16 : Sesat!

Drama Series 5510

           BELLA lirik kepada Ayu yang termenung sambil tangan menyuap nasi. Mendung saja gadis itu membuatkan Bella geli hati melihat.

"Alaa relaks la. Aku tak mati lagi la. Balik rumah kejap saja." ujar Bella cuba memujuk.

Ayu mencebir bibir manja. "Yela tu, entah-entah hari ni last kita jumpa."

"Aku datang Malaysia balik la. Memang tak la nak tinggal sana terus. By the way, betul la tu. Memang hari ni last. Petang ni nak balik KL. Tapi..."

"Haa tapi..." Bella cepat mencelah setelah Ayu menunjukkan muka semakin nak menangis kerana hari ini last. Tak ada la last sangat sebenarnya.

"Aku janji dengan kau, Ifah, yang aku akan balik sini semula. Takkan aku nak lupakan kawan sebaik kau dengan Ifah. Kau berdua sahabat terbaik yang pernah aku kenal. Masa orang lain jauhkan diri dari aku, tapi kau orang sudi bercakap dengan aku." tutur Bella lembut dan tenang. Bahu temannya dipeluk dari sisi.

"Hmm. Saya faham awak pun rindu nak jumpa family awak. Sorry selfish pula rasa." balas Ayu menahan sebak.

Bella tersengih serba salah. Erk! Rindu family? Sorry Ayu, dah lama aku tak merasa perasaan tu. Yang sentiasa aku rindu adalah Papa.

Bahu Ayu ditepuk lembut seolah memberi semangat. Tak mahu disebabkan dia, temannya itu bersedih sedangkan dia hanya tinggalkan Malaysia buat beberapa hari saja.

Muncul Aniq dari muka pintu dapur tanpa menyedari apa apa. Sangkanya hanya Bella ada situ.

"Oi, bosan sangat ke sampai cakap seorang diri? Gila..." ayat lelaki itu tak sempat habis dek kerana tersedar adiknya turut ada.

Ketap bibir Bella menahan geram. Malaun! Sempat lagi kau menyakitkan hati aku.

Baru saja dia nak hamburkan ayat ayat suci bagi membalas mukadimah dari lelaki itu. Dia berkerut hairan melihat reaksi yang berbeza dari Ayu dan Aniq.

Aniq terdiam agak lama tanpa pandang mereka. Ayu pula menunduk serba salah mungkin fikirnya abangnya kekok kerana kewujudan dia disitu.

Teragak agak Ayu tampak seperti ingin katakan sesuatu, lalu ditarik nafas panjang sebelum bertenang. Sampai bila dia nak berlagak asing dengan abang longnya. Ini kerana mereka adik beradik yang tak terpisahkan.

"Abang long... dah makan? sa-saya boleh sedia-"

"Tak perlu, aku tak lapar." usai memintas bicara adiknya, Aniq pusing badan lalu melangkah pergi bersama wajah tanpa secarik senyuman.

"Ar... Ermm." Ayu terlihat menunduk muram. Agaknya terasa dengan sikap dingin Aniq sebentar tadi.

Bella yang melihat suasana janggal tersebut tak sampai hati melihat kesedihan pada wajah sahabat tersayangnya yang disebabkan oleh musuh no1!

Tanpa berkata apa, Bella mempercepat langkah mengejar Aniq.

"Hey, tunggu!" panggilannya tak dihiraukan. Ini pertama kali lelaki itu mengendahkannya!

Menonong saja Aniq berjalan, Bella geram lalu dipaut selamba lengan lelaki itu hingga membuat Aniq tersentak.

Bella berdiri dihadapannya menghalang jalan.

"Aku masih tak tahu apa masalah antara kau dengan Ayu. Tapi kau tak rasa ke dah terlalu lama? Takkan la sampai tua beruban kau nak berlagak tak bertegur sapa dengan adik sendiri? Kau tak rasa ke kau dah buang banyak waktu?" entah kerasukan hantu confident mana, lancar saja Bella berbicara. Namun nada masih bersahaja kerana dia tak mahu terlalu serius mengusik hal peribadi mereka.

Dia juga tahu lelaki itu bersebab kenapa dia bersikap demikian. Mungkin ada salah silap Ayu sendiri. Tapi tak mahukah Aniq maafkan? Manusia kan tak lari dari kesilapan.

Aniq tersenyum sinis. Bahu gadis didepannya ditolak perlahan. "Kau tak rasa ke kau terlalu banyak cakap?"

Aniq menyambung langkah tetapi sekali lagi dihalang. Kali ini gadis itu mendepa kedua tangan halangnya dari pergi. Muka Bella juga serius.

"Okey baik! Macam ni, aku sebagai kawan Ayu aku tak nak tengok dia sedih. Jadi sepanjang aku tak ada kat sini, aku nak kau layan dia dengan baik. Macam kau layan adik adik kau yang lain." gadis itu masih tak putus asa memujuk dalam versi tegas dan serius. Dia tak nak dianggap main-main.

Terangkat kening Aniq mencabar. "Kalau aku tak nak?"

Bella ketap bibir. Muka dipaling ke arah lain. "Aku akan buat semua yang kau suruh dengan syarat... layan Ayu dengan baik. Ma-macam mana? Tapi jangan la suruh yang bukan-bukan..."

Dia dah agak reaksi lelaki itu. Bernanah hati tika ini mendapat ketawa ejekkan dari Aniq.

"Okey." ringkas balasan Aniq sambil tersenyum penuh makna.

"Okey?" alamak... Bella berpeluh dingin. Alamak senang la pulak mamat ni setuju. Selalunya kalau benda lain bukan main payah. Kalau bab menjahilinya memang no1!

Aniq mendekat hingga jarak mereka hanya sejengkal.

"Disebabkan hari ni hari pertama kau jadi pekerja aku, aku akan bagi tugas yang ringan saja. Jangan risau, tak pelik pelik macam yang kau pikir."

Glup! Bella menelan liur kesat. Jantung berdebar debar tak henti.

"A-apa?"

Aniq senyum penuh makna sedangkan Bella sudah naik bulu roma seram. Aduhh... pasti kerja gila!

*******

"Ergh! Ggrrr...grr..." seperti kucing garang yang tengah menahan marah akan sesuatu.

"Arh! Apa benda ni suruh aku masuk hutan pulak! Hanya semata nak aku cari buah salak hutan? Huh sebal!" Bella yang sedang menebas semak yang halang laluannya menggunakan kayu panjang.

Apakejadah semua ni?! Dia sungguh naik angin dan bingung. Yela, apa motif Aniq yang menyuruh dia mengambil buah salak hutan yang berada dalam hutan tebal dibukit yang selalu dia lihat.

"Menyusahkan aku betul la! Macam la kat kedai tak ada jual! Sengaja menyusahkan hidup aku." bebel Bella tak puas hati.

Senyum sinis Aniq sebentar tadi terpampang semula bagai sengaja nak panaskan lagi hati yang sedia mendidih ni.

Bella terhenti seketika. Dia mendongak atas dan sekeliling. Liur ditelan mengawal debaran didada. Fikirannya entah berfikir yang tidak tidak. Lelaki itu memang sengaja nak kenakan dia.

Langit yang semakin gelap ditambah pula pokok pokok mula bergoyang ditiup angin. Sekeliling penuh semak samun yang tebal dan pokok pokok. Semakin membuat seorang Salsabella Rose seram sejuk. Entah kenapa cuak tiba tiba. Hati juga rasa tak sedap melihat langit mendung meski jam di pergelangan tangan masih menunjukkan pukul 5 petang. Mungkin nak hujan.

Bella kawal debaran didada. Mimiknya sudah seperti nak menangis.

"Malang sungguh nasib. Sudahla jumpa dengan malaun tak semengah itu, disuruh pulak aku yang perempuan tak tahu apa apa ni cari salak dalam hutan. Agak agak la nak bergurau Aniq... ini pokok salak pun tak nampak batang hidung lagi. Ada hidung ke?"

Disebabkan terlalu gelisah dan cemas Bella membebel merapu.

Tiba tiba dia teringat pesanan dari lelaki itu sebelum dia masuk hutan.

"Pokok salak ada dekat ni saja tak jauh mana, cuma kau kena jalan masuk sikit. Kau jangan buat hal sesat dalam hutan sudah. Aku tunggu depan ni, kalau ada apa apa jerit panggil aku."

Lebih kurang begitulah dan disebabkan keyakinan dan serius Aniq yang berkata demikian membuatkan dia akur.

Dan sekarang ni... Bella mengelap peluh merencik didahi. Lengannya ditampar kerana disinggah nyamuk. Jiwa mula tak keruan, dia mula perasan sesuatu.

"Aniq... Aniq! Hey aku rasa dah sesat ni! Aniq!" laungnya semakin gelisah.

Sudah 15 minit berjalan masuk hutan, katanya pokok dekat saja.

Bella tepuk dahinya sendiri. "Aduh bod**nya aku... kenapa la aku buat benda tak masuk ni." mula rasa menyesal pula. Niat baik dah nak eratkan hubungan Aniq dan Ayu.

Mungkin dia dah terlalu jauh masuk kedalam hutan akibat berjalan tak tentu arah kerana geram dengan Aniq. Semua salah dia!

Bella ketap gigi. Tangan digenggam mengumpul kekuatan. Tiada siapa yang salah, bukan Aniq bukan Ayu. Dia saja yang bo*** kerana buat perjanjian tak masuk akal dengan lelaki kejam tu. Padahal dia dah tahu Aniq tak akan berkompromi dengan baik kalau dengan aku!

"Huh, kau cabar aku sebenarnya kan. Okey aku akan buktikan yang aku boleh keluar tanpa bantuan kau lah malaun! Ish nyamuk ni! Main jauh sana." entah semangat mana muncul dalam dirinya membuatkan Bella semakin mempercepat langkah meski dihalangi semak.

Seketika pandangan terpaku tepat ke arah beberapa pokok salak hutan tak jauh darinya. Matanya bersinar seolah melihat sesuatu yang mengagumkan.

Tanpa fikir panjang Bella menghampiri pokok tersebut.

"Yess..." soraknya perlahan. Gembira bukan kepalang lagi saat ini. Mana tak nya, dia dapat jumpa benda yang dia cari.

Tak tunggu lama, beberapa buah tersebut dikutip berhati hati agar tak terluka kerana duri. Kemudian diletak kedalam plastik sederhana kecil yang dibawa.

"Berhenti penceroboh! Apa yang engkau curi?!"

Bella terkejut beruk. Terperanjat dengan kehadiran dua orang lelaki berpakaian lusuh, ada yang tak berbaju. Perlahan badannya dipusing kebelakang.

"Err- sa-saya cuma..." tergagap Bella akibat terlampau cuak dan takut.

Mana tidaknya dua lelaki berbadan sasa itu bermuka bengis tambah pula sekarang ni sedang menghala tombak tepat ke arah muka Bella. Kerambit minang juga terlihat seram terselit pada seluar lelaki bengis itu.

"Jawap! Kalau tidak aku bunuh kau disini juga!" jerkah salah seorang dari mereka membuat gadis itu terangkat bahu terperanjat.

Bella sudah kecut perut. Ya Tuhan, tolong la... aku rasa dah nak terkencing ni.

Bella bangun berdiri. Perlahan plastik berisi buah tersebut ditanah atas tanah kemudian tanpa fikir panjang dia terus membuka langkah berlari dari situ. Tersentak kedua lelaki itu.

"Ambil balik! Bukan saya yang nak, Aniq yang nak! Aniq!" jerit gadis itu berkat sisa keberanian yang ada dia berlari sejauh hati.

"Woi!"

Sempat Bella berpaling kejap melihat kedua lelaki tadi mengejarnya. Hampir luruh jantung tika ini. Nak saja dia buat buat pengsan. Tapi selamat ke?

"Aaaa jangan kejar aku! Kejar la malaun tu!" jeritnya kuat hingga berterbangan burung burung ke udara. Larian dicepatkan selaju mungkin. Sudah tak kisah luka luka kecil pada badan ketika berselisih dengan pokok berduri.

"Tangkap dia! Jangan lari betina!"

********

Dia yang duduk bersila segera berdiri tegak melihat kawanan burung berterbangan dari arah tengah hutan.

Aniq mengawal perasaan tak enak yang bertamu sejak tadi. Jam dipergelangan tangan dilirik bersama wajah bimbang dan berkerut seribu.

"Takkan la sesat... berpuluh kali kot aku pesan jangan masuk dalam sangat." gerutu Aniq agak risau.

Sudah empat puluh minit dia menunggu. Kalau ikutkan 7 minit saja dah jumpa pokok salak tersebut. Sekarang ni batang hidung gadis itu pun tak muncul lagi.

Aniq sudah memikirkan yang bukan bukan. Macam mana kalau jadi sesuatu yang buruk kepada gadis itu? Dah sah sah salah dia kerana menyuruh hal yang demikian.

Dia tak la masuk dalam hutan, hanya tunggu diluar memandangkan pokok itu dekat saja. Niat hanya nak kenakan gadis itu. Tak sangka pula boleh tersesat dalam hutan tebal ni.

Aniq berfikir fikir lama. Kalau ikutkan orang kampung itu pun tak berani masuk dalam hutan kerana dilarang keras oleh ketua kampung. Hanya pekerja saja yang berani masuk. Itu pun dilarang menebang mana mana pokok yang berada di selatan hutan itu.

Ada apa di sana? Apa ada harimau? Serigala? Ular berbisa? Fikirannya mula tak keruan memikirkan keselamatan Bella.

Aniq berjalan kehulur kehilir cemas. Atau ada orang kanibal yang makan sesama manusia? Arh! nak pecah kepala memikirkan hal itu.

"Tenang Niq tenang..." Aniq meraup rambut kacaknya kebelakang. Telefon pintar dikeluarkan dari poket seluar. Nombor seseorang didail.

Ditekup ditelinga dan tak lama panggilannya disambut.

"Hello? Siapa ni?" sambut Ayu lembut.

"Bella... Bella ada dengan kau?" serius Aniq mengawal suara agar tetap tenang.

Ayu dihujung corong terdengar kehairanan. "Tak ada, dia cakap nak beli buah kat kedai. Ni tak balik lagi. Kenapa bang long? La ada dengan abang ke?"

Kalau ada dengan aku tak ada la aku tanya kau. Aniq ketap bibir. Tujuannya bertanya kepada Ayu hanya nak tahu mana la tahu Bella balik dari arah lain hingga dia tak sedar. Rupanya tidak. Sangkaannya mengecewakannya walau dah di agak.

"Tak... tak ada."

"Dik..." panggil Aniq terdengar lembut dan perlahan. Antara dengar dan tak.

"Ya-ya?"

"Kalau umi tanya, cakap Bella ada dengan aku. Balik lewat sikit." pesan Aniq tenang namun dibalik itu terdapat satu perasaan bimbang yang menggunung.

"Oh o-okey. Pukul berapa?" tanya Ayu kehairanan.

Aniq terdiam sejenak. "Aku tak tahu, aku usahakan balik sebelum malam. Pesan kat umi jangan risau." ujarnya lembut. Ini kali pertama dia bercakap elok dengan adik kembarnya setelah sekian lama bersikap dingin.

Dia tahu Ayu sedang kehairanan. Tapi dia tak mahu umi mahupun Rafael bimbang.

" Baiklah... hati hati abang long." pesan Ayu sebelum tutup panggilan telefon.

"Hmm." Aniq sumbat telefon kedalam kocek jean hitamnya.

Tanpa buang waktu lagi dia berjalan masuk kedalam hutan. Untuk apa? Pastilah nak cari gadis itu. Dia bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

Langkah dibesarkan tika melihat matahari mula mengundurkan diri. Langit berubah warna menandakan hari nak masuk waktu maghrib.

"La! Kau jangan main sorok sorok pulak masa maghrib ni! Keluar la woi!" Aniq melaung sambil tangan menepis segala pokok kecil yang menjadi halangan.

*******

Pawana dan Fadli memandang datar ke arah seorang perempuan yang terjelopok pengsan akibat terkena batu akibat lemparan.

Mereka berpandangan sesama sendiri kerana keanehan melihat pemakaian kemas dan tak pernah dilihat pada Bella.

"Apa dia orang luar?"

"Mungkin. Melihat pakaian warna warni dia saja buat aku muak. Sudah, mari angkat dia." ujar Pawana tegas mengangkat perempuan itu diletak keatas bahunya yang sasa.

Fadli yang sedikit kurus mengikut dari belakang. "Kau mahu bawa kemana wanita cantik ini?"

"Pulang. Mungkin Tun Seroja suka. Aku akan dapat hadiah setiap kali buat Tun bahagia." Pawana menarik senyum sinis.

*******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience