Bab 49

Drama Completed 35637

Selepas semalaman Tiara bermalam di hospital, akhirnya Tiara pulang ke rumah kediaman nya. Badannya juga sudah terasa lebih sihat berbanding sebelum ini. Tiara andaikan yang demamnya sudah kebah.

Seperti yang diberitahu oleh Hadi, Puan Balqis datang melawatnya bersama dengan Hawa. Mereka berdua datang dalam kira-kira pukul 2 petang.

Setelah lama berbual dan melepaskan rindu pada Tiara, Puan Balqis, Hawa dan Hadi meminta diri untuk pulang ke rumah. Pada mulanya, Puan Balqis menawarkan diri untuk menemani Tiara di hospital tetapi Tiara menolak pelawaan itu dengan baik.

Baginya, Puan Balqis mempunyai keluarga sendiri yang perlu dia lihat sedangkan dirinya hanyalah orang asing bagi keluarga mereka. Hadi turut berat hati untuk meninggalkan Tiara seorang diri di hospital tanpa berteman tetapi apakan daya nya. Dia tidak boleh berbuat apa-apa.

Hadi juga menawarkan diri untuk mengambil Tiara daripada hospital tetapi seperti pelawaan Puan Balqis, Tiara menolaknya dengan baik. Cukuplah dengan apa yang Hadi sudah menolongnya dengan menghantar dia ke hospital.

Itu tidak termasuk lagi dengan pertolongan Hadi yang lain-lain. Tidak dapat Tiara membalasnya.

Hari itu, Tiara ingin pergi ke universiti tetapi awal-awal lagi Hadi menyuruh nya untuk berehat di rumah. Katanya, esok baru lah Tiara boleh ke universiti.

Walaupun Tiara sudah meyakinkan Hadi yang dia sudah sihat sepenuhnya, Hadi tetap risau dengan keadaan Tiara. Cukuplah sekali dia melihat Tiara rebah di hadapannya dan melihat Tiara masuk ke dalam hospital.

Hatinya tidak sanggup untuk melihat Tiara sebegitu buat kali kedua.

Tiara yang sedar tiada gunanya untuk dia membantah kata Hadi hanya menurut sahaja.

Butang 'on' di papan kekunci komputer riba milik Tiara baru sahaja di tekan apabila telinga Tiara menangkap bunyi ketukan pintu yang diselangi dengan suara orang yang memberi salam. Automatik kepalanya berpaling ke arah pintu.

"Siapa pulak yang datang tengah-tengah ni? Tak kan lah Hadi kot? Dia kan pergi kelas hari ni. Abang? Ah, mengarut lah. Jiran? Dah kenapa pulak nak datang? Hadirah dengan Farhan? Entah lah" Letih berteka teki, Tiara bangun dan mencapai tudung yang tersangkut sebelum kakinya melangkah ke arah pintu utama rumah.

"Waalaikumussalam" jawab Tiara walaupun dia tidak tahu siapakah pemberi salam itu. Sebaik sahaja daun pintu rumahnya terbuka, terbeliak besar matanya kerana terkejut.

"Kak Aisyah! Akak buat apa datang sini? Mak cik dengan pak cik pun ada sekali?" Tidak pula Tiara sangka mereka bertiga ialah tetamunya.

Pantas tangan Tiara mencapai kunci rumah dan membuka 'gate' pintu supaya tetamunya boleh masuk.

"Kenapa? Kitaorang tak boleh datang ke?" Dapat juga akhirnya Kak Aisyah berjumpa dengan Tiara. Lepas juga rindu nya.

"Bukan tak boleh, tapi kenapa tak bagitahu Tiara awal-awal? Kalau tak boleh Tiara siapkan apa-apa ke. Duduk lah mak cik, pak cik. Kak Aisyah" Tiara mempersilakan mereka bertiga duduk dahulu barulah dia duduk. Rasa terkejut nya masih belum hilang.

"Tak apa Tiara. Kitaorang datang ni pun sebab nak jumpa dengan Tiara. Dah lama sangat dah tak jumpa dengan Tiara. Tiara sihat?" Puan Sakinah memulakan perbualan. Dia tidak mahu terus bertanya pada Tiara tentang perihal ibunya.

"Alhamdulillah, Tiara sihat. Baru je baik daripada demam. Tapi demam biasa je. Maklumlah dah lama tak demam. Mak cik dengan pak cik sihat? Dah lama Tiara tak datang kedai. Sibuk sikit kebelakangan ni. Kedai tak bukak ke harini, pak cik?"

"Bukak. Waktu macam biasa lah kedai bukak. Kau macam tak biasa pulak Tiara. Sekarang ni baru pukul berapa. Awal lagi" Spontan Kak Aisyah membalas kata-kata Tiara

"Tiara saja je tanya. Kak Aisyah ni pun"

Tiara mencebik bibir ke arah Kak Aisyah.

"Pak cik dengan mak cik sihat je, alhamdulillah. Kak Aisyah Tiara ni pun sihat jugak. Tiara tak pergi kelas ke hari ni? Hari ni kan hari Rabu" Encik Ahmad mengerutkan dahinya cuba mengingati hari. Tidak silapnya hari itu Khamis atau dia yang tersalah.

"Memang sepatutnya Tiara pergi kelas tapi..." Tiara terdiam. Dia kehilangan kata-kata. Apa yang harus dia katakan pada Encik Ahmad?

"Tiara ada hal, itu yang tak datang kelas hari ni. Tapi benda tu dah selesai dah. Mak cik dengan pak cik tak cakap lagi korang bertiga datang sini. Buat Tiara tertanya-tanya pulak. Pak cik nak minta Tiara pergi kerja ek?"

Puan Sakinah memandang muka Encik Ahmad dan Kak Aisyah sebelum menarik nafasnya. Kemudian pandangan nya dialihkan ke wajah Tiara.

"Nasib baik Tiara ada dekat rumah hari ni. Sebenarnya tujuan kami datang sini sebab nak jenguk Tiara. Kitaorang semua dah tahu dah pasal mak Tiara. Kami semua tumpang sedih atas pemergian mak Tiara" kata Puan Sakinah

Tiara Adriana tergamam buat seketika waktu. Dia tidak sangka rupanya itulah sebab mereka bertiga datang melawat nya tiba-tiba. Tapi, bagaimana?

"Macam mana... Macam mana mak cik boleh tahu?"

"Hari tu, kawan kau datang kedai. Dia jumpa dengan akak lepas tu dia cerita semua benda. Kalau dia tak cerita dekat akak, memang sampai bila-bila kitaorang ni semua tak tahu tau" balas Kak Aisyah

Kawan? Siapa pulak kawan dia yang jumpa dengan Kak Aisyah kemudian cerita tentang dirinya? Kecuali...

"Hadi? Hadi datang jumpa Kak Aisyah ke? Bila dia pergi kedai?" Tiara bertanya tanpa ragu-ragu.

"Hah, Hadi! Lupa pulak akak nama dia. Dia jumpa dengan akak dalam bulan lepas tak silap Kak Aisyah. Dia cakap yang arwah mak Tiara kemalangan jalan raya. Betul ke?"

Encik Ahmad dan Puan Sakinah hanya diam dan mendengar sahaja perbualan antara Tiara dan Kak Aisyah.

Tambahan pula, mereka berdua tidak mengenali insan yang bernama Hadi yang Tiara dan Kak Aisyah katakan.

"Haah. Arwah ibu accident. Masa tu ibu tak ada dekat sini. Ibu pergi outstation" Tiara sedaya-upaya untuk tidak kelihatan sedih.

"Allahuakbar. Innalillahiwainnalillahirajiun. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Tiara bersabar ya dengan ujian yang Allah bagi ni. Mak cik tahu Tiara Adriana ni kuat orang nya" Lembut nada Puan Sakinah menasihati Tiara.

Terubat rindu di hati pada anak perempuannya yang jauh daripada pandangan apabila melihat Tiara yang sebaya dengan anaknya.

"Insyaallah mak cik. Semua orang dah tahu ke pasal ni? Semua pekerja dekat kedai tu?" kata Tiara cuba menukar topik.

"Iye. Semua dah tahu. Lepas je Hadi tu bagitahu akak, akak terus bagitahu semua orang. Diaorang semua pun tunggu Tiara datang kedai sebab nak jumpa dengan Tiara" balas Kak Aisyah

"Ye ke? Nanti kalau Tiara ada masa, insyaallah Tiara datang kedai jumpa dengan diaorang semua. Tiara pun rindu jugak dengan diaorang semua. Kedai sekali" jawab Tiara bersama senyuman.

Sesaat kemudian, satu wajah yang tidak asing lagi menjengah di ruang fikiran Tiara. Wajah yang selalu ada untuk Tiara dikala Tiara sedih, gembira ataupun dikala dia tidak punyai sesiapa.

Walaupun pada awal perkenalan mereka wajah itu selalu membuatkan hatinya panas membara, wajah itu dibencinya tetapi kini wajah itu mampu mengukir senyuman di wajah Tiara.

Ikhwan Hadi, pemilik wajah itu.
//
Langkah Hadi yang sedang dalam perjalanan menuju ke kereta nya terhenti saat dia mendengar seseorang memanggil namanya. Kepalanya dipaling untuk melihat siapakah yang memanggil dia.

Seorang perempuan yang berambut panjang yang dilepaskan tidak diikat dan mempunyai rupa paras yang menawan menyapa pandangan Hadi.

"Oh, Nia. Kenapa awak panggil saya? Ada apa-apa ke?" tanya Hadi. Tubuh nya dihadap kan di hadapan Nia.

Nia tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Daripada semalam dia menunggu Hadi membalas mesej yang diberinya tetapi dia tidak mendapat satu pun notifikasi mesej daripada Hadi. Malahan, mesej yang diberi pun tidak dibaca.

"Kenapa awak tak datang kelas semalam? Saya mesej awak, awak tak reply pun. Baca pun awak tak. Awak ada masalah ke? Ke awak tak sihat?"

Hadi menggigit bawah bibir nya apabila mendengar kata-kata Nia. Betullah. Dia tidak balas mesej yang dihantar oleh Nia kerana dia terlupa.

Dia hanya baca sahaja mesej itu di tempat notifikasi dan menganggap mesej itu tidak perlu untuk dia balas. Disebabkan itu, sampai ke hari itu dia tidak membalas mesej Nia.

"Er, Nia. Sorry lah pasal mesej tu. Saya betul-betul terlupa nak balas. Memang saya nak balas tapi tu lah, saya busy sikit. Sorry, again" kata Hadi. Dia pun kurang pasti sama ada dia ikhlas meminta maaf atau tidak.

Nia tidak membalas kata-kata Hadi sebaliknya dia melihat wajah Hadi yang selalu dia rindui. Tetapi, dia juga mengetahui yang Hadi tidak merasakan apa yang dirasakan nya.

Hadi merasakan suasana yang janggal apabila dirinya diperhatikan oleh Nia. Dia berdehem sebelum meneruskan kata.

"Nia? Awak dengar tak apa yang saya cakap? By the way, kenapa awak tak balik lagi? Kawan awak mana? Apa nama dia? Amelia kan tak silap saya" Hadi cuba untuk menukar topik.

"Tiara pun tak datang kan semalam?" ujar Nia secara tiba-tiba.

Riak wajah Hadi berubah terus saat Nia menyebut nama Tiara. Macam mana Nia boleh tahu yang Tiara tak datang semalam? Sejak bila pulak Nia ni jadi best friend Tiara? Atau dia saja yang tidak tahu?

"Ye ke? Saya tak tahu pun yang dia cuti. Tapi, kenapa awak tiba-tiba je cakap pasal dia?" kata Hadi, pura-pura tidak tahu sedangkan punca dia tidak datang semalam kerana Tiara.

"Tak ada sebab. I'm just curious sebab both of you tiba-tiba tak datang semalam. Okey lah, kalau macam tu. Saya balik dulu lah. But, in case kalau awak ada masalah or anything, just let me know. Bye, Hadi" Tanpa menunggu kata-kata balasan daripada Hadi, Nia berlalu pergi.

Hadi melihat Nia berlalu pergi dengan kerutan di dahi.

"Aneh" Perkataan yang meluncur keluar daripada mulut Hadi sebelum dia masuk ke dalam kereta dan melupakan tentang hal Nia.
//
Ting ting!

Kunci kereta milik Hadirah disimpan di dalam beg sebelum kakinya melangkah berjalan menuju ke pintu masuk utama universiti.

Semasa Hadirah sedang elok berjalan, matanya menjadi kecil besar melihat susuk tubuh seseorang. Rasa hatinya seperti dia mengenali pemilik tubuh itu. Dua saat kemudian, baru dia tersedar. Pantas kakinya berjalan dengan laju menuju ke arah tubuh itu.

"Tiara!!"

Automatik Tiara menarik nafasnya dalam-dalam kerana terperanjat dengan sapaan terlebih mesra daripada Hadirah itu. Nasib baik sahaja jantungnya tidak terkeluar daripada badan.

"Ya Allah ya tuhanku. Hadirah! Terkejut aku kau tahu tak. Kenapa tak jerit kuat lagi nama aku? Daripada aku elok dah daripada demam, tiba-tiba kena serangan jantung pulak. Kau pulak yang nak usung aku pergi hospital? Hah?" Tidak pasal-pasal Hadirah pula yang dimarahi nya.

Hadirah memuncungkan bibirnya sebelum menjawab.

"Abang Hadi ada" jawab Hadirah perlahan.

"Apa kau cakap?" Tiara seperti mendengar kata kata Hadirah itu tetapi tidak berapa jelas.

"Tak ada apa lah, abaikan. Tiara, kau dah sihat ke? Macam mana kau boleh tiba-tiba je demam? Risau aku tau. Itu pun Abang Hadi yang bagitahu aku, kalau tak sampai ke sudah aku tak tahu menahu"

"Alah, dah aku nak demam. Nak buat macam mana. Aku okey dah lah, tak payah lah kau nak risau risau sangat. Mana Farhan?" Tiada pula Tiara nampak kelibat Farhan bersama dengan Hadirah. Kalau tidak, berdua sahaja mereka.

"Tak tahu dia kat mana. Aku datang sendiri tadi. Kita biarkan pasal dia, sekarang ni kau tahu tak yang professor yang ganti Prof Yusuf tu masuk hari ni? Aku dengar dengar lah kan daripada orang lain, muda lagi. Orang pun cakap dia handsome jugak. Lagi bertambah semangat lah aku belajar lepas ni" kata Hadirah, teruja.

Jelas terpancar di mata Hadirah yang dia begitu teruja untuk berjumpa dengan professor baharu mereka itu.

"Ye ke? Kenapa aku pun excited ni nak jumpa dengan dia?"
Mereka berdua pun berjalan berdua menuju ke dewan kuliah bersama dengan gelak ketawa.
//
Jauh daripada Tiara, Hadi melihat dari tempat duduk di belakang Tiara bersembang bersama dengan Hadirah dan Farhan. Sesekali terukir senyuman kecil di wajah Hadi apabila dia melihat Tiara ketawa.

Entah apa yang diketawakan oleh Tiara dia tidak tahu.

Seperti dalam dunia sendiri, Hadi tidak perasan bahawa ada dua pasang mata yang menyedari mata Hadi terarah ke mana. Kedengaran suara Akmal yang membuatkan Hadi tersedar.

"Hafiz, aku saja lah kan nak bertanya dengan kau pasal sesuatu benda tu. Aku rasa aku tak patut tanya, tapi aku memang tertanya-tanya" Akmal sengaja menguatkan suara agar didengari oleh Hadi.

"Apa dia tu Akmal? Kau boleh je tanya dekat aku. Aku bukak kaunter pertanyaan hari ni"

Hadi hanya berpura-pura seperti tidak mendengar perbualan Akmal dan Hafiz. Malas dia mahu masuk campur. Ada lah tu maksud di sebalik kata-kata mereka berdua. Macamlah dia tidak kenal perangai dua temannya itu.

"Kawan kita yang seorang tu gila bayang dah ke? Daripada tadi tenung je orang tu daripada jauh. Nak cakap rindu, tak kan lah. Baru je jumpa. Dia sibuk lah tenung orang yang jauh tu. Kita yang dekat sebelah, dia tengok dengan sebelah mata pun tak ingin"

Hafiz cuba untuk menahan dirinya daripada ketawa tetapi gagal. Kedengaran bunyi ketawa kecil daripada Hafiz apabila Hadi menoleh ke arah mereka berdua.

"Awak cakap pasal siapa Akmal? Saya ke?" tanya Hadi dengan nada lembut yang dibuat-buat.

"Eh tak. Kitaorang maksudkan pak cik guard yang jaga dekat pintu universiti tu. Dah lama kitaorang kawan dengan dia"

Hafiz yang berada di tengah-tengah di antara Hadi dan Akmal hanya diam sahaja sambil tersenyum mendengar perbualan mereka. Nanti kalau dia 'join' sekali, memang sampai bila tak habis.

"Kau tak payah nak bagi ayat bunga bunga lah. Kau ingat tahap IQ aku rendah sangat ke? Macam aku tak tahu kau cakap pasal aku" Hadi mengalihkan kepalanya mengadap ke hadapan semula.

Belum sempat Akmal atau Hafiz membalas kata-kata Hadi, kelihatan seorang lelaki yang berumur di akhir 20-an masuk ke dalam dewan.

Kedatangan nya yang tiba-tiba mencuri tumpuan semua orang di dalam dewan itu selain disebabkan kerana raut wajah nya yang seolah-olah bersinar umpama bintang yang indah.

"Assalamualaikum semua" sapa lelaki itu dengan senyuman.

Kembang kempis hidung Hadirah apabila melihat lelaki itu di hadapan. Lantas, tangannya memukul lembut tangan Tiara yang berada di sebelah.

"Aku rasakan, itu lah pensyarah baru kita. Helok nya dia! Sama macam yang orang cakap" kata Hadirah dengan teruja tetapi suaranya masih dikawal supaya tidak didengari orang lain.

"Kau ni nak belajar ke nak tatap muka pensyarah tu?" jawab Farhan. Kebetulan dia juga terdengar kata-kata Hadirah.

Selepas sahaja semua menjawab salam yang diberikan, lelaki itu pun mula memperkenalkan diri nya.

"Jadi, seperti yang kamu semua tahu, Prof Yusuf yang mengajar kamu semua sebelum ni sudah bersara. Disebabkan itu, saya di sini untuk menggantikan tempat Prof Yusuf. Saya harap kamu semua dapat beri kerjasama kepada saya. Mungkin saya tak dapat nak jadi macam Prof Yusuf kamu semua sebab saya ada dengar Prof Yusuf , pensyarah kegemaran kamu semua. Tapi, saya akan cuba yang terbaik" Pensyarah itu berhenti berkata-kata seketika. Dia melihat wajah semua pelajar sebelum menyambung lagi.

"Oh, before I forget. My name is Muhammad Aisar bin Amin. You guys can call me Sir Aisar" Walaupun Sir Aisar kelihatan seperti baru sahaja menjawat jawatan sebagai pensyarah baru, tetapi cara dia bercakap penuh dengan keyakinan dan percakapan nya juga lancar. Sama seperti Prof Yusuf.

Sebaik selesai sesi soal jawab antara Sir Aisar dan pelajar, pembelajaran mereka pada hari itu pun bermula.

thankyou sebab sudi bace ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan and sorry for late update :(:(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience