BAB 3

Spiritual Completed 1353

Tahun baru lagi, aku dan dia masuk kelas bersama semula. Kami akan menduduki peperiksaan PMR pada tahun itu. Kami menggila bersama-sama. Banyak pekara yang tak berfaedah kami buat ketika itu. Macam-macamlah. Ketika itu kami memang sangat nakal. Sehinggakan keputusan PMR aku, aku mendapat keputusan yang tidak memuaskan buat ayah aku. Aku dimarahi teruk oleh ayah. Ayah menyuruh aku belajar dari sekarang untuk peperiksaan SPM akan datang. Ketika aku mulai sedar, aku telah lukakan hati ayah yang sudah banyak menyara aku walaupun dia seorang yang panas baran dan sering memarahiku.

Masuk sahaja ke tingkatan empat, perlahan-lahan aku cuba untuk berubah sehingga aku mendapat khabar, sahabat karibku akan berpindah ke Kolej Vokasional. Kami akan berpisah. Aku masih lagi rasa serba-salah tentang pergaduhan kami yang lalu. Kami berjanji akan sentiasa berhubung walau sejauh manapun. Alhamdullilah, semasa aku di tingkatan empat, tiada lagi sesi buli-membuli dan ejek-mengejek di dalam hidupku. Aku dikelilingi dan disenangi oleh kawan-kawanku walaupun adalah juga yang masih tidak sukakan aku kerana dengan perangai kebudak-budakan aku, mungkin?

Disebalik kisah hidup aku ini, disini aku ingin memberitahu kebenaran. Sepanjang aku hidup, aku tidak pernah menunaikan solat fardhu dan perintah Allah SWT yang lain. Tetapi aku terlalu bersyukur kerana Allah SWT masih melindungi aku daripada melakukan pekara yang negatif. Melindungi aku daripada hasutan syaitan dengan tidak melakukan pekara yang keji. Buat pengetahuan semua, aku tak pernah ada kawan lelaki seperti kawan-kawan aku. Mempunyai teman lelaki lagilah jauh sekali. Aku hanya ramai kawan perempuan. Ramai pun dalam enam atau tujuh orang sahaja yang masih sudi berkawan dengan aku.

Satu hari nanti aku mendapat hidayah Allah ketika aku berusia 16 tahun. Aku cuba untuk menjadi hamba Allah yang solehah walaupun aku tahu aku banyak melakukan dosa. Aku percaya Allah ialah yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani. Sampai bilakah aku akan menjadi seorang umat Islam yang hanya Islam pada percakapan namun perbuatan tidak.

Perlahan-lahan aku berubah dan berubah. Ditambah dengan sokongan ibuku. Ibu banyak menasihati aku. Dia mengajak aku mendengar ceramah agama untuk meningkatkan lagi kecetekkan ilmuku ini. Hari demi hari aku semakin berubah. Alhamdullilah, hidupku berasa tenang. Sangat tenang tidak seperti dulu. Hatiku yang sering resah menjadi setenang air di lautan. Memang betul. Percayalah, Allah masih menunggu hambanya untuk bertaubat kepadanya walaupun aku sudah tersasar jauh.

Urusan-urusanku semuanya dipermudahkan oleh Allah. Allah makbulkan doaku perlahan-lahan apa yang aku mintakan. Cepat atau lambat Allah tetap makbulkan doaku. Dan Allah memakbulkan doaku yang paling aku harapkan iaitu mendapat keputusan yang baik untuk peperiksaan SPM nanti. Aku berjaya membuat ayahku tersenyum gembira. Allah beri aku peluang untuk berjaya dalam peperiksaan SPM walaupun keputusan PMR aku dulu agak teruk. Aku menangis kerana aku yang hina ini Allah masih kabulkan doaku. Aku berterima kasih kepadaNya. Aku berjanji dan mencuba untuk menjadi seorang wanita muslimah solehah dan taat pada perintah Allah. Aku akan cuba mengubah diriku ini sehingga akhir hayatku. Aku nak masuk Syurga Allah. Aku nak jumpa Rasullullah. Aku nak jadi penjamin kepada ibu dan ayah aku. Aku nak kesemuanya.

Aku berusaha sedaya upayaku sehingga kini. Allah menghantarkan kepadaku sahabat-sahabat yang baik dan melindungiku daripada pekara fitnah. Aku berkawan dengan semua namun aku masih belum ada teman istimewa. Aku mahu elakkan daripada ber-couple. Aku tak nak pekara yang tidak sepatutnya terjadi padaku. Lagipun ibu pernah pesan, belum masanya lagi untuk aku ada semua itu. Zaman sekarang semakin liar. Ibu mahukan aku berjaya dan kecapi apa impianku dan sekiranya jodoh aku sampai tika itu aku akan cuba untuk membukakan hatiku untuknya. Aku masih belum bersedia kerana aku belum sepenuhnya menjadi hamba Allah yang solehah. Aku mahu dekatkan diriku dengan Allah. Aku sudah ketinggalan banyak tentang agama Islam. Terlalu lemahnya aku tentang Islam ni. Bagaimana aku mahu bernikah dan mempunyai keluarga sekiranya ilmu agamaku masih cetek? Apa yang aku harus ajarkan kepada anak-anakku kelak nanti? Walaupun aku bodoh ilmu dunia, aku masih lagi mempunyai ilmu akhirat yang boleh dijadikan bekalan akhirat nanti. InsyaAllah aku akan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience