MAB 28

Romance Completed 902115

Menyeret sepasang kaki yang seperti dirantai dengan bebola besi, Arianna melangkah ke ruang utama. Dada berdetak hebat dengan satu pertanyaan; Mengapa Aaron ke sini. Tidak hanya dia, malah ibu bapanya juga ada bersama. Walaupun telah merasa lega kerana Aaron seolah-olah sudah melepaskannya, tetapi tetap juga kebimbangan itu ada.

Sebegitu cepatkah Aaron memberitahu keluarganya tentang pertunangan mereka yang sudah terputus? Ya, walaupun belum secara rasmi, tetapi apa yang diperkatakan Aaron tempoh hari sudah cukup jelas yang lelaki itu mahu memutuskan pertunangan mereka. Mengapa Aaron tidak berbincang dengannya dahulu sebelum mendatangi keluarganya?

Jujurnya, bukan Arianna belum bersedia memberitahu keluarganya tentang pertunangannya dengan Aaron yang sudah terputus, tetapi dia belum bersedia untuk mendedahkan hubungannya dengan Zahran. Dia tidak tahu bagaimana reaksi daddy dan datuknya jika mereka tahu. Dia perlu mengumpul kekuatan terlebih dahulu sebelum berterus terang. Dia tidak mahu kerana kecerobohannya, Zahran yang akan menerima akibat.

“Uncle, auntie…” Arianna menyapa ibu bapa Aaron sambil menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda hormat.

Datuk Damian dan Datin Aalona hanya membalas seadanya, memerhatikan gerak geri Arianna dengan ekor mata mereka.

Arianna melabuhkan duduk di sebelah mommynya, setentang dengan Tan Sri Albert. Di sofa sebelah kana nada daddy dan Aaron, manakala di sebelah kirinya Datuk Damian dan Datin Aalona.

“Arianna’s here. So now, say what you have to say,” ujar Tan Sri Albert. Sejak tadi mereka tertanya-tanya dengan tujuan kedatangan Aaron dan ibu bapanya. Apabila ditanya, kata Aaron dia mahu Arianna ada bersama untuk mendengar apa yang dia mahu perkatakan.

Aaron berdehem sekali, menegakkan tubuh lantas memandang satu persatu wajah di depannya.

“Saya tahu apa yang saya akan perkatakan sekejap lagi akan buat semua terkejut. Tapi, apa yang berlaku ni bukan kehendak saya ataupun Arianna.” Aaron memulakan bicaranya.

“What are you trying to say, Aaron? Just straight to the point,” ujar Datin Aalona.

“Saya…” Aaron jeda, menatap Arianna yang juga memandangnya dengan wajah cemas. Laju nafasnya turun naik, menggambarkan ketakutan akan apa yang bakal didengar. Namun itu sedikit pun tidak membantutkan hasrat Aaron.

“…dan Arianna nak batalkan pertunangan dan perkahwinan kami.” Akhirnya terluah juga apa yang dia simpan selama beberapa hari ini. Dia tidak boleh menunggu lagi. Lebih baik dia segera mengakhirinya supaya keluarga mereka tidak terus menunggu dan mengharap hubungan ini berakhir dengan ikatan perkahwinan.

“What?” Terkejut, tercengang semua yang mendengar penuturan Aaron.

Arianna pula menunduk, tidak berani menentang pandangan sesiapa.

“Aaron, what are you talking about?” Tan Sri Albert bersuara. Nadanya dinaikkan satu oktaf; memandang Aaron dengan tatapan nyalang. Marah apabila terasa cucunya seperti dipermainkan.

“Grandpa…” Arianna membuka suara apabila melihat kemarahan datuknya. Dia tidak mahu Aaron dipersalahkan kerana perbuatannya.

“Me and Arianna don’t love each other.” Aaron menyela sebelum Arianna sempat berkata apa-apa. Mata mereka bertaut. Lama.

Luka dalam mata Aaron dan bayangan rasa bersalah dalam tatapan Arianna, hanya mereka yang tahu.

Tangan Arianna terkepal. Bibir diketap erat, sebelum air matanya jatuh dengan mulus.

“But you told me you love her and you want to marry her,” tingkah Datin Aalona.

“I misinterpreted the feeling of liking to love. Same goes to Arianna.”

Kali ini semua mata beralih menatap Arianna.

“Is that true, Arianna?” tanya Datuk Eric.

Tiada respon daripada Arianna. Mengangguk tidak, menggeleng tidak, apatah lagi bersuara.

“So you two don’t like each other?” Datuk Damian pula membuka suara.

“Yes.” Perlahan dan tenang Aaron menjawab.

“I can’t believe this.” Datin Aalona tertawa sumbang. “After getting engaged and only a few months left before the wedding ceremony, only now you both realize that you don't love each other?”

“That's better than we realized after we got married,” balas Aaron.

“Aaron, apa yang awak buat is like an insult to my granddaughter. You used to say you love her, you want to marry her, you want to take care of her, accept all her shortcomings, but now you say you don't love her? You think Arianna is a toy that you can throw it away when you don’t want it?” Tan Sri Albert kelihatan berang, tetapi dia masih mengawal nada suaranya memandangkan Datuk Damian dan Datin Aalona adalah rakan baik mereka sekeluarga.

“Grandpa…” Arianna bersuara apabila datuknya mula menyalahkan Aaron. Jika ada seseorang yang dipersalahkan dalam hal ini, orang itu adalah dia. “…Aaron is not the only one to blame.”

“I…don’t love him and I don’t want to marry him.”

“What?”

“I’m sorry, but…I…I…” Arianna terbata-bata. Dia tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Mahu berterus terang tentang Zahran, ini bukan masanya. Datuk dan daddynya tentu sedang marah dan pasti akan meledak jika dia menyebut sedang menjalin hubungan dengan lelaki lain.

“You two…” Datin Aalona mendesah lemah. Sungguh dia tidak habis fikir dengan jalan fikiran Aaron dan Arianna.

“Aaron is a good man. I believe he will find a better woman than me.”

Senyum sinis tersungging pada bibir Datin Aalona. “If he didn't waste more than five years waiting for you, of course he would have found the woman long ago.”

“Datin…” Datin Michelle bersuara, berniat mahu meredakan ketegangan.

“I know my son. I know how much he wants you to be his wife. Tak mungkin tiba-tiba dia nak putuskan pertunangan if it wasn't Arianna who mess the things up.” Datin Aalona meluapkan kemarahan. Aaron anaknya. Dia tahu sejauh mana Aaron mencintai Arianna, dia tahu bagaimana setianya Aaron menunggu Arianna dan dia tahu bagaimana tekadnya Aaron mahu mengahwini Arianna walaupun gadis itu pernah menolaknya. Jika tiba-tiba Aaron mahu memutuskan pertunangan dan membatalkan perlahwinan, dia yakin puncanya pasti Arianna.

“Mama…no one mess up here. It’s just…me and Arianna are not meant to each other.”

Air mata Arianna semakin deras meluncur.
Kenapa Aaron terlalu baik? Kenapa Aaron tidak berterus-terang saja tentang punca perpisahan mereka? Kenapa Aaron tidak memberitahu tentang Zahran? Kenapa Aaron harus membuat dia menanggung rasa bersalah sebesar gunung? Kenapa?
‘Why you have to do this, Aaron?’

Arianna dan Aaron berdiri bersisian mengadap tasik buatan yang terletak di bahagian belakang kediaman mewah TS Albert. Arianna yang mengajak Aaron berbicara berdua. Tidak banyak yang dia mahu perkatakan, hanya mahu berterima kasih atas pengertian Aaron.

Beberapa minit berlalu, masing-masing masih diam membungkam. Tidak ada kata-kata yang mampu diluahkan. Hubungan yang dulunya sangat rapat, kini sudah menjadi seperti orang asing. Ya, mereka terbilang agak rapat kerana bersahabat baik. Sangat rapat sehinggalah Arianna melanjutkan pelajaran ke England, dan Aaron ke US. Sempat renggang apabila Arianna menjalin hubungan dengan Qaiser, dan kembali rapat selepas gadis itu kemalangan dan kembali ke Malaysia.

Jika dihitung, sudah banyak yang mereka lalui bersama, tetapi ternyata itu belum cukup untuk membuahkan cinta dalam hati Arianna untuk Aaron.

Aaron terluka namun dia pasrah. Arianna tidak pernah mencintainya. Itu hakikat yang dia perlu terima. Tidak guna dia memaksa jika akhirnya banyak hati yang akan terluka. Arianna berhak bahagia. Dia juga sama. Mungkin bahagianya bukan bersama Arianna.

“Thank you Aaron.” Perlahan dan lirih suaranya mengusung rasa bersalah yang menggunung. Namun rasa bersalah itu kepada Aaron itu tidak mampu mengatasi rasa cintanya pada Zahran. Dia lega kerana Aaron sanggup melepaskannya walaupun dia tahu lelaki itu tidak sepenuh hati melakukannya. Kalau ditakdirkan tidak ada jodohnya dengan Zahran, dia tetap tidak akan berkahwin dengan Aaron. Hatinya tidak boleh dipaksa untuk mencintai.

“I pray for your happiness.”
Aaron akhirnya bersuara setelah sekian lama membiarkan kesepian dan kebisuan menyelubungi mereka.

Arianna toleh, menatap wajah Aaron yang dingin. “Thank you. I pray for your happiness too.”

Aaron hanya tersenyum dengan tatapan lurus ke depan. Tetapi jelas senyuman itu hambar. Bagaimana dia mahu bahagia jika gadis yang dicintainya, mencintai lelaki lain? Bagaimana dia mahu bahagia jika ditakdirkan Tuhan, Arianna berkahwin dengan Zahran dan dia terpaksa menyaksikan kemesraan mereka? Bagaimana dia boleh bahagia jika membayangkan gadis yang dicintainya akan berada dalam pelukan lelaki lain? Tuhan, membayangkannya saja sudah sangat sesak, apatah lagi melaluinya. Bolehkah jika dia mahu membuang bahagian otaknya yang punya kenangan bersama Arianna dan Zahran supaya dia tidak berasa apa-apa saat melihat mereka bersama kelak.

“I’m happy if you’re happy,” balas Aaron.

“Aaron, remember I told you. No matter what happens in my life you are always in my heart as the person closest to me other than my parent and my grandfather; Who has seen me in the most beautiful and ugly way, who knows all the good and bad of me, also my streghths and weaknesses. I sayangkan you sebab you tak pernah tinggalkan I walaupun I pernah buat you kecewa. I love our friendship. I harap kita tetap boleh jadi macam dulu,” ujar Arianna.

Aaron tertawa hambar. ‘Friendship’. Kata-kata itu seperti panah beracun yang mampu membunuhnya.

“It’s not easy for me, Arianna. Kita mungkin boleh jadi macam dulu, tapi takkan sama.”

Arianna diam. Dia yang sejak tadi memandang Aaron mengalihkan pandangannya ke arah lain apabila lelaki itu langsung tidak menoleh ke arahnya. Dia mengerti. Bukan mudah untuk Aaron, tetapi jika dia mengalah, dia yang akan terluka. Dia bukan mementingkan diri, tetapi dia benar-benar mencintai Zahran dan dia hanya mahu bersama dengan lelaki itu. Tidak salah kan, sekali dalam hidupnya dia melakukan sesuatu mengikut kehendak hatinya.

“Please don’t hate me,” ujar Arianna perlahan.
“I will never hate you,” balas Aaron. Kepala ditoleh ke samping, memandang Arianna. Menyedari tatapannya, Arianna turut menoleh. Dua pasang mata saling bertaut membuat dada menjadi sesak; menyedari hakikat yang Arianna tidak akan menjadi miliknya. Walau sekuat mana dia cuba mempertahankan cintanya, tidak mungkin akan berhasil kerana Arianna tidak pernah mencintainya. Tidak pernah dan mungkin tidak akan.

Namun walau sedalam mana Arianna melukakannya, dia tidak mampu membenci gadis itu. Mana mungkin dia membenci Arianna yang dicintainya sejak usia remaja. Mana mungkin dia membenci Arianna yang lucu, ceria, dan sentiasa menggembirakannya sebelum ini.

“Never,” ujarnya lagi dan terus berlalu meninggalkan Arianna sendirian di situ.
Memerhatikan langkah Aaron yang semakin menjauh, aetitis air mata Arianna jatuh. Rasa berdosa kerana mengecewakan lelaki sebaik Aaron. Tetapi apa dayanya, dia tidak boleh menipu perasaannya sendiri. Cinta tidak akan boleh hadir dengan rasa simpati. Aaron akan bertemu dengan perempuan yang lebih baik. Dia percaya.

AARON pulang, Arianna melangkah masuk ke ruang tamu. Datuk dan orang tuanya masih ada di sana, berbincang entah apa. Namun yang paling banyak bersuara adalah datuknya, daddy sesekali menyela, mommynya pula hanya diam. Ya, selalunya begitu. Datuk dan daddynya selalu dominan dan mommy setia menurut walaupun kadang-kadang tidak sepenuh hati melakukannya.

Langkah diatur perlahan, mendekati orang tuanya itu. Ketiga-tiganya menoleh, namun tiada reaksi bermakna pada wajah mereka.

“You really disappointing us.” Datuknya bersuara. Tegas dengan wajah berkerut tanpa senyum.

“You lied to us. Ari kata nak cepatkan perkahwinan dengan Aaron if we allow you to help that Malay guy. But now, what happened?” Datuk Eric turut meluahkan kekecewaannya.

“We didn’t blame Aaron. We know him very well, we know how much he likes you, loves you, cherish you. Ari ingat daddy percaya kalau tiba-tiba Aaron datang putuskan pertunangan dengan alasan you two don’t love each other?”

Arianna diam. Tunduk meramas jemarinya. Dia mahu berterus terang tentang Zahran, tetapi jika begini reaksi keluarganya sampai bila dia harus menunggu?

“Aaron tu kurang apa? Apa yang buat Ari susah sangat nak terima dia? You’re my only granddaughter. I work hard for you, to make sure you life is good, but you always disappoint me. Kalau macam ni, tak ada cucu pun tak apa.”

Bagai ada pisau menancap di jantungnya, pedih, perih kata-kata terakhir itu membuat Arianna berasa kecil kerdil dan tidak layak berada di dalam keluarga ini.

“Are you back in relationship with the malay guy?” soal Datuk Eric dengan tatapan tajam.

Arianna geleng.

“Or…Are you having a relationship with someone else?”
Serkap jarang daddynya itu membuat tubuh Arianna menegang, dan itu tidak luput daripada pandangan Datuk Eric. Menengadah, Datuk Eric menggeleng kecewa.

“Why Arianna?”

Tiada jawapan.

“Tak kira siapa pun lelaki tu, daddy takkan terima dia dalam keluarga kita. Either you marry Aaron, or you don’t have to marry anyone. But it seems you have already made a choice,” ujar Datuk Eric sebelum meninggalkan ruang utama itu menuju ke tingkat atas.

Datin Michelle bergegas mengekori suaminya. TS Albert turut bangun, meninggalkan Arianna bersendirian di situ.

Bahu Arianna terhinggut, melepas tangis yang sejak tadi tertahan. Menggaung tangisnya di ruang itu tanpa ada yang memujuk.

Saat-saat seperti ini membuat dia teringat Zahran. Lelaki itu walaupun menyebalkan tetapi sentiasa berhasil mengalihkan perhatiannya daripada kesedihan.

Perlahan tangan mencapai beg. Telefon dikeluarkan lantaa nombor Zahran ditekan. Melekapkan benda pipih itu ke telinga, dia bangun, membawa langkah keluar dari ruang utama itu menuju ke laman tepi, di mana terletaknya kolam renang.

Tidak lama menunggu, sebelum panggilannya bersambut.

“Hallo.”

Demi mendengar saja suara Zahran, tangis Arianna pecah. Mengongoi dia di tepi kolam tanpa sedar membuat orang di hujung sana begitu cemas.

“Zahran…I’m…re…ally…s…sad…to…tonight…” Meraung lagi. Daripada berdiri, kini dia bertinggung di tepi kolam, sendirian di bawah cahaya lampu sorot.

"Arianna, what happened?" Cemas mendengar tangisan dan esakan di hujung sana sehingga tidak jelas butir bicaranya.

"Grandpa... Grandpa said...kalau... kalau dia tak...tak ada... cucu macam I pun tak...tak apa..." Suara yang terbata-bata berselang seli dengan esakan dan tangisan membuat Zahran berkerut dahi cuba memahami.

"Arianna, I don't understand."

"Daddy said... Either I have to marry Aaron or I don't have to marry anyone." Terus meluah tanpa menjawab pertanyaan Zahran. Dia hanya mahu berkongsi apa yang dia rasa, tidak mengharapkan pertolongan atau respon Zahran.

Zahran terdiam. Lama. Tidak suka dengan apa yang didengarnya.

"They blamed me when Aaron came to break off the engagement."

"Stop crying." Zahran cukup tidak suka mendengar atau melihat sesiapa menangis kerana dia sudah puas melihatnya sejak kecil. Apatah lagi jika tangisan itu berpunca daripadanya.

Namun tangisan itu tetap tidak berhenti. Malah semakin menjadi-jadi, membuat Zahran mendesah kasar. Bukan dia marahkan Arianna, tetapi marah dengan orang yang membuat Arianna menangis.

Sungguh Zahran tidak habis fikir dengan keluarga Arianna. Mengapa anak perempuan dilayan sebegitu keras? Sepanjang ingatannya, Zara tidak pernah menangis seperti itu kerana dimarah ayah apa lagi sampai mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya dilontarkan oleh seorang bapa. Malah Lily dan Lana dilayan dengan begitu istimewa oleh Zahrin. Bukankah anak perempuan seharusnya dilayan seperti itu, penuh lembut dan penuh kasih sayang?

"I'll see your daddy and tell him about us." Zahran akhirnya memuktamadkan satu keputusan. Kali ini dia nekad. Jika Datuk Eric berpengaruh, dia juga ada pengaruhnya sendiri. Jika Datuk Eric berbapakan Tan Sri, bapa dia juga Tan Sri. Ya, cuma dia tidak ada gelaran Datuk sahaja.

"No...No...No... Zahran..."

"Either you marry Aaron or don't have to marry anyone huh? What, does he want you to be a monk? I'll show him the reason why you should marry someone."

“But…But…”

“No buts Arianna. Either you let me see your daddy or you shave your head and become a monk.”

Kata-kata terakhir Zahran itu membuat Arianna tertawa. Namun tawanya terdengar ngeri sekali. Ketawa, tetapi pada masa yang sama menangis.

“Nuns don’t shave their head la. They wear hijabs.”

“Oohhh…Good for you. Go ahead. Be a nun.”

Arianna berdecit. “I don’t want to be a nun. I want to get married. I want to marry you. Will you marry me?”

Tawa Zahran berdesis di hujung sana. “Are you proposing to me?”

“Yes.”

“Then I’ll tell your daddy you already proposed to me. I have to say yes because your daughter is hard to refuse.”

Tersenyum Arianna dengan kata-kata Zahran. Benar kan, lelaki itu sentiasa berhasil mengalihkan kesedihannya.

DATIN Michelle yang mengekori suaminya masuk ke bilik, tidak menunggu lama, menghambur keluar semua yang membekam sebaik sahaj pintu ditutup.

“You patut ajar papa macam mana nak bercakap dengan anak kita. Ini you sendiri sama, menambah-nambah lagi minyak atas api.”

Datuk Eric kerling isterinya sekilas sebelum membawa langkahnya ke walk-in closet. Tidak suka apabila ayahnya dikata perlu diajar.

“Jaga mulut you Michelle. Apa yang papa cakap tu betul. Arianna tu dah manja sangat. kena ajar sikit biar tahu bersyukur. Me and my father work hard for her. You ingat, I dengan papa kumpul harta banyak-banyak untuk siapa, kalau bukan untuk dia? So tak boleh ke sekali dia dengar cakap kita?” Butang kemeja yang tersarung di tubuh sejak pagi tadi dibuka satu persatu. Pulang kerja, tidak sempat menukar baju, mereka didatangi Aaron dan ibu bapanya.

Meletus tawa sumbang dari bibir Datin Michelle. “Berapa kali dia tak ikut cakap you? Berapa kali you bertimbang rasa dengan dia, benarkan dia buat apa yang dia suka?”

“Dahlah Michelle. I tak nak bertekak dengan you.” Capai tuala, langkah kaki di bawa keluar dari walk-in closet.

“I belum habis, Eric!”

Lantang suara Datin Michelle membuat langkah Datuk Eric terhenti. Michelle tidak pernah meninggi suara dengannya sepanjang usia perkahwinan mereka. Tidak pernah membantah, tidak pernah mempertikaikan apa sahaja keputusannya.

“Sejak bila you jadi kurang ajar ni?” Mencerlung mata memandang si isteri.

“Arianna is my daughter. I yang mengandung, I yang lahirkan dia, I besarkan dia. You pun tahu macam mana susahnya kita nak dapat seorang anak. Sepuluh tahun Eric…I endured all the side effects of swallowing clomid. Stomach upset, bloating, flushing, headache…I endured all the fucking pain just to get one child.” Air mata laju meluruh, suara serak hampir tidak terdengar.

Terdiam Datuk Eric tanpa kata. Wajah isterinya dipandang tidak berkedip.

“Then I buat IVF…which is really painful. Egg pickup, proluton injection, various needles I have tried, tapi I tahan semua tu demi nak bagi keturunan pada you dan papa you! Sakit tu you tak rasa, Eric! I yang rasa! Tapi papa you boleh kata tak ada cucu pun tak apa kerana seorang lelaki yang tak ada mengena dengan kita datang putuskan pertunangan! Apa ni?! Aaron tu siapa? Bukan anak kita, bukan sesiapa. Dia cuma lelaki yang menaruh hati pada anak kita, and…Dah tak ada jodoh, nak buat macam mana? Dari awal you nampak Ari tak suka Aaron, tapi you paksa jugak dia. Kalau dia sukakan Aaron, dari dulu dia dah kahwin dengan Aaron. Yes, I tahu Aaron tu baik, keluarga dia baik, tapi kalau Ari tak suka, kenapa nak paksa? Will you die, if they’re not married?” Semua yang terbuku di dada selama ini dihamburkan keluar tanpa ada yang tersisa. Turun naik nafas menahan gejolak amarah di dalam dada.

“Anak Alex pun kahwin dengan perempuan Melayu. And they’re happy. tak kurang, tak terjejas apa pun. Melayu Cina India apa bezanya? Asalkan dia kahwin, dia happy, that’s enough. We as parents, what else do we expect other than to see our daughter happy?”

“Hanya kerana duit, harta yang tak seberapa ni, you nak mengungkit, sesuka hati tuduh anak I tak tahu bersyukur. Eric, kalau I bawak Ari keluar dari rumah ni, dia takkan jatuh miskin pun. Harta family I pun banyak tak habis guna sampai mati. Jangan cakap tentang bersyukur kalau you sendiri tak tahu bersyukur!”

“Yang you nampak, Ari degil because she doesn’t want to marry Aaron. Itu je masalahnya dari dulu. Other than that, pernah dia argue dengan you? Pernah dia bantah you? Pernah?!!” Meninggi suaranya dengan mata menatap nyalang ke arah suami yang sudah dikahwini lebih 30 tahun itu.

“You asyik cakap you kecewa dengan dia. Tapi I lebih kecewa dengan you Eric! You failed as a daddy to your own daughter. You buat dia kecewa berkali-kali, you tipu dia bertahun-tahun, you sanggup tengok dia depression, hampir gila, daripada beritahu dia perkara sebenar! What more damage do you want to do to your daughter? Nak tunggu dia mati baru you puas, hah?!”

Datuk Eric terpaku tanpa sempat membalas. Michelle yang dilihatnya malam ini bukan seperti Michelle yang dikahwininya lama dahulu, yang patuh dan penurut. Kemarahan yang dipendam terlalu lama menjadikan dia begitu lantang dan menantang.

“You kecewa dengan dia kan? You sokong papa you bila dia kata tak ada cucu pun tak apa kan? Fine! Kalau you dah tak nak Arianna, I boleh bawak dia keluar dari rumah ni dan I tak harapkan satu sen pun daripada harta you!” Menyudahkan kata-kata itu, Datin Michelle melangkah keluar meninggalkan suaminya yang bungkam cuba mencerna setiap kata-katanya tadi.

Menyedari isterinya sudah keluar, Datuk Eric bergegas mengejar. Bimbang jika Michelle benar-benar melarikan diri bersama Arianna.

“Michelle!”

Tangan si isteri yang sedang menuruni tangga, ditangkap cepat. Kasar Datin Michelle menyentak tangannya sehingga terlepas. Namun, pergerakan cepat itu membuat kakinya terpelecok. Terlentang tubuhnya sebelum bergolek jatuh sehinga ke bawah.

“Michelle!” Laju langkah dibawa menuruni anak tangga menerpa ke arah isterinya yang sudah tidak bergerak.

“Michelle…” Kepala isterinya dipangku, pipi ditepuk perlahan, namun tidak ada respon.

Arianna yang baru selesai bercakap dengan Zahran, melangkah masuk semula ke ruang utama. Namun beku langkah di depan pintu saat melihat mommynya terbaring tidak sedarkan diri di pangkuan daddynya. Tangan terkulai, mata terpejam rapat, tertanya-tanya dia dalam hati. Apa yang berlaku? Kenapa dengan mommy?

“Wake up, Michelle!”

Mendengar suara daddynya, bagai ada arus elekrik merenjat tubuh Arianna membuat dia tersedar lantas segera melajukan langkah menuruni anak tangga.

“Mommy…” Belum kering air mata kerana menangis tadi, kini dia menangis lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience