Chapter 1

Romance Completed 35261

“Awak, buat apa tu? Meja penuh dengan buku-buku.” Wahidah Tiara mendekati meja yang digunakan oleh Iskandar Faiz.

“Ya Allah! Awak! Saya terkejut lah. Nasib baik saya tak ada serangan jantung. Duduk lah. Kejap saya kemaskan meja sikit.” ajak Iskandar Faiz.

“Sorry. Saya terkejut kenapa meja ni penuh dengan sebanyak buku ni. Saya lupa bagi salam. Saya bagi sekarang lah. Assalamualaikum.” tersengih Wahidah Tiara.

“Waalaikumussalam. Dah siap. Duduk sini.” kerusinya ditarik siap-siap oleh Iskandar Faiz.

“Awak belum jawab soalan saya Is. Kenapa banyak buku atas meja ni?”

“Sabar lah Tia oi. Let me sit first. Nah. Minum dulu air ni.” Iskandar menghulurkan air Ice Lemon Tea kepada Wahidah Tiara.

“Thank you.” Wahidah Tiara mengambil air dan senyum.

“Pasal buku-buku ini, saya ada assignment baru. That’s why there are so many books on the table.” menjawab Iskandar Faiz.

“Bila due date?”

“In three more weeks.”

“Still got time Is. Kenapa terburu-buru? Relaks dulu.” menjawab Wahidah Tiara.

“Saya tahu ada masa lagi. Tapi kalau boleh saya nak siapkan cepat. So that, I have time to check my assignment before submission. Tak payah rushing untuk menyiapkan tugasan at last minute.” menjawab Iskandar Faiz sambil senyum. 

Iskandar Faiz tidak suka untuk menangguhkan kerja rumahnya. Semua tugasan yang diberi oleh pensyarah disiapkan awal sebelum tarikh hantarnya. Baginya, penangguhan ialah suatu amalan yang akan menyebabkan kegagalan. 

“Awak. Are you free this weekend? Boleh kita keluar pergi ke bookshop? Saya ada janji kat anak saudara saya yang saya akan belikan dia buku mengaji tahap asas. Saya pergi seorang je. Itu yang saya ajak awak.”

“This weekend? I'm sorry awak. Saya tak dapat nak join awak. Sebab saya akan ke kampung this week Friday. Lepas kelas petang.”menolak Iskandar Faiz.

“Balik kampung? Awak balik Kedah ke?” soal Wahidah Tiara untuk kepastian. 

“Yes Tia. Saya pergi ke Kedah. Kampung saya kat Kedah kan.” balas Iskandar Faiz. 

“Saya tahu lah. Your village is at Kedah. Saya akan buatkan kek lapis Sarawak untuk aunty. Awak kan ada bagitahu saya, mak dan adik awak suka kek Sarawak. I will give it to you on Friday, okay.”

“Tak payah susah-susah Tia. Saya tahu bukan senang untuk buat kek lapis Sarawak. It will take a long time. Last time saya pergi tu waktu cuti semester. Awak ada masa. Sekarang kan waktu kelas. Mesti awak pun ada assignments to do.”

“Nothing is a burden here Is. Saya buat kek lapis ikhlas tau.”

“You won’t listen to me kan. I know. Anyway thanks in advance ya.”balas Iskandar Faiz.

  **************************************************

“Daddy. Cinta hati daddy dah balik rumah.” Sofea Amelia mengejutkan ayahnya yang tengah tidur. 

“What is the time now Sofi?” tanya Dato’Johari.

“3 in the morning.”jawab Sofia Amelia selamba. Punggungnya dilabuh di sofa yang terletak di depan katil Dato’ Johari.

“Sofi, awak kena ingat. Awak ni anak dara. Tak elok balik rumah tengah malam macam ini.”tegur lembut Dato’ Johari. 

“Daddy. Sofi mengantuk. I go and sleep first. Good night.” Sofi mengucap selamat malam dan mencium kedua-dua pipi ayahnya.

“Bila tegur, terus mengelak.” gumam Dato’ Johari.

Gambar di atas meja kecil bersebelahan katil tidur diambil. Wajah dalam gambar itu direnung dengan penuh kasih. 

“Kalau awak masih hidup, mesti Sofi tak akan macam ini. Awak mesti membesarkan anak kita dengan penuh sopan. Awak akan mengawal kelakuan anak kita. Semuanya salah abang,Liza. Saya terlalu manjakan anak kita. Apa yang dia buat, saya selalu menyokong. Saya tak pernah fikir kebaikan dan keburukannya. I have given her too much space and freedom. That’s why she is like this. Bila tegur tak nak mengaku. Tak nak berubah. Maafkan saya Liza. Maafkan saya.” Dato’ Johari bercakap sendiri. 

Isteri Dato’ Johari iaitu Datin Aliza telah kembali ke rahmatullah sejak Sofia Amelia kecil lagi. Sewaktu Datin Aliza meninggal, Sofia Amelia empat tahun. Datin Aliza meninggal dunia disebabkan kanser rahim. Sejak dari peninggalan Datin Aliza, Sofia Amelia dibesarkan oleh Dato’ Johari. Dato’ Johari enggan untuk berkahwin semula. Hanya Datin Aliza suri hati hidupnya. Dato’ Johari dan Datin Aliza bercinta lama sebelum mereka berkahwin.

 ***************************************************

“Cik Sofi, nak makan ke?” menyoal pembantu rumahnya, Mak Ziah. Sofia Amelia menuruni tangga. Baju yang dipakainya, tak payah cakap. Sangat menjolokkan mata. Hanya singlet warna hitam dipadankan dengan seluar pendek warna hitam paras peha. 

“Tak.” jawab pendek Sofia Amelia.

“Tak nak makan sikit ke cik? Tak bagus untuk kesihatan kalau tak makan. Nanti perut masuk angin kan susah. Makan sedikit ye.” memujuk Mak Ziah.

“Aku cakap tak nak! Kau ni pekak ke? Huh?!” Sofia Amelia naik angin. Telinga kiri pembantu rumahnya ditarik dengan sekuat-kuatnya.

“Sa… sakit… cik!” menjerit Mak Ziah. Sakitnya tidak dapat ditahan. Air matanya mengalir.

Mak Ziah berumur 40 tahun. Berkhidmat sebagai pembantu rumah selama 10 tahun. Kalau bukan disebabkan Dato’ Johari, sudah lama dia menghentikan kerjanya. Dato’ Johari menolong Mak Ziah sewaktu dia memerlukan duit untuk mengeluarkan anak tunggalnya dari penjara. Anaknya telah ditahan oleh polis kerana terlibat dalam pergaduhan. Dato’ Johari yang mengupah peguam untuk mengeluarkan anak Mak Ziah. Kalau Dato’ Johari tidak menolong masa itu, mungkin sampai sekarang anaknya masih meringkuk dalam penjara. 

“Sofia Amelia!!” satu suara bergema di ruang tamu.

Sofia Amelia melepaskan telinga Mak Ziah serta-merta. Mukanya berubah.

“Daddy” perkataan itu meniti dari bibirnya.

“What are you doing?” jerit Dato’ Johari. Dato’ Johari terkejut apabila menengok cara layanan Sofia Amelia dekat Mak Ziah. Dari awal  Dato’ Johari memerhatikan layanan anaknya dekat pembantu rumah dari luar biliknya. 

Sofia Amelia hanya berdiam. Matanya menjeling tajam ke arah Mak Ziah.

“I am asking you Sofia Amelia! Kenapa kurang ajar sangat? Tak tahu macam mana nak layan orang tua?” meninggi suara Dato’ Johari. Dato’ Johari bertanya dengan nada keras setelah menurun tangga.

“Dato’ tak apa. Biar kan sahaja.” Mak Zah cuba meredakan Dato’ Johari.

“Macam mana nak biar sahaja Ziah? Sofi ni melepasi batasan dia.” kasar suara Dato’ Johari. Dato’ Johari menghampiri anak perempuannya. 

“Da… Daddy” gugup Sofia Amelia. Kakinya berganjak ke belakang sedikit demi sedikit. 

Perasaan takutnya mula dirasai. Muka Dato’ Johari merah kerana marah. Marahnya tahap maksimum. Peluh di dahinya mula memercik. Walaupun aircond di ruang tamu berfungsi, tiba-tiba badannya berasa sangat panas. 

Pandangan Dato’ Johari seperti nak menikam anak yang kurang ajar itu. Langkah Sofia Amelia terhenti saat badannya terkena dindingnya. Matanya dipejam.

“Sofia Amelia!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience