BAB 21

Romance Series 68161

Pak kasim dan syamsul sama sama meletakkan beg pakaian mereka di bonet kereta , Danish memerhatikan sofea yang mengikat rambutnya tinggi..

perlahan lahan danish memeluk pinggang sofea dari belakang dan meletakkan dagunya di bahu sofea , "Kau betul ke nak pergi balik kampung?"

Sofea mengeluh perlahan , "Saya nak awak uruskan semua masalah awak dengan irdina , apa yang saya nak adalah awak lepaskan saya" jawab sofea...

Sofea melepaskan pelukkan danish di pinggangnya , "Saya minta maaf , saya bukan isteri yang baik untuk awak dan saya tahu awak tak bahagia dengan perkahwinan ni jadi saya nak awak cari kebahagian awak sendiri , bertanggungjawab atas apa yang awak dah buat pada irdina , saya minta maaf sekali lagi sebab saya tak dapat nak jaga kandungan saya baik baik , saya hampa kan awak"

sofea menarik nafas dan memberanikan diri untuk memandang tepat mata hitam danish , "Halalkan makan minum saya selama saya jadi isteri awak" tangan danish di pegang lalu di bawak ke bibirnya...

Danish dapat merasakan ada cecair yang terkena pada tangannya dan dengan cepat dia mengangkat wajah sofea , "Aku tak pernah rasa menyesal pun dengan perkahwinan ni , aku minta kau bagi aku peluang , peluang untuk tebus semua nya"

Danish meletakkan kedua tapak tangannya di wajah sofea sambil mengusap perlahan wajah sang isteri , "Aku sayangkan kau , aku terlalu sayangkan kau" kata danish lalu mengucup dahi sofea...

Sofea diam , "Aku bagi kau masa tapi please sofea jangan tinggalkan aku , aku sayangkan kau" ucap danish lalu menarik sofea ke dalam pelukkannya...

"Jangan risau aku jaga sofea , apa apa aku call kau" kata syamsul sambil menepuk bahu adik iparnya itu , Danish memberikan ciuman di dahi dan pipi sofea sempat juga danish melafazkan kata cinta....

"Aku cintakan kau , aku tak akan lepaskan kau" bisik danish , sofea mengabaikan tanpa niat untuk membalas pesanan cinta dari danish....

Sewaktu dalam perjalanan sofea mendiamkan diri setiap kata kata cinta yang di lafazkan oleh danish bermain di fikirannya , "Kalau awak cintakan saya kena awak curang? saya tak sanggup nak bermadu saya tak rela" bisik sofea...

"Sofea" panggil mak sal sambil menyentuh bahu sofea , Sofea dengan cepat mengelap airmatanya mengunakan jejarinya...

"Sofea okey? mak sal tengok sofea macam tak okey je? sakit ke?"

Sofea mengeleng , "Sofea gaduh dengan danish ke?" soal mak sal dan sekali lagi sofea mengeleng...

"Aku tahu kau gaduh dengan danish , aku kenal kau dari kecil lagi sofea dan kau tak boleh nak tipu aku" sampuk syamsul pula....

"Kau sepatutnya kena percayakan suami kau lebih dari sesiapa , dia suami kau syurga kau jadi kenapa kau nak percaya dengan orang luar?" ujar syamsul lagi...

"Dia dah terima kau sepenuhnya jadi kenapa kau nak jauhkan diri dari dia? dia perlukan kau , kau kekuatan dia sofea kalau kau macam ni , danish akan hilang kekuatan diri dia"

Sofea hanya diam dan terus mengalir airmata nya , "Tapi dia kena bertanggungjawab apa yang dia dah buat , sofea tak nak dia di cop sebagai lelaki yang tak bertangungjawab"

"Sofea perlukan masa , sofea cuma nk rehatkan fikiran sofea tu je" kata sofea dan terus menekup wajahnya mengunakan tangan dan mereka mendengar tangisan kecil sofea...

"Sofea.." Pak kasim menyentuh tangan syamsul dan mengelengkan kepalanya , "Bagi dia masa jangan terlalu tekan kan dia , ingat dia bru keguguran" kata pak kasim perlahan....


**************************************

"Danish jom lunch" ajak taufiq yang masuk ke bilik danish , taufiq mengerutkan dahinya bila ajakkannnya tidak di balas oleh danish..

"WOI" jerit taufiq sehingga bahu danish terangkat sedikit kerana terkejut , "Kau pahal ni?" marah danish dengan tatapan tajam..

"Sorry sorry , aku bukan nak biadap dengan kau tapi aku tu ha aku ajak kau lunch , asal kau ni termenung sana sini asal?"

Danish keluh , "Kau tahu masalah aku jadi kenapa kau nak tanya lagi?"

"Okey aku faham , tapi dah 3 hari kau macam ni bila nya kau nak jumpa dengan irdina tu? kalau kau tak jumpa dia makin naik la minah tu" kata taufiq kalu duduk di depan danish..

"Sofea duduk dengan keluarga dia , kau tak payah la risau family dia tahu nak jaga dia macam mana , kau tu ha kena settle kan cepat hal ni lepas je settle kau pujuk sofea , aku yakin dia akan terima kau semula"

"Kalau dia tak terima aku?"

"Pandai pandai kau la nk pujuk" jawab taufiq dan terus danish mengeluh perlahan , danish bangun dari kerusinya...

Danish memandang ke luar tingkap sambil tangannya di silangkan di dada , "Polis masih lagi tak jumpa orang yang tikam sofea dan sekrang timbul hal lain pula , kenapa la susah sangat untuk aku bahagia dengan sofea"

"Aku akan bantu kau apa yang aku mampu , tapi sekrang ni aku dah lapar jadi kau kena belanje aku makan baru idea aku datang ha jom" ajak taufiq dan menarik lengan danish....

"Assalamuailaikum Syam" tegur hisyam yang baru masuk ke halaman rumah mak sal dengan motornya , matanya tertuju pada sofea yang duduk di pondok kecil itu...

"Bila sofea balik? aku tak thu pun?" soal hisyam sambil membuka helmetnya itu , "Dah 3 hari dia dekat sini ha yang kau datang ni ada apa?"

Soalan syamsul itu di biarkan bagaikan angin , "Hoi hisyam aku tanya ni?" soal syamsul dan kali ini tangannya di tepukkan di bahu lelaki itu...

"Kejap aku nak jumpa sofea kejap , muka dia tu macam ada masalah je" katanya dan terus membuka langkah ke arah pondok itu...

"Menung jauh nampak , dah sampai mana? dah tebus pintu hati suami kau ke?" tegur hisyam...

"Eh hisyam , terkejut aku"

"Sorry la, aku tengok kau jauh menung ada apa? kau ada masalah ke?" tanya hisyam dengan penuh simpati pada sofea..

Sofea menarik nafas pajang sebelum kepalanya di geleng kan...."Kau tak boleh tipu aku , kita dah kenal dari kecil lagi sofea aku tahu kau ada masalah"

"Kau ada masalah dengan suami kau ke?"

Sofea diam , "Aku tahu kau tak bahagia dengan dia lebih baik kau minta cerai daripada kau terseksa macam ni , sofea aku tak boleh tengok kau macam ni" pujuk hisyam..

Sofea terus memandang wajah hisyam sambil dahinya di kerutkan , "Sorry kalau aku cakap macam tu , aku tak ada niat nak sakitkan hati kau tapi kalau kau tk bahagia dengan dia buat apa kau stay? kau kahwin dengan dia pun atas sebab kau kena tangkap basah tpi dah terbukti kau tak salah so apa lagi cerai je la"

"Senangnya kau cakap" sofea terus menoleh ke arah lain untuk menyekat air matanya , "Sofea aku tak nak tengok terseksa , aku sebagai kawan kau aku nk yang terbaik untuk kau"

"Fikir pasal diri kau sendiri jangan disebabkan kau nak jaga hati orang , hati kau sendiri yang sakit" ujar hisyam lagi..

Sofea tidak menjawab , "Tak apa la aku cuma luahka pendapat aku , aku balik dulu"

Hisyam terus melangkah pergi ke arah motornya , "Kau cakap apa dengan dia? sofea okey tk tu? dia nangis ke?" soal syamsul pada hisyam...

Hisyam menghulurkan beg plastik yang berisi bekalan makanan , "Mak aku bagi dia masak lebih" kata hisyam dan terus beredar.....

"Aik apa benda jadi?" soal syamsul sambil mengaru belakang lehernya....

Sewaktu hisyam dalam perjalanan balik ke rumahnya ada sebuah kereta yang menghalang motor hisyam dan membuatkan hisyam brek secara mengejut...
. "Oi bodoh ke ha?" marah hisyam dan turun dari motornya , "Kau apahal nak bunuh aku ke?" soal hisyam pada farhan yang baru keluar dari keretanya...

"Ada orang nak jumpa kau"

"Siapa pula? kau ni siapa? aku tak kenal pun kau" tanya hisyam sambil memerhatikan wajah farhan....

"Aku tahu kau sukakan sofea , aku boleh tolong kau untuk dapatkan sofea" hisyam menoleh ke arah tingkap kereta yang baru di turunkan oleh irdina...

"Kau siapa? kau mampu buat apa je?"

"Aku mampu buat apa sahaja , aku nak kan danish dan kau nak kan sofea tujuan kita sama , kita boleh berkerjasama" ucap irdina dan menghulurkan kad..

"Kalau kau dah dpt jawapan , call aku" hisyam pun mengambil kad yang di hulurkan oleh irdina , "Aku boleh tolong kau" kata irdina sekali lagi lalu menaikkan tingkapnya..

"Sekrang pun hubungan sofea dengan laki dia tengah panas , itu semua di sebabkan perempuan dalam kereta ni , dia mampu buat apa sahaja" kata farhan dan masuk keretanya semula....

"Danish makan la sikit jangan la lemah macam ni" kata datin yang memecahkan kesunyian di meja makan , sejak sofea balik ke kampung danish membuat keputusan untuk menetap di rumah keluarganya...

"Abang makan la , lepastu kita try cari cara macam mana nak buat irdina tu mengaku yang dia tu sebenarnya penipu" pujuk danisya pula..

"Danish" panggil datuk , danish hanya memandang sekilas wajah datuk lalu melepaskan keluhah...

"Danish tak boleh macam ni , danish perlukan dia" jawab danish...

"Danish tak nak balik kampung? cuba untuk pujuk dia mana tahu dia akan lembut pada danish?"

"Ma dia minta danish jangan ganggu dia , danish dah cakap dengan dia yang danish akan bagi dia masa"

"Perempuan tu memang tk guna dia tu dah la jijik , murahan lepastu nak hancurkan rumah tangga abang pula" marah danisya...

Danish hanya diam , dia mencapai phonenya di tepi pinggan dan bangun dari meja makan...."danish tak ada selera" ujar danish dan terus pergi dari situ..

"Kalau adik dapat dia lunyai adik kerja kan ma"

"Ish , sudah sudah makan" arah datin pada anak bongsu nya itu....

Di bilik danish memerhatikan phonenya , "Sayang tak ada niat nak balas whatsapp ke? aku rindu dengan kau , kau balas ok je aku dah bahagia dah sofea" ucap danish sambil memerhatikan phonenya...

Deringan pada phone danish mematikan lamunan nya dengan lambat dia menjawab panggilan dari taufiq....."Hello danish , aku nak bagitahu kau aku dah jumpa maklumat pasal ke kemalangan tu"

"Betul ke keluarga irdina punca?"

"Ye memang betul , kes tu dah pun ditutup sebab kau tahu kan bapak irdina waktu tu terpengaruh jadi dia just bayar je penguam dia apa semua tu dan kes pun ditutup tanpa dia di kena kan hukuman , keluarga sofea masa tu tak berani nak melawan sebab diorang betul betul susah time tu" terang taufiq

Taufiq mendengar keluhan dari danish terus dia menyambung lagi , "Aku rasa sofea still tak tahu siapa yang langgar mak ayah dia , hanya syamsul je yang tahu"

"Tak apa pasal tu nanti aku cakap dengan syamsul , aku tak boleh nak sorokkan kes ni dari sofea sebab dia berhak untuk tahu" jawab danish dan mematikan panggilan....

Baru sahaja dia meletakkan phone di meja bunyi pesanan masuk , cepat cepat danish mengambil dengans senyuman namun senyuman itu mati bila nombor yang tidak di ketahu menghantar gambar...

Gambar di mana sofea dan hisyam duduk di pondok sambil berborak dengan kedudukan mereka yang kelihatan rapat , "No danish kau tak boleh niat dari segi gambar sahaja"

"Dia isteri kau jadi kau kena percaya kan dia , jangan buat keadaan makin keruh" pujuk danish pada hatinya sendiri walaupun sebenarnya dia agak marah....

Danish terus meletakkan phonenya di sisi katil dan terus melelapkan matanya , gambar perkahwinan mereka di letakkan ditepat tidur sofea hanya itu sahaja cara untuk danish melepaskan rindunya pada sang isteri.....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*Maaf bab ni agak pendek*

*Maaf sebab lama tak update , insha allah lepasni saya akan kerap update terima kasih kerana masih setia membaca karya saya....*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience