32

Romance Completed 132660

Stereng kereta dicengkam kuat oleh Hazim. Macam-macam persoalan bermain di fikiran tatkala melihat Hana yang duduk di luar rumah bersama seorang lelaki yang tidak dia kenali.

"Ati...."

'Kenapa Hana duduk di atas kerusi roda?'

Sudahlah terkejut dengan penampilan terkini isterinya, babak-babak mesra antara Hana dan lelaki itu pula menimbulkan cemburu dan prasangka di hatinya.

Kereta sengaja diparkir jauh dari rumah teres milik keluarga Hana agar kehadirannya tidak diketahui. Mahu berdepan dengan orang tua Hana, tetapi Hazim tidak berani. Silap-silap mati dia dikerjakan.

"Siapa lelaki tu, Hana? Siapa dia?" Hazim berkata sendiri.

Jiwanya memberontak ingin mendekati Hana, mahu memeluk gadis itu dan melepaskan rindu yang terbuku. Perasaannya tidak tenang sama sekali.

.

Ammar menyertai Badrul dan Halim membuat persiapan kenduri yang bakal diadakan. Sebuah kanopi sudah terpasang di halaman rumah, dan kerusi meja sudah mula diatur untuk tetamu yang akan datang.

Sejak insiden pagi tadi, Ammar dan Hana tidak banyak bercakap. Namun lelaki itu tetap ligat membantu membuat kerja-kerja di luar rumah.

Hana merenung kelibat Ammar yang sekali-sekala bersembang bersama ayahnya. Lagaknya seperti tiada apa yang berlaku. Masih terselit perasaan bersalah terhadap Ammar, setelah dia menolak cinta lelaki itu.

Memang selama ini pun, Ammar cuma dianggap tidak lebih dari seorang sahabat. Hatinya masih setia pada yang satu. Tiada siapa yang mampu membuat hatinya bergetar hebat seperti mana yang dilakukan Hazim.

'Ati rindukan abang...' bisik hati Hana.

Siang malam Hana berdoa agar masih ada sinar harapan buat hubungan mereka. Hakikatnya, Hana tetap tidak dapat memadam memori bersama Hazim walau mencuba berkali-kali.

.
.

Hazim datang buat kali kedua, masih berada jauh dari kediaman milik Haji Halim. Kali ini dia dihambat resah ketika melihat sebuah kanopi putih di hadapan rumah.

Juga kelihatan beberapa orang di halaman rumah. Seperti sedang mempersiapkan sesuatu majlis. Hazim tak senang duduk.

Macam-macam pertanyaan bermain di minda. 'Majlis apa? Ada kaitan dengan Hana kah? Hana hendak bertunang dengan lelaki semalam? Tak mungkin, dia masih isteri aku yang sah!'

Dalam kelekaannya melayan lamunan yang panjang, sedikit demi sedikit waktu beransur lewat. Hazim masih tidak puas hati.

Sehinggalah waktu hampir maghrib, kelihatan rumah Haji Halim sudah mula dipenuhi orang. Hazim menelan liur pahit.

Menjengukkan kepala di luar pintu kereta, Hazim mengintai-intai ke arah jalan. Lalu terserempak dengan seorang lelaki berusia 20-an yang memakai baju melayu berwarna kelabu.

"Dik!" Hazim memanggil budak lelaki itu.

"Ye, bang?" lelaki yang berkopiah putih itu mendekati Hazim.

"Err, tumpang tanya. Itu rumah siapa ye? ada majlis ke?"

"Oh, tu rumah Haji Halim. Malam ni dia ada buat kenduri tahlil dengan doa selamat sikit. Kenapa bang?"

"Oh, okay. Abang cari rumah kawan. Rasanya salah alamat ni. Takpe lah. Terima kasih ye, dik." bohong Hazim.

Tangan diangkat tanda sudah ingin beredar dari situ.

Hazim sedikit lega mendengar bahawa majlis tadi hanyalah kenduri doa selamat. Tapi doa selamat untuk apa? Dia juga bingung.

Selesai majlis malam itu, Hana meminta untuk menemani Ammar yang sudah ingin beransur pulang. Ibu bapa Ammar yang datang sekali sudah masuk ke kereta.

"Ammar." panggil Hana setelah mereka sudah sampai di pintu pagar rumah.

"Ye?"

"Maaf pasal semalam." pohon Hana berhati-hati.

"Tak ada apalah. Pasal semalam tu, lupakan je. Anggap je saya tersalah cakap ke apa." Ammar menggaru kepala yang tidak gatal.

Malu bila teringatkan, dia meluahkan perasaan terhadap bini orang. Kecewa? Sudah pasti.

"It's not your fault, Ammar. Salah saya sebab tak bagitahu awal-awal. Saya hargai perasaan awak untuk saya. Awak sahabat baik saya, Ammar. You have a special place in my heart." terang Hana jujur.

Ammar paksa segaris senyum, cuba menutup kelukaan di hati. Benarkah dia punya tempat istimewa di hati gadis itu? Lalu siapa pula suami Hana? Kenapa dia tidak kelihatan di mana-mana?

"I understand. Tapi... Nevermind." banyak persoalan yang ingin diajukan, tetapi Ammar tidak mahu menganggu hal peribadi Hana.

"Saya janji, nanti saya akan ceritakan semuanya." Hana seakan dapat membaca fikiran Ammar.

Ammar angguk faham. Cukuplah hanya sekadar sahabat, sudah memadai buatnya. Walau perit rasa cintanya ditolak, janji dia pada diri sendiri untuk terus menjaga Hana tetap dia pegang.

"Saya betul-betul minta maaf." bisik Hana sekali lagi, mengembalikan Ammar ke dunia realiti.

"Saya pun minta maaf. Banyak yang saya tak tahu tentang awak. Just, if you need anything..don't hesitate to tell me. Kita masih kawan lagi kan?" Ammar cuba menceriakan kembali suasana.

"Of course! Terima kasih, Mar. Thank you for always being there for me."

"My pleasure. Saya balik dululah, Hana."

"Okey. Drive safe."

"Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam."

Ammar segera menapak ke arah kereta dengan hati yang berat. Pedihnya masih terasa. Mahu menangis, karang tak macho pula!

Hazim menggenggam jari sendiri di dalam kereta. Masih lagi geram melihat Hana yang berjubah dan bertudung biru lembut bersama lelaki sama di pintu pagar.

Senyuman lelaki itu ke arah isterinya kelihatan begitu mesra. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia menerkam ke arah Hana saat ini.

Hazim meraup kasar rambutnya sebelum menghentak stereng. Seharian dia di situ, makin merana apabila tidak dapat bersemuka dengan Hana.

Ketika jam sudah lewat malam, baru Hazim beransur keluar dari kawasan perumahan itu. Dalam perjalanan pulang, Hazim merencana tindakan seterusnya.

Telefon bimbit yang sudah dicampak ke tempat penumpang dikerling sekali-sekala. Dari tadi panggilan Noor dibiarkan tidak berjawab.

Sampai di rumah, kelihatan kereta ibunya terparkir di luar. Hazim menggagahkan diri menapak masuk. Belum sempat menjejakkan kaki ke dalam rumah, Noor sudah meluru ke arah Hazim.

"Azim, kenapa tak jawab call umi? Azim pergi mana ni?" Noor bersuara dengan bimbang.

Wajah sugul Hazim diangkat, meminta penjelasan. Mata Hazim berkaca ketika melihat riak kerisauan si ibu.

Tanpa berkata apa-apa, setitik demi setitik air matanya gugur. Ibarat anak kecil, Hazim menangis di hadapan umi.

"Umi...."

"Kenapa ni, nak?" hati Noor juga terpalit sedih.

"Umi ampunkan Azim, umi. Azim tak kuat. Azim rindu dia, umi..." tangan tua milik ibunya diraih dan dikucup penuh sesal.

Sebak hati Noor mendengar rintihan Hazim. Semuanya berlaku dengan pantas, dan terlalu berat untuk mereka tanggung.

"Umi dah maafkan Azim. Kalau Azim rindu, Azim carilah dia." Noor seakan memahami insan yang dimaksudkan Hazim.

"Azim menyesal tinggalkan dia, umi. Azim terlalu bodoh!"

"Setiap manusia tak lari dari melakukan kesilapan, Zim." pujuk Noor.

Jarang dia melihat Hazim menangis sebegini. Ternyata mengalir juga air mata anak jantan tatkala diuji sebegitu.

"Azim ni suami tak guna ..."

"Umi pun bersalah dalam hal ni, sepatutnya umi tak paksa Azim. Maafkan umi, sayang..."

"Azim rindu dia umi... Mesti dia dah bencikan Azim.."

"Cari dia sebelum terlambat, zim. Umi pun nak jumpa dia. Cari dia, minta maaf." Noor mengesat tangis di pipi anak lelakinya.

"Janji dengan umi, Azim perbetulkan semua kesalahan Azim. Cari isteri Hazim, bawak dia balik."

Hazim angguk bersungguh. Memang itu yang dia ingin lakukan. Mahu membawa Hana kembali ke pangkuannya, menebus segala dosanya terhadap wanita itu.

"Azim janji. Umi doakan Azim."

"Umi akan doakan Azim, buatlah pilihan terbaik untuk rumahtangga Azim. Umi hanya mampu berdoa untuk kebahagiaan Azim."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience