiba.

Yarra sempat menoleh kepada pekerja intern itu. Malah dua rakan sekerjanya yang lain terus mengangkat muka memandang Hakimi.

“Lain kali ya...” Yarra menolak dengan baik bersama senyuman nipis. Dia juga sempat memberi senyuman kepada dua rakan sekerjanya yang lebih senior sebelum melangkah keluar.

Hakimi terus terkebil-kebil sambil memandang Azira dan Fina di hadapannya.

“Adik Kimi, kalau lepas pukul 5 petang langit runtuh pun Cik Yarra tak akan jawab call klien atau office. Apatah lagi di hujung minggu. Waktu dia untuk bekerja hanya 5 hari seminggu dan hanya 9 jam sehari. Lepas dari waktu tu, kita tak boleh ganggu dia.” kata Azira dengan bersungguh-sungguh bagi menjawab ajakan Hakimi kepada Yarra Aisya sebentar tadi.

“Lama-lama di sini kau akan faham la perangai sorang-sorang. Dia bukan sombong. Kalau hal kerja dia memang bagus. Team work pun okey.” celah Fina.

Hakimi kelihatan mengangguk perlahan. “Selalunya orang dah kahwin je yang habis waktu kerja habis. Nampaknya Cik Yarra tak pandai bersosial...” komen Hakimi.

“Hey... Jangan banyak bergosip. Kita kat tempat kerja. Dah, jangan ambil pusing hal orang. Jom pergi dinner!” kata Azira yang tidak mahu terus bercakap belakang hal orang lain.

“Okay! Lepas dinner kita karaoke nak?!” kata Hakimi dengan teruja.

Fina hanya tersengih. “Boleh tahan budak intern ni eh...”

Hakimi terus ketawa kecil sambil mengemas barangnya.

******

Yarra memandu dengan kelajuan perlahan kerana jalan mula sesak di waktu kemuncak seperti itu. Dia melepaskan keluhan apabila mengingati ajakan dari Hakimi sebelum pulang sebentar tadi. Dia memang tidak pernah menghabiskan masa bersama rakan-rakan sekerja terutamanya selepas waktu pejabat.

Memang itu adalah hakikatnya. Bos juga bersetuju dengan syarat-syaratnya yang tidak boleh memberi komitmen selepas waktu kerja. Sudah tentulah kerana dia memberi komitmen yang tinggi ketika waktu bekerja. Dia tidak bermain media sosial peribadi, atau melayan text peribadi ketika waktu kerja. Dia hanya berurusan dengan klien, rakan sekerja, atau supplier.

Sikapnya itu membuatkan bos dan rakan-rakan berpuas hati dengan cara kerjanya. Jika klien ingin berurusan dengannya, dia juga sudah meletakkan syarat mereka hanya boleh bertemu atau berurusan ketika waktu bekerja. Kenapa perlu menjadi hamba kerja sehingga tidak kira waktu pada bayarannya tidak seberapa?

Pada mulanya dia sering bertukar tempat kerja kerana prinsipnya itu tidak diterima kebanyakan bos. Tetapi kali ini dia dapat bertahan selama dua tahun di AA Design Studio. Encik Arif lebih berfikiran terbuka dan menjaga kebajikan pekerja. Apa yang lebih penting firma tempatnya bekerja itu tidak terlalu jauh dari tempat tinggalnya.

Yarra melihat jam di dashboard, nampaknya hari semakin lewat dan dia sebenarnya mempunyai temujanji dengan doktor kucing kesayangannya. Dia harus bergerak dengan lebih pantas dan tidak sampai 20 minit dia sudah sampai di Alice Residence. Dengan bergegas Yarra keluar dari kereta dan bergerak naik ke tingkat 15 untuk mengambil Leo.

“WELCOME to ESS Pet House.”

Yarra tersenyum apabila lelaki itu menyambutnya sendiri di kaunter memandangkan stafnya mungkin sudah pulang. Leo masih dalam dakapannya ketika Yarra berdiri berhadapan dengan Ehsan.

“I'm sorry... Sebab lambat.” kata Yarra.

Ehsan sempat melirik melihat pakaian Yarra pada petang itu. “Awak baru balik kerja?”

“Ya... Hujung minggu ni saya busy. Jadi saya bawa dia hari ni.”

Ehsan tersengih. “Hujung minggu seorang Yarra mestilah busy. It's okay. Hari ni saya tutup lambat. Hi Leo... How are you?” soal Ehsan lalu menyentuh kepala kucing jalanan yang tumbuh dengan sihat itu.

“Dia membesar dengan sihat sebab awak rawat dia dengan baik. Thanks...” Yarra tersenyum lagi.

“Itu memang kerja saya, Yarra. Biar saya check Leo dulu. Pemeriksaan rutin je kan? Dia ada masalah apa-apa?” soal Ehsan.

Yarra menggeleng. “Dia sihat tapi bulu dia gugur banyak sikit.”

“Oh... I see. Awak ada tukar diet dia?”

“Ya... Saya cuba makanan baru.”

“Hmm... Biar saya check dulu. Awak tunggu di sini.” kata Ehsan lalu membawa Leo ke bilik rawatan.

Yarra duduk di sudut menunggu dan mengambil majalah untuk dibaca. Kebanyakan tentang haiwan peliharaan. Hujan tiba-tiba turun menyembah bumi dan Yarra pantas melihat ke cermin kaca. Langit semakin gelap dan hujan turun dengan begitu lebat. Ketika itulah juga jiwanya tiba-tiba terasa pedih seperti diragui dengan duri sembilu.

Imbas kembali, 3 tahun lalu...

Wanita itu cuba melangkah walaupun dalam kepayahan. Tubuhnya basah kuyup dibasahi hujan yang lebat. Hidup, baginya cukup sulit. Kesakitan yang amat dalam pernah menjadi luka yang tidak pernah hilang... Dia cuma ingin bertahan untuk meneruskan hidup yang tiada arah. Gelap dan berliku...

Langkah kaki yang lemah dan terhuyung-hayang kerana kesan air yang diteguk masih kuat. Air matanya juga berjujuran laju dengan esakan yang halus. ketika hujan menitis begitu dingin dan malam yang kelam pekat, dia berhenti ketika terpandang makhluk Tuhan yang lemah, sama sepertinya...

Ketika air matanya masih mengalir, dikesat dengan hujung jari halus. Dia mendekati seekor kucing yang kesejukan, kurus, sakit dan hanya menanti ajal... Wanita dengan berambut perang, berbibir merah, dengan bajunya yang berkilauan, seolah menjadi cahaya di hujung jalan itu.

Skirt labuh yang terbelah ke pahanya, terus dikoyak lalu dibaluti tubuh kecil yang masih hangat itu... Diangkat dalam pelukannya dengan kata-kata yang aman.

“Dirimu akan baik-baik denganku... Bertahanlah. Aku melihatmu seperti diriku...” Air mata Yarra mengalir lebih lebat dari hujan sambil mendukung kucing itu. Ia semakin lemah sehingga Yarra gelisah sendiri.

“Jangan mati... Tolonglah hidup. Walaupun dunia ini kejam... Kita kena bertahan hidup!” jerit Yarra.

Yarra berlari dengan kasut tingginya itu dengan langkah yang luas. Dia juga tidak peduli dengan skirtnya yang koyak sehingga menampakkan pahanya yang putih mulus dan begitu seksi. Ketika itu dia melihat sebuah klinik haiwan yang lampunya masih terbuka. Walaupun agak pelik kerana waktu sudah terlalu lewat.

“Hello!! Please! Are you open?!” jerit Yarra yang sedang menggigil kesejukan. Dia mengetuk pintu kaca premis itu bertubi-tubi.

Tidak lama kemudian pintu klinik itu dibuka. Muncul seorang lelaki berpakaian biasa dan merenung Yarra dengan kehairanan. Dia tidak melihat apa yang dikendong oleh wanita itu kerana ditutup oleh kain.

“Klinik sudah tutup. Saya stay di sini malam ni, sebab tu lampu terbuka.” jelas lelaki itu. Dia memandang wanita berwajah pucat yang kesejukan itu dengan kehairanan. Melihat pakaian wanita itu yang seksi dan muncul pula di waktu lewat malam, lelaki itu sedikit cuak.

“Please... Tolong selamatkan dia. Dia mungkin akan mati!” Yarra pantas menunjukkan kucing di dalam balutan kainnya itu yang kelihatan sangat nazak.

“Oh my god... Cepat masuk!” Lelaki itu pantas membuka pintu dengan lebih luas.

Yarra melihat lelaki itu membawa kucing itu tersebut ke dalam bilik rawatan dan kemudian muncul semula dengan membawa tuala tebal.

“Awak juga mungkin akan demam.” Lelaki itu menghulurkan tuala itu kepada Yarra.

Yarra terkedu tetapi akhirnya menyambut juga huluran itu.

“Yarra!”

Yarra terus tersentak apabila namanya dipanggil dengan kuat dan juga begitu dekat. Matanya membulat luas memandang Ehsan di hadapannya.

“Jauh termenung...” Ehsan tersengih.

“Sorry... I tak sedar. Macam mana dengan Leo?” Yarra cuba mengawal nadanya. Peristiwa yang bermain di kotak ingatannya itu seolah baru berlaku semalam. Dia tidak akan melupakannya untuk seumur hidup. Terima kasih kepada lelaki ini kerana menyelamatkan Leo dan juga memberi kehidupan yang baru kepada dirinya sendiri.

Kehadiran Leo dalam hidup Yarra sedikit sebanyak merawat rasa sunyi dan kemurungannya.

“Dia okey. Tapi saya nak tengok makanan dia. Boleh awak bagi gambar atau jenama?”

“Saya tak ingat... Boleh saya datang lain kali?” soal Yarra.

Ehsan tersenyum. “Of course...”

*******

“Lelaki baik sangat membosankan...” Yarra melemparkan tubuhnya di atas katil empuk selepas pulang dari klinik haiwan milik Dr. Ehsan.

Dia mengambil telefon yang hanya digunakan pada waktu selepas bekerja dan cuba memeriksa jika ada sesiapa menghubunginya. Sudah pastilah ada satu nombor yang menghubunginya lebih dari sekali. Yarra menekan icon berwarna hijau untuk menghubungi wanita itu semula.

“Hello, Madam Jemy.” sapa Yarra dengan suara yang ceria.

Jamelah atau Madam J nama gelarannya terus menjerit nyaring di hujung talian.

“Yarra Aisya!! Kenapa tak angkat call! You cakap habis waktu kerja pukul 5 I boleh hubungi youuuu!”

Yarra menjauhkan telefon itu dari telinga kerana bingit dengan suara Madam J.

“Madam J... Sorry okay. Ni baru I free. Jangan cepat marah nanti berkedut muka you sebab I...” Yarra turut mengekek ketawa.

“You ni memang susah betul la Yarra! You pun tahu you adalah keuntungan besar bagi I. Sebab tu I sayang you! Tapi, tak bermaksud you boleh buat perangai tau. I call tu maknanya ada job besar untuk you!”

Yarra bangun dari pembaringan dan cuba untuk fokus. “You dah betul tapis ke ni? You tahu kan syarat I... Tak semua I sapu, okey.”

“I bukan kenal you sehari dua. I akan bagi job yang besar-besar semua kepada you dan Norris je. Trust me honey...” kata Madam J lagi dengan penuh semangat.

“Okay... Siapa kali ni?” pantas Yarra bertanya kerana tidak mahu membuang masa.

“Job kelas A mestilah untuk girl kelas A jugak, darling! Ada kereta yang akan jemput you dalam masa satu jam. Please, dress up macam wanita korporat. You jangan pakai macam nak pergi malam gala. Ini syarat dia.” jelas Madam J.

“What? You nak I pergi dinner meeting ke apa ni? Come on... I tak pakai baju kerja lepas pukul 5 petang!” rungut Yarra. Dahinya sudah berkerut berlapis-lapis.

“Darling... Kerja macam ni pun ada etika tau. Jangan hampakan customer kali ni...”

“You tau kan, Madam J. Lepas I jumpa, adalah keputusan I untuk terima atau tak.”

“Of course I know. Sebab tu I bagi dekat you dulu. Kalau you tolak baru I cari girls lain... You always my first choice my dear...”

Yarra memejam mata kerana sudah lali dengan ayat-ayat manis wanita itu.

“Okay... We talk later.”

“Thank you, darling. Muahh!” ucap Madam J sebelum memutuskan panggilan.

Yarra melepaskan nafas yang berat sebelum turun dari katil untuk memilih pakaian yang sesuai. Seriuslah nak pakai formal?! Lelaki skema ke? Oh my god... Minta selisih!

******

Ketika Yarra Aisya melepasi pintu utama kondominium itu, sebuah kenderaan jenis Limousin sudah berada di hadapan menunggunya. Yarra berhentikan langkah kerana dia ingin pastikan adakah itu kereta yang betul. Dia berdiri dengan bergaya, pakaiannya cukup formal dan sekali imbas seperti seorang setiausaha korporat. Yarra memilih blaus kuning dengan skirt berwarna hitam singkat atas paras lutut.

Dia tetap mahu kelihatan seksi dan elegan walaupun dalam pakaian formal. Seorang lelaki yang berpakaian pemandu keluar dari kereta dan membuka pintu belakang untuknya. Kali ini barulah Yarra yakin dan melangkah ke arah kenderaan itu. Pintu kereta itu ditutup rapat dan dan Yarra menyandar badannya dengan tenang. Dari segi kemampuan nampaknya pelanggannya ini melepasi syarat. Lantas Yarra menyilangkan kaki kanan di atas paha kiri memandangkan interior kenderaan itu yang luas.

Sebuah restoran mewah di hotel lima bintang menjadi destinasi yang tipikal untuk pertemuan seperti ini. Yarra dibawa ke sebuah bilik privasi untuk VVIP di restoran tersebut. Pandangan pertama Yarra, pelanggannya kali ini sangat mementingkan kerahsiaan. Walaupun situasi seperti ini sudah biasa, tetapi persekitaran bersama bodyguard agak ‘rare’ di mata wanita itu.

Yarra duduk dengan tenang di sebuah meja bulat di mana kerusi berhadapannya masih kosong. Dia mengambil air kosong yang sediakan untuk membasahkan tekak yang hampir kering. Ketika itulah pintu restoran itu dibuka dan muncul satu figura dengan pakaian yang cukup elegan. Yarra berkira-kira untuk bangun kerana kehadiran wanita itu seperti seorang kenamaan.

“Have a seat, young lady.” kata wanita itu lalu mengambil tempat di hadapan Yarra.

Yarra duduk dengan tegak dan masih kehairanan dengan kemunculan wanita itu. Adakah ini pelanggannya? Ini betul-betul tidak masuk akal!

“Yarra? Am I right?” Soalan pertama wanita itu membuatkan Yarra semakin berhati-hati.

”Yes...” jawab Yarra tanpa merendahkan keyakinannya.

“You look so young... And beautiful.”

“Thank you, madam. May I know you?”

Wanita itu tersenyum melihat wanita muda di hadapannya itu sangat berkeyakinan dan tidak gementar walaupun berhadapan dengan wanita berprofil sepertinya.

“My name is Tengku Zehra...” ucap wanita itu. Dia masih meneliti wajah dan personaliti wanita muda di hadapannya.

Yarra cuba tersenyum nipis. “Yes, Tengku. What do you want from me?”

Tengku Zehra tersengih halus. Nampaknya Yarra tidak suka berbasa-basi.

“I'm sorry, young lady. How old are you?”

Yarra terdiam sejenak. Dia masih kekal waras walaupun dalam kepala pesat memikirkan siapa wanita ini. Namanya seperti pernah didengar.

“26...”

“Wow... Patutlah Jemy pilih you. I ada dapat sikit info latar belakang you. Tapi, I lebih suka dengar dari you sendiri.” jelas Tengku Zehra.

Yarra tidak terkejut dengan kenyataan itu. Dia semakin panasaran tetapi nampaknya wanita itu seperti mahu mengambil masa.

Tengku Zehra mencapai gelas kaca yang berisi air sejuk dan membawa ke bibirnya. Matanya masih merenung Yarra Aisya yang kelihatan tenang dan elegan, sedangkan dalam kepalanya menyusun ayat untuk disampaikan kepada wanita itu.

“I chose you because I know you love money more than anything. You're an evil flower in the secret garden. Yarra Aisya... Pastikan bekas suami I jatuh tersungkur and I'll give you something you can't imagine.”

Komen anda sangat membantu mood penulis. hehe tq so much.

Share this novel

AchikAyu
2022-08-18 10:58:58 

achik tertanya2 background seorg Yarra.. apa yg menyebabkn Yarra xnk hidup spt gadis normal lain??


NovelPlus Premium

The best ads free experience