BAB 17

Romance Series 68161

Danisya turun ke bawah untuk minum air , danisya bermalam di rumah danish oleh kerana arahan dari danish begitu juga taufiq yang menginap di situ...

Danisya melihat sofea yang berada di meja makan sampai memegang buku kandungan , "Kenapa tak tidur lagi? dah pukul 11.00 malam dah ni" kata danisya..

"Tak boleh tidur" jawab sofea , danisya masuk ke dapur dan menuang air ke cawan lalu duduk di meja makan bersama sofea...

"Rindukan danish ke? kenapa tak call je? aku rasa sana masih petang lagi"

"Tak nak la , saya tak nak ganggu kerja dia" jawab sofea dan meletakkan buku di atas meja , "Aku nak cakap sikit ni pasal pil yang mama bagi kau tempoh hari"

"Pil tu , pil pecah darah" ucap danisya dan mata sofea membulat , "Aku tahu kau mesti terkejut tapi yeah tu memang pil pecah darah , pil untuk gugurkan kandungan yang masih baru" tambah danisya..

"Tapi datin kata tu vitamin"

"Kau jangan percaya sangat dengan mama tu , aku tak tahu mana dia dapat pil tu atau dia beli tapi aku nak nasihat kau supaya jauhkan diri dari mama dulu , aku tak nak terjadi benda buruk nanti" pesan danisya lalu meminum airnya..

"Awak salah kot , mana tahu tu memang vitamin" kata sofea , "Aku dah jumpa doktok untuk pastikan pil ni dan jawapan dia adalah pil pecah darah , aku tak akan bagitahu kau kalau benda ni tak confirm tpi benda ni dah di confirmkan oleh doktor sendiri dah sofea"

Sofea berdiam , "Abang percaya yang aku boleh jaga kau , jadi aku tak boleh nak hancurkan kepercayaan tu kalau terjadi apa apa pada kau , aku yang akan kena sebab aku tahu danish macam mana" ujar danisya...

Sofea hanya mengangguk faham , patut la perasaan dia tidak senang bila datin memberikan pil itu padanya dan memberitahu bahawa itu adalah vitamin.....

Selesai berbual sofea meminta diri untuk naik ke bilik , sampai sahaja bilik sofea terus merebahkan badanya ke atas katil empuk itu...Sofea cuba melelapkan mata tapi matanya tidak boleh terlena mungkin ni disebabkan dia mengingatkan danish...

Tringgg phone sofea berdering dengan laju sofea mencapainya , "Danish" kata sofea lalu terus duduk dan menjawab panggilan dari suaminya..

"hello awak? awak dah sampai ke?" soal sofea , "Dah lama sampai cuma aku lupa nak bagitahu kau"

"kenapa kau tak tidur lagi ni? dekat sana buka ke dah tengah malam?" tanya danish dan sofea tersenyum , "Saya tak boleh tidur"

Kali ni danish pula tersenyum , "Tak boleh tidur tanpa aku ke?" usik danish

"Eh mana ada" ucap sofea yang berdalih , "Kau tidur la dulu rehat secukupnya supaya kau sihat , baby pun akan sihat , ingat pesan aku kan sofea? please kali ni dengar cakap aku , apa apa kau boleh call aku , kalau nak keluar bagitahu aku atau bawak danisya sekli" pesan nya....

"Ye saya tahu , saya bukan budak kecil" jawab nya..

"Kau pergi la tidur aku ada kerja sikit nk buat" ujar danish dan akhirnya mereka pun menamatkan panggilan mereka , danish bersandar di kepala katil lalu mengingatkan kejadian yang baru terjadi...

"Selama setahun lebih kau tipu aku , kau tipu aku hidup hidup irdina" bisik danish..

"Jadi tak salah la kalau aku cuba buka hati aku untuk sofea , dia isteri aku dan dia bakal jadi ibu kepada anak anak aku" tambah danish lagi....

Sherry dan liya datang ke rumah kosong dan melihat keadaan maya yang agak kusut masai , "Berapa lama lagi nak simpan perempuan ni?" soal tom

"Seksa dia sampai dia mati , aku akan bayar korang tapi ingat tutup mulut rapat rapat hal ni hanya kita berempat je yang tahu" ujar sherry dan mereka pun mengangguk perlahan..

"Lebih baik kau bunuh je aku sherry , aku dah tk sanggup nk hidup dengan bintang" sampuk maya , "Maya maya bukan semudah tu ya" jawab sherry....

Mak yam mengetuk pintu bilik datin di sebabkan datuk keluar awal pagi mak yam la yang kena memerhatikan datin , "Datin saya dah hidangkan sarapan untuk datin" kata mak yam tapi tiada sahutan..

"Datin saya masuk ya" mak yam pun masuk ke bilik melihat datin yang terbaring di lantai , "Ya allah datin" mak yam terus hubungi danisya dan danisya meminta untuk mak yam hubungi doktor untuk ke rumah...

Danisya terus mencapai handbagnya dan mengajak taufiq ke rumahnya , "Saya ikut" ujar sofea ....Danisya memandang wajah taufiq manakala taufiq pula memandang ke arah syamsul..

"Jahat macam mana sekali pun dia tetap mertua saya , ibu kepada danish" ucap sofea , "Tapi abang tak izinkan kau kesana"

"Awak ada , taufiq ada , datin tak akan buat apa apa pada saya" pujuk sofea dan akhirnya mereka membawa sofea sekali bersama mereka....

Sampai sahaja di rumah , danisya dan sofea terus ke bilik datin mereka melihat doktor yang masih memeriks datin...."Macam mana keadaan mama saya?" soal danisya

"Datin hanya kepenatan , darah tinggi nya naik dengan tinggi jadi biarkan datin berehat untuk beberapa hari" jawab doktor tersebut...

"Mari saya hantar doktor" kata taufiq lalu kluar bersama doktor , "Mama ni degil tak dengar kata" ujar danisya dan duduk di sebelah datin...

"Mesti seronok kan ada ibu , saya sempat merasa kasih sayang seorang ibu hanya untuk beberapa tahun je , saya dah anggap datin ni macam ibu saya walaupun dia benci kan saya , saya tetap sayangkan dia"

"Walaupun dia cuba nak bunuh baby kau?"

Sofea mengangguk , "Saya tahu kenapa dia benci saya , disebabkan saya hidup danish bercelaru datin ni seorang ibu dan dia mesti nak yang terbaik untuk anaknya" jawab sofea...

Datin sebenarnya mendengar berbualan mereka cuma dia berpura pura masih pengsan disebabkan dia mahu mendengar apa yang di katakan sofea , "Mak sal la ibu saya , sekrang saya ada datin ibu mertua saya walauapapun dia tetap syurga bagi danish jadi saya perlu hormat datin" tambah sofea..


**************************************

Sofea baru sahaja selesai masakkan bubur untuk datin tetapi dia meminta agak danisya yang bawaknya kepada datin , "Mama makan sikit ada bubur ni"

"Siapa masak?" soal datin , "Danisya beli je bubur ni lagipun mak yam tengah sibuk kemas rumah jadi danisya beli guna foodpanda je" bohong danisya dan datin pun makan bubur tersebut..

"Sedap , mama suka nanti danisya lagi ya" kata datin , danisya hanya mampu tersenyum sahaja kalau la datin tahu itu masakkan sofea mesti datin akan membuangnya...

"Ni mesti masakkan sofea , dia anggap aku sebagai ibu dia tapi aku ? apa yang aku buat pada dia? aku maki dia , aku hina dia , ya allah rasa berdoanya aku" bisik datin sambil menikmati bubur sofea...

Irdina dan Pa nya menunggu kedatangan danish di bilik irdina akan tetapi irdina masih belum tahu bahawa itu ada danish kekasih hatinya , "Lambat lagi ke? kenapa danish pilih orang yang tak tepati masa ni"

"Kejap lagi sampai la tu cik irdina" jawab pa nya , irdina bangun dari kerusinya dan berdiri memandang ke luar tingkap...

"Dah 10 minit lambat dah ni , biasanya danish tak akan pilih orang yang macam ni , kenapa kali ni lain pula" bebel irdina.....Danish datang ke bilik meeting dan kedatangannya masih tidak di sedari oleh irdina

"Cik"

Irdina terus mencelah , "Telefon orangg tu kata i nak batalkan meeting ni , i tak suka orng lambat" arahnya dan berpusing ke belakang..

"Kenapa nak batalkan ? i dah sampai dah sayang" ujar danish , irdina seakan akan terkejut kerana setahu dia danish menghantar orang lain ke paris..."B kenapa you pula datang? bukan ke"

"I saja nk bagi you kejutan , are you happy baby?" soal danish...

"Of course i happy" bohong irdina lalu memeluk lengan danish , "Tapi kenapa i tengok you macam tak happy je? you ada rahsia apa apa dari i ke irdina?"...

Faris yang lalu di depan bilik meeting tu ternampak irdina yang memeluk lengan danish , dengan cepat dia mengeluarkan telefonnya dan mengambil beberapa gambar...."Eh i mana ada sorokkan apa apa , b jom kita pergi" ajak irdina lalu mereka pun terus pergi berjumpa dengan klient tersebut....

"Macam mana? datin makan?" soal sofea apabila danisya masuk kedapur bersama dulang di tangannya , "mama suka"

"Alhamdulilah , nanti saya masakkan lagi biar datin cepat sihat" ujar sofea..

"Pelik la aku dengan kau , kenapa kau baik sangat? Kalau aku ada di tempat kau mungkin aku akan larikan diri"

"Saya kuat sebab baby ni , saya dah fikir masak masa yang saya akan bertahan untuk baby ni , lagipun dia perlukan kasih sayang seorang ayah" ucap sofea..

Mereka sampai di bilik meeting dan disitu sudah ada beberapa orang penting yang menunggu kedatangan mereka berdua , "Hi, nice to meet you" kata seorang mat salleh yang bernama peter...

"I'm also happy to meet you" balas danish lalu berjabat tangan bersama peter , "Let's continue our discussion" ujar peter....."Let's start the discussion session, there are many things we need to talk about" sampuk irdina pula...

"Before that I have an important thing to announce, my company will cancel cooperation with Ms. Irdina's company" kata danish....

Pengumuman danish membuatkan semua yang ada di bilik meeting itu terkejut dan bertanya kenapa danish membatalkan kerjasama terhadap syarikat irdina , "B what are you talking about?" bisik irdina..

"Don't call me by that call because I am disgusted to hear it " jawab danish dan terus menarik tangannya dari pegangan irdina....

" As I said I will cancel the cooperation with Irdina company and I will sign the cancellation letter in Malaysia, I will sign the letter in front of Datuk Zul and also Datuk Jamil" terang danish lagi...

"so our discussion today was canceled?" soal peter dan danish mengangguk laju , "I apologize for this inconvenience so I go first, because I will go back to Malaysia this afternoon" ujar danish..

Sebelum keluar danish sempat bersalaman dengan peter , keluar sahaja danish dari bilik meeting irdina terus mengejar danish sehingga dia terserempak dengan faris...

"Tuan danish" tegur faris danish pun menghentikan langkah nya , "kenapa you batalkan perjanjian tu?" soal irdina..

"Take good care of him, I'm sure you can make him happy, I can't make him happy that's why he could have fallen into your hands a year ago" ucap danish kepada faris...

"B kenapa you cakap macam tu? dia cuba staff i kenapa you nak dia jaga i pula ni?"

"Staff ? staff apa yang duduk satu rumah ? you pernah mengandungkan anak dia kan ? i banyak soalan yang perlu di tanya pada you tapi bila i fikir perlu ke i stay dengan you sedangkan i dah ada isteri dan you dah ada suami"
"Selama ni i anggap you perempuan yang baik , pandai jaga kesucian you tapi i silap , i silap nilai you , i bersyukur kerana allah tu tunjuk kebenaran pada waktu yang tepat" tambah danish lagi...

"Tuan danish salah faham ni" sampuk faris danish terus mengalihkan pandangannya ke faris , "Salah faham ? kau pasti aku salah faham ? jujur je la korang memang ada hubungan sejak setahun yang lepas , kenapa you nak bohong i irdina? you dah kahwin kenapa you nak sorok lagi"

"Sebab i cintakkan you" ujar irdina , "I tak boleh lepaskan you sebab i betul betul cintakan you danish , i cuba untuk lupakan you tapi makin i cuba makin i sakit"

"Irdina apa maksud you ni?" tanya faris tetapi irdina hanya mengabaikan soalan faris , Irdina memegang lengan danish , "Jangan sentuh i , i jijik dengan perempuan macam you" marah danish dan menarik semula lengannya...

"Isteri you lagi jijik dari i , dia tidur dengan macam macam jantan tapi kenapa you senang sangat terima dia , danish anak yang dia kandungkan sekrng bukan anak you"

Danish terus menampar wajah irdina dan ini kali pertama dia menampar irdina , "You tak thu apa apa pasal sofea jadi jangan cakap yang bukan bukan , i suami dia dan i bersyukur sebab tuhan bertemukan i dengan orang sebaik sofea"

"Ingat diri you lebih kotor" kata danish , "Tapi danish i cintakan you" pujuk irdina lagi..."Irdina" panggil faris yang seakan akan tidak percaya dengan kata kata irdina...

"Mulai hari ni kita dah tak ada apa apa hubungan , you jaga hubungan you baik baik dan i jaga isteri i" ucap danish dan terus pergi..

Irdina mahu mengejar danish tapi tangannya di pegang oleh faris , "Apa yang you cakap tu betul dari hati you ke? you tak sayang kan i?" soal faris..

"I tak ada masa nak terangkan semua ni" jawab irdina dan terus mengejar danish , sampai sahaja di bawak irdina melihat danish sudah pun pergi jadi dia terus hubungi pa nya dan meminta untuk bookingkan tiket kapal terbang ke malaysia...

"Maaf cik irdina , yang paling cepat pun esok tengah hari" ...... "Boleh boleh , tak kesah yang penting i nak balik malaysia secepatnya" ujar irdina...

"Masih tak ada berita tentang maya ke?" soal sofea dan duduk kerusi sebelah taufiq , mereka sekrang berada di halaman rumah sambil menikmati kopi panas...

"Belum , pihak polis masih mencari diorang dah clim ni memamg kes kehilangan"

"Kita berdoa supaya maya cepat dijumpakan" ucap sofea lalu menikmati kopinya , "Kau betul betul nak danish lepaskan kau ke? aku bukan nak masuk campur tapi aku tahu yang sebenarnya danish dah mula takut kehilangan kau"

Sofea tersenyum kecil , "Saya ikut pada danish sekiranya dia nak lepaskan saya , saya redha tapi kalau disebaliknya saya akan happy , saya tak nak cakap mengenai hal cerai lagi , saya tahu anak saya perlukan ayahnya"

"Bagus la kalau macam tu , irdina tu tak layak untuk danish , danish seorang yang sangat setia tapi irdina curang , aku tahu ni pun sebab kan danisya"

Sofea mengerutkan dahinya , "Ye irdina curang pada danish , aku dah cakap dengan danish tapi dia tak percaya , aku mampu berdoa yang danish nampak depan matanya sendiri"

Sofea mengangguk dan taufiq pun mengangguk sama , "Dah la masuk la dalam tak elok kau duduk luar lama lama" arah taufiq.....Sofea pun bangun lalu masuk ke dalam di ikuti oleh taufiq , taufiq menutup semua pintu dan cek semua tingkap di tolongi oleh syamsul.....

****************************************

Danish sampai di malaysia tepatnya jam 2.30 petang di sana , danish terus hubungi pak kasim untuk mengambilnya di airport dan memina untuk pak kasim merahsiakan kepulangannya , sampai sahaja di airport danish meminta pak kasim menghantar nya ke office...

"Awak danish balik? dah selesai masalah di sana?" soal pak kasim , "Saya batalkan kerjasama tu pak kasim" jawab danish..

Pak kasim tak berani untuk menanyakan lebih lanjut pada danish kerana kelihatan wajahnya yang agak murung , sampai sahaja di office danish terus pergi ke bilik datuk zul...

"kenapa kamu balik awal? dah selesai ke masalah dekat sana?" soal datuk zul , "Danish nak batalkan kerjasama kita terhadap syarikat datuk jamil"

Datuk zul terus bangun dari kerusi kerjanya , "Kenapa kamu nak batalkan ? apa masalah kamu sampai kamu buat keputusan macam ni ? kamu perlu bincang dengan papa dahulu sebelum membuat keputusan" marah datuk zul...

"Danish tak nk ada kena mengena dengan keluarga irdina jadi danish nak batalkan , papa marah dengan keputusan danish ? papa buat keputusan untuk kahwin kan danish dengan sofea ada papa bincang dengan danish?"

"Danish itu hal peribadi kamu tak boleh campuk aduk kan dengan hal kerja" tengking datuk , "Papa bagi kepercaya tu pada danish dan danish berhak untuk membatalkan semua tu"

Datuk zul mengeluh , "Baik la papa akan batalkan semua nya" jawab datuk dan danish pun merasakan lega dengan jawapan papanya...."Kamu menyesal kahwin dengan sofea? papa nak minta maaf sebab paksa kamu kahwin dengan sofea , papa pentingkan nama syarikat sampai abaikan perasaan kamu"

"Papa tak payah la minta maaf , kalau papa tak paksa danish kahwin dengan sofea , danish tak akan kenal sofea sejauh ni , dia perempuan yang baik dan danish sayangkan dia" jawab danish...

"Bagus la macam tu papa sentiasa doakan kebahagian kami , megenai mama kamu jangan risa insha allah satu hati nanti mama akan teruma sofea"

Danish mengangguk , "Mama sakit , kamu tak nak balik jumpa mama?" soal datuk

Danish diam , "Semalam sofea dan danisya datang melawat mama , nampaknya mama sukakan masakan sofea"

"Sofea kesana?" tanya danish , "Haah tapi kamu jangan risau keadaan mama masa tu lemah jadi dia tak akan buat apa apa pada sofea" pujuk datuk...

Danish tidak menjawab malah dia terus kluar dari pejabat datuk dan terus balik kerumahnya , "Degil tau sofea ni ish kenapa susah sangat nak dengar kata ni" bisik danish...

"Hum aku dah follow dia balik ke rumah ni , pape hal aku info kau terus , jangan risau ada je peluang aku terus gunakan" kata farhan kepada irdina melalu phone....

"Ingat jangan sampai terlepas peluang , danish dah tahu aku ada skandal dengan faris dia putuskan aku macam tu je"

"Salah kau sebab curang , okey la aku nk fokus ni" ujar farhan dan terus mematikan berbual mereka , Sampai sahaja di rumah banglo milik danish farhan mengeluarkan phonenya dan menangkap beberapa keping gambar...

"Assalamuailaikum" panggil danish , "Waalaikumusalam , eh danish awal kau balik? asal tak bagi tahu?" soal taufiq...

"Sofea mana sofea?"

"Saya ada ni , kenapa awak cari saya?" tanya sofea , danish bukannya menjawab bertanyaan sofea malah dia terus memeluk tubuh sofea dan mengucup dahi isterinya....

"Malu la mak sal , pakcik daus tengok awak ni kenapa?"

"Aku rindu kan kau" bisik danish , "Alah alah sweetnya korang ni , danish nak makan? mak sal hidangkan"

Danish pun melepaskan pelukannya , "Danish tak lapar tapi danish nak makan sofea boleh" sofea mencubit perut danish kerana ucapan danish membuatkan sofea rasa segan...

"Ya allah kau ni , sabar la sikit" sampuk syamsul dan mereka pun tergelak kecil....Danish pun naik ke biliknya untuk membersihkan badannya dan mengemas barangannya , danish meminta sofea untuk ikutnya ke bilik dan menolong nya...

"Kenapa awak cakap macam tu ? malu saya dengan mak sal tau dah la ada abang syamsul dekat situ ish awak ni nkk gurau pun agak agak la" bebel sofea sambil meletakkan baju bersih danish ke almari baju...
Danish hanya tersenyum mendengar bebelan sofea jadi dia terus memeluk isterinya dari belakang , "aku rindukan kau salah ke? kau kan isteri aku jadi tak salah pun kalau aku nak makan kau"

"Ish tengok la tu gurau awak ni kan" , "Apa ? tapi kau suka kan?" usik danish dan sofea menyembunyikan senyumannya...

"Malam ni aku nak lepaskan kerinduan aku pada kau boleh? aku tahu selama ni aku paksa kau , berkasar dengan kau tapi kali ni aku betul betul nak belajar untuk cintakkan kau , aku yakin kau perempuan yang baik dan boleh buat aku jatuh ke pelukkan kau" ucap danish sambil tangannya mengusap perlahan jemari sofea..

Sofea hanya diam , "Kau diam maksudnya kau setuju la kan , okey tunggu nanti malam okey" bisik danish lalu melepakan pelukannya...

Danish masuk ke bilik air manakala sofea pula masih mengemas pakaian danish , sedikit sebanyak kata kata danish itu membuatkan sofea cair dan hatinya rasa berbunga bunga , dia tidak menafikan bahawa dia merindukan suaminya dan apa yang sofea paling rindu adalah pelukkan hangat dari suaminya membuatkan dia rasa selamat dan selesa.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience